Sekitar Program 1 Million Women Purple Walk Peringkat Negeri Perlis

Watch "MOV_0827.mp4" on YouTube
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia telah melancarkan Program 1 Million Women Purple Walk pada 17 Mac 2013 sempena Hari Wanita Sedunia dan sebagai mengiktiraf peranan wanita dalam masyarakat.
Di Perlis, program ini bermula sejak 15 Mac lagi. Pada hari tersebut, kerja-kerja persiapan untuk program dijalankan seperti penyediaan booth pameran dan sebagainya. Aku turut terlibat untuk persiapan booth JKM Perlis.
Pada 16 Mac booth pameran mula dibuka. Di booth kami turut dijalankan urutan refleksologi oleh golongan OKU serta pendaftaran sukarelawan kebajikan, jualan kraf OKU dan kutipan sumbangan untuk Tabung Bantuan Kemanusiaan Lahad Datu untuk membantu mereka yang terjejas akibat pencerobohan yang berlaku di sana. Tabung ini telah dirasmikan oleh MB Perlis pada 17 Mac sempena pelancaran 1 Million Women Purple Walk peringkat negeri.
Pada hari sebelumnya gimik pelancaran tabung bantuan telah diadakan oleh peserta Perlis Bikers sempena lawatan mereka ke booth JKM.
Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan baik. Disini aku sertakan gambar-gambar sekitar majlis.

Comments

Popular Posts