Keluarga Baru

Pada minggu pertama Syawal keluarga aku dah bertambah lagi. Tapi bukan la aku dapat anak sebab aku still bujang der. Yang bertambah tu kucing aku. Putih dapat tiga ekor anak yang sama corak macam dia jugak. Sebijik macam buat klon. Nama pun tak tahu letak ape lagi.
Walau disebalik kegembiraan tu, ada juga kesedihan melanda kerana anak sulung Putih yang bernama Kajol tak sihat. Habis bulu-bulunya gugur. Tok sapukan air gamat. Tak tahu la berapa lama dia nak sakit gini. Kesian aku tengok dia. Makan pun Kajol tak berselera macam dulu. Baru je umur setahun dah sakit macam-macam. Tok la paling sedih sebab Kajol tu kucing kesayangan dia. Kajol dah tak nakal macam dulu, kurus je badan Kajol sekarang nie.

Comments

Popular Posts