Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2013

Assalamualaikum semua, terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog zumal. Petang nie zumal ingin kongsikan pengalaman zumal mengikut rombongan PDK Perlis ke Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Universiti Putra Malaysia. Zumal bertolak dari Perlis pada 2 Disember 2013 dengan bas. Inilah first time join aktiviti bersama OKU. Mulanya zumal rasa tak yakin boleh ke zumal menjadi pengiring mereka. Maklum la tak biasa. Bila tiba di penginapan di Kajang zumal diberikan bilik bersama 2 orang OKU, mulanya takut juga tak dapat beri komitmen tapi setelah kenal mereka, kami jadi akrab juga. Tak susah untuk jaga mereka. Alhamdulillah dapat pengalaman berguna. Pada pagi 3 Disember kami bertolak ke UPM, aktiviti awal ialah senam robik. Meriah betul. Maklum la senam robik tu diketuai oleh Iffa Raziah, mulut tak penah diam, gamatkan suasana. Lepas tu ada pertandingan karaoke, catur, gubahan bunga, futsal, larian, dan banyak lagi. Yang paling menghiburkan pertandingan karaoke, ada sorang OKU yang buta nyanyi lagu Inggeris paling best dan dapat sorakan gemuruh orang ramai. Zumal tak tahu la keputusan pertandingan tu sebab dah masuk ke dalam dewan untuk dengar ucapan perasmian oleh Menteri KPWKM. Kalau tak silap zumal pukul 3.00 petang kami meninggalkan majlis dan bertolak ke Nilai. Kat Nilai mereka pergi shopping. Zumal hanya tunggu sekitar bas bersama beberapa pegawai JKM kerana terlalu letih. Lepas tu kami singgah kat kilang coklat pulak. Lepas tu kami bertolak pulang ke penginapan. Pagi 4 Disember 2013 kami bertolak pulang dan tiba di Perlis sekitar jam 6.00 petang. Maka tamatlah program kami. Alhamdulillah program berjalan lancar. Sekian perkongsian zumal. Wasalam.
Ucu dan Awang ni tinggal dengan zumal masa program
Gambar kenangan kat UPM
Pertandingan Carrom
Siap ada maskot
Cabutan Bertuah Tempat Pertama TV LCD
Add caption
Antara Booth di Hari OKU
Peserta Karaoke yang paling menyengat
Dorang duk bergambar dengan Iffa Raziah
Kontigen Perlis semasa menyaksikan nyanyian peserta karaoke
Senam Robik
Senam Robik
Para Kontigen Perlis Bergambar Sebelum Majlis Bermula Bersama Timbalan Pengarah 2 JKM, Pegawai dan OKU

Comments

  1. terbaik le pdk perlis -zaimzero.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih kat pdk lagi ke, nape tak join p kl hari tu?

      Delete
  2. Alhamdulillah moga pdk terus berjaya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts