30 Sep 2013

Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak




Giveaway Saya Sayang Malaysia





Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..

Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia




1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"

2. Copy and Paste Code entry giveaway

3. Follow dan Like fanpage Sponser



4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana….

Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..


Slogan zumal:
Saya Sayang Malaysia kerana Malaysia adalah tanah air kelahiran saya serta saya hidup aman bahagia bersama keluarga tanpa sebarang ancaman. Di Malaysia ada segalanya dan semakin pesat membangun menuju ke arah wawasan negara maju. Saya bangga jadi rakyat Malaysia. Saya Sayang Malaysia.

29 Sep 2013

Semua Dah Boleh Jadi Cam Power Rangers

gambar hiasan


Assalamualaikum semua...
Dulu kita tengok rancangan kanak-kanak macam Gaban, Power Rangers, Suria Perkasa Hitam, Flashman dan seangkatan dengannya leh cakap guna jam tangan kan? Sekarang semua yang ngarut-ngarut tu dah jadi real tau. Dah tengok Samsung Galaxy Gear? Tu la gajet tahap Gaban. Boleh dapat free. Tak caye cer klik link zumal beri nie - klik sini
#Just Promo

Segmen Saya Blogger oleh MA



Assalamualaikum semua...
Hari nie zumal sertai Segmen Saya Blogger oleh MA... Thanks kepada MA kerana menjemput zumal sertai segmen ini. Dengan hati yang terbuka, zumal pun turut serta. Lagi pun cuti gini tak lah busy sangat. Apapun zumal hanya harapkan dari penyertaan ini adalah untuk meramaikan kenalan baru... Almaklumlah blog dunia zumal baru setahun jagung belum dikenali. Moga selepas nie makin ramai yang kenal zumal. Thanks MA kerana adakan segmen yang awesome camni. Harap teruskan di masa hadapan yer. Jemput adik saya dan http://kriszhanna.blogspot.com/ 

Walaupun zumal masih baru dalam berblog tapi 'Saya Blogger' sebab tu saya join 'Segmen Saya Blogger' Blog For Life. 'Boleh gitu' Wassalam...

27 Sep 2013

September Giveaway By KasihLestariAbadi

Assalamualaikum...
petang nie zumal join contest daripada KLA pada saat akhir
Bukan kerana hadiah, tapi pada zumal cukuplah sekadar dapat bersilaturrahim sesama blogger yang lebih senior (usia blog) sebab rasa umur tuan punya blog rasanya zumal lebih senior. Hehe...

Thanks for KLA kerana menganjurkan GA yang awesome sebigini. Zumal harap dapat teruskan di masa akan datang yer.

Wassalam...
Blog For Life 

26 Sep 2013

Ron 95 Naik Lagi?

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.
Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke
negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
   
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah
di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.
   
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand. Baca selanjutnya disini.

Cabar Pengirim Sms Bersemuka

'Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya. Saya akan pergi' kata Ketua Polis Pulau Pinang semalam akibat ugutan oleh gangster di Pulau Pinang. Baca selanjutnya disini.

70 Pelajar Histeria di Kuantan

KUANTAN: Seramai 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sira mengalami histeria selepas mendakwa mendengar bisikan yang menyuruh mereka terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah terbabit tengah hari tadi.
Kejadian itu dipercayai berkaitan dengan insiden dua pelajar sekolah berkenaan yang bertindak terjun dari salah satu bangunan itu pada Mei dan awal bulan ini.
Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga maut terjun dari tingkat satu sebuah bangunan pada 22 Mei lalu.
Kejadian hampir sama berulang pada 3 September lalu apabila cedera parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya. Sumber.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/26

25 Sep 2013

Blog For Life

Assalamualaikum semua...


Pagi nie kat ofis sunyi sikit sebab ramai yang ke kursus. Siap kerja terus tengok blog. Entahlah kenapa sejak akhir-akhir ni zumal rasa macam tak dapat dipisahkan dengan internet. Suatu masa dulu zumal ada juga blog tapi dah tak aktif, tahun lepas la yang membuka niat untuk berblog lagi. Zumal terus bangunkan blog baru nie. Tapi pada awalnya kurang aktif sikit cuma sejak 2 bulan nie je yang zumal lebih pro aktif. Yela, maybe pasal tekanan yang zumal kongsikan sebelum nie. Mood kerja dah hilang. Lagi pun zumal dengar citer yang servis zumal secara sambilan nie dah tak sambung. Bukan kerana masalah disiplin tapi atas sebab perkhidmatan pekerja sambilan harian macam zumal tidak lagi diteruskan pada tahun hadapan untuk semua jabatan. Lepas nie fulltime kat blog la jawabnya. Sehingga sekarang zumal masih belum membuat income dengan blog, cuma selepas ni nak belajar dengan taiko-taiko blogger camne nak buat income dengan blog. Sebab tu la zumal guna title Blog For Life nie. Nak cari makan guna blog. Insha Allah. Apa pun kepada rakan-rakan blogger thanks for your support yer. 

Ok la, sekian sahaja zumal berceloteh. Susah kalau dah kering modal jejari nak menari di keyboard nie lagi. Salam Blogger. Blog For Life.

Wassalam...

#Blog4Life

Awesome Giveaway by Tasha Aqisha





Assalamualaikum semua

Pagi ni zumal terbaca GA yang sesangat awesome dari blog adik Tasha Aqisha, terasa nak join. Bukan kerana nak hadiah tapi zumal hanya nak bersilaturrahim sesama rakan blogger. Zumal harap dapat ramai rakan baru dalam berblogging nie. Insha Allah. Bagi yang berminat nak join klik banner atau ke link ini yer. Kepada adik Tasha Aqisha teruskan aktif berblog dengan entri-entri awesome anda, ok.  Walau apapun Blog For Life yer...

Wassalam...

24 Sep 2013

Kerjaya Pilihan : Pengurusan Acara

Assalamualaikum semua...

Suatu masa dahulu zumal pernah bercita-cita untuk menjalankan perniagaan dalam bidang pengurusan acara (event management). Zumal nampak peluang yang besar dalam bidang nie sejak awal tahun 2009. Zumal pernah mendaftar syarikat untuk projek ini tapi apa daya tak dapat projek besar masa tu, akhirnya gulung tikar. Bagaimanapun zumal masih tetap inginkan kerjaya dalam bidang ini. 

Perkongsian kali ini zumal nak fokuskan untuk menarik minat anda dalam bidang ini. Kenapa? Kerana peluang yang ada cukup besar dan setiap masa orang perlukan jika anda ada modal dan team yang baik. Team? Ya, anda perlukan team dalam kerjaya ni. Dulu zumal tak ada team yang stabil jadi terpaksa lupakan saja niat tu. 

Mungkin anda tidak terfikir apakah projek yang boleh anda uruskan jika anda menceburi bidang ini? Majlis perkahwinan. Setiap masa akan ada orang yang naik pelamin, itulah peluang anda. Mungkin selama ini kita hanya fikir perlukan katering, butik pengantin, deejay, dan sebagainya tu je. Sebenarnya segala proses berkaitan majlis perkahwinan ni boleh diuruskan oleh satu syarikat je. Pengurusan acara ni merangkumi semuanya dari segi katering, pelamin, khemah, hantaran, kad jemputan, dan pelbagai lagi diuruskan di bawah satu bumbung. Ia lebih memudahkan pelanggan. Itu skala besar, sebenarnya majlis hari jadi pun salah satu projek yang boleh diuruskan. Sampai bila pun tetap ada orang yang perlukan pengurusan acara ni. Itulah peluang kerjaya ini.

Kita lihat pula karnival seperti Jom Heboh, Matta Fair, PC Fair, karnival memancing, pesta konvo dan lain-lain ini juga adalah acara yang diuruskan oleh pengurus acara. Selain itu anda juga boleh wujudkan pertandingan atau pesta jualan. Hadiah-hadiah tidak semestinya kita sediakan tetapi kita boleh mencari penaja untuk taja hadiah-hadiah ini dengan balasan kepada mereka anda berikan tapak khas untuk mereka buka booth pameran mereka. Tengoklah betapa besarnya peluang yang ada. Sebab itulah zumal suka bidang ini. 

Sekian saja perkongsian zumal untuk entri kerjaya pilihan. 
Majlis Perkahwinan

Jom Heboh

22 Sep 2013

Aku Pelarian Di Bumi Sendiri

Assalamualaikum semua...
Zumal rasa tidak salah untuk berkongsi perasaan ini dengan anda. Bukan untuk membawa anda ke dalam dunia zumal yang serba serabut dengan pelbagai masalah ini tetapi sekadar untuk berkongsi apa yang dirasa. Orang kata diluah mati mak, ditelan mati bapak. Betul ke tidak? Tapi maksudnya lebih kurang begitulah. Nak melarikan diri dari perasaan tersepit diantara beberapa individu yang rapat dengan kita agak sukar. Kekadang zumal rasa dari kecil lagi keputusan apa-apa pun bukan lahir dari diri sendiri tetapi dari mereka yang kononnya terlalu memahami diri kita. Betul tak? Dalam hati zumal, hanya zumal yang tahu. Tersepit. Akhirnya terjebak jua. Mereka tak sepatutnya begitu, mereka hanya buat untuk kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kesan yang zumal bakal hadapi sendiri. Zalim. Itulah mereka yang sebenarnya. Bila pertikai atau tidak mahu ikut kata mereka, mereka anggap kita cipta alasan. Memang alasan. Zumal fikir tentang hari esok, bukan hanya hari ini. Memang zumal perlu alasan sebab itulah yang dapat membebaskan diri zumal. Mereka tetap tak faham atau sengaja tak faham semua itu. Apa saja keputusan hari ini akan memberi impak masa depan zumal. Kalau sukses tak apa, kalau tidak bagaimana pula? Zumal akan tanggung sendiri semua tu nanti bukanya mereka. Betulkan? Tolonglah jangan jadi jurucakap zumal biar zumal buat keputusan sendiri dari hati zumal sendiri.

Hanya bermonolog. Zumal tak menuding pada sesiapa. Sesiapa itu akan faham sendiri andai membaca semua ini. Wasalam.

Rancang, Bunuh, Makan Hati Ibu

Washington: Dua remaja belasan tahun ditahan semalam selepas satu serangan terhadap ibu seorang daripada mereka.Jurucakap pejabat syerif Spokane County berkata, kedua-dua remaja berkenaan mengaku memang merancang membunuh wanita itu dan memakan hatinya.Syerif yang tiba di rumah itu selepas menerima aduan, menemui wanita berkenaan berlumuran darah di atas katilnya.Di sebelahnya terdapat dua pisau dan sebilah pedang bengkok.Timbalan Syerif Craig Chamberlain berkata, wanita itu yang namanya tidak disiarkan kini berada dalam keadaan stabil di hospital.“Dia seolah-olah tidak menyedari serangan itu. Dia memberitahu anggota kami, pedang itu tidak bengkok seperti yang kami temui. Dia juga tidak tahu siapa yang menelefon untuk mendapatkan bantuan,” kata Chamberlain.Syerif melancarkan gerakan memburu anak mangsa berusia 13 tahun dan rakannya berumur 14 tahun apabila mendapati tidak ada kesan rumah wanita itu dipecah masuk.Bapa rakan anak mangsa itu pula memberitahu syerif, anaknya keluar bersama-sama anak mangsa setelah mencuri keretanya.Kedua-duanya akhirnya berjaya dikesan oleh unit jenayah berat polis Spokane.Ketika disoal siasat, anak wanita berkenaan memberitahu syerif, rakannya cuba membunuh ibunya dengan pedang berkenaan. Dia mengaku berbincang dengan rakannya itu untuk melakukan pembunuhan itu kerana marah selepas mangsa membuang ‘pil biru’ mereka.Chamberlain berkata, sehingga ini pihaknya masih tidak tahu ‘pil biru’ yang dimaksudkan remaja berkenaan.Anak mangsa juga memberitahu syerif, rakannya yang terlalu marah turut menyuarakan hasrat untuk memakan hati ibunya.Sementara itu, rakannya mengaku cuba membunuh wanita itu dan merancang melarikan diri bersama anak mangsa keesokannya.Menurut Chamberlain, kedua-dua remaja kini ditahan di pusat tahanan juvana dan berdepan dengan tuduhan membunuh, mencuri kenderaan, memandu tanpa lesen dan merompak. - Sumber

Special Thanks

Assalamualaikum semua...

Macam mana dengan wajah baru blog zumal nie? Menarik tak? Kalau nak tahu baru-baru nie zumal gunakan servis dari adik Aimi pemilik Blog Encik Tinggi tu. Kenal tak?  Sure anda kenal. Maklum la adik Aimi nie glamour tau. Siap dapat preview dalam Majalah Remaja edisi September 2013. Zumal ucapkan bebanyak terima kasih kepada adik Aimi. Moga dengan wajah baru nie zumal akan terima lebih ramai pengunjung blog. Insha Allah.

Sekian, Wasalam...

#Special Thanks to Aimi Syafiqah Suhaimi

20 Sep 2013

Gempar: Lintah Gergasi Seberat 25kg Di Sungai Siput

Assalamualaikum semua, pagi tadi terbaca berita nie dalam Harian Metro. Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, Sungai Siput bertempiaran lari sejurus terserempak haiwan aneh seperti 'lintah' tetapi seberat 25kg. Kalau betul lintah sure kering darah kita disedutnya. 'Lintah gergasi tu sepanjang 2 meter dan mempunyai bentuk muka menyerupai anjing. Baca selanjutnya disini...
#zumal geli dengan lintah

Zumal Sertai Segmen Tambahkan Follower dan Isi Tabung Blog Beginning of an Ending

Assalamualaikum semua... Hari nie zumal dalam mood nak cuti. Jumaat hari yang menenangkan jiwa. Alhamdulillah. Pagi nie zumal sertai segmen tambahkan follower dan isi tabung dari blog Beginning of an Ending oleh Kinah. Thanks Kinah sebab adakan segmen ini. Boleh la kongsi-kongsi link. Thanks sekali lagi Kinah sebab follow zumal. Jom kita follow Kinah yer.
 Wasalam.

19 Sep 2013

Pendaftaran Plat RL Kini Dibuka

Assalamualaikum semua, tadi zumal terbaca artikel kat ofis yang pendaftaran plat RL dah dibuka untuk booking. Sesiapa berminat bolehlah ke JPJ untuk info selanjutnya. Zumal rasa yang sesuai pakai plat nie para Raja Lawak dan Raja Lelong kot. Zumal nak tunggu RX. Entah bila nak sampai turn plat RX tu yer. Rasanya plat kat Perlis la yang paling lambat. Kiranya plat RK cepatlah juga berbanding yang dulu-dulu. Sekian aje sebagai mskluman anda.

17 Sep 2013

T-Shirt I Love Blogging Giveaway



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013



Zumal dah join. Jom la join sama2 yer...

Jangan lupa join contest kat duniazumal juga yer...

Salam Blogger dan
Salam 1 Malaysia 

Minggu Pendek

Assalamualaikum semua... Hari ni hari pertama kerja bagi minggu ini. Alhamdulillah kerja untuk 4 hari jer. Maybe tak la tertekan sangat kot. Hari nie rasa sakit mata lak. Aduhai zumal ooi. Kepada rakan-rakan blogger atau sesiapa yang berkunjung di blog zumal nie zumal jemput untuk sertai contest yang zumal buat yer. Lagi satu zumal tengah mencari sesiapa yang berminat dalam projek terbaru zumal. Ini projek yang terbaik bagi semua pengguna handphone terutama smartphone. Nak tahu apa projeknya? sms atau call zumal di 010-9056602 atau 012-5747869. Apa pun terima kasih bebanyak kepada semua pengunjung yer. Sekian, Wasalam... 

15 Sep 2013

Jom Kunjungi Blog Tasha Aqisha


Assalamualaikum semua, sebentar tadi zumal terpandang entri blog adik Tasha Aqisha dan tergerak hati zumal untuk join sama. Jom la sama-sama join segmen blog Tasha Aqisha ni sambil berblogwalking sesama rakan blogger. Thanks so much untuk adik Tasha Aqisha kerana post entri-entri menarik seperti nie. Layari  http://cercitertashaqisha.blogspot.com 


Salam blogger dan salam 1 Malaysia.

Majlis Raja Sehari Shauqi dan Nurmiati

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu dan Selamat Hari Malaysia. Hujung minggu ni cuti agak panjang sempena Hari Malaysia ke 50 tanggal 16 September 2013. Semalam zumal ada di Jitra sempena Majlis Raja Sehari  sepupu zumal iaitu Shauqi anak kepada Pak Long dengan teman hidupnya Nurmiati dari Tawau, Sabah.
Berkenaan majlis semalam, dapatlah kami sanak-saudara berjumpa. Bukan senang nak jumpa sebab semua jauh-jauh. Zumal sorang je yang kekal di bumi Perlis. Syukurlah dengan berkat keamanan Malaysia kita dapat kita berkumpul dan meraikan majlis bersama.
Semalam zumal dapat mengambil beberapa shoot bersempena majlis. Dapatlah zumal kongsikan di sini. Tema pakaian purple, manakala pelamin mereka ada adaptasi konsep dari Jepun. Maklumlah akak Shauqi belajar di Jepun. Apapun semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Kepada yang terlekat dalam shoot zumal ni mohon maaf yer. Maklumlah ada gambar candid, ada yang dirancang.
Selamat Pengantin Baru Shauqi dan Nurmiati. Tahniah kepada Pak Long dan Mak long yang dah dapat menantu. Sekian, setakat ni aje perkongsian zumal. Wasalam...
Pak Long dan Mak Long menyambut para tetamu yang hadir
Pak Long dan Mama berbual dengan mantan YB, Cikgu Selamat
Sibuk menyambut tetamu
Pengantin tengah santap. :)
Sibuk Cik Noor ambil gambar yer
Tunggu pengantin depan pelamin
Pak Andak berbual dengan sanak-saudara
Cantik
Sanak-saudara berkumpul sambil menanti rombongan pengantin tiba
Bukan senang dapat bergambar dengan Mak Cik
Ceria
Pelamin Shauqi dan Nurmiati
Rombongan pengantin telah pun sampai
Cantik menawan Raja Sehari
Senyuman manis Raja Sehari
Bergambar kenangan
Pak Cik dan Mak Cik bergambar kenangan bersama pengantin

13 Sep 2013

Dari Hati, Ke Hati, Dalam Hati, Hati-hati...



Sejak akhir-akhir ni zumal rasa tak tenang, tak seronok untuk melakukan tugas harian. Semua kerana hati. Bukan kerana jatuh hati taw. Nie sebab semakin hari semakin sakit hati disamping selalu makan hati. Makan hati ayam tak pe jugak. Sedap. Ini masalah tak sedap sampai hilang fokus, hilang mood dalam melakukan tugas harian zumal. Zumal tahu ada mata yang memerhati apa yang zumal lakukan tapi dah lebih sangat kot. Apa pun zumal kenalah hati-hati. Lagi pun zumal memang tahu siapa orang tu. Apa kes yang dia sakit hati sangat dengan kerja-kerja zumal nie. 

Zumal sabar je la dan terus hati-hati dengan mata yang memerhati tu. Zumal sedar siapa diri ini. Apa pun rasa senang hati sebab esok dah cuti... Hehe.. Boleh la tenangkan hati dan pergi makan kenduri besok.

12 Sep 2013

Serba Tak Kena

Assalamualakum
Kekadang zumal buat sesuatu untuk kebaikan tapi orang salah anggap. Dan ada juga kita buat baik tetiba terima balasan tuba. Apa salah zumal agaknya??? Kerana semua tu zumal terpaksa tanggung tekanan sampai la sakit kepala nie. Siang tadi pun zumal tak pergi kerja sebab rasa berat sangat kepala nie.
Sebelum ni zumal dah memang sakit macam-macam. Sampai kekadang tak boleh jalan. Kekadang risau macam mana nak kerja. Tapi kalau tak kerja macam mana nak teruskan hidup nie. Dengan serba salah terpaksa zumal teruskan kerja. Tapi sejak akhir-akhir nie rasa macam ada yang sakit hati bila zumal kerja situ. Apa ya yang tak kena? Serba serbi tak kena.
Macam mana lagi zumal nak puaskan hati semua??? Cer habaq sat!
Kalau kawan-kawan ada idea leh kongsikan yer. Zumal nak tidur dulu. Jangan lupa join contest zumal yer.Wasalam.

11 Sep 2013

Powerbank Giveaway Contest


Assalamualaikum semua...
Hari ni Zumal teringat nak adakan Powerbank Giveaway Contest untuk semua rakan blogger. Walaupun pada bulan lepas Zumal dah buat contest sempena merdeka tapi sambutan agak hambar. Jadi kali ni Zumal akan beri tempoh yang panjang untuk sertai contest terbaru ni.

Pada kali ni Zumal akan beri hadiah powerbank kepada pemenang pertama contest ni. Tapi jangan risau kali ni hadiah misteri turut akan diberikan kepada pemenang tempat kedua dan ketiga. Menarik tak? Kalau menarik, disini cara untuk sertai contest ini. Mulanya anda perlu follow blog ini dan komen entri ni Saya Nak Powerbank beserta link ke blog anda. Sememangnya tujuan Zumal adakan contest untuk meningkatkan follower blog ini. Kemudian anda perlu adakan entri bertajuk 'Saya Join Powerbank Giveaway Contest Blog DuniaZumal' dan sertakan post paling kreatif dengan link untuk ke blog Zumal. Pemenang akan dipilih berdasarkan entri paling menarik. Lepas tu jangan lupa send email nama, alamat dan nombor fon anda ke zumal84@gmail.com. Senang tak syarat Zumal kali ini? Kalau senang jangan tunggu lama-lama nanti terlepas. Tarikh tutup contest adalah 15 Oktober 2013. Panjang lagi masa tu. Selain tu jangan lupa sertai GA dari adik Tasha Aqiha juga. Blog For Life.

Sekian, salam blogger semua.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

7 Sep 2013

Menu Eksotik


Assalamualaikum semua...
Hujung minggu nie aku fulltime kat rumah tak macam minggu lepas kena join Perarakan Kemerdekaan. Disebabkan aku ada di rumah sepanjang hari maka bermulalah idea merapu aku untuk santapan tengah hari tadi. Hari nie aku buat menu pecal edisi merapu. Nak tahu apa aku letak? Pepagi tadi aku ke pasar tani mega Taman Sena Indah, Kangar untuk cari bahan-bahan untuk resepi merapu aku. Mula-mula aku beli sayur kangkung 1 ikat, kacang buncis, tauhu, tempe dan telur ayam. Ada beberapa bahan yang memang ade kat frezer aku macam bebola sotong, kuah kacang agromas.

Asalnya aku nak buat pecal nie sebagai sarapan tapi dik kerana hujan di awal pagi jadilah makan tengah hari. Lagi pun setiap satu bahan kena rebus yang ambil masa agak lama juga sebab ada beberapa iklan dalam operasi menyiapkan menu pecal aku nie. Setelah siap aku pun menikmatinya dengan lahap sekali. Hahaha. Apapun resepi aku berjaya sehingga ke mangkuku terakhir. Tengok gambar Pecal Merapu Duniazumal nie.

Keluarga Baru

Pada minggu pertama Syawal keluarga aku dah bertambah lagi. Tapi bukan la aku dapat anak sebab aku still bujang der. Yang bertambah tu kucing aku. Putih dapat tiga ekor anak yang sama corak macam dia jugak. Sebijik macam buat klon. Nama pun tak tahu letak ape lagi.
Walau disebalik kegembiraan tu, ada juga kesedihan melanda kerana anak sulung Putih yang bernama Kajol tak sihat. Habis bulu-bulunya gugur. Tok sapukan air gamat. Tak tahu la berapa lama dia nak sakit gini. Kesian aku tengok dia. Makan pun Kajol tak berselera macam dulu. Baru je umur setahun dah sakit macam-macam. Tok la paling sedih sebab Kajol tu kucing kesayangan dia. Kajol dah tak nakal macam dulu, kurus je badan Kajol sekarang nie.