31 Dec 2013

PM Umum 11 Langkah Berjimat

Assalamualaikum, semalam PM kita telah umumkan 11 langkah jimat oleh pihak kerajaan sempena tahun 2014. Semua itu akan berkuatkuasa esok. Di samping itu PM juga menyatakan beberapa langkah lain akan menyusul nanti. Kita pun sebagai rakyat perlulah berjimat cermat juga.
Langkah berkenaan ialah:
  • Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.
  • Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas)
  • Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  • Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.
  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.
  • Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.
  • Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  • Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.
  • Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.

Polis Temui Bom Buatan Sendiri Di Ampang

TIMBALAN Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar menunjukkan bom buatan sendiri selepas polis menahan seorang suspek di Ampang, dipercayai bom ini akan diletupkan pada malam sambutan Tahun Baru dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini. - Foto Osman Adnan Berita Harian
SHAH ALAM: Polis Selangor hari ini mengesahkan penemuan satu bom buatan sendiri daripada seorang lelaki yang ditahan di Tasik Permai, dekat Ampang, pagi Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 10.30 pagi. 

"Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

"Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Dalam satu kes berasingan, polis Selangor turut merampas 56 helai baju T yang mempunyai unsur hasutan dalam satu serbuan di Seri Kembangan, awal pagi semalam.

Sehubungan dengan rampasan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, sebelum melepaskan lelaki yang bekerja sendiri itu selepas keterangannya dirakamkan.

Bagi kes pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala bagi kes kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.Sumber

Pencarian Bloglist Januari 2014

http://curium-cr.com/my-5511900

Selamat Tinggal Kenangan 2013

Semoga Tahun Baru 2014 Bawa
Lebih Keberkatan Dan Kemakmuran

Zumal Berazam Agar 2014 Ini
Dapat Membawa Pelbagai Peluan
Yang Lebih Baik Kepada 
Zumal Dan Family

Disamping Itu Zumal Harap
Ada Peningkatan Dalam Hidup
Seperti Kerjaya, Perniagaan
Dan Pendapatan

Selain Itu
Zumal Ingin Beruba
Menjadi Insan Yang Lebih Baik
Dan Meninggalkan Segala
Perbuatan Dan Sikap
Yang Melalaikan Dan Merugikan...

Insha Allah...


30 Dec 2013

Simple Giveaway by Izzati Amira




Simple Giveaway by Izzati Amira !!
Tamat : 22 Januari 2014
Klik Banner Untuk Join! Sekarang !! Hadiah menarik untuk para gadis di luar sana sedang menanti!


27 Dec 2013

The Wedding Breaker Bakal Muncul Dalam Slot Akasia TV3

http://curium-cr.com/my-5481226
Playboy Itu Suami Aku dah pun ke penghujungnya Khamis lalu. Minggu depan bermulalah giliran drama baru yang juga adaptasi dari novel. Drama ini adalah adaptasi daripada novel The Wedding Breaker tapi dramanya akan guna judul Ariana Rose.  Hero drama ini adalah Keith Foo yang berlakon sebagai Hadri dalam Love You Mr. Arrogant tu. Kat bawah zumal sharekan sinopsis drama ini. Thanks to blog admya.

Sinopsis:

Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar. Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu. Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil. Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai. Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.

Pelakon Utama:
Keith Foo - Tengku Kamil
Nur Fathia- Ariana Rose
Tasha Shilla- Tengku Juwita
Hisyam Hamid- Harith
Nabila Huda- Liyana
Arja Lee- Ramzul
Syatilla Melzin- Sophie
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Muhriz
Liza Abdullah- Puan Sri Lisdania
Datin Ziela Jalil- Datin Asra
Datuk Jalaludin Hassan- Datuk Wan Jusoh


Adakah anda seorang yang prihatin terhadap ekosistem penyu kita? Setiap klik disini tanda sokongan anda 

25 Dec 2013

Marry Christmas


 Marry Christmas
Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua yang menyambutnya 
dan selamat bercuti kepada semua yang bercuti
25 Disember 2013

Semoga berbahagia selalu di samping keluarga tersayang...
 Special Promo for your Christmas 

20 Dec 2013

100 Doraemon Secret Gadgets Expo

http://100doraemon.com/
http://100doraemon.com/

Assalamualaikum semua
Kat sini ade tak peminat Doraemon? Zumal memang peminat setia Doraemon nie. Masa kecil dulu arwah tok wan selalu belikan zumal komik Doraemon untuk zumal belajar membaca. Semua orang tahu kan Doraemon nie kucing robot dari masa hadapan yang ditugaskan menjaga Nobita. Dalam tugasnya pelbagai gadget digunakan untuk membantu Nobita. Yang istimewanya Doraemon mengeluarkan semua gadget tu dari poket hadapannya walaupun gadget tu lebih besar darinya. 

Sekarang ni ada expo 100 gadget rahsia Doraemon tu kat Malaysia pada 14 Disember 2013 hingga 23 Mac 2013 di Viva Home Expo Hall, Jalan Loke Yew Kuala Lumpur. Jangan lupa berkunjung ya...

# Jika anda pemurah klik sini. Tq :)

17 Dec 2013

Tinggal Kenangan

Kajol Tinggal Kenangan
Kajol suka buat muka camni
Manja
Kajol bermain atas kerusi roda tok
Kadang-kadang garang
Main atas kerusi roda



Assalamualaikum semua, pagi nie hari zumal bermula dengan episod sedih dengan pemergian kucing kesayangan zumal yang bernama Kajol. Kajol menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5.30 pagi tadi. Semalam zumal dapat rasakan kelainan bila Kajol tak nak makan, Kajol cuma minum air dan tidur sepanjang hari. Setiap malam Kajol tidur dengan tok zumal. Tok memang sayang sangat Kajol. Tadi masa zumal nak datang kerja, tok masih menangis. Semalaman tok jaga Kajol kerana berasa Kajol amat berlainan dari biasa. Rupanya itulah saat-saat akhir Kajol bersama kami.

Zumal masih teringat Kajol akan datang dan duduk di tepi kaki zumal kalau zumal sedang menonton tv minta untuk dinaikkan ke atas kerusi. Dia sakit sejak lepas Aidilfitri lalu. Sebab tu dia semakin manja. Semasa Kajol sihat dulu dia selalu naik ke atas kerusi untuk minta makanan. Lepas makan Kajol akan bermain atau tidur disebelah zumal ataupun atas ribaan tok. Kami terlalu sayangkan Kajol. Sebenarnya dulu kami ada kucing bernama Jenny yang rupanya saling tak tumpah dengan Kajol. Memang hampir 100% sama. Cuma Jenny hidup hampir 12 tahun dan Kajol baru berumur 1 tahun lebih. Pernah zumal kongsikan dulu kehadiran Kajol dalam keluarga kami. Kajol ini pemberian Akak Rani rakan sekerja zumal. Sedih sangat dengan kehilangan ini bagaikan kehilangan kedua kucing yang seiras.

Sekian sahaja perkongsian zumal. Harapan dapat berjumpa Kajol lagi. Wasalam...

 

16 Dec 2013

Bomoh Alim Larikan Isteri

Muar: “Saya tidak sangka bomoh yang berperwatakan alim itu bukan saja sanggup menggunakan ilmu hitam untuk melarikan isteri, malah turut melesapkan RM20,000 hasil perniagaan kami, “ kata seorang peniaga, Rozman Jamil, 46.

Peniaga buah dari Kampung Jawa, Panchor di sini, mendakwa isterinya, Zainon Ibrahim, 41, yang menguruskan gerai buah-buahan di hentian Rawat dan Rehat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan Pagoh, hilang dipercayai dilarikan seorang lelaki pada jam 3.30 petang, pada 2 November lalu. Rozman berkata, dia percaya kehilangan Zainon ada kaitan dengan seorang lelaki dikenali Azman yang baru dikenali ketika mereka bercuti di Pulau Besar, Melaka, Jun lalu. Menurutnya, ketika dia dan isteri sedang makan di sebuah kedai di Pulau Besar, Azman lingkungan 40-an tiba-tiba menghampiri mereka dan berbual mesra.

“Lelaki itu kelihatan peramah selain memaklumkan dia bomoh handal dari negara jiran dan dapat membantu jika ada masalah berkaitan perniagaan.
“Azman kemudian meminta nombor telefon kami sebelum meminta diri.
Saya sangka ia hanya setakat itu namun tiga minggu kemudian, lelaki terbabit menemui Zainon secara bersembunyi dan memaklumkan ada beberapa botol minyak, tasbih serta beberapa barang lain yang kononnya dapat membantu melariskan jualan,” katanya. Bapa kepada dua anak itu berkata, dia percaya lelaki itu mengenakan ilmu hitam terhadap isterinya menyebabkan wanita itu menuruti kata-kata lelaki terbabit. Katanya, selepas beberapa bulan berhubung, Zainon menghilangkan diri tanpa meninggalkan apa-apa pesan.
“Sejak Zainon menghilangkan diri saya ada bertemu dengan beberapa pengamal perubatan tradisional untuk mengesan isteri, namun semuanya memberi jawapan sama iaitu isteri dikenakan ilmu hitam.
“Itu mungkin ada benarnya kerana saya dapati isteri memasukkan wang hasil perniagaan kami hampir setiap hari lebih RM20,000 ke beberapa akaun bank berbeza dalam tempoh tiga bulan selepas mengenali lelaki itu,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, November lalu.

Menurut Rozman, dia pernah menasihatkan Zainon menjauhkan diri daripada lelaki itu berikutan curiga dengan kelakuannya. Katanya, sebelum menghilangkan diri, Zainon tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan, malah mereka juga tidak berdepan dengan masalah rumah tangga. Rozman berkata, dia serta anak mereka, Mohd Naim, 15, dan Norhafifi, 14, risau memikirkan keselamatan wanita itu kerana usaha mengesannya sehingga kini menemui jalan buntu.

“Sejak menghilangkan diri, Zainon tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dimatikan.
Saya berusaha mengesan Zainon di rumah saudara di seluruh negara, tetapi tidak berjaya.
“Kehilangan Zainon juga memberi kesan kepada Mohd Naim dan Norhafifi yang demam teruk sejak seminggu lalu kerana terlalu merindui ibu mereka.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Zainon diminta menghubungi saya di talian 010-7196678,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan wanita berkenaan. Sumber

#Untuk yang prihatin silalah klik SelamatkanPenyu Note3User UntukPerokokTegar

15 Dec 2013

Gempar Pontianak di Kota Kemuning

Beberapa hari lalu penduduk Kota Kemuning digemparkan dengan penyebaran gambar pontianak yang diambil di sebuah kawasan pembinaan di situ. Gambar tersebut diambil ketika waktu siang disebarkan melalui telefon pintar. Walaubagaimanapun kesahihan gambar tersebut tidak dapat dipastikan. Sumber.
http://curium-cr.com/my-5278070

11 Dec 2013

Lirik Lagu Tema Playboy Itu Suami Aku

Assalamualaikum rakan2 semua. Pasti ramai yang tengah demam 'Playboy Itu Suami Aku' dalam slot Akasia TV3 kan? Malam ni zumal nak kongsikan lirik lagu tema 'Playboy Itu Suami Aku'\

Rindukanlah - Encik Mimpi

Ku benar-benar sayang
Pada dirimu
Oh kasihku
Janganlah engkau ragu
Pada diriku

Dan ku berkelana
Mencari harapan
Yang kita impikan
Dari terbitnya sang suria
Hingga tenggelam

Dan ku ingin cinta sejatimu
Dan ku ingin harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah
Hatimu

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku
Ku adalah milikmu
Sayangku
Ku adalah milikmu
Yang kau rindu

Doa-doakanlah
Diriku
Di dalam hatimu
Di dalam nafasmu
Sepanjang hari-harimu

Ku benar-benar sayang
Pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu
Pada diriku

Dan ku ingin cinta sejatimu
Dan ku ingin harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah
Hatimu

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku
Ku adalah milikmu

Dan ku ingin cinta sejatimu
Dan ku ingin harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah
Hatimu
Woooo

Dan ku ingin cinta sejatimu
Dan ku ingin harapan hatimu
Oh jang
anlah engkau bersedih
Oh jangan-janganlah kau bersedihkan
Hatimu
Kekasih

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku...
Ku adalah milikmu
Huuu



#zumal suka sangat lagu nie kerana liriknya amat bermakna dan zumal harap sangat dapat tujukan pada seseorang yang zumal pernah kenal dulu dan sudah menyepi kini. Harap dia berkunjung ke blog zumal

8 Dec 2013

Hadiah GA Tajaan Zumal

Assalamualaikum semua
Masih ramai yang belum tidur yer?
Kali ini zumal ingin mewar-warkan kepada anda semua yang nak buat GA atau contest dan memerlukan penaja hadiah...
Antara hadiah yang zumal nak taja:
1. Topup RM5.00 X 3
2. Key chain teddy X 3
3. Teddy Minion X 2
Syarat2nya:
1. Follow blog duniazumal
2. Like fanpage zumal
Mudah je kan? Hadiah tu kena pilih salah satu je. Terhad kepada beberapa blogger jer. Siapa cepat dia dapat k. Kalau nak sila komen sini yer. ;-)

4 Dec 2013

Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2013

Assalamualaikum semua, terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog zumal. Petang nie zumal ingin kongsikan pengalaman zumal mengikut rombongan PDK Perlis ke Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Universiti Putra Malaysia. Zumal bertolak dari Perlis pada 2 Disember 2013 dengan bas. Inilah first time join aktiviti bersama OKU. Mulanya zumal rasa tak yakin boleh ke zumal menjadi pengiring mereka. Maklum la tak biasa. Bila tiba di penginapan di Kajang zumal diberikan bilik bersama 2 orang OKU, mulanya takut juga tak dapat beri komitmen tapi setelah kenal mereka, kami jadi akrab juga. Tak susah untuk jaga mereka. Alhamdulillah dapat pengalaman berguna. Pada pagi 3 Disember kami bertolak ke UPM, aktiviti awal ialah senam robik. Meriah betul. Maklum la senam robik tu diketuai oleh Iffa Raziah, mulut tak penah diam, gamatkan suasana. Lepas tu ada pertandingan karaoke, catur, gubahan bunga, futsal, larian, dan banyak lagi. Yang paling menghiburkan pertandingan karaoke, ada sorang OKU yang buta nyanyi lagu Inggeris paling best dan dapat sorakan gemuruh orang ramai. Zumal tak tahu la keputusan pertandingan tu sebab dah masuk ke dalam dewan untuk dengar ucapan perasmian oleh Menteri KPWKM. Kalau tak silap zumal pukul 3.00 petang kami meninggalkan majlis dan bertolak ke Nilai. Kat Nilai mereka pergi shopping. Zumal hanya tunggu sekitar bas bersama beberapa pegawai JKM kerana terlalu letih. Lepas tu kami singgah kat kilang coklat pulak. Lepas tu kami bertolak pulang ke penginapan. Pagi 4 Disember 2013 kami bertolak pulang dan tiba di Perlis sekitar jam 6.00 petang. Maka tamatlah program kami. Alhamdulillah program berjalan lancar. Sekian perkongsian zumal. Wasalam.
Ucu dan Awang ni tinggal dengan zumal masa program
Gambar kenangan kat UPM
Pertandingan Carrom
Siap ada maskot
Cabutan Bertuah Tempat Pertama TV LCD
Add caption
Antara Booth di Hari OKU
Peserta Karaoke yang paling menyengat
Dorang duk bergambar dengan Iffa Raziah
Kontigen Perlis semasa menyaksikan nyanyian peserta karaoke
Senam Robik
Senam Robik
Para Kontigen Perlis Bergambar Sebelum Majlis Bermula Bersama Timbalan Pengarah 2 JKM, Pegawai dan OKU