Semua Tentang Air


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Saban tahun apabila musim kemarau dan panas melampau berlaku, pastinya turut mengundang krisis air. Banyak orang kata tiada bekalan elektrik tak apa tapi kalau air tiada memang cukup perit dalam menjalani kehidupan seharian. Mana tidaknya, air merupakan keperluan semua yang bukan sahaja manusia tapi segenap makhluk yang wujud di dunia ini memerlukan air. Airlah sumber minuman, memasak, mandi, membasuh dan sebagainya. Kalau tiada air dalam satu hari pun kita boleh jadi lemah, kekeringan kan? Itulah kepentingan air. Bila kemarau begini bukan semua sumber air jadi kering, empangan je kering tapi masih ada sungai yang mengalir. Tapi sanggup ke korang guna air sungai? Kebanyakan air sungai di Malaysia ni sudah tercemar. Ikan pun tak dapat hidup. Fikirkanlah. Siapa puncanya? Kitalah puncanya! Tak ngaku lak tu... Bersamalah kita beringat mulai saat ini untuk menjaga sumber air kita. Air keperluan semua jadikanlah ianya tanggungjawab semua. Renung-renungkan...


JOM PARKING IKLAN ANDA DISINI

Comments

  1. Biar tak de letrik,jgn x de air.musim panas ni bibir kering dan pecah..

    ReplyDelete
  2. Zumal nie tumit pun merekah... hehe

    ReplyDelete
  3. betul tu... air tu penting sangat2... sdangkan bumi pun 3/4 drpdnya diliputi air.. nampak tak betapa pentingnya air dlm kehidupan kita..

    ReplyDelete
  4. betul
    betul
    tak dapat bayangkan jika tiada air langsung :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts