5 Anggota Keselamatan Diugut Penyeludup

PASIR MAS -  Lima anggota pasukan keselamatan diugut oleh dua lelaki yang dipercayai penyeludup ketika cuba menahan mereka di Sungai Lancang, bersebelahan Pos Kawalan Pak Teh Kanan, Jeram Perdah di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 10.30 pagi ketika anggota pasukan keselamatan sedang menjalan tugas rutin mereka di kawasan tersebut.

“Ketika kejadian anggota pasukan keselamatan berkenaan ternampak sebuah bot yang dinaiki oleh dua suspek dengan muatan disyaki beras seludup.

"Anggota berkenaan mengarahkan bot tersebut berhenti bagi melakukan pemeriksaan tetapi suspek bertindak cuba melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, anggota pasukan keselamatan itu kemudian mengejar dan menahan bot tersebut.

Beliau berkata, salah seorang suspek bertindak ganas dengan melibaskan kipas bot enjin galah ke arah anggota berkenaan.

Haliludin berkata, manakala rakan suspek pula bertindak dengan mengeluarkan pisau dan mengacukan ke arah anggota.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati bertindak mengugut dan mengeluarkan kata-kata berbau ancaman dengan meminta seseorang dari Thailand untuk menembak anggota itu.

"Suspek kemudian bertindak melarikan diri ke negara jiran,” katanya.

Menurutnya, hasil maklumat yang diberikan oleh anggota berkenaan memberitahu mereka tidak mengenali suspek tersebut.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan anggotanya dalam usaha mengesan suspek dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 186/506 Kanun Keseksaan. Sinar Harian

Comments

  1. Risiko anggota keselamatan skrn ni pun amat tinggi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts