Mengintai Kemajuan

 

K-PARC

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, tahun ini adalah tahun terakhir untuk negeri zumal mempersiapkan prasarana dan infrastruktur ke arah matlamat kerajaan negeri untuk mencapai tahap negeri maju pada tahun 2015. Zumal melihat pembangunan yang dijalankan kini agak menyerlah juga berbanding satu ketika dulu yang digembar-gemburkan buat itu dan ini akhirnya berakhir begitu sahaja. Sekarang melihat projek mega yang dijalankan oleh UDA Land di kawasan Kampung Bakau mungkin bakal menganjak ke arah pembangunan negeri terutama sektor ekonomi di Perlis. Projek ini bakal menempatkan pejabat PKEN, shop lot dan shopping mall. Insha Allah bila siap nanti ia akan bertindak seperti perbandaran baru di Kangar. Projek ini dinamakan K-PARC.

Selain itu zumal ada melihat projek terbaru di kawasan Seriab yang dibangunkan oleh pemaju terbesar di Perlis iaitu Nepta Bumita Holding yang menamakan projek mereka Bandar Baru Kangar Jaya. Projek ini juga dilihat bakal menjadi pintu masuk ke bandar Kangar kerana kedudukannya sebelum memasuki kawasan bandar asal dan berada begitu strategik kerana berada di persimpangan Lebuhraya Kuala Perlis Changlun untuk ke Kuala Perlis. Gambaran awal projek belum diperlihatkan. Diharapkan ia bakal menjadi mercu pembangunan bandar Kangar. Insha Allah.

UNITI ALAM
Projek pembangunan yang berada hampir di sempadan pula telah siap iaitu Uniti Alam di Padang Besar yang menempatkan kampus UNIMAP, Kolej Universiti Islam Perlis, shop dan office lot selain menempatkan pasaraya borong terbesar di Perlis. Dari segi imejnya mendapati projek ini juga agak urban seperti projek K-PARC juga. Projek ini juga bakal memberikan nilai tambah kepada pembangunan bandar Padang Besar dan mungkin dapat menjadi antara tempat pilihan untuk membeli belah kepada masyarakat sekitar dan pelancong ke negeri Perlis. Ini bakal mewujudkan lagi pilihan kepada pelancong untuk membeli belah sama ada di Bazar Padang Besar, Wang Kelian atau di Uniti Alam ini. Selain tu projek yang bakal dibangunkan di kawasan berhampirannya adalah projek Chuping Valley yang bakal dibangunkan secara bersama dengan FGV. Projek ini bakal menukarkan kawasan ladang tebu yang terbentang luas kepada kawasan industri besar. Diharapkan projek2 ini bakal meningkatkan ekonomi Perlis serta menambah peluang pekerjaan kepada masyarakat di negeri ini dan mungkin mengubah masyarakat pertanian kepada masyarakat industri. Zumal juga harap dapat mengambil peluang ini untuk menjalankan perniagaan zumal. Insha Allah. 

Comments

  1. Menarik.. semoga bermanfaat utk kebaikan msykt seluruhnya. Semoga dipermudahkan juga buat Zumal dlm mengambil peluang utk perniagaan tu ye.. selamat maju jaya & semoga terus sukses.. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara Khir Khalid :)

    ReplyDelete
  3. wah, perlis semakin berkembang pesat....semoga perlis terus maju.

    ReplyDelete
  4. Insha Allah, zumal amat berharap begitu :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam singgah sini...bestnya kalau dapat datang kat perlis...semoga dipermudahkan segalanya yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, kalau datang inform la zumal. Boleh zumal tunjukkan tempat2 menarik kat Perlis nie :)

      Delete
  6. banayk betol pembangunan yg bakal dimajukan di perlis..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts