Aksesori Ohsem

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat anda semua. Malam nie atas cadangan seseorang yang tak mahu namanya dimention kat sini. Dia blogger juga baru form 1. Suatu masa dulu zumal pernah review blog dia. Tak nak bagitau sebab itu permintaan dia. Lupakan siapa dia ok. Tak may femes nak buat gena. Hehe. Ok nak cerita pasal cadangan dia ja. Dia suruh zumal selfie dengan dia guna monopod dia ( konfius juga tak nak mention nama tapi nak berselfie ) Tapi tak sempat pula berselfie tadi. Dia kalut nak balik, zumal pula kalut dengan anak2 nakal kat rumah nie. Ish tak juga cerita apa cadangan dia. Ok. Nie zumal nak cerita dah. Dia suruh zumal review aksesori untuk smartphone. Mulanya hanya monopod tapi zumal cerita lagi kat dia ada yang lebih ohsem dari tu. Terkejut gak dia. Well abang long dah expert hal tu. Perasan lak.

Oleh kerana blogger cilik tu suruh cerita bab monopod jadi aksesori pertama zumal nak cerita pasal monopod la. Kat Perlis nie katanya memang seksa mencari benda tu. Tak ada kedai jual. Cuma ada 1 kedai yang dia jumpa jual monopod tu. Harga dia mak ai mahal kot, RM50.00. Lebih baik beli online je antara RM35 - RM40 termasuk pos. Ada lebih ohsem bagi free shutter lagi. Dia beli shutter tu kena tambah lagi RM20.00. Ok monopod tu semua orang dah tau nak guna bagi mereka yang minat selfie tahap gaban. Bagi zumal, monopod nie boleh guna untuk ambil gambar sesuatu masa orang lain tengah bersesak or berkerumun nak ambil gambar. Awak guna je galah tu untuk ambil gambar walaupun awak duk belakang orang. Kan memudahkan tu. Terutama bagi wartawan nak ambil gambar artis dan menteri. Boleh digunakan untuk mengintai. Haha. Please jangan amalkan. Jangan risau zumal tak buat perkara mengaibkan orang. 


Ok. Aksesori ketiga yang zumal nak kongsi kat u all adalah clip lense. Sekarang nie kalau u all beli smartphone yang kamera dia kurang jelas. Tak perlu susah hati tau. U all boleh tambah l ense kat phone u all. Just clip kat phone tu tak perlu tebuk2 telefon k. Dengan cara nie kualiti gambar boleh ditingkatkan macam u all guna kamera sebenar. Zaman la ni dah canggih. 

Ok clip lense tu untuk gambar biasa jer. Tapi kalau u all nak teropong bulan bintang atau benda jauh tu ada lebih hebat tau. U all boleh pakai teleskop tambahan tau. Zoomnya nak bagi tau memang macam teropong la. Zumal rasa macam nak cari gak satu. Boleh pergi cari alien 3 atau 4 ekor nak update kat blog nie.


Ohsem tak aksesori yang zumal review tu? Selain monopod ada juga tripod yang boleh u all gunakan untuk smartphone u all tu. Benda alah nie amat sesuai bagi yang minat ambil gambar pemandangan atau apa2 saja yang u all nak la. Tripod nie dah ada pelbagai jenis dah. Cari la yang mana paling u all berkenan yer.

Semua yang zumal kongsi malam nie berdasarkan gambar Google jer. Review ni pun yang mencapai tahap mental zumal sahaja. Lagi satu entri ini teristimewa untuk adik blogger yang tak may namanya dimention tu. Harap puas hati dengan hidangan malam ini. Macam la boleh makan kan. Melebihi satu jam zumal karang dan buat kajian untuk entri kali ini tau. 

Apa pun semoga info yang zumal beri dapat memberi pengetahuan untuk u all. Ok setakat ini jer entri zumal kali ini. Sat lagi tak tau la ada lagi dak. Akhir kata, wassalam.

Comments

  1. Macam2 ader sekarang nie ..
    Sedia duit jer dah boleh dapat kan Zumal .. Tapi Lya ni kureng jugak bab2 gadget ni ..pakai apa yg ader jer hehehe ... Kalau setiap kali kuar gadget baru kita pon cbuk nak membeli yg lama nak letak mana...nak jual sayang last2 tersadai tanpa kata ..

    ReplyDelete
  2. Betul tu Lya, tak perlu membazir beli itu ini jika kita tak perlukannya :))

    ReplyDelete
  3. teringin juga nk beli.. tp kalau jarang gune membazir pula rasanya...

    ReplyDelete
  4. Fuhh.. menarik tu Zumal... mcm2 teknologi skrng ni ada kan.. mmg menarik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts