HISTORICAL OF ALIEN IN MALAYSIA PART 2
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ini zumal singkap kembali laporan akhbar Utusan Malaysia pada 21 Mei 1999 bertajuk Bunyi Kuat Sebelum UFO Muncul di Baling.
Md. Noor Abdul, 60 (masa itu) berkata dia berasa hairan mendengar bunyi dentuman kuat seperti guruh menggegarkan suasana malam walaupun tiada hujan turun ketika itu.
"Dentuman tersebut kuat, agak pelik dan amat berbeza dengan bunyi turun yang biasanya kita dengar," katanya kepada wartawan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggul Chicar Kurang dekat sini hari ini.
Katanya, dia percaya bunyi yang kuat itu ada kaitan dengan objek yang dilihatnya tidak lama selepas itu, iaitu pada kira-kira pukul 5.20 pagi.
Menurutnya, dia memerhati pergerakan objek tersebut dengan teliti dan yakin bukan kapal terbang biasa kerana ia tidak mengeluarkan bunyi malah bercahaya di dalamnya.
Objek berkenaan kelihatan nipis dan melayang tetapi saiznya besar berdasarkan pada cara pergerakannya. Bagaimanapun katanya, objek tersebut hilang setelah melalui satu kawasan hutan kebun getah dan dusun.
Tinjauan wartawan di kawasan itu, geografi pekan baru Kupang agak lapang dan ruang udaranya boleh dilihat dengan jelas setiap kali kapal terbang dan helikopter melintasi kawasan tersebut. Jadi objek itu mungkin adalah amat jelas dapat di lihat penduduk kawasan tersebut.
Nantikan sambungan seterusnya hanya di duniazumal.
Hehehe alien oh alien..ada ke tak sebenornyerr huhuhuhu
ReplyDeleteserius.. baik.. mama menanti disambungan kedua..
ReplyDeletepeh bestnyaa kalo dpt ufo ni..hehe
ReplyDeleteok kite tunggu sambungan ;)
*dapat tengok
ReplyDeleteKisah ini akan kembali setiap hari pukul 8.00 pagi sampai habis semua koleksi zumal.
ReplyDeleteWahh...ada ufo ker...best ni Zu Mal...teruskan kesambungan yang seterusnya...hehe
ReplyDeleteMenanti sambungan seterusnya dan nak juga tahu pandangan Zumal sendiri mengenai UFO nie .
ReplyDeleteUFO! teringin nak tengok UFO :o
ReplyDeletestiap 8pg? macam tayangan tv plak..hehe
ReplyDeleteteringat zaman dulu2 baca mastika mesti cerita pasal UFO.
ReplyDeleteAmboi, siap ada timing nak siaran pulak. haha. ok suk 7.60 pagi tunggu depan blog bro zumal :)
ReplyDeleteeh betul ka ni???
ReplyDeleteHuh.. misteri ni...
ReplyDeleteInsha Allah setiap 8.00 pagi sebab zumal buat auto publish je. Semua nie zumal taip memalam aje.Kebenaran tidak dapat dipastikan tetapi ianya sumber dari laporan akhbar.
ReplyDeleteteringin nak liaht dgn mata dan kepala sendiri :-)
ReplyDeleteEntah2 Alien dah berjaya memviralkan sebahagian penduduk bumi.. Tu yang jenayah semakin menajdi2 skrg ni..Eh? Ke situ pulak.. Hehe..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™