HISTORICAL OF ALIEN IN MALAYSIA PART 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Koleksi zumal pada hari ini akan memaparkan penemuan yang sangat menggemparkan.
Di Seremban pada 24 Mei 1999, seorang pelajar mendakwa lihat objek berlegar-legar di udara Kampung Bemban Hilir, Mambau sebelum UFO turun berhampiran rumahnya.

Mohd Fahmi Abu Hassan, 17 tahun (masa itu) berkata UFO itu mengeluarkan cahaya biru terang-benderang sehingga dia sukar melihat UFO dengan jelas.

Dia kemudian ternampak satu lembaga setinggi kira-kira 0.5 meter turun dari udara.

Ketika itu katanya, UFO mengeluarkan cahaya bertambah terang dan sukar untuknya melihat makhluk itu. 

Tinjauan wartawan di lokasi mendapati terdapat tujuh bekas tapak kaki sedalam 0.5 cm. Tapak kaki itu mempunyai 4 jari dan dipercayai mempunyai kuku yang tajam berdasarkan bekas cengkaman yang jelas kelihatan pada tanah.

Pelajar itu mendakwa UFO dikesan pada kira-kira pukul 4.30 pagi ketika dia sedar dari tidur.

Mohd Fahmi memberitahu, dia terjaga selepas mendapati bumbung zink rumahnya berbunyi kuat seolah-olah ditiup angin.

Katanya, dia tersedar dan mendapati angin bertiup kencang seolah-olah cuaca hendak hujan.

Sebelum ini, dua kejadian yang membabitkan UFO menggemparkan penduduk Baling dan Ipoh.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini. Nantikan kisah selanjutnya 8.00 pagi esok. Bye bye...

Comments

  1. Kalau la ada alien betul betul dalam dunia ni takut saya. hihi

    ReplyDelete
  2. pehhh mcm comel plak alien.. hehe

    ReplyDelete
  3. Betul atau tidak nantikan rumusan zumal tak lama lagi. Pehh Nadyya cakap alien comel tu ^_^

    ReplyDelete
  4. Seronok juga klu jumpa ufo kan.. :)

    ReplyDelete
  5. ish2.. pasal ade kisah alien2 nie lah sy pernah kena gelar dengan nama alien masa sekolah rendah dulu...
    kebetulan pulak minat sangat dengan sains...huhuhu..

    tapi sampai sekarang sy masih tertanya2 mmg betul2 ada ke alien ni..??

    ReplyDelete
  6. kecik jer makhluknya ... bahaya tu kuku tajam .

    ReplyDelete
  7. Eh area Ipoh pun pernah kena ke ?

    ReplyDelete
  8. kalau ada memang takut la.. ish xnak tengok

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts