Selamat Hari Malaysia
Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Selamat Hari Malaysia 2014 kepada seluruh rakyat Malaysia walau di mana jua anda berada.
Sejarah Hari Malaysia
Hari Malaysia ialah hari memperingati pembentukan persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Pemasyhuran Malaysia dibacakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama di Stadium Merdeka pada pagi 16 September 1963.
Berikut adalah sebahagian teks pemasyhuran Malaysia yang dibacakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman ketika itu:
"Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada 9 Julai 1963 antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan 'Malaysia' "
Alhamdulillah, pada hari ini Malaysia terus berkembang maju di mata dunia dan gah berdiri sendiri. Semoga dengan sambutan Hari Malaysia 2014 pada hari ini kita dapat mengingati kembali jerih perih masyarakat terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Kita sebagai generasi kini haruslah mengekalkan kemerdekaan ini untuk generasi akan datang. Terima kasih kepada semua yang berkunjung ke blog zumal ini. Selamat Hari Malaysia 2014.
Sumber Wikipedia
#IniMalaysiaKita
Hari Malaysia 2014
Sumber Wikipedia
#IniMalaysiaKita
Hari Malaysia 2014
Selamat Hari Malaysia Zumal. Semoga negara ini kekal aman dan makmur sampai bila bila. Btw, saya kagum dengan Zumal sebab Zumal ada butik online sendiri. Ada juga ura ura nak buat butik online macam Zumal tapi tak ada idea la nak jual apa.
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia. Zumal masih dalam percubaan. Zumal lebih suka berniaga secara offline, nak buka kedai. Hehe ^_^
ReplyDeleteSelamat hari Malaysia Zumal... semoga Malaysia aman makmur.... dan bersihhhhhhh !!
ReplyDeleteselamat hari malaysia zumal,
ReplyDeletemama singgah menabung pagi... :)
selamat hari malaysia bro zumal :)
ReplyDeletepanggil bro takpe ke? hehe. 1984 baya kakak sy la tu.
Panggil la ape pun budak. Zumal tak kisah ^_^
ReplyDeleteselamat hari malaysia!
ReplyDeleteSelamat hari Malaysia.. semoga kita menghargai keamanan negara kita :)
ReplyDeleteSelamat hari Malaysia!
ReplyDeleteSelamat hari msia zumal, i love msia dan semoga ia kekal aman makmur dan sentosa aminnS
ReplyDeleteSelamat hari msia zumal, i love msia dan semoga ia kekal aman makmur dan sentosa aminnS
ReplyDeleteAssalamualaikum Zumal!
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia..
Saya ada nominate Zumal dalam award nih -- LIEBSTER AWARD!
Jemput join! ^^,
selamat hari malaysia! semoga kekal aman ^____^
ReplyDeleteSemoga Malaysia terus aman & makmur... aamiin.
ReplyDelete