SEIMBANG

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua. Melihat pada tajuk mesti korang fikir pasal makanan seimbang or ape2 berkaitan seimbang ye tak? Sebenarnya zumal tengah konfius pasal keseimbangan blog zumal nie. Zumal tak tukar ape2 yang ada tapi bila dilihat semula sidebar blog zumal berbanding entri blog nie rasa macam tak seimbang. Korang sendiri sure nampak entri zumal bukannya panjang sangat pun tapi sidebar dah menjalar jauh ke bawah tu. Sidebar terlebih panjang. Rasa macam tak sesuai. Tapi bab nak edit blog nie memang la bukan kepakaran zumal. Jadi zumal rasa perlu taip entri panjang-panjang la untuk seimbangkan blog ini ye tak...

Bab nak taip entri panjang-panjang tu pun nampak macam bermasalah tau sebabnya zumal tengah kekeringan idea sejak akhir-akhir ini. Zumal pun tak tahu kenapa dan ke mana semua idea zumal tu. Hanyut bersama banjir agaknya. Ataupun idea zumal tu dah dibasahi hujan.

Kekadang zumal terfikir juga nak menambah sesuatu untuk diisi di dalam blog ini. Cer teka? Tak pe tak perlu teka la. Zumal pecahkan rahsia yer, zumal nak teringin nak buat novel bersiri pulak. Dulu masa sekolah memang ada zumal karang novel kat dalam laptop zumal tapi akibat masalah kewangan zumal jual dah laptop tu bersama beberapa novel karangan zumal yang zumal tak ingat nak save dulu dalam pendrive zumal. Rasa macam rugi sangat. Apa pun nantikan kemunculan zumal bersama novel bersiri pula yer. Selamat berhujung minggu yer. Wassalam...

Comments

  1. Samalah, zumal.
    Ada masa xde idea, ada masa terlebih2 idea pulak tapi xde masa nak taip.

    ReplyDelete
  2. letak 3 entry dah blh seimbangkan blog zumal ni . tak sabar nak baca novel bersiri zumal ni ...

    ReplyDelete
  3. oh..itu ke yg x seimbang nye hihiih..pandai tulis novel...boleh lah kongsi kat sini. Kalau sis JM mmg fail bab tulis2 novel nih

    ReplyDelete
  4. wah nak buat novel bersiri.. pasal alien ke?hehehe

    ReplyDelete
  5. SAYANGKAN KALAU BNYK NOVEL ZUMAL HILANG BERSMA PC YG DIJUAL...KAK PULA HILNG BNYK KARYA KRNA PC2 ROSAK ..PENDRIVE HLG JUGA

    ReplyDelete
  6. aah la.. tak seimbang... mungkin zumal boleh buang apa yang tak penting sangat kat sidebar.. hehe

    ReplyDelete
  7. semoga tercapat hasrat zumal... sha pun nak jadi budak sastera dalam blog, hahaha bley??

    ReplyDelete
  8. wahhh Zumal nak buat novel bersiri ek? moga tercapai hasrat zumal.. selain bkongsi kisah, kongsi citer novel ciptaan sndiri pon best kan hehe

    ReplyDelete
  9. saya punya sidebar pun kadang2 rasa macam terlebih lebih lak. hahaha.. buat lah yang tab dropdown tu. apa benda ntah nama dia.. senang skit..

    ReplyDelete
  10. Waaah novel bersiri gittew~ im waiting :) Boleh jugak bace bace. Try lah buat bertindan dekat bahagian sidebar tu. So, die takde lah menjalar ke bawah, hihi

    ReplyDelete
  11. ehem~ dok tunggu 1st episod novel zumal hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts