28 Feb 2014

Apelah Nasib Aku

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, kesian sesumpah tu mati tak sempat balik rumah dia. Hehe. Kucing zumal yang paling senior tu tangkap sesumpah nie nak kasi anak2 makan. Ade ke patut. Anak dia tu baru umur 2 bulan, nak pegang garfu pun tak tahu camne la nak makan sesumpah yang panjang 1 kaki tu. Sia-sia je kematian sesumpah tu. Jom tengok Ryujin Juwara bersama kucing2 zumal :)

Kepanasan Maksima

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua... Zumal bukan nak cerita tajuk filem baru atau drama ke... Cuma hari nie rasa panas sangat sebab tu zumal merepek tu. Rasa sakit kepala dan mengantuk jer. Zumal gagahkan juga untuk terus celik hingga tamat masa keja hari nie. Moga dapat bertahan. Alah, kalau sampai rumah nanti mesti dah hilang ngantuk nie. Biasa la tu, bisikan syaitan nak zumal ponteng keja... Apapun sok cuti dapatlah rehat sepuas-puasnya :)

Boikot Jangan Tak Boikot

madeInIsrael 

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, sempena hari yang mulia dan penghulu segala hari ini zumal mengajak anda semua boikot produk dari Israel. Bagaimana nak tahu bahawa produk itu dari Israel? Anda cuma perhati awalan barkod produk seperti di atas adalah dari Israel. Sumber ini diperolehi daripada blog rasmi Tun Dr. Mahathir iaitu chedet.cc
Kenapa harus kita boikot? Wajib tau sebab mereka terlalu kejam terhadap umat Islam terutama mereka yang berada di Palestin. Jadi apa sahaja keluaran mereka atau yang memberi sumbangan kepada rejim zionis tu tak patut kita sokong. Mulai hari ni, sebelum beli pastikan barang tu bukan barkod seperti di atas. Bersama membuka minda. Salam Jumaat.

27 Feb 2014

Nasihat Menteri Kepada Pengguna Media Sosial


 Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Nyatakan kebenaran dan mesti berani menyuarakan apa jua kesilapan, namun perlu sedia menawarkan penyelesaian terbaik terhadap isu-isu terbabit, demikian nasihat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pengguna media sosial. Beliau berkata masyarakat Malaysia telah melepasi generasi yang menerima isu berasaskan nilai lahiriah seperti pada tahun-tahun berlalu. Hari ini, seluruh corak dan anjakan minda rakyat diarahkan kepada mewujudkan usaha kolaboratif bagi menyelesai isu. "Saya harap aliran sihat sentiasa berhubungan ini akan kekal dan rakyat boleh menulis blog dengan bebas dan tahu apa yang harus dilahirkan pada tempat dan ketika yang betul," ujar beliau. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berucap di Majlis Jamuan Anugerah Blogger dan Media Sosial Dunia 2014 di sini malam tadi. Majlis itu bersempena sambutan Minggu Media Sosial Malaysia 2014 dari 23 Februari hingga hari ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga menyampaikan anugerah blogger dan media sosial dunia di majlis itu. Perbadanan Putrajaya memenangi Anugerah Penglibatan Kesejahteraan Bandar sementara Kementerian Kesihatan anugerah Penglibatan Komuniti Terbaik. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes memenangi anugerah Selebriti Media Sosial 2014.  - Sumber

Segmen Pantun Seloka


Assalamualaikum pembuka bicara,
Bersua lagi kita semua;
Petang ini ada acara,
Segmen pantun seloka untuk semua.


Bismillahirahmanirahim
dengan rasminya zumal melancarkan
Segmen Pantun Seloka


Hadiah
1. Teddy Bear Sun Bear x 1 pemenang
2. Wang Tunai RM20.00 x 1 pemenang
3. Bedak Tanaka x 3 pemenang
4. Topup RM5.00 x 4 pemenang


Syarat-syarat
1. Blogger Warganegara Malaysia
2. Follow blog zumal
3. Like page zumal  | page ini | page ini | follow blog baru zumal
4. Klik A B C 
(tunggu hingga habis loading yer)
5. Copy banner segmen dan buat serangkap pantun paling kreatif
6. Sila backlink entri anda ke entri segmen ini
7. Letakkan link segmen anda di ruang komen di bawah ini
8. Tarikh tutup pada  28 Februari 2014
9. Tarikh umum pemenang 10 Mac 2014

Untuk Senarai Pemenang

ok selamat bersegmen. update 22 Februari 2014





Menambah Pendapatan Dengan Join Event

membina jaringan
Sumber: sbb.my
 Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, apa khabar semua? Moga sihat hendaknya. Hari ni dah 27 Februari 2014, bermakna tinggal 9 hari lagi para blogger akan berhimpun beramai-ramai dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 di Saloma Bistro Kuala Lumpur. Tadi zumal ada baca entri dalam laman web SBB2014, bertajuk 'Bagaimana menambah pendapatan dengan majlis SBB2014?' Zumal nie kalau bab2 menambah pendapatan nie memang minat sangat la almaklum la 'mata duitan' jugak zumal nie. Dalam pembacaan zumal, apa yang zumal dapati ianya merupakan tips untuk kita menghadiri event2 besar seperti SBB2014. Pada zumal tips yang diberikan amat berguna bagi orang yang newbie macam zumal nie. Kadang-kadang kita hanya bersemangat nak join tapi tidak buat sebarang persediaan apatah lagi baru kali pertama nak join. Sememangnya kita terkontang-kanting je nanti jika tak bersedia. Tapi bagaimana pula hendak menambah pendapatan? Jawapannya jika kita seorang peniaga online kita boleh promote blogshop kita kat para tetamu SBB2014 nie, dah tentu ada bakal customer anda di sana. Jadi buatlah persediaan seperti bisnes kad atau pamplet tentang bisnes kita tu. Di sana nanti ramai tetamu takkan sorang pun tak berminat kat perniagaan kita tu. Kalau bukan peniaga online pun sudah pasti anda juga ada memasang iklan2 yang boleh memberikan anda peluang untuk menjana income, walaupun bukan secara langsung tapi mungkin secara pasif. Jadi buatlah persediaan selengkapnya untuk menghadiri SBB2014 atau sebarang event yang bakal anda hadiri nanti. Bagi zumal, sertai sebarang event adalah satu 'pelaburan'. Kenapa zumal katakannya 'pelaburan'? Jika sesaja anda takkan pergi ke KL kalau anda tiada motif. Perbelanjaan yang anda keluarkan tu adalah pelaburan. Jika kita dah melabur pasti kita mahu mendapat pulangannya. Walaupun anda bukan mengharapkan wang semata-mata manfaatnya anda akan dapat kawan baru. Itupun pulangan kepada anda sebagai blogger. Moga celoteh zumal pepagi nie memberi manfaat untuk semua. Wassalam. 


p/s zumal bersedia dengan bisnes kad, blog baru, bisnes baru :)



Kerusi Roda Makin Laris


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, sejak setahun bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis ini apa yang zumal perhatikan setiap hari mesti ada permohonan kerusi roda daripada rakyat yang kurang berkemampuan. Kadang2 tengok ada yang masih muda tetapi dan memerlukan kerusi roda. Ini semua tak lain dan tak bukan kerana pengabaian kesihatan di kalangan kita. Zumal kasihan melihat mereka. Apakan daya, daripada awal kita haruslah mementingkan penjagaan kesihatan bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Jika semua menjaga kesihatan yang baik pastinya kerajaan tak perlu membelanjakan peruntukan besar untuk peralatan bantuan seperti kerusi roda, tongkat dan lain-lain alat bantuan. Cukuplah OKU dan warga emas saja yang kita bantu. Boleh kerajaan peruntukan perbelanjaan untuk membangunkan negara kita. Mulai sekarang, jom amalkan gaya hidup sihat :)

p/s zumal bukan bersungut cuma nak lahirkan perasaan yang terbuku

 JOM PARKING IKLAN ANDA DISINI



26 Feb 2014

Jom Sertai Affiliate Lazada

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, masih mencari peluang menjana pendapatan dengan blog anda. Di sini zumal nak promote program affiliate daripada Lazada. Pasti semua orang tahu apa itu Lazada bukan? Memanglah, Online Shopping Mall terkenal kat Malaysia bahkan sedunia dah kenal. Kepada yang masih belum join tu, jom la turut serta sebagai peserta affiliate. Pendapatan sememangnya terjamin la daripada nak siar iklan-iklan yang belum kita tahu latar belakang syarikat tu. Lagi pun zumal boleh yakinkan bahawa iklan Lazada tiada yang sensor. Apalagi jom la kita sertai beramai-ramai yer...


Antara iklan-iklan Lazada






Guna Syampu Terlalu Kerap Berbahaya?

Gambar Hiasan


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, baru je tadi zumal terperasan satu rencana khas dalam akhbar Sinar Harian hari ini tentang penggunaan kerap syampu boleh mengundang kepada masalah kesihatan. Oh tidak. Mengikut kata Dr. Bahrain Samah, penggunaan kerap syampu boleh mematikan sel-sel kulit kepala yang normal. Zumal ingatkan sel kulit yang mati je yang tanggal. Kalau semua nak tahu zumal seorang pengguna tegar syampu sebab kepala zumal ni terlalu berkelemumur kalau tak syampu. Selang sehari tak guna maka berkelemumur la zumal. Kalau tak boleh guna dengan kerap macam mana zumal nak hilangkan kelemumur nie? Zumal duk guna syampu jenama S ni setiap hari. Agak ok la. Dulu biasa guna jenama C tapi terlalu sejuk hingga zumal demam. Bila kekal guna jenama S nie kulit kepala rasa segar juga dan kurang la kelemumur. Tapi kalau tak boleh guna syampu, nak guna apa pula? Mohon perkongsian daripada kawan-kawan yer :)

 JOM PARKING IKLAN ANDA DISINI

41 Muflis Setiap Hari

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, hari ni zumal terbaca dalam akhbar harian metro online tentang eksekutif muda bankrap. Anda tahu tak, secara puratanya seramai 41 orang individu diisytiharkan bankrap pada setiap hari. Ini adalah statistik daripada Jabatan Insolvensi. Banyaknya... Zumal pun sebenarnya ada masalah hutang macam tu. Sampai sekarang masih belum settle. Zumal harap tidaklah tersenarai sebagai golongan bankrap tu. Semua ini kerana sikap sendiri juga. Ada je duit dalam tangan mesti nak belanja dan dah tak fikir kesannya masa akan datang. Di kesempatan ini zumal nasihatkan kepada anda semua semoga berhati-hatilah dalam menguruskan kewangan. Jangan membazir dan jangan terlalu boros. Semua tu akan mengundang masa depan yang malap. Bukan sahaja kepada kita bahkan turut melibatkan sebuah keluarga. Kepada yang ada kad kredit terutamanya, fikir dulu sebelum guna. Fikir tu biarlah ke hadapan yer. Meh baca rencana khas kat metro ni untuk renungan bersama. Terima kasih kerana sudi membaca di blog zumal. Eh ade ker? Hehe :)
Perlu Khidmat Nasihat?

Semua Tentang Air


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Saban tahun apabila musim kemarau dan panas melampau berlaku, pastinya turut mengundang krisis air. Banyak orang kata tiada bekalan elektrik tak apa tapi kalau air tiada memang cukup perit dalam menjalani kehidupan seharian. Mana tidaknya, air merupakan keperluan semua yang bukan sahaja manusia tapi segenap makhluk yang wujud di dunia ini memerlukan air. Airlah sumber minuman, memasak, mandi, membasuh dan sebagainya. Kalau tiada air dalam satu hari pun kita boleh jadi lemah, kekeringan kan? Itulah kepentingan air. Bila kemarau begini bukan semua sumber air jadi kering, empangan je kering tapi masih ada sungai yang mengalir. Tapi sanggup ke korang guna air sungai? Kebanyakan air sungai di Malaysia ni sudah tercemar. Ikan pun tak dapat hidup. Fikirkanlah. Siapa puncanya? Kitalah puncanya! Tak ngaku lak tu... Bersamalah kita beringat mulai saat ini untuk menjaga sumber air kita. Air keperluan semua jadikanlah ianya tanggungjawab semua. Renung-renungkan...


JOM PARKING IKLAN ANDA DISINI

25 Feb 2014

Sweet Memories of My Life

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, malam2 yang sunyi begini membuatkan zumal menyelak kembali lipatan2 sejarah silam yang terbuku dalam sebuah album lama. Terkenang kembali saat indah bersama orang2 tersayang. Dan bila tengok kembali gambar2 lama baru zumal perasan rupanya diri ini semakin tua. Dah berkarat agaknya. Tapi yang zumal perasan semakin lama semakin bulat. Hehe. Arwah tok wan cakap sebab susu s26 yang buat zumal semakin berisi. Menyalahkan susu pulak. Kesian susu tu. Tak ada apa nak kongsikan. Cuma ini saja daripada zumal. Camne? Cute tak? Tersenyum perasan :) Selamat malam...

Zumal 1 tahun

Zumal 1 tahun

Zumal 4 tahun
Kucing pun dia makan patutlah makin besaq 


JOM PARKING IKLAN ANDA DISINI


24 Feb 2014

Aku Penerima BRIM


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah duit BRIM zumal dah terima pada hari Sabtu lepas terus ke dalam akaun cimb zumal. Mulanya ingat tak dapat sebab baru2 ni cimb tukar ke nombor akaun baru selepas tamat tarikh kemaskini BRIM tu. Gelisah juga zumal rasa. Tapi bila check akaun tengok duit dah beranak. Senyum sorang2.
Rasa bersyukur sangat dapat bantuan dari kerajaan yang memahami... Hehe... Biasalah pendapatan zumal tak tetap jadi dengan adanya BRIM ni dapat juga menampung kekeringan kocet yang kadang kala berlaku... Apa pun kalau nak bagi lagi pun boleh :) 

p/s zumal bersyukur dengan apa yang ada :)

Segmen Review Blog DJH Sampai Lebam



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join 


Senarai Peserta Segmen Pantun Seloka

Assalamualaikum dan Salam Blogger buat semua. Hari ni zumal updatekan senarai peserta untuk segmen pantun seloka duniazumal. Kepada yang belum join tu, anda masih ada 4 hari lagi untuk menyertainya. Jangan lupa yer. 

Senarai peserta:


1. http://fiqansz.blogspot.com/2014/01/segmen-pantun-seloka.html 
2. http://akugadishijabista.blogspot.com/2014/01/segmen-pantun-seloka.html
3. http://shafiquestevenson.blogspot.com/2014/01/segmen-pantun-seloka-by-duniazumal.html
4. http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/01/segmen-pantun-seloka-by-duniazumal.html
5. http://awansamudera.blogspot.com/2014/02/segmen-pantun-seloka-by-duniazumal.html
6. http://suanazhar.blogspot.com/2014/02/segmen-pantun-seloka.html
7. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/02/segmen-pantun-seloka.html
8. http://aisyasakura.blogspot.com/2014/02/segmen-pantun-seloka.html
9. http://diyasesame.blogspot.com/2014/02/segmen-pantun-seloka.html
10.http://kakarians-forever.blogspot.com/2014/02/segmen-pantun-seloka-tamat-28-02-2014.html
11. http://asha-hana.blogspot.com/2014/02/segmen-pantun-seloka.html
12. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/02/segmen-pantun-seloka.html
13. http://umikasum.blogspot.com/2014/02/segmen-pantun-seloka.html 


 JOM PARKING IKLAN ANDA DISINI

Wow Mobile

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, pagi tadi zumal dah postkan entri Jana Income Dengan Smartphone dan entri ini adalah sambungan kepada entri tadi. Ada di kalangan anda telah ketahui apa itu Wow Mobile. Bagi yang belum ketahui zumal akan kongsikan sedikit info buat anda. 

Sekarang hampir semua orang menggunakan smartphone, ada yang melanggan plan data dan ada yang guna WiFi. Wow Mobile ini adalah aplikasi untuk anda berkomunikasi dengan sesiapa juga di serata dunia dengan rate yang rendah dan jika dengan ahli tiada caj untuk anda. Dengan Wow Mobile juga anda tak perlu roaming jika anda ada di luar negara just cari tempat ada WiFi dan anda boleh berkomunikasi sesama ahli secara PERCUMA dan bukan ahli dari serendah 3 sen pada blok 60 saat. Murahkan? Bagi yang buat bisnes dan selalu call orang anda boleh jimat hingga 60% kos bil atau top up anda. Lagi ramai yang anda berkongsi peluang ini, anda boleh jana income sepanjang hayat. Ada yang istimewa anda secara automatic mendapat nombor baru 015 apabila mendaftar Wow Mobile. Nombor ini digunakan bersama nombor anda, tak perlu tukar simcard dan tak perlu tukar ke nombor fon baru tapi diberikan BERSAMA dan boleh digunakan BERSAMA nombor asal anda. Anda juga boleh berkongsi satu nombor untuk seluruh keluarga dan mereka boleh guna secara serentak. 

Kini pengguna Wow Mobile baru 3000 orang (minggu lepas) dan akan terus meningkat dari semasa ke semasa kerana ramai dah lihat peluang untuk jana income di samping berjimat. Anda berpeluang dapat bonus2 yang diberi secara harian, mingguan, bulanan dan suku tahun.

Bagi mereka yang ingin ketahui lebih lanjut tentang peluang ini. Boleh komen disini lokasi anda dan zumal akan berikan maklumat taklimat di tempat anda. Kami mencari mereka yang betul2 komited.
Maklumat taklimat Wow Mobile yang akan zumal ada bersama ialah:

Tempat:
Wow Mobile Gombak Office
No. 102-1, Jalan Prima SG 3/2
Prima Sri Gombak
68100 Batu Caves Selangor


Pada:
7 Mac 2014


Jam:
8.30 malam

Jumpa disana ;)
Boleh hubungi zumal 015-4871 2746 / 010-905 6602 / 012-574 7869








JOM PARKING IKLAN ANDA DISINI 

22 Feb 2014

SEGMEN&GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, zumal nak ajak u all join segmen ini...



Quote zumal nak sharekan: 

Jana Income Dengan Smartphone

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung duniazumal... Hari nie zumal nak share 1 peluang kepada anda untuk jana income melalui smartphone anda. Pernah tengok logo 'w' macam zumal sharekan untuk anda tu? Dengan aplikasi tu la zumal boleh jana income. Anda semua nak tahu tak? Nanti zumal sambung lagi ok... Itu pun kalau anda nak jana income macam zumal... Kalau nak, sila komen kat entri ini. Wassalam...

21 Feb 2014

Majlis Persaraan Pengarah JKMN Perlis

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, sekarang zumal sedang menghadiri Majlis Persaraan Pengarah JKMN Perlis di Hotel Putra Palace, Kangar. Majlis ni sempena meraikan jasa-jasa tuan pengarah kepada jabatan. Majlis diselubungi rasa sedih kerana dibenarkan para pegawai untuk beri ucapan penghargaan kepada  bos. Pentas pada majlis ini sebenarnya dihias untuk diadakan persandingan bos dan isterinya tapi isteri bos tidak dapat hadir. Moga bos kami akan rasa bahagia bersama keluarganya sempena persaraan...

Zumal bergambar kenangan bersama bos (kanan)

Bos berkata sesuatu sebelum memotong kek 

Amanat terakhir bos

Bos semasa mendengar ucapan daripada pegawai 

20 Feb 2014

Thanks For Your Support

Assalamualaikum dan Salam Blogger buat semua yer... Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog zumal yang tak seberapa nie :) Semalam catat paling ramai pengunjung yang cecah 371 orang. Kalau hari-hari gitu kan best... Teruskan berkunjung ke blog zumal yer. Thanks semua...

Segmen BLOGLIST walkstatic.blogspot.com

Assalamualaikum zumal join :)

19 Feb 2014

Gempar Penemuan Fosil Dinosour di Pahang

 
gambaran artis-spinosaurus
rangka spinosaurus
gambaran artis-spinosaurus
PETALING JAYA: Tinggalan fosil dinosour karnivor 'makan ikan' telah ditemui di Malaysia dan Universiti Malaya dijangka bersedia untuk mendedahkan buktinya pada Selasa. Ditemui di kawasan pedalaman luar bandar di Pahang, tinggalan fosil dinosaur 'spinosauridae' yang dipercayai dari era lewat Mesozoic ini berkemungkinan besar dari tempoh zaman Cretaceous iaitu antara 65 juta dan 145.5 juta tahun lalu. Dipercayai ini menjadi kali pertama fosil dinosaur ditemui di Malaysia. Fosil dinosaur ini telah dikenal pasti oleh pasukan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Masatoshi Sone dari jabatan geologi universiti itu dengan kerjasama pakar paleontologi reptilia Profesor Ren Hirayama dari Universiti Waseda di Tokyo. 'Spinosauridae' adalah sebuah keluarga tertentu dinosaur karnivor yang mempunyai ciri-ciri tengkorak memanjang seperti buaya dengan gigi berbentuk kon sama ada sangat kecil atau tanpa gerigi. Satu lagi fosil 'spinosauridae' telah ditemui di Australia pada tahun 2011, di mana sebelum ini spesies ini dipercayai hanya wujud di hemisfera utara. Ahli-ahli sains telah menemui leher vertebrata berusia 125 juta tahun yang sama dengan Baryonx di Victoria, Australia. Dr Masatoshi akan menghadiri sidang akhbar pada Selasa , bersama-sama dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Naib Canselor UM Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Dekan Fakulti Sains Profesor Datuk Dr Mohd Sofian Azirun. Sumber


Duit Sampingan

duit oh duit

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Disebabkan pada pagi ini Zumal sorang2 je kat ofis
jadi zumal ingin berkongsi kepada u all how to make money
with your blog without any fees...
Ala tak teror english daa...
Sekarang ni macam2 cara diperkenalkan
selain daripada Adsense, Nuff, Churp2, Heartbeat dan 8share
terbaru yang zumal dengar adalah H12 Media Ads
H12 Media Ads nie lebih kurang macam Adsense gak 
tak perlukan orang klik2 iklan cukup sekadar impression jer
Lebih mudah untuk jana income kan...
Kalau u all nak daftar Adsense tu maybe susah sikit
kalau blog u all dalam bahasa Melayu cam zumal
tapi dalam H12 Media Ads nie bebas dan mudah nak join...
Harap-harap mudah la jana income yer
Kat blog duniazumal nie xde H12 Media Ads
zumal daftar kat blog zumal yang lagi satu


Jemputlah jenguk blog bisnes zumal tu yer...
(bisnes tu masih duk setting)
Jika anda berminat nak register H12 Media Ads
sila terjah ke link dibawah yer...


Selamat mencuba yer...
Tak habis lagi zumal merapu sebenarnya...
Disini zumal nak berkongsi lagi 1 peluang
untuk anda jana side income
yang ini memerlukan modal sedikit
bisnes nie sesuai bagi mereka yang guna smartphone
anda pasti tak tahu yang apps dalam play store tu 
boleh jana income untuk anda kan...
Bagi yang nak tahu lebih lanjut
jom kita ke sesi perkongsian tentang bisnes ini...
Bagi mereka yang ada di area Lembah Klang
jom sama2 terjah 

Alamat:
No. 102-1, Jalan Prima SG 3/2
Prima Sri Gombak
68100, Batu Caves
Selangor

Pada:
7 Mac 2014

Masa:
8.30 malam


Jumpa u all kat sana yer :)


17 Feb 2014

Review Nokia Lumia 1320

Assalamualaikum, hari nie sesiapa yang mengikuti perkembangan pengeluar telefon bimbit pasti tahu betapa sengit Samsung dan Apple bersaing sehingga menenggelam pengeluar seperti Sony dan Nokia. Tahu tak Nokia kembali bangkit dengan edisi Lumianya yang memberi persaingan antara Samsung dan Apple. Sekarang dah lancar Lumia 1320 yang bersaiz 6 inci. Fuh. Siri ini tampil dengan OS Window Phone 8. 1320 didatangkan dengan processor 1.7Ghz dual core dan RAM 1G. Pasti laju bro... Selain tu siri ini turut support 4G LTE dengan kekuatan bateri 3400 mAh. Berat 1320 ini cuma 220 gram dan nipis... Cuma kamera kurang sikit 5mp je dan kamera hadapan VGA. Tapi ianya ditawarkan dengan harga yang patut dan berbaloi jika anda inginkan telefon pintar berkuasa. Untuk lebih info tengok link ini.
Dengar citer Samsung nak keluarkan S5 dengan kamera 20mp. Dahsyat tu. Tak terkejor yob!!!




Nak cari gadjet baru dengan harga berpatutan cer buy kat sini
 

Zombie Berkeliaran Di Venice

Assalamualaikum dan Salam Blogger buat semua... Tengok berita tadi ada tunjuk pasal Zombie Walk kat Venice. Zumal tergerak nak search pasal zombie. Kalau diikutkan sejarah awal zombie walk diadakan di California tetapi pada bulan lapan. Tapi kat Venice ni dorang buat 15 Februari entah la kenapa... Masa Zombie Walk nie dorang berarak beramai-ramai dengan kostum zombie. Ada yang menakutkan, ada yang lawak. Cam zombie kampung pisang ye tak... Hehe. Kat sini zumal kongsikan gambar dari pesta Zombie Walk tu. Kat Malaysia pun ada sesat, cer tengok nie


Hari Keluarga

Assalamualaikum dan salam blogger buat semua, macam biasa setiap hujung minggu adalah hari untuk bersama keluarga. Macam tu juga zumal, tapi kat rumah zumal hanya bersama tok tapi keluarga kami ramai dengan kucing. Hari-hari biasa mereka dikurung dalam sangkar. Biasa la tiada siapa nak jaga. Bila cuti baru ada kelapangan untuk zumal lepaskan mereka. Betapa seronoknya mereka bermain. Lari ke sana, lari ke mari. Kadang-kadang rasa takut terpijak pula yang kecik-kecik tu. Kali ni zumal kongsikan aksi bakal mereka. Anda semua buat apa pada hujung minggu?

Kajol kucing ketiga berwajah sama 


Cheeto usik mommy Teh 

Cheeto paling manja dan nakal 

Terserlah kenakalan 

Teh nie mommy kepada kucing zumal 

Cheeto suka duduk dekat tok 

Ini namanya Kabu 

Beah, yang paling penakut 

Teh bergurau dengan Kajol