31 Mar 2014

Ipoh

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Menyingkap rahsia mengenai ibu negeri Perak Darul Ridzuan iaitu Ipoh. Ipoh adalah salah satu bandaraya di Malaysia. Selain daripada Taman Rekreasi Gunung Lang dan Lost World of Tambun ada sesuatu yang menarik dengan Ipoh. Nak tahu apa dia? 


Ha, ini yang zumal nak cerita. Yang menariknya di Ipoh adalah identiti putih. Tengok lah banyak bangunan putih di Ipoh tu. Selain tu ada lagi yang putih iaitu, taugeh. Taugeh ni glamour kat Ipoh dan digelar King of Bean. Selain tu kat Ipoh juga terkenal dengan Tau Fu Fa iaitu puding yang berwarna putih yang dibuat daripada kacang soya. Ada lagi makanan yang beridentiti putih nie iaitu Nasi Ayam Taugeh. Sekali rasa pasti nak lagi. 

Selain tu ada lagi glamour kat Ipoh nie dengan identiti putih dan yang ini sentiasa meniti dibibir setiap rakyat Malaysia. Kalau orang Malaysia tak tahu mengenainya memang tersangat  %#$@& la orang tu. Pasti u all tertanya-tanya benda apa kan? Ini Ipoh Mali sudah berzaman tau. Bukan limau bali la. Itu tak putih. Teka la lagi. Kalau dah penat teka dan nak tahu apa yang zumal bebelkan tu sila klik link zumal ini <<IPOH MALI>>

Review Samsung Galaxy Note 3 Rouge (Red)

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Semua dah tahu tentang kewujudan Galaxy Note 3 bukan? Tetapi sekarang ramai kat Malaysia bahkan kat dunia sedang usha Samsung Galaxy S5. Untuk pengetahuan anda Note 3 pun ada edisi yang khasnya. Yang upgrade sikit dari Note 3 yang asal. Sebelum Tahun Baru Cina lalu ada Note 3 edisi Rose Gold tapi kini ada edisi lagi menggiurkan bagi peminat gajet keluaran Samsung ini. Bagi yang kurang mengetahui tentang Note 3 ini, zumal sediakan info 

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 3
Cip2.3  GHz (empat-teras) Snapdragon 800
Kamera Utama13 Megapixel dengan kemampuan video 4K
Kamera Hadapan2  Megapixel
Storan Terbina16/32/64 Gigabyte .Sokongan kad MikroSD sehingga 64 GB
RAM3 Gigabyte
Skrin5.7″ HD Penuh
Bateri3200 mAh
Fungsi TambahanStylus , NFC , Pemancar Infra Merah
Ok, zumal tak nak rahsia lagi, edisi terbaru Note 3 ini diberi nama Samsung Galaxy Note 3 Rouge. Bagi anda yang nak tahu tentang Samsung Galaxy Note 3 Rouge lebih lanjut anda boleh klik pada link INI.

30 Mar 2014

Anda Pengguna Proton Suprima S?

Iklan

Terkini: Lengkap Sistem Yang Moden 

Rupa Yang Mengancam

Luas

Sangat Sporty 

Kemas: Enjin Yang Tak Serabut 


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Semua sudah tahu tentang keluaran terbaru Proton hujung tahun lepas kan? Ya Proton Suprima S yang Zumal maksudkan.

Sedikit mengenai Proton Suprima S, ia telah dirasmikan pelancarannya oleh Tun Dr Mahathir pada 17 Ogos 2013. Suprima S adalah kereta dalam segmen C dengan lima pintu. Suprima S dikuasakan dengan enjin CamPro 1.6 turbo dan dikeluarkan dalam 2 varian iaitu Executive dan Premium.

Proton Suprima S ini dilengkapi produk terkini yang tiada dalam model Proton terdahulu seperti lampu siang (DRL), Android - based Operating System, Lampu LED di belakang dan Hill - hold Assist serta Park Assist bagi varian Premium.

Proton Suprima S ini menggunakan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik berkuasa seperti enjin 2.0 liter.

Suprima S juga dilengkapi ciri keselamatan dengan 6 beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, sistem ABS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan kamera undur.

Berikut adalah perbandingan Suprima S dengan Vios 


Kepada pengguna Proton Suprima S, Proton mahu memberi anda sehingga RM18,000 untuk keseronokkan ini, sangat mudah... Untuk tahu lebih lanjut <<KLIK SINI>> kepada yang ingin mendapat Proton baru sila <<KLIK SINI>>

29 Mar 2014

Hujung Minggu Yang Panas

Sampai Ternganga Mulut
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Selamat berhujung minggu yer. Hari ni cuaca kat Perlis amat panas. Bagi diri zumal tak pe juga. Paling kesian kat 6 ekor kucing zumal yang cute miut tu.
Mak kucing pun tak tahan 
Tengok saja pada gambar dorang sampai terbuka mulut kepanasan. Kesian sangat. Kalau zumal letak ais dalam air dorang mesti dorang akan cari aisnya daripada air tu sendiri. Dorang jilat2 ais tiub tu sampai cair. Kadang2 zumal spray air kat kucing2 zumal tu tapi dorang takut maybe ingat zumal marah dorang. 

Tak bermaya 
Sekarang semua dah terbongkang tidur. Hari pun dah mendung, harap hujan turun. Kalau la zumal tak de di rumah masa macam ni tak tahu la apa yang jadi pada dorang tu. Hari nie dorang kurang makan, cuma banyak minum air jer. Harapan zumal moga dorang sihat. Suka sangat tengok dorang aktif berlari dan memanjat sana sini. 

Hujung minggu zumal macam ni la. Bersama kucing2 kesayangan. Maybe kucing2 tu pun menantikan saat2 gini. Hehe. Apa aktiviti u all pula?

<<KLIK SINI UNTUK LAGI ENTRI MENARIK>>

Gigi

video
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia semua, jom kita tengok video klip nie... Selamat berhujung minggu...

Jadilah Lelaki Sebenar

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua... Tahukah anda body wash untuk lelaki dan wanita adalah berbeza. Bagi lelaki serlahkan kelakian anda dengan menggunakan body wash yang betul. Jangan jadi seperti dalam video nie yer...
Klik Untuk Video 
Manakala ada lelaki anggap shampu hanya sabun untuk kepala atau rambut.

Jalan Raya Bukan Untuk Berlumba

Saman 

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Terbaca komen Zizie dalam entri sebelum nie, bila fikir AES... Huh, memang highway dibuat luas untuk mendatangkan keselesaan kepada semua pengguna. Tapi, jalan raya bukan tempat berlumba. Kalau tak ingat orang tersayang pun, ingat la duit yang bakal melayang atau nyawa yang akan hilang. Tengok bila tak fikir AES atau yang sewaktu dengannya, anda akan dapat surat cinta macam zumal. Hehe. Renung-renungkan, selamat beramal.

27 Mar 2014

Ops Outlet Dilancar Untuk Perangi Rokok Seludup

Adakah Ini Yang Anda Hisap 
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua pembaca duniazumal. Adakah anda perokok? Tahukah anda bahawa kewujudan rokok tak sah? Kini terlalu banyak rokok tidak sah berada dalam pasaran di Malaysia. Tahun 2014 ini adalah tahun perangi rokok haram oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.


Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah melancarkan Ops Outlet bertujuan mencegah aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok seludup yang akan dijalankan diseluruh negara. 

Bagi memastikan perkara itu dilaksanakan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menubuhkan Strike Team yang akan bertindak sebagai pasukan gerak cepat untuk melaksanakan serbuan dan memeriksa premis yang diragui menjual rokok seludup di seluruh negara. Lagi info berkaitan KLIK SINI

Operasi melupuskan rokok haram 

#katakan tak nak pada rokok 

Ada Hikmah

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.
Hari ini zumal tak kerja sebab kurang sihat. Sejak semalam sakit perut. Adus. Kurang la gajiku. Haha. Tadi semasa zumal berehat. Tetiba tok datang beritahu ada ular dalam bilik air. Terkezut zumal. Dah lama dia tak mai tetiba mai pulak hari nie. Mujur la zumal tak kerja, kalau kerja apalah nasib tok kat rumah. Ular tedung selar pulak tu. Eee ngeri siot.

 Mulanya nak pukul tapi tengok pada saiznya jadi zumal tak berani nak teruskan niat murni tu. Lepas tu terus call kecemasan. Dan kemudian disambungkan kepada JPAM. Selepas beberapa minit 3 orang pegawai JPAM datang memberi bantuan. Lama juga mereka menanti ular tu keluar. Takut JPAM rupanya. Hehe. Lepas dorang spray ridsect ular tu menunjukkan wajah ensemnya dari lubang toilet. Bagus la ko timbul nanti tak pasal2 dorang cakap zumal buat laporan palsu. Walaupun tunjuk muka tapi tak sempat tangkap dia selam pula dalam lubang toilet dan terus menghilangkan diri. Pasti perkara ini menghampakan mereka. Dorang pun pulang setelah 15 minit menanti.

Abg JPAM bersiap sedia

Bukan menang wajahku dapat review camni

Special thanks to JPAM

#special thanks to Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis...

24 Mar 2014

Merempit Ke Jerlun

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Sebelum ni zumal ada post entri Perlis Negeriku ingat tak? Dalam entri tu ada zumal bergambar dengan Faizul kan... Hari ni zumal pergi ke kampung Faizul di Jerlun, Kedah. Adik lelaki dia berkahwin. Abg dia dengan Zumal je yang masih bujang. Hehe. Tak ade amik gambar pun mase majlis tadi. Segan. Cuma nak share kisah-kisah dalam perjalanan jer. Zumal pergi naik motor jer. Dah memang ade motor aje... Memandangkan cuaca teramat terik tengok la apa dah jadi kat tangan Zumal tu. Terbakar pun. Dah ler memang spesies gelap dan makin gelap la nampaknya. Zumal pergi tadi dalam jam 2.30 petang, ketika tu sure la mentari tengah menyinari tersangatlah comel. Haha. Boleh tak kecek gitu? Sampai sana dalam jam 3.30 petang agaknya. Masa kat majlis tu, Zumal just makan2 dan borak dengan Faizul jer. Ramai juga orang masa tu walaupun dah agak lewat. Tapi semuanya ok. Makan2 pun cukup sedap. Dalam pukul 4.00 petang Zumal bertolak pulang. Tanpa pecutan. Lingkungan 60km per hour jer. Penunggang berhemah. Dalam pukul 5.10 petang Zumal dah sampai di rumah. Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan balik. Yang best kalau keja kena balik pukul 5.30 petang. Hari ni minta balik awal jadi boleh la rest awal... Itu saja Zumal nak membebel dalam entri ini sambil menung bila pula la giliran Zumal :)  
Tengah Perasan Ensem 
Indah
Terbakar 

p/s nampaknya Zumal kena pakai fair & lovely lepas nie...

MH370 : Sidang Media Khas Oleh PM


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Kehilangan MH370 terus menjadi misteri. Pada sidang media khas oleh PM pada pukul 10.00 malam tadi secara langsung di semua stesen TV. PM mengesahkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Ini telah menamatkan segala persoalan dan spekulasi selama ini. Masihkah ada keajaiban? Andai mereka tiada lagi, moga roh mereka dicucuri rahmat. Al Fatihah...

Tweet Oleh PM 


#prayforMH370


MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Dengan lafaz Bismillah secara rasminya Zumal sertai MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

Jom kita ramai2 support GA dari Ayie ini...

<<KLIK SINI>>

All the best :)

Alamak, Isnin Datang Lagi...

Why???

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia semua... Selamat Hari Isnin. Siapa yang paling bersemangat hari ini yer??? Zumal? Oh tidak... Tapi Zumal tetap menghargai kedatangan Isnin... Hehe. Isnin anda bagaimana? OK?

MH370 : Lagi Imej Satelit

KUALA LUMPUR: Malaysia menerima imej satelit baharu daripada pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek-objek berpotensi yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang di sekitar koridor selatan pagi Ahad, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata imej-imej itu dihantar dengan segera kepada pusat koordinasi menyelamat Australia yang mengetuai usaha mencari di kawasan berkenaan.
Sebelum ini, Australia dan China telah mengeluarkan imej-imej satelit yang menunjukkan objek-objek berpotensi, yang mungkin berkaitan dengan MH370 di sekitar koridor selatan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Bagaimanapun, Hishammuddin berkata kementerian telah dimaklumkan pegawai-pegawai Australia bahawa mereka tidak melihat apa-apa yang baru mengenai MH370 pada pukul 2.30 petang (waktu Malaysia).
Dalam penghantaran aset, dua pesawat Ilyushin IL-76 China akan berlepas dari Perth untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 5 dan 6 pagi esok.
Dua pesawat P3 Orion Jepun hari ini berlepas ke Perth dari lapangan terbang Subang, dan pusat koordinasi menyelamat Australia akan menghantar lapan pesawat (empat tentera dan empat awam) ke koridor selatan untuk melakukan pencarian secara visual.
"Kapal Pertahanan Australia 'Ocean Shield', yang memiliki kenderaan bawah laut kawalan jauh, sedang dalam pelayaran ke koridor selatan.
Sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut India dan sebuah pesawat C130 Tentera Udara India berlepas dari lapangan terbang Subang untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat di bahagian utara koridor selatan, yang diketuai oleh Indonesia," tambahnya.
Beliau berkata beberapa penerbangan lain dari lapangan terbang Subang ke koridor selatan dibatalkan kerana cuaca buruk disebabkan puting beliung Gillian.
Sementara itu, Hishammuddin berkata pasukan peringkat tertinggi dari Malaysia memulakan taklimat di Beijing pagi ini untuk keluarga penumpang MH370, yang berlangsung selama enam jam.
"Ini adalah kali ketiga perjumpaan sedemikian diadakan. Pasukan itu membentangkan maklumat kepada anggota-anggota keluarga dan menjawab soalan-soalan.
Kerajaan menekankan komitmennya dan hubungan berterusan dengan anggota-anggota keluarga penumpang MH370," katanya.
Mengenai Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS), Hishammuddin berkata penghantaran terakhir dihantar pada pukul 1.07 pagi, tidak menunjukkan apa-apa yang luar biasa tetapi menunjukkan satu laluan normal sehingga ke Beijing.

23 Mar 2014

LIKE & WIN CONTEST

Assalamualaikum w.b.t
contest like & win

tekan banner di atas untuk menyertai 
-kelebihan join giveaway ini
+ dapat hadiah topup jika anda bertuah
+dapat masuh group MA BLOG
+ dapat mengeratkan ukhwah sesama blogger
+ dapat meninggatkan traffic blog
+ dapat meningkatkan lagi jumlah followers

apa yang anda tunggu lagi..cepat join sebelum tamat 
sekian.

Cuti-Cuti Give Away


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Hari nie Zumal tergerak hati untuk join giveaway yang sangat awesome anjuran Fiza :)

Jawapan:
1. Korea Selatan 
2. Jepun

Syarat seterusnya kena tag rakan2 tapi tak wajib. Oleh itu sesiapa berminat jom la join yer...


Panas Membara

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Selamat berhujung minggu buat semua. Panas betul la hari nie. Apa aktiviti anda hari nie yer? Kat sini zumal nak pergi mandi sungai pun air kering. Kalau la ada air dah lama terjun. Hehe. Hari nie aktiviti zumal pergi kenduri kendara jer. Selalu pergi kenduri orang dan akan ada orang tanya kita tu bila lagi. Jawabnya? Membisu jer. Apa pun selamat berhujung minggu :)

Membara 

MH370 : Satelit China Kesan Objek Terapung

Satelit Gaofen-1 

Imej Satelit China

Imej Satelit China

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia semua. Selepas beberapa hari satelit Australia menemui dua objek di Lautan Hindi, pada hari ini satelit China Gaofen-1 turut mengesan objek terapung di koridor selatan. Saiz objek itu kira-kira 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

China telah mengarahkan kapal pemecah aisnya ke kawasan terbabit bagi mengesan objek berkenaan.

Objek terbaru itu dikesan 18 Mac kira-kira 120 km dari kedudukan dua objek yang dikesan oleh satelit Australia pada 16 Mac lalu.

Namun begitu, objek-objek berkenaan masih belum ditemui. Semoga usaha pencarian ini bakal mendatangkan hasil dan dapat menjawab segala spekulasi berkaitan. Bersama kita berdoa agar penumpang dan krew MH370 selamat walau di mana jua berada. Insha Allah.

22 Mar 2014

5 Anggota Keselamatan Diugut Penyeludup

PASIR MAS -  Lima anggota pasukan keselamatan diugut oleh dua lelaki yang dipercayai penyeludup ketika cuba menahan mereka di Sungai Lancang, bersebelahan Pos Kawalan Pak Teh Kanan, Jeram Perdah di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 10.30 pagi ketika anggota pasukan keselamatan sedang menjalan tugas rutin mereka di kawasan tersebut.

“Ketika kejadian anggota pasukan keselamatan berkenaan ternampak sebuah bot yang dinaiki oleh dua suspek dengan muatan disyaki beras seludup.

"Anggota berkenaan mengarahkan bot tersebut berhenti bagi melakukan pemeriksaan tetapi suspek bertindak cuba melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, anggota pasukan keselamatan itu kemudian mengejar dan menahan bot tersebut.

Beliau berkata, salah seorang suspek bertindak ganas dengan melibaskan kipas bot enjin galah ke arah anggota berkenaan.

Haliludin berkata, manakala rakan suspek pula bertindak dengan mengeluarkan pisau dan mengacukan ke arah anggota.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati bertindak mengugut dan mengeluarkan kata-kata berbau ancaman dengan meminta seseorang dari Thailand untuk menembak anggota itu.

"Suspek kemudian bertindak melarikan diri ke negara jiran,” katanya.

Menurutnya, hasil maklumat yang diberikan oleh anggota berkenaan memberitahu mereka tidak mengenali suspek tersebut.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan anggotanya dalam usaha mengesan suspek dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 186/506 Kanun Keseksaan. Sinar Harian

Perlis Negeriku

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Semalam kawan rapat zumal Faizul bertanyakan tentang ladang anggur Perlis, zumal sendiri pun tak tahu. Akhirnya pak cik Google tunjukan lokasi Ladang Anggur Perlis itu.

Ladang Anggur Perlis


Tepat pukul 11.00 pagi Faizul pun sampai kat rumah nak jemput zumal ke Ladang Anggur Perlis yang terletak di Sungai Batu Pahat kira-kira 10 minit je dari rumah zumal. Sesampai je disana, baru zumal tahu lokasi tu terletak betul-betul dihadapan kuari batu PENS Holding yang suatu masa dulu pernah buat rombongan untuk kelas Geografi sekolah ke situ.

Bila masuk ke kawasan Ladang Anggur Perlis tu, sayang sekali kami datang salah waktu kerana masa tu anggur dah dipetik jadi tak ada la anggurnya. Jadi kami pun tak jadi meneruskan penerokaan di kawasan Ladang Anggur Perlis itu. Bulan depan baru ada anggurnya. Tapi kalau anda nak melawat Ladang Anggur Perlis ini, anda dikenakan tiket RM3.00 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak zumal tak sure la.

Rimba Herba Perlis


Dari Ladang Anggur Perlis tu, kami pun bertolak ke Rimba Herba Perlis. Tak jauh pun dari taman anggur tu. Fuh betapa panasnya cuaca hari nie. Mengikut kata akak yang jaga kaunter tu cuaca panas menyebabkan pokok-pokok herba yang ada menjadi kering. Malah air di kolam takungan kat situ pun kering. Apa boleh buat tak kena time la katakan. Tapi dah sampai pun, jadi kami pun terus meneroka rimba kecil itu. Bila melangkah masuk je terasa juga dinginnya. Moga terubat kekecewaan Faizul tu. Kami pun meneroka rimba tersebut, pelbagai jenis tumbuhan herba yang dapat kami lihat selain banyak juga rama-rama yang amat cute berterbangan di situ. Tamat la pengembaraan kami. Untuk tatapan anda semua, zumal kongsikan beberapa gambar yang tak berapa cantik ni yer.

Selfie di ladang anggur



Gambar kenangan di Rimba Herba Perlis

Pelan lokasi Rimba Herba Perlis

Sempat berwefie di Rimba Herba Perlis


Antara herba terdapat di sini