30 Apr 2014

Gambar Main Dengan Kerani Ofis

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat u all semua. Nampaknya ada yang masih mencari mengenai Ryujin Juwara kat blog zumal. Zumal minta maaf kerana tak dapat info baru mengenai tayangan Ryujin Juwara tu kerana minggu lepas tiada pula ditayangkan episod ke 14 tapi ada kartun pula mengisi slot tersebut. Ryujin Juwara belum habis kerana episod penuh ada 26 semuanya. Jika ada info terbaru nanti zumal update.

Keyword yang agak pelik 'gambar main dengan kerani ofis' apakah itu yang dicari ? Nak kata join sukan memang belum pernah dengan kawan2 ofis zumal. Almaklum la zumal pun kurang sihat sekarang ni. Main kat gym ada la tapi baru sekali jer zumal kongsikan. Jadi apa yang orang yang search tu jumpa? Biarkan janji awak bahagia...

Susah betul nak dapatkan UV yer. Dari banyak2 PV hanya beberapa kerat jer UV. Tapi kekadang time post sesuatu yang zumal tak target nak dapat banyak UV tu masa tu la yang mencanak naik. Syukurlah itu rezeki dari Allah. Sekarang zumal akan terus berusaha lebih kuat. Hehe... Apa pun besok cuti. Bestnyer...

Jom lihat sesuatu yang lebih menarik DI SINI

Hadiah lebih RM30K menanti anda DI SINI

Mempelam Oh Mempelam

google image
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Mangga atau lebih dikenali sebagai mempelam kat belah utara. Antara jenis mangga yang glamer ialah Sala, Cokanan dan Harumanis. Sekarang ni musim harumanis, macam mangga lain berbuah sepanjang tahun. Orang yang tanam harumanis nie kira bertuah la, sebab kalau anda nak beli harganya cecah RM28.00 sekilo. Mungkin dengar sekilo tu macam banyak juga kan? Sebenarnya hanya 2 biji dah cecah sekilo tau. Sekarang kalau anda datang ke Perlis memang kiri kanan jalan ada orang jual harumanis. Buahnya memang seharum namanya, tapi belum ada yang nak buah perfume harumanis nie. 

Ada yang suka makan begitu saja bahkan ada yang makan dengan pulut. Zumal kurang suka makan dengan pulut, entahlah rasa lain jer. Bab pulut nie, kalau anda nak makan pulut harumanis boleh la berkunjung ke cafe kat Pusat Pertanian Bukit Bintang. Dah lama pun zumal tak berkunjung ke sana. Cuma zumal nak share kalau anda ingin buah berkualiti boleh la berkunjung ke sana, Pertubuhan Peladang Kawasan Paya atau ke Kampung Santan

Ingat Perlis, ingat harumanis. Wassalam.  


Wordless Wednesday : Tambah Isi

Selfie Bersama Teh
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia
Semalam berselfie bersama Teh,  Teh dan tuannya makin berisi...
Bulan Mei ni zumal azam nak ke gym lebih kerap.
Sesiapa nak baju macam zumal tu boleh order kat Tasha yer.

Luangkan masa anda untuk jawab soal selidik DI SINI

Klik SINI untuk lihat video awesome 

29 Apr 2014

Nuffnang Masih Sayang

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Rupanya Nuffnang masih sayang kat blog zumal nie. Minggu lepas ada juga CPUV hinggap kat blog zumal. Mungkin nak test kot. Selama ni zumal ingat dah tak ada CPUV bakal singgah hanya harapkan CPC jer. Pada zumal walaupun CPC tetap ada yang sudi klik. Terima kasih pada yang sudi singgah dan klik iklan2 Nuffnang zumal yer. Kepada pihak Nuffnang, thanks a lot. Nenanti bagi la zumal rasa CPUV lama sikit. Hehe :)

Mari tengok video ini 

Jom sertai soal selidik 

28 Apr 2014

My Monday

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Selamat hari Isnin to all. Pagi nie lebih semangat nak pergi kerja kerana telah memotivasikan diri untuk dapatkan not yang banyak. Selain tu hari ni zumal kena bawak tok ke hospital untuk blood test and echo test. Disebabkan siap semua awal, zumal ke ofis lebih kurang pukul 7.30 pagi. Biasanya pukul 8 lebih baru pergi ofis. Hari ni kalut sikit sebab kena balik pulak untuk ambil tok ke hospital. Pergi ofis awal sebab nak minta kebenaran keluar ofis jer.

Alhamdulillah hari ni Mak Lang free dah boleh tolong hantar ke hospital. Orang tak ramai kat hospital. Tapi 1 jam setengah juga menunggu untuk blood test tu. Dari bilik ujian darah tu tok dah nampak lain. Tetiba jadi penat. Jauh juga bagi tok untuk menapak ke Klinik Kardiologi pula. Nak check jantung pula. Masa duk tunggu giliran tu tok dah nak pitam. Sampai nurse bagi glucose untuk tok. Zumal pun pergi beli roti untuk tok makan sikit. Macam biasa sangat sikit tok makan. Hanya secubit roti je yang mampu tok makan. Lepas tu zumal pun pergi minta wheel chair untuk bawak tok sebab dia dah tak mampu berjalan.

Pukul 11 pagi dah pun balik kat rumah. Tok dah tak larat sangat. Cakap pun tak dengar dah. Tok makan juga sikit kuih kasui yang Mak Lang belikan tadi. Penat sangat. Sampai pitam. Jadi hari ni zumal terpaksa la cuti kecemasan pula sebab takut nak tinggal tok sorang kat rumah. Jadi hari nie zumal duk rumah jer la. Terpaksalah cuti. Walaupun tahu nanti gaji yang dapat mesti jadi kurang sangat. Apakan daya. Apapun zumal hanya harapkan tok sihat. Rakan2 tolong doakan tok zumal sihat yer. Sekian coretan zumal buat kali ini. Wassalam.

Jika anda prihatin, klik la mana2 link di bawah. Terima kasih :)


26 Apr 2014

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Saya Suka Iklan

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat u all semua. Iklan? Ade ke orang suka iklan? Apa yang zumal perhatikan kebanyakan kita benci iklan. Macam kalau zumal tengok tv dengan tok pasti tok akan tukar channel lain bila drama yang ditonton berehat untuk laluan iklan. Apa salah iklan tu? Zumal pula suka tengok iklan. Kadang2 iklan tu sangat ohsem (bukan pasal model yang comel yer) Kadang2 ia boleh mendatangkan idea untuk zumal. Hehe. Lagi pun sebagai blogger dah tentu u all kena minat iklan. Yer la sebab u all dapat income dari iklan tu. Sebab tu zumal suka iklan. Sangat la merapu pada entri ini. Apa yang zumal nak sampaikan, memang tak ada apa. Jangan tension ok. Jom klik pada iklan ini. IPhone free AXIATA OMV

Harapan Rakyat Terhadap BRIM 2015

http://bantuanrakyat1malaysia.com/

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua. Seperti yang kita ketahui, tahun 2015 nanti GST akan mula dipraktikkan di Malaysia terhadap barangan tertentu. Bagi rakyat yang tergolong dalam golongan berpendatan rendah pastinya akan mula risau tentang kehadiran GST nanti. Perkara ini tidaklah berat sebelah kerana kerajaan juga prihatin dengan nasib rakyat dengan memberi pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan kepada golongan rakyat berpendapatan rendah misalnya dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M. 

Pada tahun 2013 seramai 6.8 juta rakyat Malaysia telah menerima manfaat BR1M dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.9 billion dan pada tahun  ini kerajaan memperuntukkan kira-kira RM4.6 billion untuk 7.9 juta penerima. Seperti yang kita ketahui dalam Bajet 2014 yang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan BR1M ini akan dinaikkan sehingga RM1200 untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000 dan RM600 untuk individu bujang berpendapatan bawah RM2000 dalam tempoh 5 tahun ini. 

Bagi penerima BR1M dah tentu mereka mengharapkan suatu yang lebih baik pada BR1M 2015 nanti. Zumal amat menyokong kaedah pemberian BR1M 3.0 yang dikreditkan terus ke akaun bank penerima kerana para penerima BR1M bukan semua yang sihat kerana ada diantara mereka adalah OKU dan warga emas yang ada dikalangan mereka sangat uzur. Pada masa pemberian BR1M tahun lepas zumal rasa sayu sangat bila melihat ramai yang terpaksa beratur panjang untuk mendaftar. Bagi yang ada wakil tak apa la juga tapi bagaimana pula yang tiada wakil, kan... Semoga pada tahun hadapan dikekalkan cara pemberian seperti ini.

Sebagai rakyat Malaysia, zumal rasa terpanggil untuk memberikan sedikit cadangan untuk pihak kerajaan bagi membantu rakyat. Pertama yang zumal rasa perlu adalah kad khas untuk para penerima BR1M ini jika pihak kerajaan ingin meneruskan skim bantuan ini pada masa akan datang. Fungsi kad ini adalah sebagai pengenalan khas di mana para pemegang kad ini boleh mendapatkan kadar potongan khas atau harga istimewa untuk membeli barangan keperluan dan petrol sebagai contoh. Dengan adanya kaedah ini pihak kerajaan boleh terus membantu golongan ini dari semasa ke semasa. Selain itu, kaedah ini dapat mengurangkan beban golongan tersebut apabila GST dilancar pada April 2015.

Disamping itu, zumal juga ingin mencadangkan BR1M 4.0 nanti diberikan dua kali setahun atau 6 bulan sekali. Cadangan zumal bukan untuk menambah peruntukkan BR1M ini tapi mungkin jumlah yang sama tahun ini tetapi dibahagikan kepada dua bahagian. Misalnya RM325 pada awal tahun dan bakinya diberikan 6 bulan kemudian. Dengan itu golongan penerima ini tidaklah terbazir atau terbabas penggunaan wang bantuan mereka.

Sebagai tambah baik, zumal cadangkan juga sebahagian jumlah bantuan BR1M 2015 (jika jumlah bantuan dinaikkan) boleh dicarum dalam KWSP penerima atau wujudkan akaun KWSP untuk penerimanya dengan caruman RM10 setiap bulan. Ini dapat membantu penerima BR1M untuk menyimpan bagi kegunaan hari tua mereka.

Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana prihatin terhadap rakyat. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan sememangnya benar. Bagi penerima BR1M, gunakan bantuan yang diberi itu pada jalan yang betul. Apa pun zumal harapkan Malaysia akan terus maju jaya seiring peredaran zaman dan pemikiran rakyat juga ke arah minda kelas pertama. Wasallam...


Rezeki Hujung Minggu

Hadiah 
Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu... Alhamdulillah pagi ini zumal buka email dapat top up RM30. Syukur sangat. U all pun boleh dapatkan topup free macam zumal. Apa yang perlu anda lakukan hanya post apa2 pandangan atau cadangan untuk BR1M 2015. Sebagai contoh sila tengok entri yang zumal buat DI SINI

Ok. Anda dah ada idea? Jom baca syarat2 penyertaan untuk contest ini DI SINI. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mudah jer syaratnya asalkan anda adalah blogger yang mempunyai blog berumur lebih daripada 1 tahun. All the best.

KLIA 2 Mula Dibuka 2 Mei


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua pembaca blog duniazumal. Pasti semua dah tahu tentang pelbagai spekulasi tentang KLIA2 bukan? Ada yang kata dah retak, tak selamat dan sebagainya. Walau apa pun tanggapan anda, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah mengesahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selamat dan mematuhi piawaian ditetapkan oleh badan antarabangsa itu dan ia bakal dibuka mengikut jadual iaitu 2 Mei 2014. 



Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin berkata, selain daripada beberapa siasatan bebas yang dibuat tentang aspek keselamatan KLIA2, kerajaan turut meminta ICAO sendiri menjalankan siasatan.

ICAO telah mengesahkan KLIA2 selamat. Laporan itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh Datuk Seri Hishammuddin. 

Kelmarin telah berlangsung majlis penyerahan menara kawalan trafik udara daripada Malaysia Airports Holding Bhd kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di KLIA2.

Menara setinggi 141.9 meter dari aras laut itu dibina dalam tempoh 10 bulan dan menelan kos RM55 juta. Menara kawalan ini merupakan menara kawalan tertinggi di dunia. 

Datuk Seri Hishammuddin turut mengesahkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi KLIA2 telah dikeluarkan dan ujian Kesediaan Perpindahan Operasi Lapangan Terbang (ORAT) yang dimulakan sebelum ini masih lagi berjalan sehingga akhir bulan ini. 

Pada majlis kelmarin turut menyaksikan Datuk Seri Hishammuddin memberi kebenaran mendarat kepada dua pesawat yang mendarat serentak di landasan nombor 2 dan 3 di KLIA2, iaitu kali pertama pendaratan seperti itu dilakukan. Sumber: Sinar Harian 

25 Apr 2014

Mood Ke Laut

 
Indahnya Ciptaan Tuhan
Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua. Alhamdulillah hari ini dah hari Jumaat. Penghulu hari dan penghujung hari bekerja bagi negeri zumal. Esok dan lusa dapat merehatkan diri bersama tok dan si comel yang 6 ekor tu. Apa pun ada sesuatu telah mencalarkan sedikit mood zumal untuk hari ini. Sepatutnya ada entri khas bakal zumal sharekan untuk anda tapi tak ada mood nak mengarang untuk entri tu. Apa pun zumal gagahkan diri untuk post apa2 untuk anda semua. Inilah sedikit sebanyak perkongsian apa yang zumal rasa. Masalah ini silap zumal juga kerana terlalu mudah percaya pada orang hingga sebabkan diri sendiri terbeban. Sekarang terpaksalah zumal tanggung sendirian. Apa masalahnya tak usahlah zumal ceritakan. Tapi hari ini memang mood dah ke laut...

23 Apr 2014

MiniGiveaway #2 by Ayie Atiqah

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia

 Jom kita memeriahkan MiniGiveaway ini

Nak Join?

Klik pada banner :)


http://ayielifememory.blogspot.com/2014/04/minigiveaway-2-by-ayie-atiqah.html

22 Apr 2014

Blossom April Giveaway

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia

[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st and 2nd Top Referral:
Set Facialcare Clarins bernilai RM100 ++ atau
Teddy Bear atau
Vintage Necklace atau
Jam Mustache

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Button Badge
5x Keychain
3x Bookmark

Hairclip
Brooch
Bracelet
Hairband
Tasbih Digital
Kipas Tangan

Obuse Liptint
Fridge Magnet
Beg Strawberry
Handphone Strap
Boboiboy Pencil Case
Lomocard Various Kpop Artist

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Adakah Ianya Terbaik

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat kalian semua. Terbaik. Satu tanggapan yang berbeza daripada pelbagai sudut pandangan. Itulah yang dapat zumal kongsikan. Disebabkan tak dapat tidur, zumal menyorot kembali entri2 zumal yang lalu. Tak sangka entri pasal kematian di konsert fmfa tu mendapat lebih 7500 view. Pada zumal ia hanya perkongsian berita. Pada ketika itu hanya berita tentang MH370 yang hangat dan zumal rasa perkara yang zumal kongsikan tu pun penting juga tapi kurang liputan awal media. Mungkin sebab zumal post awal agaknya. Itulah yang zumal katakan penerimaannya berbeza daripada pandangan orang. Pada zumal ianya biasa2 saja tapi pada pembaca ianya mungkin penting, menarik atau sebagainya. Ini bermakna isu semasa lebih popular daripada bebelan zumal. Thanks untuk semua yang sudi memberi sokongan.

21 Apr 2014

My Monday

Assalamualaikum dan Salam Isnin buat kalian semua. Isnin, hari pertama dalam jadual bekerja zumal. Orang lain pun sama jer kan. Hari ni zumal agak sihat juga pada awalnya. Memang semangat la nak bekerja. Tapi, selepas beli sarapan tadi tayar motor zumal pancit. Jadi terpaksa menuntun motor ke kedai motor. Masa tu baru pukul 8.30 jadi belum ada kedai yang buka. Terpaksa la zumal tunggu kat depan kedai motor tu. Bab tunggu kedai buka tu tak pe la juga. Tapi kekejangan kaki zumal tu datang balik la. Itu pun nasib kedai motor dekat jer, kalau jauh maybe zumal MC jadinya. Nanti rakan2 kat ofis cakap zumal ni macam misteri kehilangan MH370 pula. Lagi pun hari Khamis dan Jumaat lepas pun dah la zumal amik EL kerana masalah kaki nie. Zumal pun tak nak cuti lama2 nie, maklum la kerja sambilan nie gaji kira hari tau, sehari RM54 selalu dapat pun tak penuh sebab cuti kerap sangat. Ada bulan bila entah zumal kerja hanya 11 hari tau, gaji tak sampai 500 sebab tolak kwsp. Azab la bulan tu. Bulan depan target tak nak cuti (kalau sihat) sebab puasa dah dekat. Apa pun Alhamdulillah la ada 8share untuk tampung keperluan zumal selain beberapa biz lain. Harap2 nanti dapat income dari nuffnang pula. Insha Allah.






20 Apr 2014

Aktiviti Bebudak

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua yang setia hadir ke blog duniazumal ini. Seperti yang dijanjikan kepada dorang (kucing sebenarnya) hari nie zumal nak lepaskan dorang bermain. Sebab cheeto kata 'bermain hak kami' (dalam bahasa dia la) 
Cheeto
Bila dah lepas tu macam lipas kudung dorang berlari keluar dari rumah agam dorang tu. Yang paling semangat nak keluar tu kajol la. Tak kenal lagi? Tapi bukan retis Bollywood la. Cuma my cute little kitten jer.
Kajol
Mesti korang hairan kenapa zumal kurung bebudak nie. Sebabnya ialah kerana dorang nie teramat la nakal. Jaga anak orang lagi mudah tau. Haha. Tak percaya? Cer tengok apa 3 ekor yang paling kecik nie lakukan.
Kabu : pendiam tapi...
Tengok la kipas yang tak rosak tu pun kabu nak servis. Bukan kabu je, cheeto dan kajol pun sama.

Tengok betapa rajinnya bebudak tu. Bukan naik kipas je, habis bersepah rumah. Hehe. Lepas tu zumal la kena kemas balik. Dorang punya happy dilepaskan, berlari ke sana ke mari macam buat merentas desa jer. Pening pala nie tengok. Apa pun zumal dengan tok memang happy bermain dengan bebudak tu. Bagi 3 ekor lagi yang besar tu, lain pula halnya.

Abam Long dorang Beah 
Bagi yang besar seperti Beah, Pok dan Teh(mak dorang) masuk acara lain pula. Tengok gambar tu beah tengah jalankan risikan. Almaklum la teringin bekerja dengan CIA tapi CIA reject sebab... Tau sebab apa? Sebab dia kucing la. Dia bukan duk menjejaki MH370 tapi duk mencari mana tok dia... Hehe.
Yeay Jumpa Tok 
Itu la muka paling hensem pada beah tu.
Yang ni cik kak dorang namanya Pok
Mak dorang pulak jari pemerhati jer setelah penat menjalankan misi.
Teh ibu kepada si 5 ekor tu
Dah berlari sakan, dia hanya mampu jadi pemerhati selepas beberapa round berkejaran. Bukan Teh je yang penat, tuan dia lagi penat. Maklum la zumal kena tengok gerak geri mereka kot melakukan perkara yang tidak diingini. Faham2 jer la. Tak faham tak pe la. Lagi satu takut juga dorang hilang macam MH370 tu. Yang comel2 tu mesti orang berkenan. Takut dikidnap. Orang kata pengalaman mengajar kita. Dulu pernah ada yang kena kidnap dah. 

Walaupun agak penat hari ni, tapi zumal rasa happy jer bila tengok telatah bebudak nakal tu. Tok pun tak rasa sunyi sangat. Nampaknya sok dah Isnin, jadi kenalah bersiap untuk kerja pula. Zumal ni asyik citer pasal kucing je kan. Nak tengok pasal benda lain, KLIK SINI














19 Apr 2014

Merap Nak Keluar

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Biasanya hujung minggu anak2 kesayangan dibebaskan untuk aktiviti bebas tapi hari ni zumal agak kurang sihat jadi terpaksa la tak layan dorang tu. Jom zumal kongsikan wajah2 kesian oleh kucing zumal yang bernama Cheeto... Hehe pandai buat mimik muka tu :)





Syukur

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Alhamdulillah petang nie hujan hadir membasahi bumi Perlis. Zumal rasa syukur sangat2. Maklumlah cuaca amat panas, pasang kipas pun tak rasa tau. Terima kasih Allah atas pemberian rahmat dari Mu...

U all mesti suka ini masa panas
Apa dia? Klik sini...

Selamat Berhujung Minggu

Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu buat semua rakan2 blogger dan para pengunjung blog duniazumal ini. Apa aktiviti u all this weekend yer? Mesti macam2 benda kita boleh buat bila bersama keluarga. Hujung minggu camni la yang paling ditunggu oleh anak2(eh zumal ada anak kucing jer tau) Haha. Zumal tak kemana hujung minggu nie. Hanya di rumah, kemas rumah dan basuh baju. Lagi satu masa ni zumal bersama yang tersayang. ( tok dan kucing2 zumal) Mulanya taknak post apa2 hari nie, tapi idea tengah datang jadi kini zumal kongsikan apa yang boleh u all buat hujung minggu camni. Gunakan masa dengan bijak :)

Bersukan

Berkelah

Berbasikal

Memancing

Menonton TV

Basuh baju

Tidur sepuas hati 
Ha! Tengok tu pelbagai aktiviti boleh buat. Tapi yang last tu untuk yang nak bina badan. Harus elak la. Tidur banyak tu tak sihat ok... Apa aktiviti u all? Apa pun moga berbahagia bersama keluarga yang tersayang. Happy Weekend, sayang u all :)


18 Apr 2014

Simple Review Segment

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia


Salam Jumaat buat semua
Jom kita support 
Simple Review Segment
Klik banner untuk join :)

Bananana : Ryujin Gelora Bakal Membantu Menyelamatkan Kampung Batik

Ryujin Gelora
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Kepada peminat Ryujin Juwara terutama adik-adik kita, pada episod kali ini dijangka Syafiq akan kembali ke Kampung Batik dan bakal membantu Ryujin Juwara sebagai Ryujin Gelora menyelamatkan batu mabui dan penduduk kampung. Pasti episod cemburu Andil akan berulang. Sama-sama kita nantikan slot Bananana 7.30 malam ini di TV3. Selamat menonton :)



17 Apr 2014

Kaki Kejang


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia untuk semua pembaca duniazumal. Hari ini zumal tidak bekerja kerana mengalami kekejangan otot betis. Sebenarnya memang perkara seperti ini selalu zumal alami biasanya sewaktu malam ketika tidur. Kekadang apabila zumal melakukan kerja yang luar daripada kebiasaan atau keterlaluan zumal akan mengalami simptom ini dan sakit dada. Suatu masa lalu ketika zumal bekerja disebuah syarikat pemborong selalu juga zumal alami. 

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad (seorang doktor berblog) kekejangan otot kerap dihadapi oleh ibu hamil dan atlet. Bagi mereka yang mempunyai pengalaman menghadapi masalah ini pasti mereka mahu mengelak ianya berlaku. Kekejangan otot kaki disebabkan oleh regangan yang keterlaluan atau terseliuh. Apabila kita mengalami kecederaan akibat terseliuh atau regangan itu, otot kita akan cuba membaikidiri dengan mengecut. Kecutan yang tidak terkawal akan menyebabkan kekejangan.

Bila otot kita mengalami dehidrasi, otot kita akan mudah kekejangan akibat kepekatan mineral dalam badan yang tinggi. Sementara bila kita minum terlalu banyak air, kepekatan mineral dalam badan pula mencair dan menyebabkan hyponatremia. Keseimbangan mineral dalam tubuh amat penting terutama bagi sorang atlet (zumal bukanlah atlet tapi contohnya lebih kurang sama dengan apa yang zumal alami  mungkin disebabkan penggunaan tenaga dan otot berlebihan)

Pengumpulan lactic acid yang terlalu banyak dalam otot juga menyebabkan kekejangan. Apabila sesorang itu melakukan riadah / akiviti yang berpanjangan tanpa rehat, pembakaran glucose tanpa oksigen menyebabkan tenaga dihasilkan bersama lactic acid. Otot akan berasa terbakar atau penat, seterusnya menyebabkan kekejangan otot.

Cara terbaik untuk melegakan kekejangan otot betis ialah dengan merenggangkan otot yang terlibat. Ini dapat dilakukan dengan meluruskan kaki dan bengkokkan kaki ke arah badan. Mulanya ia akan berasa sakit, namun ia akan memberi kelegaan kemudian.

Selepas itu boleh mengurut perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dan menyapukan otot betis itu dengan minyak panas. Cuba berjalan-jalan dengan memijak hujung tapak kaki.

Jika kesakitan tidak berkurangan, dan bahagian betis itu bertambah bengkak dan sakit bila disentuh, segeralah berjumpa doktor kerana ia mungkin bukan kekejangan otot biasa. Kemungkinan terjadi darah beku di dalam otot dan memerlukan rawatan yang agresif segera.

Antara cara untuk mengurangkan kekejangan ialah dengan minum air secukupnya, terutama apabila badan kita mengalami dehidrasi akibat menjalankan riadah/aktiviti. Bagi aktiviti / riadah kurang daripada 1 jam, meminum air sudah cukup untuk mengelakan kekejangan.

Minumlah beberapa teguk air. Bagi riadah/aktiviti yang lebih lama, minum minuman air yang mengandungi mineral dan glucose. Ini kerana aktiviti/riadah yang lama memerlukan bukan sahaja air tetapi juga mineral dan glucose.

Cara lain ialah pastikan anda bersenam secara konsisten. Dengan cara ini badan akan membina daya tahan terhadap kekejangan. Apabila otot dipaksa untuk melakukan suatu latihan/riadah/aktiviti yang keterlaluan dan belum biasa dilakukan ia akan menyebabkan kekejangan.

Ambil lebih banyak potassium untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kekejangan. Antaranya dengan memakan pisang. Namun jika anda mempunyai masalah keseimbangan potassium dalam badan, haruslah bertanyakan dengan doktor.

Bagi zumal pula, hal demikian berlaku kemungkinan kerana keperluan kerja zumal yang memerlukan badan yang lasak atau stamina yang lebih. Mesti hairan, cakap kerja dengan JKM tapi kenapa perlu lasak, bidang tugas zumal banyak melibatkan angkat-mengangkat barang kerana zumal ini membantu tugas pegawai stor di ofis. Lagi satu zumal turut membantu kerja mengedarkan surat (ala surat je pun). JKM Perlis ni ada 3 bangunan berasingan dan ada yang 1 tingkat, 2 tingkat dan 3 tingkat. Ofis zumal tak ade lif tau. Kekadang bukan surat jer tapi alat tulis pun kena angkat. Sebab alat tulis tu disimpan dalam stor yang zumal jaga. Kalau pen takpe la tapi kertas A4 yang sekotak ada 10 bundle tu, beratnya u all try la sendiri. Sanggup tak. Zumal sanggup je sebab dah tugas. Apa pun inilah sumber rezeki zumal. Zumal bersyukur sangat. Terima kasih kerana sudi membaca. Kredit untuk drzubaidi.com

16 Apr 2014

Wordless Wednesday : Terlajak Perahu Boleh Diundur...


Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak perbuatan buruk padahnya

Bersama kita renungkan sejenak...

14 Apr 2014

Sepetang Bersama Meow

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Hari ni zumal dah janji dengan dorang nak lepaskan dari sangkar, jadi balik keja tadi zumal lepaskan la. Penat sungguh menjaga semua 6 ekor kucing yang nakal nie. Meh tengok gelagat anak2 zumal nie. Abaikan semak disekeliling tu :)









Suka Meow Ni? Jom Klik