29 Jun 2014

Ephyra Memberi Sinar Baru

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Pada 12 Jun 2014 yang lalu, Zumal telah menerima sekotak Ephyra sebagai hadiah Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat dan Bertenaga Fasa 1 yang Zumal sertai pada 1 Mei 2014 beserta sehelai baju eksklusif dari Ephyra.

Setelah terima hadiah itu Zumal terus mencuba Ephyra pada malam itu juga. Mulanya Zumal ingatkan rasanya seperti minuman fibre yang pernah rasai dulu yang kurang enak tapi tanggapan Zumal itu meleset sama sekali. Rasa Ephyra amat lazat seperti jus mandarin. Zumal suka sangat. Tak perlu minum sambil tutup hidung macam Pak Belalang minum kopi. Zumal minum dengan penuh nikmat beserta senyuman. Zumal mengamalkan Ephyra 2 kali sehari. Sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

Alhamdulillah setelah maintain menggunakan Ephyra, pada hari kelima muka Zumal sudah tidak berminyak seperti selalu. Kebiasaannya Zumal perlu membasuh muka dengan pencuci muka setiap pagi bagi menghilangkan minyak. Pada hari kelima, Zumal dapati wajah Zumal tidak lagi berminyak seperti selalu walaupun pada masa itu Zumal belum menggunakan produk pencuci muka.

Dari sudut yang lain pula, Ephyra juga melawaskan pembuangan air besar. Sejak menggunakan Ephyra pembuangan air besar tiada masalah dan setiap dua kali Zumal membuang air besar. Badan Zumal juga rasa ringan dan lebih sihat. Pada hari kelapan, berat badan Zumal telah kurang 2 KG daripada berat asal 90 KG.

Alhamdulillah setelah habis stok Ephyra ni Zumal rasa macam kini Zumal adalah Zumal yang baru. Kulit wajah sudah tidak berminyak dan lebih licin dan anjal dari biasa. Kini kalau nak berselfie Zumal dah tak perlu edit gambar lagi... Terima kasih Ephyra...

Bagi anda yang nak cuba Ephyra boleh dapatkan maklumat di website berikut:

OFFICIAL WEBSITE
http://www.oceanlife2u.com

FANPAGE
https://www.facebook.com/oceanlife2u

TWITTER
https://twitter.com/Ephyra2u

INSTAGRAM
http://instagram.com/ephyra2u

TELEFON
04-41417889

SMS
019-3999238

EMAIL
info@oceanlife2u.com

CPUV Nuffnang #9 IKEA June Sale Campaign

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua. Dah banyak hari zumal tak buka akaun nuffnang... Rupanya ada lagi CPUV untuk zumal. Kali ni IKEA June Sale Campaign. Dah hampir terlewat nak promote kempen nie. Tapi masih ada masa. Hari ni dan esok untuk shopping kat IKEA. Almaklum la bulan depan dah raya, kepada peminat dekorasi boleh la IKEA segera kerana ada sale sekarang nie. Zumal suka produk kat IKEA kerana mempunyai design yang menarik dan tersendiri. Apa kata kita pergi tengok sama-sama. Jom semua. Terima kasih untuk Nuffnang yang bermurah hati memberi CPUV untuk blog zumal. Dan terima kasih untuk rakan-rakan blogger dan semua pengunjung duniazumal. Alhamdulillah makin bertambah earning nuffnang setiap minggu... Tata titi tutu...

P/s website nuffnang dah serba baru dan kini support untuk mobile... It is great and awesome...

Bisnes Lagi

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua... Alhamdulillah kita dah pun berada dalam 1 Ramadhan. Bulan Ramadhan ini bulan penuh barakah dan bulan rahmat.

Kita digalakkan meningkatkan ibadah kita kerana besarnya pahala yang Allah janjikan pada kita di bulan mulia ini. Bersama kita manfaatkannya. 

Bagi yang otak bisnes cam zumal pula bulan Ramadhan adalah bulan rezeki. Alhamdulillah rezeki yang datang tak dijangka. Hanya kata syukur tak terhingga dapat zumal ucapkan. 
Selain bisnes kurma zumal duk menelaah resepi pula. Rasa nak buat bisnes kuih raya la tahun nie. Moga-moga ada sambutan. Insha Allah... 

Selamat berhujung minggu dan selamat berpuasa buat semua. Terima kasih kerana berkunjung ke blog zumal. Wassalam...

28 Jun 2014

Santai Sabtu : Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Zumal minta maaf kepada semua kerana belum sempat berblogwalking pada masa ini. Hari ni zumal kemas rumah lagi. Esok dah puasa maybe tak sempat kemas kerana zumal berniaga. Hari ni je hari terakhir. Hehe. Zumal ucapkan selamat berpuasa kepada anda semua... Lepas terawih zumal akan berblogwalking. Tata titi tutu...

Pilihan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Kita dah berada di ambang Ramadhan. Zumal rasa amat gembira dengan kehadiran Ramadhan. Sebabnya Ramadhan adalah bulan rahmat. Moga Ramadhan ini lebih baik bermakna buat zumal.

Ahad ni 1 Ramadhan. Kurma dah ade ke? Kalau yang dekat boleh la order kat zumal. Bagi yang jauh cepat pergi beli stok. Bukan apa, makan kurma ini sunnah Rasulullah jadi kita sepatutnya jadikan amalan. Bagi zumal makan kurma bukan sekadar bulan Ramadhan tapi setiap hari jadi amalan. Jangan risau, makan kurma pada kadar sepatutnya tak akan mengganggu kesihatan anda.

Alhamdulillah, rezeki jual kurma tahun nie lebih baik dari tahun lalu. Hari pertama zumal jual stok dah hampir habis. Syukur. Bukan sahaja supply kurma kat ofis pun zumal jual. Minta izin yer boss. Hehe.
Tepi meja zumal kat ofis 
Dalam entri sebelum nie ada Cik Akak bertanyakan kurma coklat. Tahun nie memang ada. Zumal ambil stok tak banyak sekadar percubaan. Alhamdulillah laris juga walaupun harganya agak mahal.
Kurma Coklat Berinti Badam Al Alwani Date 
Bagi anda yang nak order kurma yang zumal jual boleh la contact zumal 0125747869. Kat bawah nie nak promote beberapa produk yang zumal jual.
Kurma Madu Rotab Khazar 

Kurma Tangkai Khalifa 

Kurma Tangkai Desert Palm 

Kurma Tangkai Tunis Palm 

Prune 
Ada dua yang zumal tak letak gambar. Kurma Tangkai Jebel dan kurma coklat dalam paket kecil seperti gambar atas sekali yang dalam bungkusan plastik tu. Bagi yang berminat boleh la order yer. 

Kepada semua muslimin dan muslimat zumal ucapkan selamat berpuasa. Salam Ramadhan...

27 Jun 2014

Semalam Yang Sibuk

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua... Zumal mohon kepada rakan-rakan blogger kerana tak sempat membalas kunjungan sebahagian besar daripada korang. Sebabnya? Sebenarnya semalam adalah hari yang amat sibuk atas urusan perniagaan. 
Zumal tak beli banyak ni

Beli 3 troli ni jer

Tak muat bonet viva nie.. Sampai tempat duduk pun penuh...

Tempat simpanan kat rumah...

Setiap tahun sememangnya zumal sibuk pada minggu sebelum puasa dan seminggu pertama puasa kerana pada masa ini cukup berharga untuk zumal yang menjalankan bisnes kurma. Begitu la juga tahun ini. Terlalu banyak pesanan kurma untuk zumal urusan terutama bagi peniaga-peniaga kedai runcit. Masa ini la mereka nak menambah income dengan jual kurma jadi zumal kena fokus pada mereka. Bekalan kepada mereka perlu mencukupi dan zumal juga menyimpan stok tambahan. Walaupun agak letih menguruskan perniagaan membekal kurma ini tetapi ianya berbaloi jika tahu caranya. Alhamdulillah selesai juga.

Semalam bukan sahaja kurma yang zumal shopping tapi peralatan elektrik pun beli juga. Tok bagi cadangan buat kuih raya. Zumal pun menyahut cabaran tapi semua kena beli baru sebab yang lama dah rosak. Oven pun rosak. Macam air je duit keluar. Sayang pun ada. Tapi sebagai peniaga zumal harus berani menanggung risiko. Apa yang zumal harapkan perniagaan akan berjalan lancar. Insha Allah. 

Ada perkara yang lawak semasa shopping tu. Promoter Seng Heng tu la tak suruh zumal register ahli dulu, dah bayar duit oven baru dia cerita kalau ahli ada diskaun banyak. Rugi je. Lepas tu zumal beli blender pulak baru ada diskaun sebab dah jadi ahli. Sebelum ni dah banyak zumal menguntungkan mereka sebab dah pelbagai barang zumal shopping kat situ. Rugi... Rugi...

Kalau korang nak tahu zumal tak sempat duduk pun kat rumah. Rumah hanya untuk singgah makan dan solat sampai 12 pagi baru tak ada appointment dengan customer. Hari yang paling dahsyat dalam hidup. Zumal syukur sangat kerana kepenatan tu berbaloi kerana hari ni dah dapat tuai hasilnya... Tahun-tahun lepas tak la selebat ini. Mungkin tahun ini banyak buat promosi agaknya. Pukul 1 pagi baru sempat tengok oven dan blender baru. Sayang pula nak guna. Hehe.
Jadi ahli group panda 

Masih dalam kotak 

Semalam zumal bawak tok bersama ketika shopping. Tok pula teringin nak makan pekasam ikan tilapia. Zumal pun singgah beli kat Tasoh. Tengok ada pekasam daging sama. Selalu tengok iklan ja kali ni baru beli. Bulan puasa zumal memasak jadi kena banyak stok makanan. 
Ikan pekasam beli sini 

Sori la kalau korang terpaksa membaca bebelan ini sebab zumal rindu sangat nak menulis. Rasa macam dah lama blog ini tersisih wal hal baru dua hari. Rindu kat korang sama... Sekian untuk kali nie. Jap lagi ada lagi tau...

25 Jun 2014

Wordless Wednesday : Kalau Benci Orang


Assalamualaikum dan Salam Rabu buat semua...

Kalau benci orang,
Janganlah benci melampau-lampau,
Silap-silap,
Orang yang kita benci itulah yang tolong kita...

Pesanan daripada
Ustaz Kazim Elias 

First Mini Giveaway Topup by Mrsyatie


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua...

Thanks to Yumida yang tag zumal dalam segmen giveaway ini...


Anda ditag

Khir
Lya
Fiza
Tasha
Yun Sing

Kepada yang tak ditag juga dijemput sertai yer.
Wassalam...

24 Jun 2014

Jadi Mr. Secretary Lagi

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Bertemankan guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung rasa seram sejuk pun ada. Sejak semalam zumal mengambil tugas sebagai setiausaha bos. Agak kalut juga sebab kerja asal zumal pun tetap kena buat. Aduhai terpaksa menganaktirikan blog ini. 
Semalam bos zumal tak ada di ofis tapi kerja yang ada macam bertimpa-timpa disebabkan kekurangan staf kat ofis kerana ada yang bercuti dan berkursus. Sesuatu yang tak dapat dielakkan. Terima dengan redha. Hehe.

Sekarang bos pergi meeting kat luar jadi zumal ada la kesempatan mengupdate blog kesayangan zumal nie. Kepada korang terima kasih kerana sudi menjengah blog yang tidak seberapa nie. Alhamdulillah atas sokongan korang dapat juga zumal mendapat CPUV dari Nuffnang dan CPC yang sentiasa ada peningkatan dari segi earningnya. Sekarang masih ada 4 CPUV yang berstatus on going daripada 6 sebelum ini. Syukur.
Hujung minggu ni dah nak puasa, moga income makin masyuk la sebab nanti raya banyak perbelanjaan nak guna. Zumal harap income blog zumal makin meningkat dan bisnes kurma zumal mendapat sambutan. Insha Allah.

Setakat ini jer zumal nak melalut yer. Jumpa lagi di lain siaran. Wassalam...

Sebelum tu, kepada yang nak pahala lebih jom sumbangkan klik untuk zumal
1) Impian Suria Fair & Lovely
2) Kejadian semasa final liga super 
3) Kisah seorang gadis dari utara
4) 6 makanan unik di Malaysia

23 Jun 2014

Dengar Guruh Di Langit Air Di Tempayan Dicurahkan

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Kemain tajuknya kan... Itulah yang selalu terjadi pada diri zumal yang terlalu mudah percaya sesuatu. Bila dah dah percaya sangat sesuatu tu nak dapat zumal pun tak prepare apa2 untuk backup tapi malangnya sesuatu yang diharapkan tu tak kunjung tiba atau belum berkunjung tiba. Apa pun zumal masih mengharap ia bakal tiba juga... Apa tu? Biar la menjadi rahsia. Yang faham tu faham la. Yang tidak tu buat-buat faham k. Kepada korang jangan jadi macam zumal, beringat sebelum kena yer. Wassalam...

Zumal tahu korang rajin, klik la link berikut yer :

Majlis MB Perlis Bersama Pemohon Skim Bazaar Ramadhan 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Petang semalam zumal turut serta dalam Majlis MB Perlis Bersama Pemohon Skim Bazaar Ramadhan yang diadakan di Dewan Warisan Kangar pada jam 3.00 petang. 


Majlis ini diadakan untuk memberi pencerahan kepada pemohon Skim Bazaar Ramadhan yang pernah zumal nukilkan disini hujung bulan lepas. Skim Bazaar Ramadhan diwujudkan untuk membantu peniaga Melayu yang ingin menjalankan permiagaan di bazaar-bazaar Ramadhan pada bulan puasa nanti. Skim Bazaar Ramadhan menawarkan pinjaman sebanyak RM1000 dan RM3000 untuk peserta yang layak. 

Alhamdulillah atas inisiatif pihak kerajaan ini moga dapat memberi nafas baru kepada peniaga Melayu yang ingin menjalankan perniagaan di bulan Ramadhan nanti. Skim ini juga adalah kerjasama Persatuan Peniaga, Penjaja Kecil Melayu bersama Bank Rakyat. Skim ini agak mudah kerana para pemohon hanya perlu mengisi borang tanpa memerlukan jaminan dan kertas kerja seperti selalu. 

Bagi pemohon yang ketinggalan, adalah dimaklumkan bahawa pinjaman akan disalurkan tiga hari sebelum puasa. Harap maklum.

Menarik di sini:

22 Jun 2014

Dibiarkan Tidur Bersama Najis Kucing

Gambar Ihsan Google
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Semalam Malaysia digemparkan dengan penemuan remaja OKU dikurung di Nilai, Negeri Sembilan. Zumal ingin juga berkongsi pengalaman sendiri bertemu seorang warga emas yang dibiarkan tak terurus oleh ahli keluarganya suatu masa dulu.

Semasa sihatnya warga emas yang sebaya arwah tok wan zumal, beliau seorang yang aktif dalam aktiviti masyarakat dan minat memelihara kucing. Beliau juga seorang pesara guru seperti tok wan.

Beliau didapati menghidapi penyakit kencing manis tahap kritikal sehingga terpaksa kakinya dipotong. Mulanya hanya di ibu jari kemudian sehingga ke bawah lutut.

Zumal dan arwah tok wan pernah beberapa kali di rumah beliau atas urusan sebuah pertubuhan kemasyarakatan. Sebelum akhir hayat beliau kami ada melawat kali terakhir kerana pada masa tu hari raya. Kali ini keadaan beliau sudah tidak terurus dan menyedihkan zumal, kucing yang beliau pelihara dikurung dibawah katil beliau dengan dikelilingi jaring besi. Dan ada yang membuang najis di atas katil beliau tapi tiada siapa yang membersihkannya selagi beliau tidak uruskan sendiri. Disebabkan beliau tidak lagi berupaya jadi semua dibiarkan sahaja oleh keluarga beliau. Zumal rasa macam nak nangis melihat keadaan beliau. Mengapalah lakukan demikian? Beliau juga berhak mendapat layanan yang baik.

Tok wan kata nanti masa beliau tak larat entah macam tu juga zumal lakukan seperti sahabat beliau tu. Tapi sehingga akhir hayat ton wan  zumal jaga tok wan dengan baik. Tak sanggup la buat begitu. Kalau kita tua, anak cucu buat begitu apa kita rasa pula. Fikirkanlah.

Berbalik kepada kisah warga emas tadi, beberapa bulan selepas itu beliau meninggal dunia. Tinggal la isteri, anak2 dan cucu di rumah itu. Mungkin mereka rasa senang dan lega setelah warga emas itu pergi. Kesenangan tu hanya beberapa tahun, akhirnya rumah tu hangus dalam kebakaran. Tiada apa yang dapat diselamatkan. Mungkin itulah balasan Allah. Zumal harap kisah ini jadi teladan buat semua bukanlah membuka aib sesiapa kerana tiada nama yang zumal titipkan disini. Ia hanya sekadar pengalaman hidup yang zumal pernah lihat sendiri. Wassalam...

20 Jun 2014

Ada Kenduri Rupanya

Assalamualaikum, Salam Jumaat dan Salam 1 Dunia buat korang semua... Alhamdulillah Jumaat yang penuh berkat. Hari ni makan free jer. Tengah hari tadi kami berkunjung ke majlis kenduri kesyukuran di rumah mantan tuan Pengarah JKM, En Abdullah bin Ali.

Kalau dulu zumal makan memang mengelak makan daging kambing. Sebabnya orang selalu cakap nanti panas la, sakit kepala dan darah tinggi tapi sejak zumal try pada tahun 2012 dulu, tak terjadi apa pun pada zumal yang amat sensitif nie. Hari nie boleh makan kambing lagi. Tak makan rugi la sebab sedap ooo.


Selera sungguh rakan2 sekerja makan. Zumal walaupun eksited nak makan tapi teringat gak yang zumal tengah sakit perut. I bedal jugak. Syukur kenyang sangat. Lepas kenduri kami bertolak ke masjid untuk solat Jumaat. Dah lama tak solat di luar kariah. Kiranya hari ni tok makan sorang la. Selalu kalau makan sorang memang tok tak selera. Memang betul tadi zumal call tanya dia kata tak sedap. Petang nie beli makan lain untuk tok. Kena teman baru tok makan. Salam Jumaat. Wassalam...

Rezeki Jumaat

Assalamualaikum, Salam Jumaat dan Salam 1 Dunia buat semua. Pagi nie zumal tak berapa sihat. Sakit perut dari semalam sampai hari ni. Maybe sebab makan nasi lemak semalam yang agak pedas. Atau pun sebab dah lama tak makan makanan berat memalam camtu. 
Nampak tu? Nasib baik datang kerja dapat lak coklat Toblerone nie. Anak kepada Kak Rani rakan sekerja zumal buat kenduri kerana dapat gaji pertamanya sebagai guru. Kenapa Toblerone? Sebabnya anak Kak Rani bertugas di Langkawi, kalau kat Langkawi coklat la yang glamour. Alhamdulillah rezeki pagi Jumaat nie. Moga murah rezeki buat anak akak kita tu. Insha Allah...

Istimewa dari zumal
1) Result terkini Piala Dunia
2) Menang RM25,000 untuk shopping

CPUV Nuffnang #8 Invest Smart Campaign

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Alhamdulillah kali ini bila zumal check akaun Nuffnang zumal rupanya datang lagi CPUV baru. Kali ini CPUV tentang Invest Smart Campaign. Zumal belum terserempak dengan iklan tu... Apa pun hanya kata syukur kerana limpahan rezeki ini. Terima kasih buat Nuffnang yang memberi kempen ini untuk zumal. Terima kasih kepada anda semua yang menyokong zumal. Macam terima anugerah pulak. Hehe. Terima kasih (^_^) 


CPUV Nuffnang #7 Bulgogi Brothers Korean BBQ Restaurant

Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo buat semua... Dah jadi Korea pulak zumal nie... Tak pe la jadi Korea pun asal tak lupe diri k... 

Tentu ramai kat sini peminat K-Pop yer. Dan tentu sekali bukan sekadar nyanyian dan pakaian menjadi ikutan tapi makanan pun dah menjadi idaman rakyat Malaysia. Awesome. Korang pernah dengar tentang Bulgogi Brothers Korean BBQ Restaurant? Dah tentu la. Terutama mereka yang selalu pergi kat gedung membeli-belah terkemuka di Malaysia seperti Pavilion, eCurve dan Mid Valley Megamall.

 bulgogi brothers

Klik untuk ke website mereka 
Menu yang istimewa kat sini adalah burger dan bulgogi... Korang patut try. Bagi yang ada kad member dari 16 - 22 Jun 2014 ada rebate 20% dari total bill. Bagi yang belum jadi member, sekarang la masa yang sesuai.

Jom kita tengok antara menu yang disediakan untuk korang nikmati di sana...








Camne terliur tak dengan menu-menu yang zumal paparkan tu? Kalau dah mengidam tu jom la ke Bulgogi Brothers Korean  BBQ Restaurant segera... Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik iklan Bulgogi atau singgah ke entri Abang Nara

Lokasi Restaurant:

Paradigm Mall, Kelana Jaya
03-7887 3541

Pavilion KL
03-2141 9620

eCurve, Mutiara Damansara
03-7722 3633

Mid Valley Megamall
03-2282 2292

#Terima kasih Nuffnang kerana memberi CPUV ini. Terima kasih juga kepada semua pengunjung dan rakan-rakan blogger :))

19 Jun 2014

Tinggal Kenangan

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Biasanya setiap petang zumal bermain dengan mereka. Sekarang terasa amat sunyi bila yang disayang tu telah pergi. Sedih sangat. Petang zumal pun sayu dan sunyi sahaja.

Setelah tiga ekor kucing zumal pergi buat selama-lamanya, kucing yang tinggal pun tak lagi seceria dulu. Zumal amat terkesan dengan pemergiaan Cheeto dan Kajol kerana mereka amat akrab dengan zumal. Macam Beah pula dia tidak selalu ada di rumah. Tapi zumal turut rasa sedih atas kehilangannya. Sedih dan pedih. Tok lebih lagi merasa kerana saban hari tok bersama dengan kucing-kucing kesayangannya...

Kekadang kami tersasul memanggil nama mereka yang tiada. Kenangan bersama mereka terus kekal disanubari ini...

Cheeto

Kajol 


20 Sen Jer

Assalamualaikum dan  Salam 1 Dunia buat semua... Apa yang ada dengan 20 sen? 20 sen memang jumlahnya kecil. Tapi kalau RM999.80 tak cukup 20 sen bukan RM1000.00 tau.

Selalunya bila time hari tanpa plastik kat pasaraya2 tu rasa 20 sen tu macam besar juga bila kita degil nak ambil plastik jugak kan? Tengok citer bujang lapok bila ayu minta 20 sen tu memang seksa sudin nak mencari tau. Kalau tak bagi, nanti rahsia buka yer... 
Pada zumal 20 sen sangat bermakna tau... Yer la sebab mencari income dengan 20 sen... Tahu kan? Jom sumbangkan 20 sen anda untuk zumal. Sure korang menyampah kat zumal. Haha...

Klik link untuk memberi sumbangan...

18 Jun 2014

Wordless Wednesday : Piala Dunia

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua...


Sekadar renungan buat semua...

Piala Dunia 4 tahun sekali
Tetapi
Hidup hanya sekali
Jangan tinggal solat!

17 Jun 2014

Sampai Terputus Tangan

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Semasa awal penglibatan zumal dalam dunia blog nie zumal ada buat mini giveaway. Ingat tak? Ala yang hadiah pendrive minion tu... Boleh tengok kat sini.

Masa beli hadiah tu zumal pun beli pendrive minion tu untuk zumal. Malangnya kini minion zumal tu dah terputus tangannya. Kesian kat minion tu. Dah tak berapa nak comel sangat dah. 
Zumal rasa serik beli pendrive macam tu... Harga mahal tapi agak susah nak buka. Pendrive tu agak ketat dari pendrive biasa... Moga korang yang teringin beli pendrive karakter kartun camtu boleh pertimbangkan betul-betul yer... Wassalam...

15 Jun 2014

Gangster Tamanku...

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Sekarang nie kalau ada filem Melayu kat pawagam mesti membawa kisah hantu dan juga gangster. Sedikit sebanyak ianya turut membawa kesan kepada penontonnya. Kalau sekadar budaya berpakaian seperti gangster tu boleh juga dibendung tapi kalau budaya gangster tu pun dibawa keluar dari pawagam memang mendatangkan kesan yang besar terhadap masyarakat dan negara.

Baru-baru ini tersebar kisah sekumpulan pelajar perempuan bergaduh a.k.a membuli seorang pelajar perempuan lain. Dari perhatian zumal sudah bertahun-tahun penularan budaya gangster di kalangan pelajar sekolah. Salah faham sikit dorang angkat geng. Cikgu ke sesapa yang tegur pasti akan kena gertakan gangster ni. Zumal pun takut kalau ada apa2 masalah dengan pelajar-pelajar yang rupa agak gangster nie. Bukan la takut sangat. Tapi kalau serang dari belakang habis la zumal.

Pernah tahun lepas sorang budak sekolah langgar zumal keluar dari simpang hospital. Tapi dia pulak yang cakap bikin panas kat kita. Awak yang langgar saya masa saya lintas, kereta pun dah beri laluan untuk zumal lintas, alih-alih awak tiba dari luar line langgar saya, awak la salah. Awak potong double line pulak tu nak potong barisan nak cepat ke sekolah la tu. Orang lain dah belajar setengah jam awak baru nak kalut pergi sekolah ape hal. Tu yang langgar orang tu. Zumal nie tak nak la bising-bising tepi jalan tu. Bagi nombor fon kat dia kot dia ada sesuatu tak puas hati. Setahun lebih dah berlalu tapi tak call pun. Cakap boleh sebarang cakap dik...

Alamak terlebih panjang pula kisah kat atas tu. Sebenarnya nak cerita pasal gangster kat rumah zumal. Kalau keluar ja mesti cari gaduh sana sini. Tahulah awak muda lagi... Kalau sakit siapa susah. Zumal juga. Eh kenapa zumal yang susah yer? Cer tengok gangster nie, korang akan faham.


Comel tak gangster tu? Pok ni kalau keluar memang akan bergaduh. Gangster la katakan.Ok la setakat nie coretan zumal. Wassalam...

Menarik untuk anda:
1) Lexus Malaysia
2) World Cup Contest
3) Kisah Jalan Klang Lama
4) Untuk peminat Samsung

Zombie Kini Menghantui Dunia

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Hari nie zumal nak ajak korang meneroka dan mengenali zombie...

1) Zombie di Venice
Klik untuk review zombie walk
2) Zombie Kampung Pisang
3) KL Zombie
4) Zombie Kilang Biskut
5) Zombie Piala Dunia
Klik untuk artikel berkaitan
Semoga terhibur. Selamat berhujung minggu...