30 Jul 2014

Wordless Wednesday: Third Days Raya, First Day Working

First time jaga kaunter unit OKU dan WE

Sorang2

Sunyi

Tiada Customer Datang

Parking Lengang 

29 Jul 2014

Segmen Topup Raya by Dunia Zumal

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri

Sempena Aidilfitri ini
Zumal dengan rasminya
melancarkan

'Segmen Topup Raya by Dunia Zumal'

Terma dan Syarat

1)Blogger Malaysia 
2) Semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina dan agama
3) Buatkan entri khas bertajuk
'Segmen Topup Raya by Dunia Zumal'
Berserta banner dan puisi bertema Raya
4) Backlink entri korang ke entri ini 
5) Klik SINI , SINI dan SINI
sampai habis loading yer
6) Komen berserta link penyertaan di entri ini
7) Tarikh tutup Raya Kedua
Tarikh umum pemenang Raya Kelima 
(dipilih berdasar random.org)

Hadiah
1) Topup RM 10 x 1 pemenang
2) Topup RM 5 x 4 pemenang

Mudah aje kan... Jom sama-sama memeriahkannya...

KLIK SINI UNTUK SEMAK SENARAI PESERTA

Perhatian: Hanya penyertaan beserta puisi atau pantun sahaja layak menjadi pemenang. Sila kemaskini penyertaan korang...

28 Jul 2014

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA


Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat semua...

Alhamdulillah hari yang dinanti telah menjelma. Semoga korang semua berbahagia di samping keluarga tercinta. Di kesempatan ini zumal menyusun 10 jari bermohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan lalu. Lepas ni kosong-kosong yer. 

Raya nie zumal agak sibuk al maklum la tanggungjawab sebagai ketua keluarga walaupun masih solo. Macam-macam kena prepare sorang-sorang. Baru la zumal faham betapa besar tanggungjawab arwah tok wan zumal dulu. 

Kepada rakan-rakan yang berkunjung di blog ni, Insha Allah bila kelapangan zumal akan balas berblogwalking ke blog korang. Semoga korang semua berbahagia di samping keluarga. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

26 Jul 2014

Puss In Boots The Return

Assalamualaikum dan Salam Sahur buat semua. Dalam bersahur nie dihidang pelbagai aksi lincah si boboi dan net. Sekali imbas, boboi nie dah macam Puss In Boots pulak. Kiranya Puss In Boots The Return gitu...


Kad Terakhir Menjelang Lebaran

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua. Sebelum bermula coretan hari ini, zumal mohon maaf kerana tak dapat berblogwalking beberapa hari ini. Zumal agak sibuk beserta masalah kesihatan yang zumal hadapi. Thanks kepada yang sudi support segmen zumal. Insha Allah zumal akan melawat entri korang nanti. 

Hari rabu lalu zumal dapat lagi kad raya yang datangnya dari blogger Lya dan Abe Kie. Bila buka post box wajah pun jadi ceria tengok ada kad raya. Pada hari ini (jumaat) pula ada lagi satu kad raya yang datangnya dari Cik Akak. Rasanya kad raya terakhir pada tahun ini sebab abam posmen dah start cuti raya. Hehe. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi menghantar kad raya kepada zumal. Insha Allah kad raya korang akan bergantungan kat ruang tamu zumal. Hehe. 

Ni ada zumal kongsikan kad-kad raya yang ohsem dari Lya, Abe Kie dan Cik Akak. Jom kita terjah blog dorang. (Klik pada nama dorang untuk terbang ke blog dorang yer) Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Tata titi tutu...
Kad raya dari Lya 

Ucapan dari Lya 

Kad raya dari Abe Kie

Ucapan dari Abe Kie 

Kad raya dari Cik Akak 



23 Jul 2014

Kini Hanya RM699 Setiap Bulan

 
 Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua... Kepada peminat Germany kini anda boleh berubah kepada kenderaan jenama Germany pula tetapi ianya adalah model CKD pemasangan tempatan di Malaysia. Disebabkan model Jetta adalah pemasangan tempatan harganya kini lebih mampu milik. Korang akan jimat RM21K berbanding model CBU sebelum ini. Kini korang hanya perlu memperuntukkan RM699 per month jika nak grab model Jetta ini. Begitu juga bagi model Passat, harganya tidak banyak perbezaan.

Zumal fokuskan entri ini kepada model Jetta. Walaupun harga telah berubah tapi banyak ciri-ciri komputer CBU dikekalkan dalam Jetta tempatan. Bagi interior, pertama adalah RCD 320 sistem infotainment. Seperti yang dinyatakan di atas, ini adalah satu pengemaskinian pada CBU Jetta RCD 310, dan menambah Bluetooth dan sambungan SD Kad. Enam pembesar suara juga digunakan.
 P1740824
Perkara yang berbeza di dalam Jetta baru adalah dikemaskini dua zon automatik  sistem penghawa dingin Climatronic, yang kini merupakan susunan tiga terus, terletak di bawah pemain radio. Jetta CKD juga mempunyai headlamps automatik dan sensor wiper . Salah satu fungsi yang hilang ketara pada model CKD adalah paddle shifters untuk DSG pada stereng, yang kini hanya kawalan butang audio dan paparan pelbagai fungsi.
The Jetta_Interior 

The Jetta_Interior (2)
Bahagian luar pula, kebanyakan Jetta CKD menyerupai CBU , 16 inci roda aloi 'Navarra, gril krom, depan dan lampu kabus belakang, dan tailpipes ekzos berkembar. Headlamps halogen adalah equippped dengan berfungsi sebagai 'Leaving Home' dan manual 'Coming Home' seperti yang berada di CBU.

Ciri-ciri keselamatan , enam beg udara, ESC (Kawalan Kestabilan Elektronik), ABS dengan Brake Assist, hill-start assis dan sistem Park Jarak Kawalan untuk depan dan belakang kereta . Terdapat juga cermin luar elektrik boleh laras yang swing ke bawah apabila pemandu memilih gear reverse, hanya untuk memberikan pandangan yang lebih baik daripada apa yang bersama kereta. ISOFIX juga sebagai ciri standard.

Sesuatu yang baru Volkswagen Malaysia adalah 510 liter ruang but untuk Jetta ini. Ini bukan meningkat berbanding unit CBU, tetapi pembuat kereta Germany berminat untuk menunjukkan kualiti bertaraf utama (pada masa pelancaran) Jetta di arena tempatan.

Sebagai contoh, alternatif segmen Jepun dan Korea mempunyai antara 470 dan 420 liter (Altis, Civic, Cerato, Elantra), dengan hanya Nissan Sylphy 2012 dengan 504 liter. Jetta CKD boleh didapati dalam empat pilihan warna: Candy White, Platinum Grey, Reflex Silver dan Deep Black. Untuk info lebih lanjut korang boleh klik DI SINI.

Kalau korang nak tau harga Jetta boleh rujuk di laman web INI. Bagi yang suka model Golf boleh ke reviewnya DI SINI. Sumber Paul Tan, DSF dan 8share.

21 Jul 2014

Kad Raya Ketiga Untukku

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua. Tengah hari tadi masa balik ke rumah zumal tengok post box ada berisi sesuatu. Dalam banyak-banyak surat tu ada terselit sekeping kad raya untuk zumal. Suka sangat dapat kad raya. Kad raya ini adalah yang ketiga zumal terima daripada rakan blogger. Kad raya kali ini datangnya dari Vee Sandi. Terima kasih yer Vee kerana sudi mengutuskan kad raya buat zumal.

Bagi korang yang belum kenali blogger Vee Sandi. Jom berkunjung ke blog beliau. Korang tak kan rasa rugi kerana pelbagai perkongsian bermanfaat dikongsi oleh pemilik blog tersebut... KLIK SINI untuk terbang ke blog Vee Sandi.

20 Jul 2014

Kotak Hitam

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua. Dalam setiap kemalangan kapal terbang, kotak hitam adalah sesuatu yang sangat penting. Ini kerana kotak hitam merakam rekod penerbangan secara automatik. Dengan itu segala punca kemalangan dapat dikenali dengan menganalisis data dari kotak hitam itu.
Korang tahu tak bahawa manusia juga dilengkapi kotak hitam. Apabila jasad kita dah masuk ke dalam alam barzakh nanti. Mulut kita dah terkunci. Masa tu la kotak hitam yang zumal maksudkan berfungsi.

Masa tu setiap anggota badan akan berkata-kata dan menjawab setiap apa perilaku kita semasa hidup di atas muka bumi Allah. Jadi untuk elakkan terkantoi nanti buatlah perkara yang baik. Sekadar ingatan. Wassalam...

#jika ada salah tolong tegur yer...

HILANG FOKUS

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua. Hilang fokus. Itulah yang terjadi pada zumal. Semua benda zumal nak buat. Macam tamak pun ada. Nak bisnes itu, bisnes ini nak berblog lagi. Sekarang baru zumal tersedar. Rasa takut pula kalau semua yang dirancang tak jadi dan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Sekarang nie mula la fikiran jadi agak celaru dan mood nak berblog pun kekadang hilang. Sekarang baru zumal tahu dan sedar tentang komitmen. Bila banyak kita buat. Semua benda tu kena beri komitmen. Kalau tinggal salah satu pasti rosak la ia. Zumal takut sangat apa yang dirancang tak jadi. Aduh... Wake up zumal!!!


19 Jul 2014

Tanda Ingatan Tulus Ikhlas

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua. Dalam sedar atau tak kini kita berada dalam fasa terakhir Ramadhan. Dalam bersiap untuk menyambut Syawal yang bakal tiba ni jangan pula kita abaikan ibadah kita kerana dalam 10 malam terakhir nie adanya 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar.

Syawal ini rasanya cukup sederhana untuk zumal. Macam tahun sebelum-sebelumnya juga. Kenangan kemeriahan Syawal suatu masa lalu hanya tinggal di sanubari. Walaupun begitu, tahun ini sedikit mengembalikan nostalgia masa zumal bersekolah dulu kerana zumal berutus kad raya antara rakan-rakan blogger yang zumal kenali. Kenal dalam laman maya jer. Mungkin jikalau ada event dan kelapangan nanti kita bertemu.

Dah bertahun rasanya tak terima kad raya. Kad pertama datangnya dari Pha Is. Puisi dalam kad raya Pha Is sedikit sebanyak mengimbau kenangan. Pha Is, zumal minta maaf sebab kad raya zumal simple jer. Terima kasih yer Pha Is. Bagi yang belum berkenalan dengan Pha Is boleh la KLIK SINI untuk berkunjung ke blog beliau.


Kad raya kedua pua datangnya dari Mommy Irra. Kad raya Mommy Irra pun padat dengan ucapannya. Hehe terharu zumal. Kad raya sesi kedua zumal yang agak panjang sikit isinya sebabnya idea baru datang. Bagi yang nak berkenalan dengan Mommy Irra boleh KLIK SINI yer.


Rasanya minggu depan ada kad raya lagi akan sampai kot. Rasanya je la. Hehe. Kad raya sebagai pengganti diri dan sebagai tanda ingatan. Tahun depan zumal akan lebih bersedia. Insha Allah kalau panjang umur dan di murah rezeki. Thanks semua yang support zumal. Selamat berhujung minggu ^_^


















17 Jul 2014

Segmen Jom Jadi Bloglist Wanie


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Korang tengah buat ape yer?
Kalau free tu jom la 
join segmen nie
Bersama kita meriahkannya
^_^


Klik banner untuk join

Roti Bakar SE

Assalamualaikum dan Salam Sahur buat semua. Dah bangun sahur kew? Menu apa sahur korang. Pepagi nie zumal dan tok sahur roti bakar. Tok teringin makan roti bakar pulak.

Maka zumal pun siapkan la roti bakar SE untuk kami berdua. SE tu bukan Special Edition tapi Segan Edition k. Hehe... 

Bagi yang sedang sahur macam kami tu. Selamat bersahur. Bagi yang belum bangun tu, cepat-cepat la bangun yer. Nanti tak sempat nak siapkan makanan pulak. Bersahur la sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatan... Tata titi tutu...

Tok Beri Nama Baru

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua... Apa khabar semua. Moga semua sihat sejahtera hendaknya. Insha Allah...

Sebelum nie zumal ada kongsikan pada korang pasal anak kucing baru zumal kan. Ala yang nama Net dan Mok tu. Hari ni tok beri nama baru kat Mok. Yang pastinya bukan Aaron Adi Putra Aqasha cam dalam drama yang zumal tengok hujung minggu lalu. Mok diberi nama Boboi pula. Tok zumal yang beri. Biasalah kalau tok dah suka tu ada ja perubahan tertentu...

Boboi nie agak lembut sikit berbanding Net walaupun saiz Boboi lebih besar dari Net. Boboi nie tak nakal. Net jer yang nakal. Kalau Boboi tidur mesti Nek akan kacau sampai Boboi jaga dari tidur. Nakal sangat. Jom layan wajah terbaru Boboi. Hehe...








Camne comel tak si kecik tu? Suka sangat tengok bila dorang beraksi lincah... Dah ngantuk la, jom la tidur. Tata titi tutu....

16 Jul 2014

Terjebak

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua... Sejak kebelakangan ini zumal dah mula terjebak dalam pembikinan cookies. Bagi zumal yang first time menceburkan diri dalam bidang pembuatan biskut raya ni rasa amat mencabar bidang ini dari segi wang dan masa. 
Sejak terjebak ni zumal mula kenal piping bag, loyang, emplex, gula kastor, gula aising, auns dan banyak lagi. Ada benda pernah zumal dengar tapi tak pernah guna dan tak pernah tahu kegunaannya. Kini zumal dah lebih expert dalam bidang ini. Hasrat zumal nak jadikan bidang nie sebagai sumber side income. Modal zumal keluarkan pun beribu-riban kalau tak manfaatkan sebaiknya macam bakar duit aje la... 

Macam bisnes kurma zumal juga, cookies nie akan zumal supply kepada peniaga-peniaga sekitar Perlis. Setakat sekarang baru ada dua peniaga yang nak jualkan cookies zumal. Alhamdulillah, zumal rasa sangat bersyukur. 

Terima kasih kepada korang semua yang sudi support zumal dalam bisnes dan juga dalam berblogging ini... Doakan kejayaan untuk zumal yer. Sayang u all... Tata titi tutu ^_^

CPUV NUFFNANG #11 & 12

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua... Alhamdulillah rezeki datang berterusan sejak mula memanfaatkan blog ini. Syukur.

Walaupun sedikit sibuk dengan urusan perniagaan dan kerja zumal rasa janggal kalau tak review CPUV dari Nuffnang ini. Thanks kepada Nuffnang kerana memberi kepercayaan kepada blog zumal untuk menyiarkan pelbagai iklan.
Untuk kali ini ada 2 CPUV baru bertandang di blog zumal iaitu uMobile Prepaid Free Meal dan Fashion Pitch/ Writer Unleashed. Iklan uMobile yang sama pernah hadir ke blog ini pada 13 Jun 2014 lalu.

Sesiapa yang guna uMobile untung la kerana pihak uMobile amat menghargai korang sebagai pengguna uMobile. Mana tidaknya, setiap kali korang top up korang akan dapat Mamee Cup atau Revive Isotonik atau keduanya sekali (tertakluk syarat) jika korang top up di 7 Eleven atau mana-mana kedai yang mengambil bahagian. Menarik bukan? Apa lagi, jom la top up!
Bagi CPUV Fashion Pitch/ Writer Unleashed ni zumal tak dapat share apa yang terkandung tapi apa yang zumal tahu ianya adalah pertandingan. Jadi untuk info , korang klik je pada iklan yang dipaparkan tu yer.

Itu saja zumal nak bebelkan kali ini. Zumal ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang support blog zumal termasuk Nuffnang, rakan-rakan blog, pengunjung dan korang yang tengah baca entri ini. Terima kasih daun keladi. Tata titi tutu ^_^

14 Jul 2014

Sahur Tok

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Menu apa korang bersahur?
Tengok menu tok zumal. 
Penuh dengan ubat.
Bagi yang masih bersahur, 
selamat bersahur...

Zumal nak siap untuk ke pejabat
Tata titi tutu
^_^

12 Jul 2014

BERSAMA ELAKKAN KEMALANGAN

Sumber: mullerwoodfieldacura.blogspot.com 
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua... Seperti biasa musim perayaan pasti kemalangan jalan raya akan meningkat.

Antara sedar atau tidak, kemalangan ini selalunya bermula dari kelalaian kita atau pengguna jalan raya yang lain. Kemalangan sebenarnya boleh dielakkan. Yang penting kita harus peka, berwaspada dan mengikut undang-undang jalan raya.

Pengalaman sendiri zumal terlibat dalam kemalangan di musim perayaan ketika dua atau tiga tahun lalu. Memang silap zumal la, lalai ketika memandu. Masa tu bersama tok nak balik beraya dari Perlis ke Bagan Serai, Perak. Bertolak dari Perlis pada awal pagi, zumal guna jalan dalam. Bila sampai Sungai Petani zumal masuk highway pulak. Ketika melepasi tol Juru, zumal teruskan perjalanan. Zumal nak keluar kat exit Bandar Baharu. Ketika tu lagi empat hari nak raya, jalan pun masih sunyi. Kira-kira 8km sebelum sampai exit tu. Gedegang! Zumal terlanggar pembahagi jalan kat tengah highway tu. Nasib tak ada kenderaan follow maybe kalau ada, zumal dah tak berblog rasanya. Maybe kat batu dua. Habis pecah lampu depan sebelah kanan dan kemek dari lampu depan tu sampai la kat belalang Viva yang zumal bawak tu. Zumal terus drive ke tepi highway, nasib boleh gerak lagi. Alhamdulillah tiada kecederaan. Puncanya terlelap. Pada korang jangan la lalai macam zumal. Terbang RM1150 yer. Musim raya la katakan. Bengkel tu la dapat duit raya. Zumal kena stay Perak lebih seminggu tunggu kereta siap. Bukan yang first time sebenarnya. Hehe.

Tadi masa otw nak beli juadah berbuka di Repoh Beriani House, satu situasi berlaku. Sebenarnya tidak ada apa berlaku. Cuma nak kongsi sebagai ingatan kepada semua. Sebuah super bike di laluan yang sama dengan zumal lintas terus jer simpang tiga di situ sedangkan lampu isyarat tu masih merah. Masa tu ada MPV pada laluan yang lampu isyarat tengah hijau nak meneruskan perhalanannya nasib tak tercium motor tu. Apa yang zumal nak kongsikan, tak boleh ke ikut undang-undang? Kejap lagi awak boleh lalu bila dah hijau. Maybe awak rasa awak ada banyak duit la kalau disaman. Ye la motor awak pun dalam lingkungan RM ratusan K. Tapi kalau kemalangan siapa yang susah? Maybe kalau bukan awak yang kena orang lain kena sebab nak elak awak tu. Jangan pentingkan diri di jalan raya dan ikutlah undang-undang. 

Itu saja zumal nak berleter. Selamat berbuka puasa dan selamat berhujung minggu...



Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan serta selamat berhujung minggu... Tengah hari nie zumal rasa berbesar hati nak join GA dari EJulz. Dah lama tak berkunjung kat blog beliau. Sori ek. Terima kasih kerana tag zumal. Bagi anda yang nak join boleh klik SINI dan kalau anda ingin shopping kat blogshopnya boleh klik SINI.

Kat sini zumal tag rakan2 untuk join bersama. Yang tak kena tag pun dialu-alukan yer.




11 Jul 2014

Untuk Sesi Kedua

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua... Pagi tadi zumal dah siapkan beberapa keping kad raya untuk rakan-rakan yang hantar penyertaan malam semalam hingga pagi tadi. Semua kad raya tu zumal dah masukan ke dalam post box kat office tadi.

Alhamdulillah selesai sudah agenda kad raya. Kepada yang belum hantar maklumat tu sila lakukan segera kerana esok adalah hari terakhir untuk submit penyertaan korang. Cepat tau.

Ok la zumal nak bersiap nak ke masjid pula. Tata titi tutu...

10 Jul 2014

Buah Hati Baru Zumal

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua... Zumal menaip entri sementara menanti waktu berbuka. Zumal baru je sampai rumah. Zumal tengok si comel dalam sangkar asyik nangis jer. Puas pujuk baru mereka diam.

Susah juga pujuk buah hati pengarang jantung zumal ni. Asyik nak keluar je. Bukannya tak kesian, tapi takut terpijak sebab terlalu kecil. Mereka dah diam rasa lega sikit. Mereka dah berumur sebulan lebih rasanya. Maklum la mereka takde my kid sebagai rekod. Zumal ni faham2 je la pelupa.

Jom kenali buah hati zumal. Sekor Net dan sekor lagi Mok. Nama secara tak rasmi aje tu... Nama tu zumal beri berdasarkan saiz mereka. Sekor kenit jadi namanya Net dan sekor agak chubby sikit dan dapat nama Mok. Hehe...

Mok

Net 

Pandai ambil perhatian 

Mok dengan wajah sedih 
Sampai sekarang Pok belum pulang2. Hanya 4 ekor je kucing zumal yang tinggal. Sedih bila teringat kat yang dah tak ada tu. Itu aje la nak merepek masa nie. Selamat berbuka puasa semua. Tata titi tutu

Klik tabung Mok dan Net 


Untuk Sesi Pertama

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua... 

Hari ni zumal dah siapkan kad2 raya untuk dipos. Moga dapat sampai kepada penerima sebelum Syawal nanti. Insha Allah...

Hari ni terlalu banyak 
kerja yang perlu disettlekan. Masih tak dapat berblogwalking banyak tempat sebab semalam zumal cuti. Lewat malam nanti zumal balas lawatan korang yer...

Rasa nak tunggu 5.30 petang macam lambat jer. Aduhai...

Tata titi tutu