30 Nov 2014

NAMPAK SIHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie hari ketiga tok zumal kat wad. Tok dah nampak sihat dah. Zumal ingat dah boleh keluar tup tup hari nie kena tambah darah pulak.

Berada kat hospital nie zumal dapat lihat pelbagai jenis orang sakit. Paling sedih bila yang masih muda pun dah terlantar di wad. Kesian sangat. Kesihatan nie amat penting, benda paling berharga untuk dijaga. 

Selain tu zumal dapat juga belajar pelbagai petua dan nasihat dari seorang akak yang datang untuk ziarah ibu kawan dia yang sakit. Dia datang dari Penang semata-mata untuk lihat ibu kawan dia. Zumal respect akak tu walaupun kawan berlainan kaum dia datang melawat bahkan jaga ibu kawan dia macam ibu sendiri.

Dia peramah dan suka berbual dengan zumal. Ada dia kongsikan kisah anak dia dan macam mana dia jaga anak. Dia juga ada petua macam mana nak tahu ada kencing manis dan juga petua nak sihat. Kalau korang nak tau umur akak tu dah 56 tapi macam akak-akak jew gayanya. Memang berbaloi kalau ikut tips dia confirm kekal muda gitu. Ok la nanti zumal kongsi tipsnya. Tata titi tutu...

29 Nov 2014

BERKAMPUNG DI HTF

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Pepagi buta tadi zumal nak cerita tok zumal masuk wad kan... Alhamdulillah pagi nie keadaan tok dah kembali stabil. Tekanan darah tok pun dah normal berkat usaha kakitangan HTF bertungkus-lumus menjaga tok. Syukur sangat.

Pagi nie tok dah tak batuk. Rasanya boleh cepat balik rumah la. Tapi pasal suspect tibi atau kanser tu masih belum tahu infirmasinya. Moga dijauhkanlah. Kalau betul, kesian kat tok terpaksa hadapinya dalam keadaan lemah macam sekarang.

Boleh dikatakan setiap tahun tok mesti termasuk kat wad. Ini kali pertama la untuk 2014. Tok zumal nie ada pelbagai penyakit. Semua nie lepas arwah tok wan tinggalkan kami. Kalau dulu tok ceria saja cuma problem mata. Moga keceriaan tok kembali seperti dulu. 

Suasana kat hospital nie tak macam tahun lepas, sesak. Disebabkan pembinaan bangunan baru. Masa tahun lepas masuk wad pun tak tenang sebab duk dengar macam2 bunyi kat tapak pembinaan yang bersebelahan wad. Selain tu ada gak gangguan dari makhluk2 yang suka mengusik. Semalam zumal tak bermasalah pun berada di sini. Pesakit pun tak la ramai sangat, tempat parking pun tak sesak. Kalau dulu, motor pun belum tentu ada parking. Syukur keadaan lebih selesa. Tak jumpa misi garang kali nie. Hehe...


Kini di HTF kafeteria pun selesa dan makin luas dari dulu. Makanan pun bermacam-macam pilihan. Boleh buat bertambah sakit kalau tak jaga makan. Kat Perlis hanya ada satu jer hospital tapi Alhamdulillah la semuanya lengkap. Khabarnya dalam perancangan bina satu lagi kat Padang Besar. Moga semakin mudah rakyat mendapat manfaat. Ok la merapu pepagi pehal kan... Thanks untuk semua kakitangan HTF yang tolong tok zumal. Jasamu dikenang...

KINI DI HOSPITAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang korang tahu tok zumal sering tidak sihat. Tapi dalam pukul 7.40 malam tadi tok batuk-batuk hingga mengeluarkan darah. Pada mulanya hanya cecair tapi bila dah lama keluar ketulan merah dan cecair yang agak pekat. Zumal pun dah rasa kurang senang dan makin risau.

Jam 8.30 malam zumal hubungi Mak Lang untuk bawa tok ke hospital. Dalam jam 9.00 malam zumal dah berada di hospital. Selepas mendaftar, tok terus di bawa ke wad kecemasan Hospital Tuanku Fauziah. Agak cepat masa daftar tapi masa untuk menanti tok diperiksa tu agak lama juga kerana terlalu ramai pesakit di bahagian kecemasan.

Masa di wad kecemasan tok asyik batuk berdarah. Naik takut gak zumal rasa. BP tok juga amat tinggi. Setelah diperiksa, doktor nyatakan tok kurang darah. Lepas tu tok dibawa pula untuk di x-ray. Keputusannya doktor suspect tok ada kanser atau pun tibi. Untuk mengesahkan lagi tok terpaksa dimasukkan ke wad. Disamping tu tok juga perlu ditambah darah.
Malam nie Mak Lang temankan tok di wad. Zumal ada di luar wad sahaja kerana kat dalam tak ada orang lelaki. Di kesempatan itu zumal menaip entri ini. Nampaknya program yang dijadualkan pada bulan 12 nanti zumal terpaksa batalkan. Zumal kena jaga tok. Itu lebih penting. Ok la selamat tidur semua... Tata titi tutu...

28 Nov 2014

SEIMBANG

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua. Melihat pada tajuk mesti korang fikir pasal makanan seimbang or ape2 berkaitan seimbang ye tak? Sebenarnya zumal tengah konfius pasal keseimbangan blog zumal nie. Zumal tak tukar ape2 yang ada tapi bila dilihat semula sidebar blog zumal berbanding entri blog nie rasa macam tak seimbang. Korang sendiri sure nampak entri zumal bukannya panjang sangat pun tapi sidebar dah menjalar jauh ke bawah tu. Sidebar terlebih panjang. Rasa macam tak sesuai. Tapi bab nak edit blog nie memang la bukan kepakaran zumal. Jadi zumal rasa perlu taip entri panjang-panjang la untuk seimbangkan blog ini ye tak...

Bab nak taip entri panjang-panjang tu pun nampak macam bermasalah tau sebabnya zumal tengah kekeringan idea sejak akhir-akhir ini. Zumal pun tak tahu kenapa dan ke mana semua idea zumal tu. Hanyut bersama banjir agaknya. Ataupun idea zumal tu dah dibasahi hujan.

Kekadang zumal terfikir juga nak menambah sesuatu untuk diisi di dalam blog ini. Cer teka? Tak pe tak perlu teka la. Zumal pecahkan rahsia yer, zumal nak teringin nak buat novel bersiri pulak. Dulu masa sekolah memang ada zumal karang novel kat dalam laptop zumal tapi akibat masalah kewangan zumal jual dah laptop tu bersama beberapa novel karangan zumal yang zumal tak ingat nak save dulu dalam pendrive zumal. Rasa macam rugi sangat. Apa pun nantikan kemunculan zumal bersama novel bersiri pula yer. Selamat berhujung minggu yer. Wassalam...

27 Nov 2014

GIVEAWAY BLOGWALKING NUFFNANGGER


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Baru-baru nie zumal telah ditag oleh Timm kat sini
Sesiapa yang nak tingkatkan earning boleh la join bersama 
mereka yang ditag ini

26 Nov 2014

MAKIN MENJAUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah banjir di Perlis telah pulih. Syukur sangat-sangat. Berkaitan banjir ini juga semalam zumal dan rakan-rakan mengemas semula tempat penyediaan makanan mangsa banjir. Kebetulan masa tengah kemas tu hujan pula turun. Dan akibatnya zumal demam selsema hari ini. Al maklum la zumal kan sensitif.

Sejak zumal makin tenggelam timbul dalam arus banjir dunia blogging nie. Ranking Alexa zumal semakin menjauh. Sedih betul rasanya. Bulan depan kena banyak usaha untuk naikkan semula ranking nie. Takut juga zumal nanti customer pun lari menjauh. Harap tidak begitu.

Walaupun begitu zumal tetap syukur kerana zumal masih dapat income lain melalui En. Nuff yang baik hati. Tengah bodek. Apa pun zumal harap ada job advertorial untuk bulan depan. Sebabnya job tu boleh buat makan kenyang gak. Hehe...

Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi menyokong zumal. Zumal harapkan korang terus sokong. Hehe... Semalam zumal dah mula bayar hutang blogwalking. Harap hari nie misi zumal capai KPI. Selamat menikmati hidangan tengah hari yer. Tata titi tutu...

25 Nov 2014

CPUV NUFFNANG #36 - 38

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie baru zumal sempat buka akaun Nuffnang zumal. Alhamdulillah, zumal rasa syukur sangat-sangat kerana En. Nuff nie sayang gak kat zumal kerana ada tiga lagi CPUV menjelma di blog zumal nie. Sungguh tak sangka kerana zumal sendiri makin tenggelam timbul dalam arus dunia maya ini tetap dapat CPUV. Terima kasih yer En. Nuff.

Pada 24 November yang lalu, En. Nuff telah berikan 3 CPUV baru untuk blog zumal iaitu Altel Digital Campaign, Mah Sing Avenue Street dan Mi Sedaap Cup Noodle. Mah Sing Avenue Street nie tampil buat kali kedua kat blog zumal nie. Mah Sing ini adalah syarikat pemaju terkemuka di negara kita. Design setiap projeknya amat menepati citarasa urban dan berbaloi untuk dimiliki sebagai pelaburan ataupun untuk meluaskan perniagaan. 

Pernah dengar tentang Altel? Altel ni salah satu syarikat telekomunikasi terbaru kat Malaysia. Zumal pun ada guna nombor Altel. Pada zumal nombor Altel nie amat bagus kerana liputannya telah meluas ke serata tempat dan yang penting plan datanya juga menarik. Laju gak internetnya. Kalau korang nak tahu, klik la pada iklan altelnativ.my.


Siapa penggemar mi segera? Sekarang ada promo untuk Mi Sedaap. Zumal sendiri pernah makan Mi Sedaap Cup Noodle, rasanya memang sedap. Nak tahu lebih lanjut korang klik aje pada iklan Mi Sedaap tu yer.

Terima kasih buat semua yang sudi datang ke blog zumal. Nantikan kunjungan balas zumal yer. Jom kita lunch dulu. Wassalam...


BILA BANJIR TIBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama zumal membiarkan blog ini sepi. Al maklum la phone zumal demam. Semalam kalau ikut perancangan memang nak update tapi sesuatu yang lebih penting perlu diutamakan. JKM tak dapat dipisahkan dengan bencana. Bila ada bencana habis semua skop kerja berubah kepada pengurusan bencana. 

Semalam zumal dan rakan-rakan sekerja bergelumang dengan barang-barang dalam stor. Selain tu ada yang ditugaskan menyediakan makanan untuk mangsa banjir di samping ada yang bertugas di pusat-pusat pemindahan yang dibuka. Ada lebih kurang 15 pusat pemindahan dibuka di kawasan dilanda banjir. Menjelang petang ada pusat pemindahan ditutup kerana banjir kembali surut.

Dalam menguruskan bencana beberapa hari ini, JKM turut dibantu oleh ATM, Malaysian Relief Agency dan beberapa NGO lain serta para sukarelawan. Semasa zumal menaip entri ini masih terdapat mangsa-mangsa di pusat pemindahan dan bantuan terus disalurkan buat mereka. Semoga mereka tabah dalam menempuhi dugaan melanda. Zumal harap keadaan pulih seperti sedia kala.


Buat rakan-rakan yang sudi berkunjung ke blog zumal Insha Allah settle segala kesibukan nie zumal akan membalas kunjungan korang yer. Wassalam...

20 Nov 2014

CPUV NUFFNANG 34 & 35

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu ini hampir terlupa untuk zumal melihat akaun Nuffnang. Tapi bila login jew zumal dapat mengukir senyuman kerana melihat ada juga penambahan earning. Alhamdulillah. Selain tu zumal tengok ada penambahan CPUV terbaru untuk blog zumal. Zumal rasa syukur sesangat walaupun sejak akhir-akhir ini zumal tak dapat maintain entri dengan baik untuk blog ini. Terima kasih kepada En. Nuff kerana memberikan CPUV INTI 2015 Cycle 1 Degree dan Clinique Sonic System kepada blog zumal ini. Terima kasih jua kepada rakan-rakan blogger dan pengunjung setia blog zumal yang rajin terjah blog zumal ini... Sayang korang semua ^-^

KOSONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar yer korang? Alhamdulillah kita masih diberi nafas oleh Nya. Minggu ini zumal kurang sihat dan kurang semangat, terasa kosong aje. Maklum la keadaan cuaca tak menentu buat keadaan zumal yang serba sensitif nie turut tak menentu jadinya... Walaupun keadaan demam tapi minggu nie Insha Allah zumal bertugas penuh seminggu tapi blog... Blog ini terpaksa dianaktirikan sebab minggu zumal menggantikan PA di ofis jadi banyak tugas di ofis nie. Lagi pun zumal online hanya di ofis jew. Kat rumah dah tak boleh sebab zumal tak langgan data lagi disebabkan zumal rasa rugi sangat langgan data sebab internetnya macam siput. Kalau langgan, tapi tak dapat guna rasa sangat membazir di situ kan... Sekarang nie zumal ternanti-nanti menunggu bulan Disember. Nak tahu kenapa? Nanti zumal update lagi. Hehe ^-^

17 Nov 2014

Segmen Pencarian Bloglist November by Faris Yahani

Klik Sini

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Buat apa tu? Kalau korang tengah free tu jom la kita memeriahkan blog sahabat kita (Klik Banner) Zumal telah ditag oleh saudara Haziq. Terima kasih buat saudara Haziq kerana bertambah lagi kenalan blogger zumal hari nie. Untuk melengkapkan syarat penyertaan zumal tag beberapa rakan blogger di sini. Yang tak kena tag pun marilah turut serta. Wassalam...









HILANG SEKETIKA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sehari menyepi, ada yang cari zumal kat sini tak? *perasan pulak* Sejak masalah air hari tu keadaan zumal pun agak moody disamping terasa migrain turut menyinggah di kepala zumal ini. Sampai sekarang masalah belum pun settle. Air masih tekanan rendah walaupun bekalannya telah tiba di paip setiap rumah. *bahagia untuk mereka yang pakai pump jew* 

Hari nie zumal kembali bertugas walaupun selalunya setiap Isnin ada penyakit M yang turut sama hadir. Tapi kalau tak dapat mandi pagi memang M tu datang mengajak terus membuai mimpi tapi Alhamdulillah pagi nie tekanan air agak memuaskan. Jumaat lepas sampai demam dibuatnya sebab tak jumpa air. Sebelum tu ada hujan, bila nak tadah air hujan pula tak datang. Aduh...

Lagi satu perkara yang buat zumal hilang kerana problem internet yang semakin laju seperti siput dan sepah bulan. Korang kenal ke sepah bulan tu? Kalau korang kenal, ha camtu la tahap kelajuan data phone zumal yang menyukarkan nak loading apa saja aplikasi. Bukannya sekadar data phone, wifi kat ofis pun laju sesangat. Nak loading dashboard blog pun tak kesampaian. 

Zumal nak tanya korang yang pakai 4G LTE laju tak? Kalau sama jew zumal batalkan jew niat nak tukar phone 4G. Kepada rakan-rakan, nanti zumal tebus hutang berblogwalking yer. Bye bye... 














15 Nov 2014

RASA TERSEKSA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Rasa terseksa, itulah yang zumal sedang hadapi kini. Kenapa? Semua hanya air. Hari nie hari ketiga tempat zumal hadapi masalah air. Cukup terseksa.

Cuaca setiap hari hujan turun dengan lebat tapi bekalan air tidak pula hadir. Air tu ada tapi hanya tutisan bak embun. Nak penuh satu jug perlukan masa lebih 1 jam. Fuh, letih menunggu.

Bayangkan kalau hadapi masalah kecemasan untuk ke bilik air. Air yang ditadah tak pun penuh jadi korang bayangkan je la. Syukur belum sampai masalah tu. Semoga masalah bekalan air kembali pulih dan mood zumal nak berblog pun kembali ok. Selamat berhujung minggu yer... Wassalam...

14 Nov 2014

SEGMEN BLOGWALKING NOVEMBER


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... 
Semalam SS telah jemput zumal join segmennya. 
Cukup mudah.
Jom kita join reramai yer...
(KLIK BANNER UNTUK JOIN)

Nama Pena: Zumal
Negeri Kelahiran: Perlis
Link Blog: duniazumal.blogspot. com 
Selamat bersegmen

(^_^)



13 Nov 2014

Segmen : Blogwalking by Syahirah Valiant #1

Klik Untuk Join



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih buat Ira a.k.a Syahirah Valiant kerana menjemput zumal turut serta dalam segmen ini. Zumal harap korang turut sudi join bersama yer... Kalau nak join klik aje pada banner cute kat atas tu...



Selamat Bersegmen...

12 Nov 2014

PROGRAM GOTONG-ROYONG STOR JKM PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini hingga Jumaat nanti unit pentadbiran di ofis zumal adakan gotong-royong di stor ofis kami. Program bermula sejak 8.30 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Stor ini adalah stor utama JKM Perlis dan terletak bukan di kawasan ofis kami. Kira-kira 10 km rasanya dari ofis kami. Gotong-royong dilakukan kerana keadaan stor agak tidak tersusun sebelum ini. Bagi sesi hari ini, segalanya selesai. Lagi pun keadaan stor yang tidak terurus menyebabkan ia berkemungkinan turut menjadi sarang tetamu tak diundang. Di bawah nie zumal kongsikan gambar sekitar program kami tadi. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog zumal ini...

Zumal Sempat Selfie 










11 Nov 2014

MENU MALAM

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam nie korang makan apa? Zumal? Kebetulan malam ini ada Pasar Tani Malam beberapa blok dari rumah zumal. Zumal pun mulakan aktiviti shopping lepas Isyak.


Dah lama mengidam makan sate, hari nie maka tercapai la kehendak zumal. Beli sate ayam jew sebab tok zumal mengalami kekurangan gigi. Hehe... Ayam nie lembut boleh la tok makan. 

Selain tu zumal teringin makan jeruk. Jalan-jalan kat pasar malam terjumpa orang jual jeruk. Kebetulan ada pula jeruk feveret zumal kat situ. Jeruk salak. Dulu masa kerja kat sebuah kedai kebetulan kedai tu jual jeruk salak. Jadi jeruk kedai tu laris tetiap petang sebab zumal beli masa nak balik kerja...

Alhamdulillah kenyang la malam nie. Boleh menonton rancangan feveret dengan tenang. Sekian edisi entri poyo untuk malam nie. Hehe... Bye bye...

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com



Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

Secara jujurnya zumal tidak pernah tahu mengenai Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk nie sejak ada segmen ini barulah zumal tahu. Zumal rasa teruja dengan produk ini, lagi pun zumal alah kepada asap dan bahan kimia berbau. Kalau dapat produk nie rasanya lebih baik. Boleh juga melindungi diri dan famili dari gigitan nyamuk. Maklum la takut juga penularan wabak denggi tu. Sekurangnya kita berusaha melindungi diri kita kan ^_^



Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

KASIHMU SEAKAN BERUBAH

Kasihmu Seakan Berubah

Benar cinta itu buta
Kerna aku masih menyintai mu
Renung mu senyum mu
Ke mana lari sembunyi

Kita sememang sejiwa
Dulu kita sungguh bahagia
Rindumu kasihmu
Seakan kini berubah

Dalam resah ingin lupakanmu
Terasa ingin membenci dirimu
Selamanya
Kerna kau buat aku terluka
Tapi hati berkata
Tiada yang terbaik darimu kekasih
Yang menyayangi ku
Siang dan malam ku
Saat-saat ku memerlukan mu
Bagaimana kan ku berpaling darimu

Benar cinta itu buta
Kerna aku masih menyintai mu
Sedangkan kasih mu
Seakan kini berubah

Kembalilah
Semikanlah
Sehingga
Akhir........

#tetiba teringat lagu Siti Nordiana dalam dua hari nie. Lirik nie zumal taip lepas subuh tadi dah diautopublish...

SEDIA BERAKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri ini adalah entri autopublish jadi kemungkinan sesuatu yang zumal kongsi ini tertakluk kepada perubahan di luar kuasa zumal. Pelik tak penerangan zumal tu? Kalau korang fikir zumal merancang melakukan sesuatu aksi memang lari jauh la apa yang korang fikir tu. Hari selasa adalah hari di mana rancangan feveret zumal kat tv. Sebab tu zumal nyatakan ia mungkin ada perubahan di luar kuasa zumal. Hari ini banyak drama aksi yang zumal selalu follow terdiri dari Plan B, Marvel Agent of Shield dan Hawaii Five O.

Kalau ikut jadual siaran sebelum ini pukul 10.00 malam di TV3 ada drama Plan B. Drama ini mengisahkan latar hidup 3 orang pemuda lelaki yang berjanji bersaudara sejak kecil. Kini dorang didatangi seorang gadis yang sekepala dengan dorang menjadikan mereka sekumpulan. Mereka dari latar belakang keluarga berbeza tapi punyai hobi yang sama iaitu drift. Pada pandangan zumal aksi yang ditonjolkan tidak la sehebat filem aksi drift. Tapi segala yang ditonjolkan memang tak boleh dijadikan ikutan yer. Tengok aje la bagi yang nak tengok. Hehe.
Kebiasaannya selepas drama bersiri Plan B, akan menyusul pula drama Marvel Agent of Shield. Drama ini akan menyusul jam 11.00 malam di TV3. Dalam drama ini aksinya lebih hebat la kerana drama omputih kan. Drama ini mengisahkan satu unit khas yang hebat dan dilengkapi pelbagai kemudahan yang futuristik. Zumal memang suka drama camni. Kalau korang tengok filem Captain America mesti faham la serta sikit sebab musuh utama agent Shield nie adalah Hydra. Hydra nie telah memporak-perandakan agent Shield nie dengan adanya musuh dalam selimut dalam organisasi mereka. Banyak pembunuhan telah berlaku dan menyebabkan para agent ini tidak tahu siapa sebenarnya musuh mereka.
Kemudian pada jam 12.00 tengah malam zumal akan ubah channel ke TV2 pula untuk ikuti drama Hawaii Five-O. Siri Hawaii Five-O nie memang zumal ikuti dari siri lama lagi. Kini Hawaii Five-O nie dah agak moden. Zumal suka sangat drama bercorak kepolisan dan penyiasatan macam nie. Kalau siri Malaysia zumal suka Gerak Khas. Tapi sekarang siri tu dah lama menyepikan diri. 
Hari selasa aje la paling lama zumal habiskan masa malam di depan televisyen. Kalau televisyen makin sengau sure dah tak best. Hehe... Selamat menonton yer.

#saja buat entri ni awal2 takut phone zumal problem.

UNTUK KAKI SHOPPING

Assalamualaikum dan selamat malam korang. Siapa suka shopping? Shopping online ke? 

Kepada rakan2 dan pengunjung, terutama para kaum hawa pernah tak melawat SINI ? Apa tu? Itulah antara blog zumal juga. Blog tu diwujudkan untuk para peminat fashion. Kat blog tu zumal ada jual jubah, shawl, blouse dan bakal bertambah bermacam-macam produk lagi.

Zumal harap korang sudilah singgah dan follow blog zumal tu. Terima kasih atas sokongan korang semua. Wassalam...
Klik Sini


10 Nov 2014

JOM DAFTAR UNIFI

ADVERTORIAL
DAFTAR UNIFI STREAMYX 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Internet. Semua orang pastinya tahu apakah internet. Dunia tanpa internet ibarat dunia yang kosong tanpa seri. Tambahan pula jika korang blogger macam zumal sudah pasti sentiasa perlukan internet. Lagi satu kita perlukan internet yang laju. Baru segala kerja kita dapat berjalan lancar. Bila laju segalanya rasa tenang jer. Tiada tekanan. 
Kalau laju jer tapi berlimit tak guna juga. Internet berlimit nie laju semasa masih ada kuota jer habis jer kuota pasti macam siput. Pasti geram kan? Kalau korang tak tahan dengan internet macam siput apa kata korang beralih ke Unifi. 'Laju bro...' Lagi pun Unifi nie membolehkan anda layari internet tanpa limit. Unlimited!!! Apa korang tunggu lagi klik button dibawah untuk register.
Korang tak perlu lagi ke TM Point untuk daftar Unifi / Streamyx. Zumal nak perkenalkan cara mudah untuk korang daftar Unifi / Streamyx. Segalanya hanya dihujung jari. Proses daftar Unifi / Streamyx di laman web ini lebih mudah dan cepat. Sejak tahun 2011 lagi pendaftaran secara online diperkenalkan. Team Unifi akan proses permohonan korang hanya dalam beberapa jam dan mereka akan follow up sehingga Unifi korang siap untuk digunakan. Permohonan untuk upgrade Streamyx ke Unifi juga boleh dilakukan secara online. Pengguna boleh jimat masa dan tidak perlu pergi ke TM Point, hanya berurusan melalui telefon dan email sahaja. Selain itu, korang juga boleh daftar Unifi / Streamyx melalui whatsapp di 018-6661622. Mudah kan?

Sebelum daftar Unifi mesti korang nak tahu pakejnya. Kat atas tu beberapa pakej Unifi yang ditawarkan kepada korang. Paling popular adalah pakej VIP5 (5Mbps). Dalam pakej VIP5 nie korang akan dapat internet unlimited download + talian telefon PERCUMA + HyppTV PERCUMA.  Pemasangan adalah PERCUMA dan beserta peralatan PERCUMA. Kalau daftar Streamyx korang kena bayar deposit di website pendaftaran (boleh klik link banner di bawah). Korang tak perlu sebarang deposit ataupun talian telefon sedia ada untuk pemasangan Unifi. Apa tunggu lagi JOM DAFTAR UNIFI.
Daftar Unifi Sini 

TERIMA POSKAD DARI KOREA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Teruja zumal bila tengok sesuatu kat post box. Nak kata bil semua dah sampai. Nak kata statement bank pun dah sampai Jumaat lepas. Bila buka jew tengok ade poskad. Dari Korea tu.... 

Kisahnya zumal adalah salah sorang top commentor di blog JM. JM kirimkan poskad tanda terima kasih kepada zumal. Terima kasih yer JM. First time zumal dapat poskad dari overseas tau. Kepada korang yang belum kenal JM yang suka travel sana-sini nie jom terjah blog JM DI SINI.