SELAMAT DATANG GST





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie hari baru di bulan baru. 1 April 2015. Terbaru hari nie buat rakyat Malaysia adalah GST. Apa itu GST? GST adalah goods and services tax. GST adalah cukai yang menggantikan cukai sebelum ini dijalankan di Malaysia. GST ini dikatakan bagi menghapuskan cukai bertingkat.

ihsan: denaihati.com

GST di Malaysia hanya pada kadar 6%, nilainya tidaklah begitu besar. Insha Allah tidak membebankan kita. Usahlah kita bandingkan mengapa dan mengapa ianya pada kadar tersebut. Mungkin ada yang nampak Jepun hanya 5%. Apa yang boleh Zumal katakan, biar kita berpijak di bumi nyata. Kita tidaklah setanding bumi matahari terbit itu. 


Sebelum ini kita telah diterangkan bahawa pelbagai barang keperluan dikecualikan GST. Adakah ianya betul begitu? Walaupun GST ini telah dipanaskan oleh media sosial. Sama-samalah kita lihat. Nak tahu, jom la kita melawat ke gedung-gedung jualan hari nie. Moga kehadiran GST ini membantu perkembangan ekonomi negara dan di samping itu dapat meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.  


Bagaimana? Adakah GST buat korang menangis tak berlagu? Atau GST masih mampu buat kita senyum? Apa pun, sebarang ketidakpuashati korang boleh la terus melaporkan kepada pihak bertanggungjawab. Paling penting jangan lakukan sesuatu tanpa berfikir kesannya pada diri, keluarga, agama dan negara. Buatlah sesuatu ikut saluran yang betul.


Selamat datang GST...

Comments

  1. Assalam zumal,
    suka ka tak suka ka kena redah jugaks yer dop
    sakit ati memang la sakit ati kan3
    tapi kita tetap kena makan, tetap kena beli barang rumah
    rela dalam keterpaksaan gitew he3

    ReplyDelete
  2. Dah try kat Mcd tadi. Dari 10% down to 6% tax. Tengahari sikit nak isi minyak pulak, tengok kena GST ke tidak, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya mcd tak kenakan cukai perkhidmatan kan...tapi ada sesentengah tempat still ada lagi kedai mamak tepi jalan pun kena gst.plus harga dia naik agak melampau gak...

      Delete
  3. stress!! pegi kedai yg x daftar kan GST..main naik rega..bila minta resit tak bole bagi huhuh..mmg x beli dah kat kedai tu

    ReplyDelete
  4. tekaan sis betul . gst ni taklah teruk sgt . cuma ada pihak yag simbah minyak kat api ... cuba fahamkan ...

    ReplyDelete
  5. bnd baru ni kan..
    tunggu la sebulan dua lagi
    setahun ke..
    nanti dah biase jugak

    ReplyDelete
  6. GST bagus utk pembangunan negara cuma perlaksanaannya diharap juga dpt berjln dgn betul, in shaa Allah..

    ReplyDelete
  7. rakyat malaysia kena belajar sesuaikan diri dgn GST ni

    ReplyDelete
  8. dah ada tangisan tanpa lagu tuh.. apapun redha jelah..

    ReplyDelete
  9. GST tak salah, yang salah kerajaan yang melaksanakan GST. Kalau kerajaan kutip GST, lepas tu dia bagi perkhdimatan yang terbaik kepada rakyat contohnya macam meningkatkan mutu pengangkutan awam, itu adalah bagus. saya khuatir lepas kerajaan kutip GST, dia kenyangkan kroni2 dia. itu yang tak bagus.

    ReplyDelete
  10. dah sebulan berlalu
    terima dengan redha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts