TIPS MENGESAN TOYOL

Toyol


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malam nie malam Jumaat kan? Orang dulu-dulu membayangkan malam Jumaat adalah malam di mana hantu jembalang berkeliaran. Jangan percaya kepada fahaman ini yer sebab ianya boleh menyebabkan kita syirik.

Entri kali ini sekadar berkongsi dan bukan menyebarkan fahaman atau apa-apa kepercayaan. Toyol. Itu yang Zumal ingin ceritakan. Ianya tidak ada kena mengena dengan isu semasa. Toyol adalah lembaga yang dibela oleh seseorang. Orang tua-tua menceritakan toyol ini adalah bayi yang mati dan dipuja sehingga ianya hidup. Seram tak? Tak seram? Tengok gambar nie...

Saya toyol, seram tak tengok saya?
sumber: Google
Booking.com
Tuan kepada toyol nie membela toyol untuk tujuan mencuri. Curi apa? Hah, curi duit la... Sebab toyol nie bayi lagi jadi dia tak boleh disuruh curi Ferrari. Dia tak tau drive lagi dan jpj pun tak bagi lesen untuk hantu jembalang. 

Semasa melakukan tugas mencuri, toyol nie akan mencuri sebahagian jer duit yang dia jumpa. Baik gak toyol nie kan? Lagi pun dia budak-budak lagi dan budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak. 

TIPS MENGESAN TOYOL

Disebabkan toyol tu bayi a.k.a kanak-kanak, cara untuk mengesannya cukup mudah. Orang tua-tua kata budak-budak suka main. Jadi perangkap untuk memerangkap toyol nie senang aje, letakkan besen yang diisi tepung dihadapan pintu rumah korang. Toyol suka main tepung. Bila dia jumpa tepung dia akan bergelumang dengan tepung. Bila dah bersalut tepung, sifat halimunan toyol akan hilang. Korang akan nampak toyol tu, jadi kalau berani korang tangkap la. Ada berani? Jika korang tangkap toyol tu, korang dah menyelesaikan kes kecurian. Selamat mencuba.

Comments

  1. ish. x berani den nak tangkap nya ha kalau jumpa depan mata. mau pengsan dl.

    ReplyDelete
  2. teringat kisah kat kg sis . klu sesiapa beli emas di pekan , keluar dr kedai emas , duit akan hilang . tak atu la betul ke idak ... nape toyol tak nak curi duit kat bank ya ... heeee

    ReplyDelete
  3. betul2 berani baru buat , klau tak demam memanjang x pasal . huhuu

    ReplyDelete
  4. Tips yg bgus.. Tapi berani ke?

    ReplyDelete
  5. Bila dah tangkap tu tak tau pulak apa nak dibuatnya.. nak masuk kat lokap takut polis pulak tak terima huhu.. :) :)

    ReplyDelete
  6. haish, memang tak la nak cuba tips ni..seremmm meyh!

    ReplyDelete
  7. Seram ehh. Mcm tak brani lh pula. Haha

    ReplyDelete
  8. haha! ada lagi ptua letak kacang hijau eh, nanti dia main2 pastu lupa niat dia yg nk mencuri tu..hihi..

    ReplyDelete
  9. Rumah saya juga advkhilangan duit sikit aikit. Bila cek balik mmg mcm dia ulang dtg mencuri byk kali.geram sgt. Nk report polis tak ada bukti. Mcmna nknhalang toyol ni masuk rumah ya?

    ReplyDelete
  10. Kita mohon kepada Allah agar hindari hal ni ya Zumal.Allah itu maha hebat penyayang dan pengasihan hambaNya yang memohon

    ReplyDelete
  11. Bakyacar
    , a dynamic online platform, has redefined the way we engage with content. It goes beyond the conventional realms of commenting, offering users a sophisticated and user-friendly interface to express thoughts, opinions, and emotions.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts