MISI MENCARI DITERUSKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk edisi tengah hari izinkan Zumal merapu lagi. Poyo betullah. Kan... kan...

Pagi semalam Zumal pergi Pasar Tani Khas Aidilfitri terlewat. Jadi pelbagai barangan yang nak dibeli telah pun kehabisan. Paling penting ayam. Semalam sekor ayam pun tak ada. Jadi, hari nie Zumal keluar seawal 7.00 pagi untuk cari ayam dan bahan-bahan lain. 

Zumal ingat Zumal la awal pergi pasar tani tu, rupanya macam orang nak pergi tengok final piala FA limpahan orang yang datang. Zumal terpaksa menanti giliran hampir 1 jam dengan bertongkat. Azabnya. Mengalir air mata sayu tau.


Selalu yang pakai tongkat nie orang tua kan? Biasa orang tua susah nak ingat. Cer tengok orang tua macam Zumal nak beli barang siap kena ada check list. Maklum la tak minum susu jadi otak tak berhubung. Tengok susu kiranya macam nampak hantu. Sebab tu tak nak.

Alhamdulillah selesai dapat ayam Zumal shopping pula serunding. Mahal betul sekarang nie. Owh my poket is tiris beb... Lepas tu, beli kacang tanah, nenas, daun kunyit, daun pandan, limau nipis, dan ketupat. Hasilnya melayang RM125.00 Semalam dah lepas RM200. Perit macam nie. Malam nie masih ada misi mencari seterusnya.

# kalau Zumal tak balik tolong buat misi menyelamat yer...

Comments

  1. nak raya harga barang semua naik.on the way p kerja tadi pun berpusu2 kereta masuk rtc(pasar borong)

    ReplyDelete
  2. Kenapa kaki tu zumal . alhamdulilah dapat ayam nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la Yan, Zumal sakit dah banyak bulan tapi akhir2 nie baru rasa makin berat...

      Delete
  3. Alahai..ciannya Zumal..Susu tu sangat menakutkan ye..hehe..Semuanya mahal skrg nie Zumal..

    ReplyDelete
  4. Assalam zumal,
    moga cepat sembuh naaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts