PROTON LANCAR SAGA PLUS





KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan Saga Plus, varian baharu yang dilengkapi ciri tambahan termasuk reka luaran Saga Executive pada lingkungan harga Saga SV. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata Saga Plus diperkenalkan dengan prestasi yang mampu menggantikan varian Saga SV, menerusi lima ciri baharu tanpa kos tambahan kepada pengguna. Katanya, ia termasuk rim aloi 14 inci, kit badan kenderaan penuh, spoiler, hiasan warna pada belakang kenderaan dan cap tanda gred 'Plus' pada kereta. "Perkataan 'Plus' mencerminkan ciri-ciri tambahan Saga Executive dimuatkan pada model sedia ada Saga SV, bermakna tiada kenaikan harga walaupun model Saga ini dipertingkat dari segi rekaan luarannya. 

"Dengan pengenalan varian baharu ini, PROTON akan mengurangkan penawaran varian dengan menghentikan pengurangan bagi varian Executive dan varian SE variants dalam usaha memberikan lebih nilai kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini. 

Secara purata, PROTON menjual sebanyak 3,000 unit bagi model Saga sebulan. Abdul Harith berkata, penawaran varian baharu itu adalah usaha menjadikan Saga lebih memahami permintaan generasi dan pembeli muda untuk memiliki kereta pertama mereka. Saga Plus yang berkuasa enjin Campro IAFM 1.3 liter, didatangkan dalam jenis transmisi manual dan CVT manakala harganya serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit.

SUMBER

Comments

  1. boleh beli beberapa biji ni heh..heh..

    ReplyDelete
  2. kereta pertama akak pon Proton..alhamdulillah dah hbs byr..

    ReplyDelete
  3. Di saat nilai ringgit kian jatuh, memang elok sangatlah kalau kita support produk tempatan.
    Jom...Belilah barangan buatan Malaysia

    ReplyDelete
  4. harga bawah RM50K masih berbaloi untuk beli kereta ..atas daripada tu memang agak mahal untuk benda yang susut nilai harga.


    #Jomsinggah dari admin blog Buku Online

    ReplyDelete
  5. Lawanye..skrg sha pakai model sv yg lama tuh..

    ReplyDelete
  6. Murah jugak...tak tahu nak pakai kereta apa sejak kereta hilang hari tu

    ReplyDelete
  7. dalam bnyak2 kete Proton.. CT suka preve je hahaha..

    ReplyDelete
  8. ringgit jatuh x mampu nk tukar kereta

    ReplyDelete
  9. RM33,242 hingga RM36,576 seunit lebih kurang harga Viva je kan

    ReplyDelete
  10. cantik.. tak mau laa tukar keta.. guna jer apa yang ada..

    ReplyDelete
  11. Assalam zumal,
    regenya memang murah yer:)

    ReplyDelete
  12. walaupun ada parts kereta proton bermasalah....proton tak akan sesekali menghukum vendornya so terpaksalah pembeli yg terhukum...

    ReplyDelete
  13. walaupun ada parts kereta proton bermasalah....proton tak akan sesekali menghukum vendornya so terpaksalah pembeli yg terhukum...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts