31 Mar 2015

CPUV NUFFNANG #73 SENHENG FRANCHISE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie agak kelewatan Zumal keudara menemui korang semua. Zumal datang kerja terus buka pc tapi tak sempat nak update apa-apa kat blog. Terasa sangat banyak kerja. Kerja yang ditangguh memang satu masa akan menimbun. Jadi jangan la tiru cara kerja Zumal nie. Ada jer kerja nak buat jangan simpan dulu kemudian baru buat nanti korang akan rasa tak terbuat kerja tu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi jangan bagi jadi bukit yer...

Pagi tadi Zumal dah tengok akaun Nuffnang. Masih Glitterati yer. Alhamdulillah. Earning pun semakin stabil. Tak lama lagi nak cashout kali kedua. Tapi sebenarnya yang sebelum nie tak lulus moga yang kedua nie lulus yer Encik Nuffnang yang ku sayang. 

Hari terakhir sebelum GST nie Zumal terima lagi CPUV daripada En. Nuffnang. CPUV kali nie tentang SENHENG Franchise Aademy... Maybe ada kesilapan ejaan kat situ kan? Sebut pasal Senheng nie, lokasi kat Perlis hanya belakang ofis Zumal jer. Memang dah banyak barang elektrik Zumal beli kat situ sejak tahun lepas. Almaklum la belakang ofis Zumal jer. Paling best bila korang ada kad Plus One, diskaun untuk korang memang banyak. Memang berbaloi ada kad gambar panda tu.

Tentang CPUV nie, Senheng ada stor franchise pula gamaknya kan? Moga terus sukses buat Senheng... Tak lupa terima kasih buat Nuffnang yang pemurah. 




#memandangkan besok GST, baik korang beli barangan yang kena GST sekarang juga di Senheng...

30 Mar 2015

EH, DORANG FAHAM KE?







Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bulan Mac dah nak melabuhkan tirainya esok. Perkara yang paling trending sekarang nie adalah GST. Maklum la GST bakal bermula 1 April 2015. Perlukah buat persediaan? Zumal tak buat apa-apa pun. Moga GST yang bermula nanti memberi 'faedah' buat kita.



Hari nie Zumal ingatkan nak kongsikan pasal Regatta Perlis tu tapi ada sedikit masalah teknikal. Terpaksa la menangguhkan entri tu. Hari nie Zumal terajin membelek pageview blog. Rupanya blog Zumal bukan hanya dilihat oleh orang Malaysia tapi banyak juga pengunjung dari negara lain. 



Syukurlah begitu. Namun Zumal juga terfikir faham ke dorang dengan penulisan Zumal nie. Guna google translate agaknya yer. Apa pun terima kasih buat semua pengunjung blog ini walau darimana jua korang datang membaca. Ayat macam terima award lak... 

28 Mar 2015

NOR KFC 5TH PERLIS OPEN REGATTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie kalau Zumal cadang nak ke Timah Tasoh kalau tiada apa-apa aral yang melintang. Mulai 27 hingga 29 Mac 2015, ada acara Nor FC 5th Perlis Open Regatta. Hari nie Zumal ada sedikit kelapangan untuk berkunjung ke sana. Insha Allah Zumal tak akan lepaskan peluang nie. Moga cuaca baik. 



Apa itu Nor FC 5th Perlis Open Regatta? Ianya bukanlah seperti regatta di Sarawak yang mempertandingkan perlawanan perahu panjang. Di Perlis, regattanya adalah pertandingan perahu layar. Lebih kurang macam Moonsun Cup yang dianjurkan di Terengganu dan Johor tu. 






Bagi korang yang berminat nak tengok tu ini alamatnya Pusat Sukan Air, Empangan Timah Tasoh, Jalan Kaki Bukit. Jalan ini adalah yang menghala ke Padang Besar.



Hujung minggu depan pula Zumal rancang nak tengok AAM Malaysian Rally Championship di Chuping, Perlis pada 4 dan 5 April 2015. Acara nie Zumal lebih minat berbanding perahu layar tu. Kalau masa Zumal tinggal di Kampung Repoh dulu, kereta-kereta rally nie akan melalui jalan depan rumah Zumal untuk ke Chuping. Rumah sekarang menghadap jalan lain jadi terlepas la peluang nak tengok. Jadi untuk lebih puas hati Zumal akan ke Chuping. 






Kita hanya merancang tapi Allah yang menetukan segalanya. Apa pun moga ada kesempatan Zumal hadiri acara-acara tersebut. Entri nie Zumal taip pada petang Jumaat semalam sebelum pulang kerja. Jadi kepada korang yang berkunjung ke blog Zumal nie, Zumal balas kunjungan korang pada hari Isnin yer.

27 Mar 2015

OST HATI PEREMPUAN


Hati Perempuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam telah berakhir drama bersiri Teman Lelaki Upahan dalam slot Akasia TV3. Ini bermakna minggu depan kita akan dihidangkan dengan drama bersiri Hati Perempuan. Drama Hati Perempuan membariskan para pelakon terdiri daripada Mia Ahmad, Syarul Ridzwan, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Drama ini arahan Kas Roshan dan bakal bersiaran pada 30 Mac 2015, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.55 petang. Untuk sinopsis boleh tengok DI SINI

OST Hati Perempuan adalah lagu Sampai Mati iaitu single terbaru Hazama untuk tahun 2015. Jom hayati lirik lagu Sampai Mati ini.

Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu

Dan detak jantungku menahan
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Ku terlihat lagu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku

Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu


26 Mar 2015

Segmen Pencarian Bloglist April - Mei 2015

KLIK UNTUK JOIN






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie terjah blog MF terserempak pula segmen nie. Masa masih ada, jom join sama-sama. Mudah jer syaratnya. Kepada korang yang belum join, kliklah pada banner kat atas nie. Terima kasih kepada MF kerana selalu komen di entri Zumal yer... Selamat bersegmen semua ^-^

CPUV NUFFNANG #72 CICAKMAN 3 PREMIER



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang semua minat dengan filem Cicakman? 12 Mac 2015 lalu Cicakman 3 telah mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara. Korang semua dah tengok ke belum? Zumal pun belum tengok lagi. 

cicakman 3

Cicakman 3 menampilkan pelakon utamanya Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Rykal Hakimi. Zumal nie memang minat lakonan Zizan, mesti puas kita gelak ketawa tengok aksi beliau tu. Apa tunggu lagi cepat la ke pawagam berhampiran korang untuk menyaksikan aksi Cicakman 3 ini yang perlu berhadapan SuperBro iaitu adiwira baru yang muncul di Metrofulus. Nak tahu apa bakal berlaku kena la ke pawagam berhampiran yer.

Cicakman 3
Terima kasih buat pihak Nuffnang yang menganugerahkan CPUV baru buat blog zumal nie. Kita sayang awak yer ^-^

VERSI DAN NAMA ANDROID YANG MENARIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Zumal nak kongsikan tentang versi nama android sebab petang semalam sebelum pulang bekerja rakan sekerja Zumal bertanyakan apakah itu Android Jelly Bean? Memang Zumal tahu versi android nie dinamakan dengan nama makanan. Sebab tu Zumal rasa menarik untuk dikongsikan. Kenapa namanya begini tidak pula Zumal tahu. Tapi apa yang boleh Zumal kongsikan hanya nama-nama versi android yang ada kat dunia ini.


Android 5.0 Lollipop


1.0 Apple Pie / Angel Cake

Pertama kali dikeluarkan pada 23 September 2008 dengan fungsi yang masih sangat sederhana. Smartphone yang menerapkan versi ini pertama kali adalah HTC Dream atau orang Amerika mengenalnya dengan nama T-Mobile G1 pada Oktober 2008


1.1 Banana Bread / Battenberg 

Versi ini mendapat pembaharuan dan diperkenalkan kepada umum pada 9 Februari 2009. Terjadi beberapa kemajuan serta pembaharuan dari versi sebelumnya, seperti kemampuan menyembunyikan dan menampilkan tombol panggilan serta menyimpan lampiran pesan dan lain-lain.


1.5 Cupcake

Baru pada versi inilah Android berani mempamerkan kemampuannya. Secara rasmi, versi ini adalah versi pertama yang menggunakan nama kod berdasarkan nama makanan penutup hidangan atau pencuci mulut. 


1.6 Donut

Baru pada 15 September 2009 versi terbaru muncul dengan nama “Donut”. Versi ini adalah pembaikan pada bug OS yang sering melakukan reboot sendiri ketika membuka foto dan video dari kamera. Pada versi ini juga menambahkan fungsi untuk ukuran layar besar dan fungsi navigasi turn by turn.


2.0 Eclair

Bagi yang belum tahu, Eclair adalah hidangan penutup yang bentuknya persegi panjang dengan krim ditengahnya dan diatasnya terdapat lapisan coklat. Versi ini diperkenalkan pada Oktober 2009 yang mana hanya selisih 1 bulan dengan versi sebelumnya. Fungsi yang paling kentara pada versi ini adalah keberadaan bluetooth 2.1 sebagai media bertukar data serta fungsi baru pada kamera, seperti digital zoom, ive wallpaper, multi-touch serta beberapa fungsi lain.


2.2 Froyo / Frozen Yogurt

Diperkenalkan kepada umum pada bulan Mei 2010 yang mana terdapat peningkatan kecepatan serta penambahan kemampuan Javascript pada browser Google Chrome.


2.3 Gingerbread

Versi ini melakukan penambahan fungsi untuk SIP internet calling, penambahan kamera sebagai video call, kemampuan nirkabel NFC, sensor giroskop dan sensor lainnya. Tidak lupa fungsi download manager dan beberapa fungsi lainnya.


3.0 Honeycomb

Sereal jagus manis khas madu ini diperuntukkan khusus untuk tablet. Dilancarkan pada Februari 2011. Banyak penambahan serta peningkatan fungsi yang terjadi, tetapi fungsi ini hanya berlaku pada tablet, seperti holografis, redesign papan kekunci virtual  untuk memudahkan tablet user dalam proses menaip dan beberapa kemampuan lain.


4.0 Ice Cream Sandwich

Versi ini adalah kombinasi antara Honeycomb dengan versi sebelum-sebelumnya, dimana diperuntukkan pada smartphone, phablet dan tablet. Dengan keberadaan versi ini, para developer tidak berasa keliru dengan segmen gadget tertentu. Dari namanya kita boleh membayangkan bentuk hidangan ini, yaitu ice cream dalam lapisan cookies coklat yang biasanya berbentuk persegi panjang.


4.1 Jelly Bean

Diperkenalkan pada 27 Juni 2012 pada konferensi Google I/O. Perkembangan banyak terjadi pada versi ini yang membuatnya menjadi versi android yang tercepat dan terhalus yang pernah ada. Pengalaman berbeza boleh kita dapati dari interfacenya serta pengenalan Google Search dengan kemampuan baru.


4.4 KitKat

Sebelum dirasmikan, para pengamat gadget memprediksi bahawa untuk versi lanjutan dari Jelly Bean akan diberi nama “Key Lime Pie”, tapi ternyata rumor tersebut salah. Penamaan untuk versi ini cukup mencengangkan kerana mengambil nama produk coklat yang memang sudah terkenal sebelumnya. KitKat dengan berbagai perubahan dan penambahan fungsi sebagai penyempurna. Keunggulan dan kelebihan KitKat dari versi sebelumnya cukup signifikan. Dan yang cukup unik adalah penambahan fungsi inframerah yang dulu pernah digunakan pada phone bukan android. Pemanfaatan teknologi yang seperti apakah yang membuat inframerah dihidupkan kembali? Kita tunggu saja perkembangan teknologi dari robot hijau ini.


5.0 Lollipop

Android versi terkini. Versi ini Zumal belum buat kajian lagi.

6.0 Marshmallow

Android versi terkini diperkenal pada 17 Ogos 2015. Android ini memperbaiki kelemahan pada versi lollipop. Katanya versi lollipop dahulu agak berat dan makan bateri tapi kali ini marshmallow memberi lebih penjimatan bateri. Di samping itu terdapat pelbagai fungsi lebih menarik. Klik SINI untuk ketahui lebih lanjut tentang versi android terbaru ini.



Segala maklumat ini Zumal dapatkan di BLOG INI. Moga perkongsian ini membantu kita mengenali versi-versi android yang ada.


25 Mar 2015

TERPAHAT DI MUKA UTAMA CARIAN GOOGLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setelah siap entri sebentar tadi. Zumal ingin juga kaji kenapa entri Zumal tentang Pengurusan Acara tu menjadi antara carian sepanjang masa sejak Zumal berblog dan secara spesifik sejak Zumal publish entri INI. Rupanya kalau kita search kat Google tentang Pengurusan Acara dan Diploma Pengurusan Acara nie, blog Zumal mendapat tempat teratas dalam carian. Fuh, berbaloi gak kan. Tapi Zumal harap maklumat yang korang cari ada dalam entri Zumal tu.

dapat tempat pertama


tempat ketiga search

MINAT EVENT MANAGEMENT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie zumal tak tahu apa yang nak dikongsikan untuk korang semua tapi ada sesuatu buat hati ini berbunga kembali pada Nuffnang. Kenapa? Sebabnya sebelum nie kalau tak silap Zumal ada kongsikan yang status akaun Nuffnang bertukar kepada Non-Glitterati. Masa tu rasa macam nak merajuk dengan Nuffnang nie. Macam nak beralih arah kepada yang lain. Tapi... Hari nie Zumal dah kembali kepada status Glitterati. Alhamdulillah.


Kenapa Zumal ambil berat pasal status tu? Banyak sebabnya, jika kita terus di status Non-Glitterati, kita sukar nak dapat CPUV dah. Sukar nak dapat tawaran lain yang hebat dari Nuffnang tu. Zumal memang sejujurnya bergantung harap pada income kat blog lebih dari gaji kerja sebenarnya. Disebabkan Zumal jarang update blog maka status tu bertukar ke Non-Glitterati. Bukan sengaja tak nak update, sebabnya gadget yang sentiasa Zumal guna untuk berblog tu rosak jadi Zumal bergantung pada pc ofis. Bila kat ofis, Zumal ada juga kerja lain nak buat. Sukar la sikit. Sekarang asyik curi-curi masa untuk berblog. Moga orang tak marah Zumal laa. Dan jangan dengki kay...

Moga hujung minggu depan masalah untuk update blog nie dapat Zumal atasi semula. Sekarang tengah survey gadget apa pula yang kena Zumal miliki untuk gantikan Lenovo Zumal tu. Moga dapat la mengupdate semula blog seperti biasa.

Dalam akaun Nuffnang nie kita boleh check keywords yang menjurus carian ke blog kita kan? Hari nie Zumal sesaja check. Dari dulu Zumal tengok mesti ada someone yang cari pasal Pengurusan Acara atau Event Management nie. Bidang tersebut antara bidang kerjaya idaman Zumal. Bukan nak bekerja sebagai event crew tapi teringin nak bangunkan sendiri syarikat yang menjurus kepada bidang tersebut. Zumal minat sertai event sebenarnya tapi ada kekangan yang buat ianya tak jadi...


Zumal dengar sepupu Zumal pun ada nak anjurkan event kat Perlis nanti. Kalau tak silap Karnival Udara Perlis 2015. Dia tak cerita pun cuma emak dia suka borak dengan Zumal tentang aktiviti anaknya. Zumal rasa excited gak dengar Karnival Udara Perlis tu. Kalau jadi, Zumal akan support event tu sebaik mungkin. Moga sepupu Zumal berjaya dalam event tersebut.

Antara keyword lain yang menjurus kepada blog Zumal nie setiap masa adalah mengenai produk babies blink. Dulu memang pernah Zumal review produk nie DI SINI. Pasal testimoni tak ada la, kawan-kawan yang guna cakap ok. Ok tak? Cuba sendiri yer.




24 Mar 2015

Segmen Kekal Sihat Bersama Maca Tongkat Ali Extra

banner 1

banner 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lunch kew? Belum lagi? Kalau belum tu, sambil lunch tu jangan lupa sertai segmen baru nie yer. Segmen nie bukan zumal sertai tapi zumal yang anjurkan tapi di blog yang lain. Tarikh 30 April 2015. Kalau nak setai klik jew mana-mana banner di atas tu yer. Hadiahnya topup RM10 untuk tiga orang pemenang dan sample produk Maca Tongkat Ali Extra untuk tiga orang pemenang. Selamat bersegmen semua ^-^

LETIH DENGAN DIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi nie Zumal terasa letih betul bila tiba-tiba dia jadi sangat manja dan mengada-ngada. Selalu dia lebih rapat dengan tok tapi sejak semalam dia dah mula manja dan jinak dengan Zumal. 

Benda apa yang korang fikir agaknya tu yer? Boboy la. Kucing Zumal. Dah lama Zumal tak cerita kisah-kisah mereka kat blog kan? Sebab mereka buat perkara biasa yang pernah Zumal kongsikan tapi pagi nie Boboy ajak Zumal berkejar-kejar dalam rumah. Zumal lari dia kejar. Bila Zumal kejar dia lari. Situasi berlarutan hampir 10 minit gak. Letih dibuatnya. Selalu Boboy nie susah nak pegang dia. Dia manja dengan tok jew. Dulu kalau Zumal nak pegang dia tak nak. Jom tengok aksi Boboy yer...





Bila Boboy buat perangai manja nie, zumal teringat pula Net yang telah pergi hujung tahun lepas. Net la yang paling manja dengan Zumal. Net selalu ikut kaki bila kita melangkah supaya kita dukung dia. Kalau kita dukung tak boleh duduk kena bawa dia pusing-pusing dalam atau luar rumah. Dia diam jew kalau Zumal dukung. Sekarang Boboy pun semakin rapat dengan Zumal. Moga Boboy tak tinggalkan kami sekeluarga macam Net... Tak sabar nak balik bermain dengan Boboy. Tak lama lagi Boboy nak dapat adik baru. I miss you Boboy ^-^

23 Mar 2015

KAU PERGI JUA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Akhirnya kau pergi kembali maybe buat selamanya. Eh sapa yang arwah nie kan??? A850 Zumal yang baru dibaiki haritu akhirnya rosak kembali. Aduh, seksa hidup Zumal tanpa internet sejak Jumaat lepas. Geram Zumal rasa. Sebelum nie phone Zumal tak boleh charge, Zumal dah pun baiki. Selang dua hari ada masalah lain sebab semua program kat dalam phone tak berfungsi tapi Zumal reset la sendiri dan bertahan la sehingga Jumaat lepas dan ianya tak mampu direset lagi. Nampak gayanya jika Zumal nak terus berblog kenalah Zumal beli baru. Tapi yang sedihnya, Zumal hanya mampu beli lepas GST dan sudah tentu ianya mahal sebab masa tu baru Zumal dapat gaji. Alahai perit juga...

Zumal mohon maaf jika Zumal tak balas kunjungan hujung minggu yang lalu yer. Mulai hari nie Zumal balas kunjungan korang secara berperingkat la yer. Itu pun hanya pada waktu ofis jew. Guna pc ofis la katakan. Bagi korang yang nak hubungi untuk review dan apa-apa berkaitan blog hanya di 0125747869 yer. Penggunaan sms dan call sahaja, whatsapp dihentikan sementara waktu. Harap maklum...

CPUV NUFFNANG #69-71 - IKEA, UMOBILE DAN COLGATE TOTAL







Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari nie menjelma lagi tiga CPUV dari Nuffnang. Syukur sangat. CPUV yang timbul hari nie adalah IKEA - BED & BATH (March), Umobile - Banner Ads dan Colgate Total Charcoal . Zumal tengok Umobile ada buat pakej iPhone 6 dan ada pakej internet unlimited. Bestnya kalau boleh langgan pakej tu kan?

Hari nie zumal kurang semangat nak update entri Nuffnang nie tau. Sebab status zumal jadi Non-Glitterati lak. Awak cabar saya ker? Opps cam ganas jew ayat tu kan. Terima kasih la untuk Nuffnang dan korang semua yer...

20 Mar 2015

MEMASAK KINI MUDAH DENGAN ADABI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Chef terkenal dunia kebanyakannya lelaki. Setuju tak? Sebenarnya sesiapa pun boleh masak. Pada yang tak pandai pun boleh memasak dengan adanya pelbagai produk rempah ratus segera untuk memudahkan kita memasak di rumah.

Hari ini lelaki mahu pun wanita mempunyai kerjaya. Ada yang kerja pada waktu biasa dan ada yang bekerja mengikut syif. Bagi zumal pada hari kerja memang tiada masa untuk mencari bahan-bahan mentah dan tiada kelapangan untuk memasak resepi yang rumit. Balik dah pukul 6 petang, memang letihlah kalau nak potong bawang, cili, halia dan nak tumbuk jintan manis, jintan putih, lada hitam dan macam-macam lagi. Remeh dan rumit semua tu. Kita nak rehat pastinya perlukan sesuatu yang mudah dan ringkas.

Zumal sejak turun temurun lagi menggunakan produk Adabi. Adabi nie memang popular dan dikenali sejak zaman datuk nenek kita. Apabila zaman dah modem, produk keluaran Adabi pun tak kurang modennya. Dari perencah nasi goreng, sup bunjut dan pelbagai produk di dalam tin untuk memudahkan anda memasak. 



Ini antara produk Adabi kegemaran Zumal. Perencah Asam Pedas, Perencah Tom Yam, Perencah Sup, Perencah Sup Sayur dan banyak lagi. Anda hanya perlukan bahan asas sahaja untuk memasak misalnya bagi masakan Asam Pedas anda hanya perlukan ikan , bendi dan perencah sahaja. Mudah bukan? 

Hujung minggu dah tiba, Zumal ada banyak masa lapang dan tak perlukan rempah-rempah bagai cuma praktikkan pula skill sebenar memasak. Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu semua.

19 Mar 2015

Segmen Kad Cinta #2

segmen kad cinta

Berat rasa hati ini untuk melafazkannya
Kuharap kau tahu apa isihati ini padamu

Aku tak pasti apakah ianya
CINTA




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie zumal join segmen kad cinta anjuran Farah Huda. Sorry dengan frasa kat atas tu, salah satu syarat segmen. Moga diterima yer...



18 Mar 2015

PREVIEW BIOTECH GLOBAL SDN BHD

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam rakan Zumal saudara Fauzi menjemput Zumal untuk ke majlis preview sebuah syarikat jualan langsung iaitu BioTech Global Sdn Bhd.

Majlis diadakan berdekatan dengan rumah Zumal, dan Alhamdulillah Zumal berjaya menghadirkan diri. Zumal pada mulanya memang nak tutup mata kalau ada yang memperkenalkan apa-apa peluang perniagaan berkaitan jualan langsung nie. Takut sejarah berulang. Tapi kerana rakan Zumal bersungguh-sungguh jadi Zumal pun naik segan. 

Perniagaan jualan langsung dan jualan bertingkat nie selalu tak kekal lama. Nak buat boleh tapi kena bersungguh la. Insha Allah boleh berjaya. Bila kita dah nampak hasil jangan pula diboroskan tapi mulakan langkah untuk bina backup program untuk masa depan kita. Mesti boleh.

BioTech Global Sdn Bhd ini berpengkalan di Johor dan mempunyai cawangan di Kuala Lumpur. Syarikat masih baru tapi mempunyai rangkaian produk bermutu tinggi dan bertaraf GMP. Apa yang buat Zumal berminat adalah produknya ada kebaikan untuk Zumal lagipun ianya mempunyai pengesahan KKM dan Halal Jakim.


Konsep yang dibawa oleh syarikat ini juga amat baik dari syarikat-syarikat jualan langsung yang pernah Zumal ikuti. Kalau korang ingin tahu tentang produk syarikat ini boleh la terjah DI SINI. Dekat link tu korang boleh tahu tentang keistimewaan produk dan harga jualannya. Itulah adalah blog Zumal bukannya laman rasmi syarikat yer. Kalau berminat boleh la hubungi Zumal. Terima kasih kerana sudi membaca.

17 Mar 2015

Segmen Follow Back Kisahati Wanie

JOM TERJAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Zumal bagai cacing kepanasan dah nie. Panas sangat cuaca hari nie la. Tengah hari tadi zumal tengok kucing-kucing zumal tak senang duduk. Minum pun banyak juga. Melalut pulak zumal nie kaan? Inikan entri segmen. Jadi berbalik pada segmen yer. Korang masih ingat Wanie? Blog lama beliau telah dijangkiti virus. Oleh itu Wanie ada buat blog baru dan mohon korang follow beliau semula yer... Follower beliau sebelum ini telah hilang bersama blog lama tu. Korang tolonglah support Wanie dengan follow blog baru beliau yer... Untuk support beliau klik la banner kat atas tu. Untuk Wanie, jangan la bersedih k. Teruskan perjuangan anda, kami sedia support ^-^

NASI GORENG PUYUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Gambar semalam tu. Semalam tok suruh goreng burung puyuh tapi kalau sejenis jew lauk kesian pulak kat tok. Pastu Zumal gorengkan nasi. Maka jadilah nasi goreng puyuh. Nampak tak permainannya. Hehe...

Sebenarnya Zumal tak ada idea nak post entri hari nie. Sebab tu la Zumal kongsikan nasi goreng puyuh nie. Tak ada resepi sangat pun. Just goreng puyuh pastu goreng nasi pula. Macam nasi goreng ayam pun buat camtu gak kan? Rasanya laa...

Dulu arwah tok wan suka beli burung puyuh. Kalau pergi pasar tu mesti tok wan akan cari burung puyuh dan lagi satu feveret tok wan adalah ikan sembilang. Tiap-tiap minggu mesti ada menu tu. Burung puyuh hanya goreng manakala ikan sembilang tu tok wan suruh tok buat gulai. Kini semua tinggal kenangan. Pasar besar tempat Zumal dan arwah pergi dulu pun dah tak ada. Dah pindah tempat lain. Kekadang lepas beli semua tu kami minum dan makan nasi kandar tepi pasar tu. Kedai tu pun dah pindah juga. 

Satu lagi makanan feveret tok wan adalah telur ikan. Tok selalu buat gulai. Sekarang nak cari pun tak ada. Ikan tu tak betelur dah kew? Entah la...

Ok la panjang pula merepek dalam entri nie. Bye bye semua...

16 Mar 2015

Segmen Bloglist by JINDRISSKA

klik sini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tergerak hati pula nak join Segmen Bloglist by JINDRISSKA. Apa salahnya kita sesama support kawan-kawan kan? Korang dah join? Kalau belum klik banner tu dan kita sesama memeriahkannya yer. Kepada Aisya, thanks for the postcard yer. Kisahnya DI SINI. Kepada semua selamat bersegmen okay ^-^

CPUV NUFFNANG #68 DIGI LIVE





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang pun mesti tahu, entri wajib bakal menjelma setiap Isnin di blog zumal kaan? Tentunya pasal CPUV yang En. Nuffnang beri untuk zumal. Hari nie zumal buka akaun Nuffnang terserempak satu CPUV baru iaitu DiGi Live. Alhamdulillah, rezeki minggu ini. Moga hasilnya nampak la. Jangan tak bagi zumal cash out pulak dah ler... Nanti I kick semua iklan tu taw... Tambahan pula hari nie UV zumal banyak dari biasa kalau tak diterima buat apa zumal pasang iklan tu kan? En. Nuffnang jangan ler sentap k. Zumal gurau-gurau manja jew... Tata titi tutu...

15 Mar 2015

BAGUS JUGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie terasa tersangat bahang panas. Kekadang fikir panas nie bagus juga. Nak tahu kenapa? Sebabnya Zumal nie selalu buat kerja rumah. Panas cam sekarang nie senang membasuh pakaian. Jemur kejap je dah kering. Zumal membasuh pakaian Zumal dan tok kemudian jemur dalam dua jam dah kering. Lepas dah ambil pakaian di ampaian tu boleh la buat kerja lain. Kerja lain Zumal nie biasanya mengemas dan memasak jew. Nak berjalan memang tak la. Perancangan nak pergi tengok LIMA pun terpaksa Zumal batalkan. 

Hari nie basuh baju sikit jew sebabnya beberapa hari lepas dah basuh. Panas camni tak risau lambat kering jadi Zumal basuh selalu la. 

Sekarang masa makan malam dah untuk Zumal. Hari nie makan malam sambil menonton drama Asam Pedas Untuk Dia. Menu hari nie puyuh masak kicap dan telur goreng jew. 


Jom makan. Selamat malam semua.

MINGGU SEDIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu ini banyak meninggalkan kenangan kerana seramai 4 orang di ofis Zumal akan bertukar ke tempat lain disebabkan kenaikan pangkat dan perpindahan untuk pulang ke kampung halaman. Khamis lepas ofis Zumal buat majlis perpisahan buat mereka berempat. Jumaat lepas adalah hari terakhir buat dua orang pegawai JKM bertugas di JKM Perlis. Timbalan Pengarah 1 akan ke Putrajaya dan Penolong Pegawai Tadbir bakal ke Sungai Petani.

Perpindahan Penolong Pegawai Tadbir di JKM tu paling dirasai kerana beliau bertugas di unit yang sama dengan Zumal. Lagi pun beliau adalah pegawai atasan Zumal. Selain tu beliau agak rapat dengan Zumal sejak tok dimasukkan ke hospital pada tahun 2013 lalu kerana jatuh. Beliau selalu keluar dengan Zumal semasa tok di hospital hampir setiap malam. Masa tu Zumal tidur di wad jadi pada awalnya beliau akan teman Zumal keluar makan malam. Pada waktu petang beliau akan berkunjung menziarah tok di hospital.

Kejadian paling beliau ingat mungkin semasa kehilangan kunci motor beliau semasa menziarah tok. Semasa kami sampai di wad tetiba beliau sedar kunci tertinggal di motor. Tapi bila sampai di parking kunci tersebut dah tiada. Mungkin terjatuh dan mungkin ada yang mengambilnya. Untuk keselamatan motornya kami terpaksa mengunci motor dengan kunci tambahan. Risau kekalau yang jumpa kunci tu berniat untuk mencuri motor beliau. Kami mendapat pertolongan pengawal keselamatan di hospital untuk mencari kunci tersebut tapi tak berhasil. Jadi pada hari ketiga beliau terpaksa memanggil orang untuk menukarkan kunci motor tersebut. Kesian pada beliau. Kerana menziarah tok beliau terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk baiki motor. 

Jumaat lalu beliau belanja Domino's pizza untuk kami di unit pentadbiran. Unit pentadbiran juga adakan makan-makan di ofis. Sebelum pulang dapat Zumal mengambil gambar beliau kali terakhir untuk thumbprint di ofis. 



Selamat maju jaya buat Encik Muhamad Ikhram di tempat baru. Terima kasih atas tunjuk ajar buat Zumal di JKM. Moga kita jumpa lagi...

13 Mar 2015

SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA DYLLAREZAN



Jom Join




Assalamualaikum, Salam Jumaat dan salam sejahtera semua. Hari nie zumal sertai segmen anjuran Dylla Rezan, rakan blogger yang baru jew zumal kenal. Kenal dalam blog jew. Terima kasih buat Dylla kerana menjemput zumal sertai segmen ini dan juga terima kasih kerana sudi follow zumal. Kepada semua rakan, jom kita memeriahkan Segmen Blogwalking Bersama Dylla Rezan, klik banner untuk join... Selamat berblogwalking yer ^-^

12 Mar 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



SELAMAT ULANG TAHUN KE 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat ulang tahun kelapan. Kepada siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk Nuffnang. Syarikat kesayangan para blogger. Sedar atau tidak sudah 8 tahun Nuffnang berada dalam lapangan pengiklanan ini. Kalau zumal dah lama kenal Nuffnang maybe dah banyak kaut income tapi sayangnya zumal baru bermula sejak akhir tahun 2012. Tapi apa yang terkumpul dulu tu dah tiada cuma zumal perlu bermula semula dari awal. 







Tahniah buat Nuffnang. Moga terus berjaya dan sentiasa support para blogger seperti kami yang turut support Nuffnang. Pihak Nuffnang tidak lupa pada kita semua dan mereka menjemput kita ke majlis ulang tahunnya yang akan diadakan 21 Mac 2015 ini bertempat di Zouk Club Kuala Lumpur bertemakan tahun 60an. Kepada yang berkelapangan pada tarikh tersebut silalah turut serta. Maklumat lanjut boleh klik SINI.




Tahniah dan selamat ulang tahun ke 8 buat Nuffnang. Terima kasih kerana bersama kami semua...

CPUV NUFFNANG #67 SENSODYNE CAMPAIGN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Walaupun sedikit rasa sedih terhadap Nuffnang nie, Alhamdulillah ada CPUV yang datang memujuk zumal. Syukur la. Insha Allah zumal tak sentap sangat kerana perkara yang sama pernah zumal lalui dengan syarikat lain. Tapi situasi dengan syarikat tersebut berlainan sedikit dan memang zumal akui salah zumal kerana selalu buat giveaway dan segmen yang mensyaratkan peserta klik iklan. Takpe la itu dah berlalu. Tapi dengan Nuffnang zumal tak tahu dari mana datangnya click fraud tu. Redha je la...



Hari nie zumal terima lagi CPUV daripada Nuffnang, kali ini CPUV Sensodyne Campaign. Sensodyne nie ubat gigi yang sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah gigi sensitif. Nak tau lebih lanjut cer tengok iklan Sensodyne tu tentang apakah campaign yang sedang dijalankan. En. Nuffnang marah kalau zumal suruh korang klik jadi zumal tak suruh tau. Zumal pun tak klik yer. Untuk En. Nuffnang tu, kalau dorang klik bukan salah saya yer. Kikiki. Gurau-gurau dengan Nuffnang boleh kan?











#moga tak sentap kali kedua laa...

11 Mar 2015

INI JAWAPANNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari tu zumal ada ceritakan mengenai cash out zumal yang belum zumal terima. Korang bacalah apa yang zumal tanya dan jawapan yang zumal terima tu...

Korang rasa macam mana?



Hi Ahmad,

Thanks for writing in.

For your information, through our system we found out that your blog was recently found to be engaging in click fraud activity, hence all your CPC earnings that were generated during that time have been rejected and removed from your account.

We strongly discourage you from engaging in this click fraud activity any further, because repeated offenders will be blacklisted from our network immediately.

*Click fraud
Click fraud is defined as the act of clicking on ads repeatedly for the sake of generating income for the owner of the blog. Ads are supposed to be sending a message to viewers by the advertiser about their campaign and not misused this way to harm the advertising industry.

Possible scenario of click fraud can be;
- clicking on ads yourself repeatedly
- asking your friends to click on your ads repeatedly

Blogging should never be about making money. Nuffnang exist to bring bloggers closer and to help bloggers earn a little by ads if they happen to have a lot of visitors. Thus, it is important for bloggers to not start blogging There is nothing wrong with clicking on your own ads if you are genuinely interested to know what it is all about, without the intention of generating income. It is also absolutely fine for your friends to click on your ads if they really are genuinely interested to know more about the ads that appeared on your blog.

It only becomes a click fraud if the clicks are made repeatedly with the intention of generating more income and those who are found to engage in this click fraud activity will be blacklisted from our network immediately without hesitation.

Our system keeps a record of how many times a particular ad is clicked from the same IP address, hence becoming the evidence to show fraud click activities.*

Thank you and have a nice day!


Cheers,
Melissa Lim
Intern
Nuffnang Sdn Bhd.

SHAMPOO BERHERBA SUPER LEBAT D'HERBS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar korang semua? Sihat? Alhamdulillah kita semua sihat. Rambut nie selalu sinonim dengan wanita kerana wanita lebih menitikberatkan penjagaannya berbanding lelaki. Sebab tu ramai lelaki yang rambut dah jarang bila berusia. Rambut adalah mahkota kita. Kena jaga dengan baik.

Lagi satu, selain rambut. Kita mungkin ada masalah kulit kepala. Macam korang yang kenal Zumal dah lama mesti dah tahu Zumal alami kulit sensitif kan. Kerana kulit sensitif nie Zumal sering alami gatal-gatal dan demam bila guna shampoo yang tak sesuai. Sebabnya shampoo nie ada yang sejuk. Zumal tak boleh guna shampoo yang ada rasa sejuk tu sebab boleh demam. 

Sejak Zumal beralih kepada Shampoo Berherba Super Lebat D'herbs Zumal dah kurang alami masalah kulit kepala nie. Zumal juga jarang demam atau selesema bila guna shampoo dengan kerap. Paling best rambut dah kurang kelemumur. Sekarang Zumal dah rasa selesa.


Shampoo Berherba nie harganya cuma RM25 jer. Satu botol boleh tahan 1 bulan lebih dengan isipadu 180 ml. Zumal guna setiap hari. Tak perlu risau rambut gugur kerana bahan-bahannya adalah ramuan herba asli seperti kelapa dara, mengkudu, bunga raya, limau purut, buah zaitun dan spirulina. Zumal dah beli botol kedua dah nie. 

Korang juga akan rasakan rambut korang bertambah lebat, lembut dan hitam bersinar. Memang kagum la dengan produk nie. Patut la Datuk Aliff Syukri kata terlajak laris. Nak try, dapatkan sekarang di kedai-kedai berhampiran korang...