30 Jun 2015

Buffet Ramadhan di Vistana Hotel 2015 Bersama Blogger Utara


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Zumal telah menyertai kumpulan Blogger Utara seramai 24 orang. Kumpulan Blogger Utara dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp. Admin Kumpulan Blogger Utara ini ialah blogger yang tidak asing lagi iaitu Arz Moha dan Siti (SYM). 

Ahad lalu 28 Jun 2015, Blogger Utara telah mengadakan first gatheringnya majlis Iftar di Vistana Hotel, Penang. Kebetulan pula Vistana Hotel ada diskaun untuk Buffet Ramadhan tahun ini. Tapi untuk first gathering ini, Zumal juga tidak dapat turut serta kerana ada komitmen keluarga. Majlis ini dihadiri oleh 7 orang ahli Blogger Utara bersama keluarga

Antara menu yang dinantikan oleh para sahabat Zumal ini adalah kambing golek. Bayangkan sebelum majlis kisah kambing menjadi viral. Semua keluar cerita pasal kambing. 

Jom kita lihat menu Buffet Ramadhan di Vistana Hotel Penang.
Kambing yang diidam








Macam mana lepas korang tengok menu tu? Teringin tak? Apa tunggu lagi call Vistana untuk booking meja yer. Juadah tu sedap jadi kalau tak booking dulu confirm tak ada tempat nanti. (Zumal, awak kan tak pergi macam mana tau sedap?) Jawapannya rakan-rakan Blogger Utara semua tersenyum dan kekenyangan ok. Mari Zumal kongsikan telatah rakan-rakan ketika beriftar di Vistana Hotel Penang tu.





Bukan sekadar dihidang makanan tapi juga alunan muzik
Selepas makan, semua sempat bergambar kenangan di Vistana Hotel Penang.




Harga Buffet Ramadhan di Vistana Hotel Penang
Dewasa RM65
Kanak-kanak RM30
(4-12 tahun)

#Cabaran20Hari MENU WAJIB BULAN PUASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie dah memasuki entri keempat #Cabaran20Hari anjuran EFG dan KBBA. Alhamdulillah.

Dalam bulan puasa nie ada menu yang mesti kena ada setiap hari terutama untuk bersahur dalam keluarga Zumal. Menu tersebut adalah telur masin, acar limau atau acar rebung dan sardin. Biar ada salah satu pun dah cukup tapi ianya wajib ada. Kiranya ianya sebagai pembuka selera la.

Kalau korang nak tahu, bila stok acar tu Zumal terlupa beli, baki yang ada tu akan Zumal panaskan dan Zumal campur dengan kismis dan kurma. Panaskan sampai pecah minyak. Alhamdulillah jadilah acar baru. 

Acar rebung feveret Zumal
Gambar Google
#Cabaran20Hari

29 Jun 2015

MAJU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maju? Yer, tahun nie Perlis bergelar negeri maju. Tapi bukan awal tahun, hujung-hujung nanti baru diisytiharkan. Mungkin ada sebabnya kot.

Seperti KL dan Penang, depa ada pengangkutan yang efisien untuk rakyat seperti Rapid KL dan Rapid Penang tapi Perlis nie kenderaan awam macam bas susah nak jumpa. Bas kebiasaannya hanya menghubungkan Perlis ke Jitra, Changlun dan Alor Setar sahaja. Untuk perkhidmatan dalam Perlis kemudahannya amat terhad. Kalau teksi memang ada, tapi kat Perlis tiada meter. Jadi kos untuk naik teksi nie ikut mulut ja. 

Alhamdulillah, mulai Jun 2015 Perlis dah mempunyai perkhidmatan bas henti-henti sendiri. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh anak syarikat Mara iaitu Maraliner. Sebelum nie bas yang ada dalam Perlis hanya bas pinjam dari Kedah. Kini baru rakyat Perlis serta pengunjung negeri kecil ini berasa lega kerana ada perkhidmatan bas henti-henti khas buat negeri ini.



Perkhidmatan bas henti-henti di Negeri Perlis dinamakan MyBas. Semoga perkhidmatan bas ini memudahkan masyarakat dan pelancong berurusan di Negeri Perlis. 

Selain itu Zumal harap MyBas juga akan menghubungkan rakyat dengan kawasan tumpuan baru seperti K-Parc dan Giant. Selain itu MyBas perlu masuk ke stesen KTM yang ada di Negeri Perlis supaya memudahkan pengunjung yang tiba dari luar untuk memilih selain teksi.

Bulan Julai 2015, dijangka Perlis akan menerima kemudahan keretapi elektrik iaitu ETS, semoga ianya dapat merancakkan lagi ekonomi dan pelancongan di Perlis dan mudahkan Zumal pergi jalan-jalan. Wassalam...

TERIMA KASIH KERANA BERSAMA DUNIA ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini blog Dunia Zumal melangkah terus ke hadapan dan telah mencapai target yang admin idamkan selama ini. Kini pageview Dunia Zumal telah melebihi 200, 000 pageview. Tanpa sokongan anda pasti Dunia Zumal tak mungkin melangkah sejauh ini. Walaupun begitu target untuk menaikkan seo blog masih belum tercapai. Tapi admin bersyukur walaupun hanya 36% seo yang dicapai blog Dunia Zumal telah mendapat pengunjung tetap terutama dikalangan rakan-rakan blogger. 




Sejak blog Dunia Zumal dibangunkan, admin bersyukur kerana turut memperolehi sokongan daripada pengiklan-pengiklan yang sudi menggunakan khidmat Dunia Zumal. Moga anda akan terus menggunakan khidmat Dunia Zumal. Selain itu tidak dilupakan buat Nuffnang yang sentiasa memberi peluang Dunia Zumal menjana pendapatan. 

Walaupun ranking blog Dunia Zumal ada kalanya stabil dan ada kalanya menjunam. Para pelanggan Dunia Zumal tidak perlu risau kerana apa sahaja iklan yang diluluskan akan kami hubungkan ke seluruh media sosial yang berpotensi tinggi. SEMAK RANKING TERKINI DI SINI

Selain itu, admin terharu atas jemputan ke majlis-majlis sekitar Negeri Perlis. Insha Allah admin akan berusaha menjadi media terbaik buat majlis anda. 

Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada program akan datang
Jangan lupa jemput kami lagi

Terima kasih buat semua kerana bersama membina jenama Dunia Zumal ke arah lebih dikenali dan teruskan setia bersama kami. Sokongan anda amat kami hargai.

#Untuk perkhidmatan review sila hubungi Zumal di 0125747869


CPUV NUFFNANG #98 SHELL HELIX 'LOVE MY ENGINE'


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah CPUV Zumal tak kurang banyaknya walaupun blog Dunia Zumal ini kekurangan entri. Setiap hari Isnin mesti Zumal akan usaha check akaun Nuffnang. Rupanya 26 Jun lalu CPUV baru telah muncul. 


Bulan nie kali kedua CPUV Shell Helix 'Love My Engine' muncul di Dunia Zumal. Syukur, rezeki Ramadhan tahun ini. Baik la Nuffnang nie kan. Ayat bodek.  Terima kasih untuk Cik Nuff dan semua pengunjung blog Dunia Zumal. Tanpa korang siapa la diri ini...

#Cabaran20Hari RESEPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie dah pun masuk hari ke 12 kita puasa. Dan hari ketiga #Cabaran20Hari anjuran EFG dan KBBA. Alhamdulillah.

Zumal kalau dah tak rajin sangat masak, Zumal akan buat sardin ja untuk sahur. Tapi kalau terus panaskan yang dalam tin tu rasa tak selera pulak. Nak potong bawang dan cili semua tu tak pula rasa rajin. Jadi, untuk menyenangkan memasak menu sardin Zumal sediakan bahan berikut:
1) sardin tin
2) sambal belacan asli adabi
3) pes asam jawa
4) garam secukup rasa

Ada bahan2 nie kerja memasak sardin jadi lebih mudah dan jimat masa nak potong bawang dan cili atau nak perah air asam jawa. Mulanya kita panaskan minyak, masukkan satu sudu makan sambal belacan asli adabi. Tumis sekejap dan masukkan air. Kemudian masukkan sardin diikuti garam secukup rasa. Biar dua merenih baru masukkan pes asam jawa. Pes nie memang masam, jadi masukkan sikit je. Biarkan 2 minit dan sardin tu dah boleh hidang. Zumal selalu makan dengan telur masin. Itulah resepi ringkas dan segera. Tapi kalau menu sahur paling segera sudah pasti air masak dan kurma je.

#Cabaran20Hari

28 Jun 2015

#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kini dah memasuki hari ke 11 Ramadhan. Juga hari kedua bagi #Cabaran20Hari anjuran EFG dan KBBA. Alhamdulillah dapat menjadikan ianya istiqamah.

Dalam Ramadhan tahun ini ada pengalaman sahur yang tak akan Zumal lupakan. Sebelum nie Zumal pernah kongsikan di blog ini. Untuk sahur pertama hari tu Zumal kunci jam loceng pukul 3.45 pagi. Niat hati nak masak yang special sebab tu Zumal nak bangun awal. 

Memang setelah jam bunyi memang Zumal bangun tapi terlelap sambil duduk sampai termimpi dah sahur. Nasiblah Zumal tersedar, kalau tidak tak sahur la Zumal dan tok untuk puasa pertama tahun nie. Zumal tersedar pukul 5.00 lebih. Nyaris terbabas. Nasib la ada sardin. Panaskan yang tu aje la untuk sahur. Alhamdulillah sempat. 

Pada hari-hari seterusnya semua berjalan lancar. Syukur ke hadrat Ilahi.

#Cabaran20Hari

27 Jun 2015

RASULULLAH IS MY DOCTOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie Zumal nak kongsikan pembacaan sebuah buku yang pada Zumal cukup istimewa. Rasulullah Is My Doctor adalah tulisan seorang mualaf yang bernama Jerry D. Gray

Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."

Ilmu perubatan Rasulullah ini merupakan satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah. Baginda bukan sahaja memberikan resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Jerry D. Gray menulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Dan ini membuktikan apa yang terkandung dalam Al Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.

Jerry D. Gray turut mendedahkan bahawa pengamalan ubatan moden sebenarnya bermula dengan propaganda Amerika Syarikat bagi memasarkan perubatan dan pharmaceutical milik mereka ke seluruh dunia.

Berdasarkan pengalaman beliau juga, beliau mendapati makanan moden mempunyai kesan yang merbahaya terhadap diri kita. Beliau pernah hidup di kawasan pedalaman yang bergantung kepada sumber makanan tidak tercemar mendapati hidup beliau lebih sihat berbanding setelah beliau berhijrah ke kawasan bandar moden dan bergantung pula pada makanan segera.

Pelbagai kupasan menarik oleh Jerry D. Gray dalam buku ini. Jom dapatkan sekarang. Buku ini adalah terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. Selamat membaca...

GA RAYA 2015 Blog Jaket Biru

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Hari nie Zumal nak join GA pula. Hadiahnya best, penginapan 1 malam di Bayou Lagoon Resort Melaka dan duit raya. Terima buat blogger Siti Rohaida (Kisah Si Dairy) kerana tag Zumal dalam GA ini...

Klik untuk join

Syaratnya ke tag 3 orang, sebelum tengok nama mereka yang kena tag tu, anda yang sedang membaca secara rasmi Zumal tag untuk sertai giveaway ini. Hehe... Boleh kan gitu?

Zumal tag Cik Mimie | Pha Is | Parihh


Selamat bergiveaway semua... Moga berjaya ^-^

#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Pada Zumal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie Zumal akan menyahut #Cabaran20Hari Puasa /Raya anjuran EFG dan KBBA. Alhamdulillah hari ini kita berpuasa 10 hari di bulan Ramadhan. 

Erti puasa dalam diri Zumal bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi pada Zumal Ramadhan yang datang untuk setahun hanya sebulan tak ubah bagai madrasah pengajian yang mengajak kita lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Ini disebabkan Ramadhan menyahut kita untuk lebihkan beribadah kepadaNya. Terutama pada setiap malam kita berterawih. Sukar juga nak istiqamah untuk ke masjid setiap malam tapi itulah cabaran yang perlu kita tempuhi bagi menjadikan kita hambaNya yang terbaik. Walaupun tak dapat pergi ke masjid atas faktor kesihatan, Insha Allah Zumal akan lakukan jua di rumah.

Dalam bulan Ramadhan kita disarankan berjimat. Kurangkan berbelanja dan banyakkan bersedekah. Nafsu membeli-belah semasa Ramadhan nie agak tinggi terutama bila kita pergi ke bazaar Ramadhan. Kalau tak boleh kawal, sure kita akan berbelanja di luar kawalan. Tak boleh tamak. Nanti kita juga yang rugi. 

Alhamdulillah Ramadhan kali ini Zumal sedaya upaya berubah ke arah lebih baik. 

#Cabaran20Hari

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak beberapa hari lalu, Zumal telah sertai group WhatsApp #bloggerutara yang adminnya ialah ARZMOHA. Alhamdulillah sejak join group nie Zumal agak bersemangat nak berblog lepas tu rakan-rakan juga berkongsi info yang baik. Selain tu semalam ARZMOHA telah kongsikan tentang #Cabaran20Hari anjuran EFG dan KBBA. Teruja Zumal nak menyahut  cabaran tu. Untuk maklumat lanjut tentang #Cabaran20Hari boleh la terjah SINI

Moga dengan ada cabaran gini Zumal akan sentiasa update blog. Maklum sajalah kalau tak ada cabaran nie, kita tak ada idea nak update blog. Rugi saja kan??? Sekarang pun Zumal dah siapkan entri #Cabaran20Hari untuk seminggu tau. Semangat gitu. Nak tau apa #Cabaran20Hari tu jom tengok dibawah...




26 Jun 2015

SPRING SUMMER 2016 MEN'S COLLECTION

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Hari nie sesambil berniaga terbaca email dari application Flipboard tentang 10 flipbook terkini untuk didownload. Zumal tertarik dengan gambar dari pihak Gucci. Gucci adalah jenama terkemuka dunia yang berasal dari Itali. Ia cukup terkenal dalam fesyen dan barangan kulit. Gucci ini adalah antara jenama mewah dan memang digilai peminat fesyen seluruh dunia. 

Menarik perhatian Zumal adalah Spring Summer 2016 Men's Collection oleh Gucci. Hebat! Fesyen untuk 2016 dah keluar. Tapi fesyennya macam kat bawah nie. Apa pendapat korang?


Zumal bukanlah pengkritik fesyen tapi sekadar berkongsi apa yang Zumal terjumpa hari nie. Pada Zumal ia menarik untuk dikongsikan. Bagi yang nak tahu tentang koleksi penuh Gucci, boleh terjah laman web www.gucci.com 

BUKAN SEBAB TU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ramai yang salah faham kenapa Zumal berhenti kerja. Dorang nampak Zumal buat bisnes dan fikir Zumal dah banyak duit. Bisnes dah maju sangat. Bukan sebab tu. Jauh panggang dari api. Zumal masih merangkak dalam bisnes nie. Bukan buat skim cepat kaya. 

Hari nie Zumal kongsikan kenapa berhenti. Pertamanya masalah kesihatan. Zumal memang tak ambil ubat doktor tapi Zumal berusaha cara lain. Berubat secara sunnah. Sunnah itu adalah cara Rasulullah. Kalau kita yakin, Insha Allah boleh sembuh. Itu sedang Zumal usahakan. Zumal tak nak bergantung pada ubat. Ubat bukan penyembuh, kuasa Allah yang menyembuh.

Keduanya masa. Kerana kesihatan, Zumal sukar nak ikut time ofis. Zumal bangun awal tapi kekadang tak boleh nak mandi awal. Pepagi mudah kejang kaki. Lagi satu masa untuk keluarga boleh kita adjust sendiri tanpa fikirkan arahan orang. 

Ketiga arahan. Zumal sukar diarah-arah. Sebab kekadang bila kita tak dapat buat, kita kena marah pula. Kekadang dengan arahan tertentu boleh buat Zumal rasa nak marah. 

Keempat biar orang lain rasa peluang kerja pula. Bukan semua orang tahu berniaga dan bukan semua nak berniaga. Bila Zumal selalu cuti sebab tak sihat jadi biarlah ada orang lain yang lebih sesuai kat situ. Beri peluang untuk dia bekerja. Kita tak boleh la tamak semua benda nak buat. Kita manusia biasa jer bukan transformers.

Kelimanya soal jiwa. Jiwa Zumal dengan perniagaan nie lebih dekat. Bisnes dah sebati dalam jiwa raga nie. Kalau kerja pun tetap cari peluang nak bisnes juga sebab itu dah minat kita. 

Kesimpulannya  buat apa pun kena fokus. Kerja nak berjaya kena fokus. Begitu juga dalam bisnes, kita fokus betul-betul Insha Allah kejayaan milik kita.

Kita tak tahu apa dihujung sana, buat aje dan jangan lupa Allah
Insha Allah kejayaan menanti...

25 Jun 2015

TERJUNAM KEMBALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa yang terjunam? Ini la yang Zumal nak khabarkan. Cik Alexa tu dah tinggal Zumal jauh sangat. Tak terkejar dah.

Memang tak dinafikan ianya salah Zumal. Sebab Zumal tak fokus kat blog. Jadi ranking pun menjunam kembali. Moga setelah berhenti kerja nie komitmen untuk blog boleh ditingkatkan kembali. 

Alexa, kau tunggu aku datang... Boleh gitu? Harap lepas nie nak kembali fokus pada blog yang satu nie jer. Blog lain masa akan datanglah. 

HADIAH DARI CUTE QISSARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam semasa hampir nak balik dari kerja. Zumal jumpa ramai kakitangan jabatan dan mohon ampun maaf cam hari raya. Tak kurang juga yang beri hadiah buat kenang-kenangan. 
Hadiah nie dari seorang blogger gak tau. Zumal pun baru tau kat jabatan tu ada gak blogger selain Zumal. Hadiah nie tak silap penanda buku kot. Sebab nak kata keychain pun bukan. Specialnya hadiah nie dari Thailand kay. Cantik penanda buku nie. 

Terima kasih buat blogger Cute Qissara. Korang mesti belum kenal beliau kan? Jom kenal-kenal beliau. Follow blog beliau dan korang boleh salin resepi gak kat sana. Beliau amat baru dalam dunia blog nie walaupun dah lama buat blog tapi tak aktif. Jom kita support beliau dan follow beliau yer. Jom ke blog cuteqissara.blogspot.com . 

24 Jun 2015

SELAMAT TINGGAL SEMUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie berakhirlah perkhidmatan Zumal sebagai Pekerja Sambilan Harian di salah sebuah jabatan kerajaan di negeri Perlis. 

Alhamdulillah pelbagai ilmu telah Zumal pelajari semasa berkhidmat di jabatan tersebut. Ilmu yang Zumal perolehi amat berguna. Hari nie Zumal telah berjumpa hampir semua kakitangan untuk bermaaf-maafan. Zumal berkhidmat di situ sejak 1 November 2012. Sejarah pekerjaan yang paling lama dalam hidup Zumal. Bila dah lama pasti ada terlanjur kata, terguris perasaan. Semoga semua dapat maafkan Zumal. 

Kalau diikutkan kontrak Zumal masih ada sehingga 10 Julai 2015 tapi dek kerana mengejar cita-cita Zumal perlu langkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Bulan Ramadhan nie memang setiap tahun Zumal berniaga cuma bila dah ada tapak tetap macam sekarang Zumal terpaksa memilih salah satu. Jadi Zumal pilih berniaga kerana berniaga telah sebati dalam jiwa ini.

Terharu Zumal walaupun bulan puasa tak dapat buat majlis perpisahan tapi unit pentadbiran, kewangan dan it jabatan yang Zumal bertugas ada berikan cenderahati sebagai kenang-kenangan. Terharu sangat bila kita diingati. Terima kasih semua dan selamat tinggal...



CPUV NUFFNANG 94-97


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah setelah teringat nak buka akaun Nuffnang, sungguh tak dijangka rupanya banyak juga CPUV yang menjelma di blog Zumal. Syukur sangat-sangat. Tak sangka walaupun Zumal jarang update blog tapi CPUV masuk juga. Nie yang buat Zumal kekal setia dengan Cik Nuff. Sayang dia tau...

Kali nie CPUV yang menjelma ialah uMobile Blogger Ambassador, Nando's Sedap Sangat Ke ?, Resort World Sentosa dan Oldtown White Coffee. Terima kasih buat Cik Nuff yang masih sayang blog Dunia Zumal nie. Jasamu dikenang...


CPUV NUFFNANG 90-93


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Fuh sebelum Cik Nuff marah, pepagi nie Zumal nak update CPUV yang telah Zumal terima dalam bulan Jun nie. Awal bulan dah update CPUV Jun tapi masa tu CPUV nie belum masuk list. Tapi ada yang dah credited. Jangan marah yer Cik Nuff. Bukan sengaja kay.

Sejak 10 Jun lalu Zumal terima beberapa CPUV iaitu Dumex Dugro, Shell Helix 'Love My Engine', Tesco Lebih Jimat dan Perfecto Popcorn - Launch.

Alhamdulillah earning Zumal dah mula meningkat kembali. Terima kasih untuk Cik Nuff dan semua yang setia berkunjung ke Dunia Zumal. Sayang korang...

23 Jun 2015

BERBELANJA SAMBIL MEMBANTU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bulan Ramadhan ini digalakkan kita bersedekah disamping meningkatkan amal ibadah kepada Allah S.W.T. Malam ini Zumal ingin mengajak anda berbelanja sambil membantu, orang kata berbelanja sambil beramal. Macam mana? Jom baca entri Zumal untuk maklumat lanjut.

Anda suka makan serunding? Serunding memang makanan feveret Zumal terutama pabila menjelang hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Bagaimana nak membantu? Sabar yer. Peniaga serunding ini sebenarnya seorang ibu tunggal Puan Alia Haryanie,  beliau amat memerlukan bantuan untuk menampung perbelanjaan beliau dan anak-anak. Beliau bukan sahaja menjual serunding tapi turut menjual karipap mini dan popia mini.

Harga produk juga amat berpatutan iaitu:
1) serunding daging tempatan 250 gram RM18.00,
2) serunding ayam 250 gram RM18.00,
3) serunding ikan 250 gram RM12.00,
4) karipap mini RM32 sekilo dan
5) popia mini RM32 sekilo.

Murah kan? Boleh buat juadah hari raya nanti. Serunding tu kalau makan dengan lemang atau ketupat fuh memang sedaaap...









Menarik bukan? Untuk anda yang berminat boleh hubungi beliau di blog http://aliaharyanie.blogspot.com/ atau pun di facebook https://www.facebook.com/alia.haryani  Selamat membeli-belah yer...

21 Jun 2015

SEPENUH MASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini dah 4 Ramadhan. Hujung minggu yang nyaman dan segar. Minggu depan adalah minggu  terakhir Zumal bekerja. Hari Khamis nanti Zumal akan jadi peniaga sepenuh masa. Mungkin juga sebagai blogger sepenuh masa yang berniaga. Boleh gitu? Hantam sajalah labu.
Ramai yang bertanya Zumal tak sayang kerja ke? Tak takut bisnes tak jadi ke? Sebenarnya Zumal dalam bidang bisnes sejak zaman sekolah. Darjah 6 lagi Zumal berniaga. Sebab tu Zumal tak kisah pasal  kerja kerana bisnes nie dah jadi darah daging Zumal. Mulanya yang menyebabkan Zumal berbisnes hanya kerana menang hamper yang banyak gula-gula dan wafer. Zumal ingat kalau makan sendiri sure habis semua gigi. Dulu tinggal di rumah kampung, Zumal mula berniaga di beranda rumah. Rakan sebaya pun ramai datang bermain jadi laris juga jualan Zumal. Lama kelamaan Zumal upgrade bisnes dari segi produk jualan. Mulanya jual wafer dan gula-gula. Lepas tu Zumal buat ais krim Malaysia. Bila habis gula-gula dan wafer tu Zumal pergi ke kedai runcit berdekatan beli stok jualan. Budak-budak lagi, tak tahu pun kena beli barang kat mana. Dulu ada gula-gula 6 biji sepuluh sen, Zumal beli dan jual 2 biji sepuluh sen. Customer Zumal sebaya dan ada lebih muda dan dorang tak pertikai pun. Bila dah tingkatan 1 Zumal dah banyak duit dan dah kenal kedai borong, Zumal pun beli secara borong dan dapat jual sama harga macam kedai runcit yang Zumal dapatkan bekalan sebelum nie.
Alhamdulillah arwah tok wan memang support bisnes Zumal. Tok wan pun bisnes minded gak. Tok wan seorang guru dan seorang usahawan juga. Masa muda arwah buat perabot, buat rumah, jual kuih. Alhamdulillah dapat membantu beliau menyara 7 orang anak. Kerana beliau boleh bertukang, beliau buatkan tempat berniaga untuk Zumal. Semakin banyak produk yang Zumal jual. Sekarang bukan saja kanak-kanak jadi customer tapi orang dewasa pun membeli gak apa yang Zumal jual.
Masa sekolah, beg Zumal la besar dari orang lain. Bukan kerana nak bawak buku banyak tapi Zumal bawak jual jajan di sekolah. Kiranya Zumal tak perlu bawak duit saku la sebab berniaga di dalam kelas. Zaman tu RM3 ke RM5 dah rasa banyak pun. Alhamdulillah rezeki.
Ha, tahu kan kenapa bisnes tu amat dekat dihati Zumal? Itu la jawapannya. Zumal tak risau bisnes jadi atau tak tapi Zumal yakin Allah akan beri rezeki buat hambaNya. 
Selain tu, antara sebab Zumal suka berniaga dari bekerja kerana Zumal tak suka kerja dengan orang, lelagi kerja pejabat. Kalau nak kerja pun Zumal lebih suka kerja di kedai serbaneka dan pasaraya. Ada sebabnya, tapi rahsia. Haha. Lagi satu kerja dengan orang atau dengan sesiapa kita kena ikut arahan. Zumal nie mudah naik angin kalau arahan tu rasa macam kejam. Jangan risau korang Zumal tak marah ler. Tentang pakaian pun satu hal. Kerja di ofis ada etika pakaian terutama bila kerja dengan pihak pengurusan skema. Zumal bukan la orang tak beretika nak pakai pakaian pelik-pelik pergi kerja tapi kekadang skop kerja Zumal tak sesuai pakai baju kemeja. Bergelumang kerja yang berpeluh. Tak selesa sangat. Lagi satu Zumal tak selesa kerja macam ada kasta. Sentiasa dikerah dan disuruh buat itu ini. Kekadang baru jer ke tempat tu atas arahan pegawai lain, bila sampai semula kat unit Zumal, kena arah ke tempat yang sama oleh pegawai lain. Amat menyakitkan hati. Dorang tak nak pergi sendiri tahu la sebab ofis zaman dulu tak ada lift. Aras 3 memang sakit la nak naik selalu. Kaki Zumal pula memang masalah. Masalah kesihatan tu juga merupakan faktor yang menyebabkan Zumal nak berhenti kerja. Itulah bebelan untuk hari ini. Tak nak mengata orang nanti kurang pahala puasa. 

20 Jun 2015

OBJEK PELIK DARI LANGIT

Keadaan jalan itu amat sunyi. Hanya kereta kami melalui jalan yang dikelilingi hutan di tepi-tepi jalan raya itu. Suasana ketika itu mungkin senja dengan cahaya mentari makin samar. 

Tiba-tiba datang objek dari langit yang agak besar. Melayang ke arah kami. Bukan kapal terbang kerana ia tiada sayap. Drone pun bukan sebab besar sangat. Objek itu terseret di atas jalan dan terpelanting ke dalam hutan. Mujur kami sempat mengelak. 

Kami belok masuk ke dalam hutan untuk mencari objek tadi. Laluan off-road amat mencabar. Sesekali pokok-pokok mencalarkan kenderaan kami. 

Tiba di lokasi, keadaan berasap. Kelihatan makhluk seakan kucing tapi mereka berpakaian. Ada dua ekor makhluk pelik tu. Alien kot. 

**************************************************

Tetiba makhluk itu bergaduh sesama sendiri dan membuat salah seekornya putus kepala tapi masih hidup. Keadaan itu membuatkan Zumal rasa takut. Zumal lari sekuat hati.

Masuk ke dalam bangunan, menaiki tangga ke tingkat agak tinggi. Seperti sekolah. Ya sekolah rendah Zumal. Zumal ambil sesuatu dengan tergesa-gesa kemudian lari keluar bangunan bagaikan ada yang mengejar. Keadaan masa tu dah gelap. Masa Zumal lari berselisih ramai pelajar di sekolah itu walaupun malam.

Tiba-tiba satu deringan lagu orang putih memecah sunyi. Rupanya dah pukul 4.00 pagi. Zumal bangun siapkan sahur. Semua cerita kat atas adalah mimpi Zumal tadi. Sebab tu tempat kejadian berubah dari hutan ke sekolah. Insan yang bersama Zumal dalam kenderaan itu adalah arwah tok wan. Wassalam.

18 Jun 2015

SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada tanggal 13 Jun 2015 yang lalu telah berlangsung event yang dinanti-nanti oleh blogger di Malaysia iaitu Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2015. Event ini telah diadakan di Kompleks Aktiviti Sukan Lasak, Taman Cabaran, Persint 5 Putrajaya. (Abam teksi kata persint 20 k) 

SBB 2015 kali nie berkonsep outdoor. Ini yang membuatkan Zumal teruja untuk pergi. Zumal bertolak dari Perlis jam 8.45 malam 12 Jun 2015 dengan bas Plusliner. Zumal sampai di Putrajaya Sentral kira-kira jam 5.00 pagi. Eksited. Bersiap. Mandi dan solat di stesen bas tu. Pakai pakaian sukan ikut tema. Pukul 7.30 Zumal bas yang disyorkan oleh orang kat kaunter bas. Dalam perjalanan, driver cakap dia tak lalu jalan tu. Kemudian dia hantar Zumal di stesen lain. Zumal ambil bas lain pula yang disyorkan driver tersebut. Orang tak ramai pun dalam bas. Orang asing je yang ada. Jam ketika tu dah 9.00 pagi. Dalam hati bila la nak sampai??? Lewat dah. Driver tu turunkan Zumal berdekatan PICC, dia tunjuk arah ke satu laluan ke tepi tasik. Turun bas, terkejar-kejar pergi. Tiba kat situ, rupanya bukan tempat yang dicari. Paling pelik, tak ada sorang pun yang tahu kat mana Taman Cabaran. Kenapa camtu? Pelik bin ajaib. Semangat dah hilang. Dah dekat tengah hari. Kedai nak topip pun tak kelihatan. Data dah habis. Jalan pun tak jumpa juga.

Kemudian Zumal beralih berjalan di tepi jalan raya. Mungkin ada yang dapat bantu. Kaki dah krem gila. Nak balik pun ada. Ayah nak datang pukul 5.00. Lambat lagi. Tetiba jumpa signboard dekat dengan restoran ikan bakar. 10.30 pagi dah. Zumal jalan sampai hujung jalan sampai dah hilang signboard dari pandangan mata. Jumpa beberapa orang kat situ. Semua tak tau. Orang Malaysia tak tau, Bangladesh pun tak tau tunjuk arah. Last jumpa satu jambatan kat situ agak lengang. Ada signboard persint 20. Hujung jalan agaknya. Tangkap sorang Bangladesh, tanya soalan. Dia cakap sana tempat kapan mati orang punya. Zumal dah putus asa. Zumal patah balik jalan ke kediaman persint 5 nak tahan bas atau teksi ke Sentral semula. Lapar tak makan lagi. Air pun dah tak cukup wang kertas RM1 nak bagi kat vending mesin tu. 

Pukul 11.20 dapat bas. Kembali ke Sentral. Mula cari kedai serbaneka yang subuh tadi tutup. Akhirnya jumpa. Dapat topup. Cari makan. Makan macam setahun tak makan. Sakit kaki dan hati. 

Zumal masih tak puas hati, tunggu teksi pula. Tahan 1 dia tak tau jalan. Tunggu lagi. Akhirnya jumpa orang yang tahu. Dia kata ini persint 20 bukannya 5. Zumal dengar je la. Letih sangat. Dia bawa terus ke lokasi SBB2015. Sampai juga akhirnya. Orang lain dah habis treasure hunt. Zumal treasure hunt sorang-sorang tadi. Malu nak tonjol muka. Lagi pun dah berpeluh sangat. Nak cari yang kenal dorang tak kenal Zumal pun. Cari no kawan2 tak ada. Hehe phone baru, nombor tak ada dalam phone. Teringat fb bro Khir Khalid, mesej dalam fb je sebab tak tau nak buat apa. Malu kot. Orang dah settle program kita baru sampai. Pastu jumpa dengan bro Khir Khalid dan borak2. Zumal tanya camna nak daftar diri. Ye la yuran pendaftaran dah bayar dah. Tapi macam dah tak boleh jer. Zumal dah rasa tak selesa. Krem dah kaki. Lepas ok sikit Zumal pergi mandi dan tukar pakaian. Pukul 2.00 ada sesi sharing. 

Masa sesi sharing tu Zumal duduk dekat bro Khir Khalid jadi kami pun selfie sama. Tahun lepas teringin nak selfie tapi tak sempat. Maklum la Zumal merantau dengan pengangkutan awam nie terkejar-kejar masa. 

Semasa sesi sharing

Selfie dengan bro Khir Khalid
Dalam sesi sharing tu dapat juga la ilmu bermanfaat untuk diadaptasikan dalam blog. Zumal rasa tahun lepas tak malu sangat. Tahun nie lebih malu maybe pasal lambat kot. Apa-apa je la.

Semasa program nie team Denaihati telah melancarkan Jam Tawaf Magnetic. Teruja tengok jam tawaf tu. Kalau bawak banyak fulus boleh grab satu. Masa program SBB2015 ada diskaun 10 %. Tapi apakan daya tak ada rezeki.

Pelancaran Jam Tawaf Magnetic Denaihati
Apa pun Zumal bersyukur sebab selamat sampai ke program Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2015 walaupun sekadar sebahagian. Lain kali untuk sertai apa-apa event Zumal kena bersedia lebih awal maybe sehari sebelum kena survey lokasi. Maklum la bukan di tempat sendiri. 

#pergi lambat, balik lenggang kangkung jer, nak tanya team Denaihati, tshirt lebih tak ade ke? Nak buat kenang-kenangan.