30 Sep 2015

CPUV NUFFNANG 116-119

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah semalam setelah Zumal menjenguk akaun Nuffnang rupanya masih banyak CPUV yang berstatus on going dan 4 daripadanya adalah yang terbaru. Syukur sangat. Walaupun masuk tu tak lebat tapi boleh la sikit-sikit lelama membukit gak. Secara sambil-sambil jer. 



Antara CPUV terbaru yang mengambil tempat tu adalah Kaodim x Maria Elena Enga..., The Face Shop - Oil Control, DOVE Hair Campaign dan UMobile P70 Hero Campaign. 



UMobile P70 Hero Campaign


Terima kasih untuk team Nuffnang yer. Bodek-bodek boleh dapat earning lebih ke??? Hehe. Terima kasih juga buat semua pengunjung blog Dunia Zumal.

29 Sep 2015

12 - 3 + 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Busy saja setiap hari sekarang nie, tapi jangan risau Zumal akan tetap berblogwalking ke blog korang cuma sedikit lambat. Maaf tau.

12 - 3 + 4. Apa tu kan? Bukan formula baru matematik tapi itu kiraan penghuni berkaki 4 di rumah Zumal. Sebelum nie kucing Zumal ada 12 ekor. 4 dewasa dan 8 ekor masih anak-anak. Zumal pernah tawarkan untuk memberikan 8 ekor anak kucing Zumal kepada mereka yang berminat tapi hanya 3 ekor berjaya dilepaskan. Jadi kucing Zumal masih berbaki 9 ekor. Pada 8 September 2015 yang lalu, Teh menghadiahkan 4 ekor lagi. Sekarang kucing Zumal dah jadi 13 ekor. 


Alhamdulillah anak Teh nie memang cute mute jer. Tak lama lagi Kabu pula bakal bersalin. Berapa ekor lagi nak mai tu??? Tak tau la kan...

Kalau korang yang minat kucing boleh singgah rumah Zumal untuk ambil yang mana korang minat yer. Cuma Boboy jer tak boleh sebab Tok sayang sangat. Jika berminat contact ler Zumal. Percuma jer.

28 Sep 2015

RAHSIA RM1


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Rahsia RM1. Kenapa? Ada hantu ke kat duit RM1 tu yer??? Mesti korang nak tahu kan apa yang ada kat RM1 tu kan???

Sedar atau tidak RM99 tanpa lagi RM1 bukan la dipanggil RM100. Begitu juga kalau RM999 tanpa lagi RM1 ia kekal RM999 bukannya RM1000. Jadi itulah pentingnya RM1. Betul tak?

Jadi biar dapat RM1 tapi dalam kuantiti yang banyak ianya tetap banyak. Wah, berbelit-belit ayat Zumal kan? Macam mana pun Zumal nak share sesuatu untuk korang gandakan RM1 masuk ke akaun bank korang.

Niaga Affiliate


Macam mana caranya? Mudah sahaja jika korang sertai Niaga Affiliate. Dalam Niaga Affiliate, korang akan terima RM1 dengan setiap pendaftaran yang berjaya join melalui link korang. Jika korang berjaya daftarkan 5 orang dah pun dapat RM5. Bayangkan jika korang berjaya dapatkan RM5 sehari maka sebulan dah ada RM150 secara sambil-sambil kan??? Kalau korang lebih serius dalam Niaga Affiliate nie 10 sehari pun boleh dapat. Kalau 10 sehari sebulan dah jadi RM300. Tapi kalau korang memang power tahap gaban 100 sehari pun boleh, dapat RM3000 sebulan. Semua dari RM1.00 tu jer.

Daftar Niaga Affiliate


Macam mana nak daftar Niaga Affiliate? Berapa kena bayar? Korang jangan risau, korang tak perlu peruntukkan modal besar join Niaga Affiliate nie. Paling best memang tak perlu modal pun boleh buat bisnes Niaga Affiliate. Korang daftar Niaga Affiliate free je dan korang plan sendiri banyak mana pendapatan yang menjadi idaman korang.

Jangan fikir lama sangat kerana peluang dah ada di depan mata!!! Daftar Niaga Affiliate nie percuma saja jadi apa tunggu lagi. Jika korang berminat klik link Daftar Percuma Niaga Affiliate. Zumal ucapkan selamat maju jaya untuk semua...

25 Sep 2015

ROBOCAR POLI PLUSH PILLOW

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kegilaan Robocar Poli telah melanda kanak-kanak seluruh Malaysia sejak kartun comel ini bersiaran di Astro Ceria. Sebelum ini pelbagai jenis permainan dijual dalam pasaran Malaysia. Kali nie ada pillow pulak dalam pasaran...





Comelkan? Korang minat? Zumal buka preorder sehingga Jumaat depan yer. Harganya RM50.00 nett termasuk pos. Nak order boleh WhatsApp atau sms Zumal di 0125747869. Zumal dropshipper aje tau. Penghantaran semua setelah pembekal Zumal settle kumpul list pembelinya. Tak sanggup tunggu sila beli sendiri. Hehe...

LEBIH MUATAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lebih muatan. Bukan nak cerita pasal lori bawa batu lebih muatan atau keretapi dinaiki sampai atas bumbung macam di Bangladesh tu. Tapi.... teka dulu apa yang terlebih muatan tu...


Lebih kat perut. Hehe. Musim Raya Aidiladha nie banyak yang buat korban. Zumal setiap tahun menerima sedekah daging korban. Alhamdulillah.

Semalam Zumal dapat daging dari Masjid Tuanku Syed Putra. Hari nie pula dapat daging korban daripada Abang Hambali. 

Bila dapat banyak daging, Zumal mula fikir menu yang sesuai untuk masak semua daging tu. Semalam dah ada sup tulang rusuk. Dan hari nie terfikir nak bakar daging. Tapi nak lain dari yang lain. 

Dalam memunggah dapur terjumpa pes tomyam dan telur mate. Lepas Zumal basuh daging tu dengan tepung gandum. Zumal peram daging bersama pes tomyam, telur mate dan serbuk kunyit. Lepas sejam Zumal bakar dalam oven selama 30 minit. Akhirnya terhasillah menu fusion Daging Bakar Tomyam. Haha...

Daging Bakar Tomyam

Sup Tulang Rusuk 
Inilah antara menu Hari Raya Korban tahun ini yang menyumbang kepada penambahan lelemak. Apa pun, Zumal rasa sangat bersyukur atas rezeki yang Zumal dan tok perolehi. Alhamdulillah... Korang makan apa pula ???

Sebelum terlupa, Zumal turut kongsikan cara hilangkan lelemak DI SINI

BERAT BADAN NAIK???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sedar atau tidak dah pun masuk hari raya kedua kan??? Korang buat korban ke? Kalau tak buat pun pasti korang dapat daging korban juga kan. Kekadang ada orang buat kenduri korban. Sana daging, sini daging dan situ daging kan...

Apa??? Ada yang dah terlebih makan daging? Perut dah mula menggelebeh. OMG. Teruk dah tu. Korang kena singkir semua lemak tu nanti tak comey la kan. Ada awek pun awek lari nanti. Lain la Zumal kan singgle mingle gitu.

Korang jangan la pengsan bila nampak lemak sana sini tu. Dan korang tak perlu operate buang lemak. Ada cara lebih mudah. Sangat mudah. 10 hari korang maintain, korang akan selim melim. Tentu saja jika korang guna LAXATHIN.



Promosi Hebat LAXATHIN

LAXATHIN merupakan produk untuk mereka yang ingin menguruskan badan. Dihasilkan dari sejenis buah yang bernama Garcinia Cambogia. Buah ini terdapat di negara-negara sebelah Asia termasuk Malaysia. Pada kulit buah tersebut terdapat sejenis bahan aktif yang dikenali sebagai Hydroxycitric Acid (HCA) yang merupakan bahan aktif yang terdapat pada buah tersebut.

Sempena Aidiladha ini, syarikat bermurah hati mengadakan promosi hebat LAXATHIN

Harga asal RM97 sebotol. Untuk bulan ini promosi hanya RM60 sebotol. Tetapi tunggu dulu. ada satu lagi promosi hebat.

Beli 2 Percuma 1

Jika anda membeli 2 botol LAXATHIN, anda bayar RM120 dan anda diberi sebotol PERCUMA. Sekali lagi PERCUMA SEBOTOL. Tetapi tawaran ini hanya terhad sahaja. 

Untuk pembaca blog ini, anda akan dapat penghantaran percuma. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. 

Berminat boleh hubungi 012-5747869 (Zumal)

24 Sep 2015

KISAH DAGING KORBAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Aidiladha. Ada yang buat korban hari nie? Alhamdulillah. Yang nak buat esok atau lusa tu jaga haiwan korban korang elok-elok yer. 

Di petang raya nie Zumal nak kongsikan satu kisah. Kisah nie berlaku pada diri Zumal sendiri. Kisah Daging Korban. 

Sure korang tertanya-tanya kenapa dengan daging korban tu kan? Kisah nie berlaku pada tahun lepas. Seminggu lepas raya puasa ditakdirkan peti sejuk di rumah Zumal telah kembali kerahmatullah. Biasa la kalau rumah tak ada peti sejuk nie kiranya tak lengkap la. 

Seksa tau kalau tak ada peti sejuk. Peti sejuk tu dah tak dapat dibaiki. Jadi terpaksa kumpul duit beli yang baru. Dalam hati mengidam yang dua pintu. Fuh. $$$ kena banyak. Ribu gak. 

Lepas raya duit pun bukan banyak dah. Habis untuk beraya jer. Sedar tak sedar tiba pula raya korban. Ditakdirkan pada raya pertama Zumal terima dua tompok daging korban. OMG nak simpan mana? Zumal memang jangka akan dapat tak kurang dari dua. 

Jadi Zumal tanpa buang masa cari idea. Terfikir buat rendang, sup dan bakar. Zumal jemput la sanak saudara yang dekat datang rupanya tak ada, balik Terengganu pula keluarga Pak Andak. Pak Lang ada tapi dorang yang buat korban tu. Dorang pun jenuh makan daging dah. 

Cara penyelesaian makan sendiri ja. Rendang tu panas berulang kali sampai jadi serunding. 3 hari makan daging tanpa henti. Sup dan daging bakar selamat habis raya pertama. Sengkak perut dibuatnya. Rasa bagai lembu korban pun ada. 

Kena perhabis daging tu sebab nak buang banyak pula pantang larang daging korban nie. Jadi itulah pengalaman makan daging tanpa henti. Tok makan sikit ja. Zumal tukang perhabis. Oklah, itulah kisah daging korban Zumal. Peti sejuk dapat juga beli tapi pada awal tahun hari tu sebelum CNY. Syukur la raya nie daging boleh simpan lama. Sekian.

TRAFFIC JAM MALAM RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Aidiladha juga. Malam raya macam nie dah tentu sesak di sana sini. Jalan sesak, bazar raya sesak bahkan blog Zumal pun sesak.

Setiap saat tu adakala 8 dan adakala 11 visitor satu masa. Terkedu juga Zumal fikir apa tujuan mereka singgah berjemaah di blog picisan nie.


Jenuh fikir apa yang dorang cari. Zumal godek2 dan dapat jawapannya.

Rupanya dorang cari Ucapan Hari Raya Korban. Kalau ramai cari tu mesti best kan? Kalau korang nak tau juga klik DI SINI.

23 Sep 2015

CPUV NUFFNANG 114-115

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tengah buat apa tu? Masak rendang atau anyam ketupat? Atau pun ada yang kejar lembu korban. Hah!!!


Alhamdulillah baru-baru nie Zumal tengok akaun Nuffnang Zumal semakin membiak $$$$. Syukur sangat-sangat. Pendapatan sampingan. 






Ada CPUV baru nampaknya. Antaranya ialah Wall's Fruttare dan juga Kate. Wall's Fruttare tu telah menggamit naluri untuk makan. Malam nie nak pergi beli la...




Kate tu makeup terkenal atau lebih dikenali dengan nama Kate Tokyo.




Terima kasih buat pihak Nuffnang dan semua yang sudi berkunjung ke Dunia Zumal. 

ESOK RAYA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kita jumpa lagi dalam siaran kali nie. Bila nak raya, pastinya busy. Zumal pun busy juga pagi tadi. Ingatkan nak cuti je tapi pabila mata hanya nampak $$$ jadi Zumal pun buka juga kiosk tengah hari.

Minggu lepas terkejut juga bila banjir melanda Perlis. Banjir tu kiranya start 16 September pada hari Malaysia tu. Gambarnya ada Zumal kongsikan dalam siaran INI

Perlis mudah sangat banjir. Takut juga jadi sebesar tahun 2010 dan 2011 dulu. Lebih sadis jika raya dalam banjir. Minta dijauhkan la.

Nak cerita kat korang semasa Zumal duk agak banjir macam dah reda tu, sampai masa nak pergi solat Jumaat tetiba kawasan Zumal dah dikepung oleh banjir. Menyelam juga la motor Zumal sebelum sampai masjid. Nasib la antibodi motor tu kuat lagi. Kalau tak nangis la sorang-sorang kat situ. Dalam fikiran rasa macam banjir nie nak naik lagi. 

Nampak macam cetek je, tapi dek sebab pengalaman ada yang dalam. Jalan raya tu rendah sebelah bahu jalan



Walaubagaimanapun, Zumal bersyukur kerana banjir dah pulih sepenuhnya. Budak-budak ja suka main banjir nie. Zumal takut lintah. Kikikiki. Sekian.

Selamat Hari Raya Aidiladha...

21 Sep 2015

UCAPAN HARI RAYA KORBAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari nie dah Isnin, Khamis nie kita bakal menyambut Hari Raya Aidiladha. Kepada yang balik kampung tu hati-hati memandu yer. Hari nie Zumal nak kongsikan ucapan Raya Korban yang sentiasa kita gunakan dari dulu. Ucapan yang tak luput ditelan zaman...

Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat

budak-budak main dilaman,
jaga-jaga main mercun;
seri singgah rumah tuan,
minta sikit daging korban.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan,
Selamat Hari Raya Aidiladha!

Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura2 buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Takbir raya mula bergema,
Ayam itik terus menghilang,
Lembu dan kambing menjadi korban,
Khinzir tersenyum, nasib baik x masuk Islam.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN

19 Sep 2015

DISKAUN 50% BARANGAN SUKAN

New Balance

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Comel tak kasut New Balance tu? Ala bukan Zumal punya pun. Gambar ikhsan pak cik Google. Nak tak kasut baru??? Mai Zumal cerita...

JUALAN HARI SUKAN NEGARA 2015


Kepada korang semua, bermula hari ini sehingga 18 Oktober 2015 adalah Jualan Hari Sukan Negara. Jadi kepada korang yang nak miliki barangan sukan baru inilah masanya kerana diskaun yang diberikan sehingga 50%. Sumber nie Zumal dapat daripada Buletin 1.30 tadi. 

Jualan Hari Sukan Negara ini adalah bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2015 yang bakal disambut pada 10 Oktober 2015 nanti. Hari Sukan Negara bakal dijadikan acara tahunan bermula pada tahun ini. Pada setiap tahun ia akan disambut pada setiap hari Sabtu kedua bulan Oktober. 

Antara rakan niaga yang ambil bahagian dalam Jualan Hari Sukan Negara 2015 adalah Reebok, Royal Sporting House (RSH), Asics, Al-Ikhsan, Adidas, New Balance, Explorer Outfitter, Under Armour, Garmin, UFL, World Of Sports (WOS) dan Urban Adventure.

Selamat Hari Sukan Negara 2015, Majulah sukan untuk negara...

#Kalau korang di sekitar Klang boleh terjah kedai ayah Zumal di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah. Nama kedai AMS Bayu Enterprise. Banyak produk New Balance kat kedai ayah...

18 Sep 2015

TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY BY ANIES

Klik Untuk Join
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai, terkezut tak Zumal join giveaway tudung??? Hehe Anies tak letak syarat jantina kan jadi apa kata kita sama-sama support giveaway Anies nie.

Disebabkan syarat Anies kena cerita pasal tudung. Jadi Zumal nak cerita pengalaman Zumal dengan tudung. Ok. Kisah ini berlaku masa tahun 2009. Zumal terbaca tentang pinjaman perniagaan di akhbar. Zumal apply dan dapat. Bukan terus dapat duit tapi Zumal dapat praktikal di sebuah pengeluar tudung terkenal di utara. Sebab dapat praktikal di situ kerana Zumal minta loan bisnes untuk jual aksesori wanita. Kerana lepas keluar UUM Zumal dah buka perniagaan aksesori wanita macam brooch, manik-manik, gelang dan sebagainya.

Bila dapat praktikal di Zinni Collection di Alor Setar tu baru la bermula pembelajaran Zumal tentang tudung. Sebab sebelum tu Zumal belum pernah jual tudung. Zinni merupakan pengeluar dan pemborong tudung, pakaian dan aksesori wanita. Zaman tu glamour Tudung Siti Nurhaliza, tudung yang ada awning silk dan macam-macam lagi la. Lama dah tinggal jadi Zumal pun lupa.

Pengalaman manis berniaga tudung nie, Zumal pernah di bawah oleh syarikat untuk promotion antaranya di Persidangan Agung UMNO 2009 di PWTC dan di Jualan Raya di Jitra Mall. Tak percaya? Tengok gambar booth jualan Zumal masa tu.



Paling tak dapat dilupa adalah masa praktikal tu Zumal kena pakai baju korporat warna pink tau. Untuk staf perempuan kena pakai baju tu beserta tudung pink. Zumal pakai tudung tak? Pernah tau semasa di Jitra dulu sebab customer nak tengok. Tapi gambar dan tak ada la. Tengok gambar berbaju pink aje yer.


Camne? Menarik tak kisah Zumal. Apa pun Zumal join untuk support jer. Ikhlas dari hati. Hehe... Korang yang baca tu wajib join ^-^

17 Sep 2015

MINDA KITA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga hari ini adalah hari yang indah buat korang. Insha Allah. 

Minda Ibarat MAGNET


Apa yang kita fikirkan, itulah yang kita akan nampak. Lagi kita berfikir, ia semakin banyak nampak, lagi kita fikir, ia semakin “menarik” banyak lagi dan lama-lama ia menjadi sebati serta menjadi REALITI.

Jika FOKUS tu perkara POSITIF, best dan menggembirakan dan kita gembira serta bersyukur dengannya, maka itulah yang semakin banyak kita akan nampak.

Begitulah sebaliknya, kalau FOKUS NEGATIF & MASALAH, maka “jawablah” sendiri lebih banyak masalah & negatif menjadi realiti dalam hidup mereka. Sumber.

Minda Positif


Sebagai usahawan atau pun bukan kita seharusnya berminda positif. Kerana setiap kali kita berfikir kepada positif kita akan jadi lebih kuat dan semangat. Andai kita pekerja yang berfikir negatif pasti sentiasa malas bekerja, ada saja alasan. Begitu juga usahawan pasti tak akan maju.

Bila kita positif, kita nampak masa depan yang cerah dihadapan walaupun sedar adanya rintangan bakal mendatang. Kita akan lebih fokus agar rintangan boleh dihadapi. Yang penting kejayaan yang kita impikan tu.

Setiap langkah pasti bermula dengan bertatih dan bukannya berlari. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Nak jadi PM pun bermula dari bawah. Begitu juga nak jadi CEO. Bermula dari bawah membuatkan kita lebih arif tentang selok belok kerja atau apa saja. Begitulah jika kita bergiat dalam bisnes konvensional dan networking, bermula dari A dan menuju ke Z. Kita akan lebih matang sebagai leader. Organisasi kita pasti bertambah kukuh.

Yang pasti tiada jalan pintas untuk berjaya. Tetapkan tekad, bermulalah sekarang apa yang korang fikirkan. Insha Allah pasti kejayaan menanti. 

Lagi topik berkaitan DI SINI


PERLIS BANJIR???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie suasana di Perlis hujan lebat sehingga masa entri ini ditaip. Bila hujan faham-faham saja apa bakal berlaku. Banjir. Sistem terowong banjir ala smart tunnel masih dalam pembinaan jadi banjir masih belum dapat dicegah. Setakat sekarang kawasan yang dinaiki air adalah Panggas, Repoh dan Kurong Batang.

Sungai Repoh

Sungai Repoh

Panggas

Panggas

Gambar-gambar diatas telah di ambil dari group facebook Perlis. Semoga banjir tidak berlarutan ke kawasan lain dan tidak berpanjangan. Insha Allah.


16 Sep 2015

KERJA





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat Hari Malaysia. Kerja. Siapa di sini yang bekerja? Pasti ramai yang bekerja. Nak tanya korang, perlukah kita kerja sepanjang hidup???


BERKERJA BERTERUSAN DENGAN TEKUN SELAMA 3 TAHUN DAN KORANG BOLEH BEREHAT SEPANJANG HIDUP KORANG...


Korang nak??? Mungkin dengan sertai Zumal korang mampu lakukan kurang 3 tahun, mungkin 1 tahun, mungkin hanya beberapa bulan. Berminat? Terus WhatsApp Zumal 'saya ingin kerja hebat' ke 0125747869.

CPUV NUFFNANG 112-113

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat Hari Malaysia buat semua. Alhamdulillah semalam semasa Zumal intai di akaun Nuffnang rupanya ada 2 CPUV terbaru yang menghiasi ruang di blog Zumal. Syukur sangat.


Terima kasih buat pihak Nuffnang dan tak lupa pada korang semua yang terus menyokong kewujudan Dunia Zumal ini. 

15 Sep 2015

BUKAN SESIAPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah semalam hujan sepanjang malam. Moga dapat menyuci segala kotoran dan jerebu. Insha Allah...

BUKAN SESIAPA


Pemilik blog Dunia Zumal bukanlah sesiapa. Insan biasa yang serba kekurangan. Zumal bukan insan sempurna mana. Perjalanan hidup Zumal juga tiada yang dapat dibanggakan. Dari sudut hati ini Zumal malu untuk orang kenal Zumal. Lebih malu jika orang kenal siapa Zumal masa dulu.

Perjalanan hidup Zumal memang tak mudah. Tapi tiada kesedaran dalam diri untuk mengubahnya menjadi lebih baik. 

Zumal hidup sejak kecil bersama arwah tok wan dan juga tok. Berjauhan dengan ibu bapa. Bukan ditinggalkan tapi Zumal memang pilih tok wan. Keakraban tu lebih dengan tok wan. Tok wan dah pencen masa tu, tok wan boleh bela. Kalau tinggal dengan parent pengasuh yang jaga. Malam baru nampak parentnya. 

Manja. Cucu yang cukup manja dengan tok wan. Kalau tak nampak muka tok wan sekejap pasti Zumal meraung. Dari tadika sampai darjah satu tok wan teman. Masa rehat makan dengan tok wan. Manja sangat. Nak beli kat kantin pun tak tahu.

Minat. Zumal nie hobi lain dari orang lain. Mungkin hobi korang kumpul setem, kumpul kotak mancis, main layang-layang, dan macam-macam lagi kan. Tapi Zumal lain sikit. Kenapa? Zumal jadikan berniaga sebagai hobi. Tu pun setelah darjah 6. Dah tau belanja kiranya. Semua benda fikir nak jual ja.

Sampai satu tahap tok wan buatkan kedai mini untuk Zumal di depan rumah. Disebabkan masa tu kedai runcit di kawasan kampung Zumal tinggal dah tutup jadi kedai Zumal pun berganjak jadi seperti kedai runcit. 

Simpan. Alhamdulillah bisnes memang laku. Duit pun sentiasa tebal sebagai pelajar sekolah. Masuk sekolah menengah siap jual di sekolah. Lagi la banyak income Zumal. Tapi kalau korang nak tau Zumal nie tak pernah menyimpan. Ada duit belanja sampai habis. Beli mainan. Maklum la budak2 lagi. 

Masa dah masuk universiti Zumal kenal pula bisnes topup dan mlm. Tu pun laku juga. Hidup kat hostel nie macam setiap masa orang berjaga. Setiap masa ada orang ketuk pintu bilik nak beli topup. Mlm masa tu Zumal join CNI. Senior dari Kelantan yang kenalkan. Teringat pula kat dia dan roommate dia. Roommate dia tu antara insan yang jadi korban masa peristiwa Lahad Datu, sedih bila teringat arwah. Kami sebaya. Dia suka mengusik dan lucu orangnya. 

Ha, kalau nak tau sampai kat universiti buat bisnes tapi simpan tu haram seduit pun tak ada. Bila difikir semula betapa ruginya masa dan wang ringgit yang berlalu. Kalau simpan maybe dah dekat status jutawan kot.

Pengalaman. Lepas keluar universiti Zumal terus berniaga. Buka kedai di Kompleks Kangar yang lebih dikenali pejabat Mara Negeri Perlis. Alhamdulillah menjadi. Simpan. Memang tak. Buang jer. Jalan-jalan setiap minggu dengan bekas tunang. Siap sewa kereta lagi. Alahai. 

Dulu tak rasa. Sekarang baru terasa betapa ruginya. Itulah pengalaman. Zumal berniaga sampai arwah tok wan meninggal. Stop. Pindah di Klang, kerja. Mulanya pergi kerana sepupu tawar kerja. Pergi sana tak ada kerja seperti dijanjikan. Hanya kosong kerja welding. Yang tu memang Zumal tak pernah belajar. Dan memang tak boleh la.

Di sana Zumal kerja sebagai jurujual DNMC. Tahu ke apa tu? Ala yang jual kupon diskaun tu. Kalau korang jumpa bebudak jual, beli la memang berbaloi dengan RM yang korang keluaarkan tu. DNMC nie tak tipu. Iklan pulak.

2012 balik Perlis kerja di syarikat kawan. Dulu la kawan kot. 7 bulan di situ. Dia yang call suruh Zumal balik tolong setup kedai dia. Janji orang kekadang tak boleh pakai pun.

Tinggal kerja tu kerja di kedai serbaneka sebulan kemudian dapat kerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis sebagai Pekerja Sambilan Harian. Alhamdulillah kekal beberapa tahun. 1 November 2012 sampai bulan puasa lepas. Lama juga. Sempat selit bisnes juga masa tu. Memang nasib badan la sebab tak ada kesedaran menyimpan.

Sekarang berniaga semula. Insha Allah akan Zumal perbaiki kelemahan lalu. Terima kasih Abang Fauzi kerana beri tapak untuk Zumal tumpang berniaga.

PERANCANGAN MASA DEPAN


Melihat pembangunan Perlis pun makin pesat. Abang Fauzi ingin membuka cawangan di Giant Kangar. Moga ada rezeki Zumal juga berniaga di dalam Giant tu nanti.

Selain tu Zumal ada dapat peluang lagi. Bisnes juga. Zumal nampak ianya berpotensi untuk dikembangkan lagi. Zumal juga ingin buka peluang ini kepada korang yang berminat. Bisnes networking yang dah kukuh. Memang dikenali tapi tak banyak yang tahu pasal peluang yang ditawarkan. Berminat nak tahu? Terbuka untuk yang betul-betul serius ja. WhatsApp Zumal 0125747869...



14 Sep 2015

MAKSUD SEO

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari nie hari permulaan minggu yang indah. Semoga korang semua memulakan tugas dengan baik. Hari nie Zumal nak kongsi tentang maksud SEO.

APAKAH MAKSUD SEO


Pengoptimuman enjin carian ataupun search engine optimization (SEO) ialah proses untuk memperbaik jumlah dan kualiti lalu lintas dari enjin carian  ke sesuatu laman sesawang melalui hasil carian "semula jadi" ("organik" atau "algoritma"). Biasanya, lebih awal sesuatu laman sesawang yang dapat dikemukakan dalam laman hasil carian atau lebih tinggi "tempat"-nya, lebih banyak trafik yang akan mengunjungi laman itu. SEO juga menyasarkan berbagai-bagai jenis carian, termasuk carian imej, carian setempat, dan carian menegak khusus industri.

Sebagai strategi pemasaran untuk meningkatkan kaitan sesuatu laman sesawang, SEO mempertimbangkan bagaimana algoritma carian berfungsi dan apakah para pembaca sedang mencari. Usaha SEO melibatkan pengekodan, penyampaian dan struktur laman sesawang, serta juga penyelesaian masalah yang boleh menghalang atur cara pengindeksan enjin carian daripada backlink sepenuhnya sesuatu tapak.

Usaha-usaha lain yang lebih ketara termasuklah menambahkan kandungan kepada sesuatu laman sesawang dan memastikan kandungan itu mudah diindeks oleh robot enjin carian, selain daripada membuatkan laman sesawang itu lebih menarik kepada para pengguna. Satu kelas teknik yang dikenali sebagai SEO Black Hat atau pengindeksan spam mempergunakan kaedah seperti ladang pautan dan penyumbatan kata kunci yang cenderung menjejaskan pengalaman pengguna enjin carian. Justeru, enjin carian mencari-cari laman sesawang yang mempergunakan teknik ini dan menyingkirkannya daripada senarainya.

Parap "SEO" juga boleh merujuk kepada "pengoptimum enjin carian", sepatah istilah yang telah digunakan oleh industri perunding yang menjalankan projek pengoptimuman bagi pihak pelanggan, serta juga oleh para pekerja yang melakukan perkhidmatan SEO sendiri.

Para pengoptimum enjin carian boleh membekalkan SEO sebagai suatu perkhidmatan tersendiri atau sebagai sebahagian kempen pemasaran yang lebih luas. Oleh sebab SEO yang lebih berkesan mungkin memerlukan perubahan kod sumber HTML bagi sesuatu tapak, maka taktik SEO boleh digabungkan ke dalam pembangunan dan reka bentuk laman sesawang. Istilah "mesra enjin carian" boleh dipergunakan untuk menghuraikan reka bentuk, menu, sistem pengurusan kandungan dan kart beli-belah yang boleh dioptimumkan dengan mudah. Diubahsuai dari Wikipedia.

Bagi para blogger seperti Zumal sememangnya mengimpikan SEO yang baik untuk blog masing-masing. Setelah belajar bersama rakan #bloggerutara Zumal juga dapat meningkatkan peratusan mesra SEO Zumal dari 38% ke 68% dan kini 89%. Alhamdulillah. Semak SEO blog DI SINI.


Usaha ini sedikit sebanyak bagi membantu Zumal menyerlahkan blog Dunia Zumal kepada umum dan meningkatkan potensi pengiklanan di blog ataupun potensi pendapatan melalui iklan yang memerlukan trafik yang baik di blog. Semoga ianya berhasil. Insha Allah. 

13 Sep 2015

CARA ATASI BAU KETIAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bau ketiak atau badan berbau adalah masalah besar buat kita semua. Kenapa? Ia menyebabkan kita hilang keyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat. Ia juga mungkin dapat memberi impak kepada hubungan kita bersama pasangan atau pun rakan taulan. Bau busuk pasti semua orang tak nak dekat. Korang ada masalah ketiak berbau atau badan berbau? Adakah korang ingin atasi bau bau ketiak? 

Hari ini Zumal nak kongsikan cara untuk atasi bau ketiak. Paling senang nak faham ialah cara hilangkan bau busuk ketiak. Negara kita sebuah negara beriklim khatulistiwa yang sentiasa panas, pastinya badan kita mudah mengeluarkan peluh. Bila peluh sudah pasti ia menyumbangkan kepada bau badan. Paling ketara ialah ketiak.

Cara paling mudah untuk hilangkan bau ketiak kenalah selalu mandi. Tapi larat ke nak mandi selalu? Lagi pun kekadang tu kita dalam masa bekerja. Jadi bagi korang yang punyai masalah bau ketiak nie, cubalah gunakan deodorant. Deodorant nie banyak pilihan dalam pasaran Malaysia. 

Pada pagi ini Zumal nak kongsikan ada produk deodorant yang paling hebat di dalam pasaran. Kenapa hebat? Ia hebat kerana bau wangi deodorant itu boleh bertahan sehingga 48 jam walaupun korang mandi. Ketiak korang akan kekal wangi. 

Tahukah bahawa kebanyakkan produk deodorant di pasaran mengandungi alkohol. Bila ada alkohol pastinyan ianya haram. Selain itu ada produk deodorant dalam pasaran mengandungi lemak haiwan dan juga uri khinzir. Usahlah terpedaya lagi. Kini Zumal syorkan korang berubah kepada Deodorant and Antiperspirant Roll-on.


Deodorant and Antiperspirant Roll-on didatangkan dalam botol 100ml. Selain produk ini halal dan tahan wangi sehingga 48 jam, satu botol deodorant ini dapat bertahan sehingga 6 bulan penggunaan. Pastinya ia menjimatkan wang korang kan???

Selain itu deodorant ini juga tidak mempunyai bahan pemutih serta tidak meninggalkan kesan putih pada baju seperti produk deodorant lain dalam pasaran. Ia juga mengandungi Lichen Plus yang dapat mencegah bakteria.

Paling penting apa yang korang patut tahu produk nie ada jaminan wang korang akan dikembalikan jika korang tak berpuas hati dengan kualitinya. Jadi perlukah korang takut untuk mencubanya? 

Bagaimana? Korang ingin mencubanya? Jangan risau harganya amat berpatutan dan mampu dimiliki semua. Ia juga berbaloi untuk wang korang. Setahun beli 2 je. Jenama lain sebulan sekali kena beli. Apa tunggu lagi, WhatsApp or SMS 0125747869 untuk order. 

12 Sep 2015

RISAU


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari nie Zumal kembali berniaga setelah 2 hari bercuti kerana demam. Namun begitu kiosk perniagaan Zumal hanya tutup satu hari kerana rakan Zumal menggantikan Zumal semasa Zumal bercuti. 

Alhamdulillah setelah mula berniaga tengah hari tadi jualan juga diluar jangkaan Zumal. Syukur sangat. Tapi dalam keseronokan berniaga Zumal rasa risau pada tok yang hanya ditemani kucing di rumah. Hari rabu lepas tok jatuh lagi. Dan keadaan tu membuatkan tok tak mampu berjalan dan berdiri lama. Tok tak berupaya urus dirinya seperti selalu. Risau tentang makan minumnya di rumah. Moga tok sentiasa dilindungi Allah semasa ketiadaan Zumal. Amin...

SALAM SANTAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta. Celik je mata pagi nie apa yang korang fikir yer? Adakah keputusan pilihanraya Singapura semalam atau keputusan perlawanan bola sepak antara JDT 2 dan Kedah? Apa pun korang fikirkan yang paling penting bersyukurlah kerana korang masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas pagi ini...

Alhamdulillah Zumal pun sangat bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik dan dapat meneruskan perjuangan hidup seterusnya. Moga Zumal kembali seperti sedia kala dan berpeluang mencari rezeki yang halal buat keluarga. Insha Allah.

Rutin kebiasaan untuk Zumal di pagi hujung minggu adalah pergi ke pasar tani. Beli stok makanan sekadar termampu atau bagi memenuhi menu minggu hadapan. 

Rasanya Zumal nak beli telur ayam dan ayam jer. Mungkin ada sedikit sayuran. Sekarang nie Zumal mula biasakan makan sekali sahaja makanan berat pada siang hari dan pada malamnya dinner bersama telur rebus. Sihat ke menu camtu??? Insha Allah.


11 Sep 2015

ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kenapa la Zumal asyik tenggelam timbul kan??? Bukan masalah kesihatan tapi internet Zumal yang kurang stabil. Alasan je kan?

Kalau korang nak tahu malam Khamis minggu lepas Zumal cuba urutan tradisional untuk merawat kesakitan kaki yang Zumal alami. Setahu Zumal inilah sakit yang paling besar Zumal rasai selepas sakit hati. Hehe... Alhamdulillah setelah seminggu kaki Zumal dah beransur sembuh walau kekadang datang juga sakit tu tapi tak seteruk dulu sehingga keluar air mata. Syukur sangat.

Namun begitu, hari ini dan semalam Zumal demam selsema yang agak teruk. Zumal pun tak berniaga untuk dua hari. Semoga esok adalah lebih baik. 

10 Sep 2015

CPUV NUFFNANG 108-111

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama betul Zumal tenggelam yer. Insha Allah Zumal akan kembali seperti biasa. Rasanya segala masalah dah dapat Zumal atasi serba sedikit. Alhamdulillah.

Selama tak bersiaran nie rupanya Nuffnang tetap setia memberi iklan-iklan baru. Syukur sangat. Terima kasih Nuffnang dan terima kasih kepada pengunjung setia blog Dunia Zumal. Tanpa korang siapalah Zumal...


3 Sep 2015

JEREBU DI PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Rasanya dah minggu kedua Perlis menghadapi jerebu. Walaupun ada kalanya hujan melanda tapi jerebu nie seperti degil.

Dua hari lepas Zumal demam dan selsema akibat cuaca yang tak berapa sihat macam nie. Pagi tadi semasa keluar dari rumah untuk ke tempat berniaga kelihatan suasana keliling agak kabur. Berjerebu teruk. 



Indeks Kualiti Udara

Setelah sampai di tempat berniaga Zumal sempat semak indeks kualiti udara atau ipu bagi Kangar adalah 107 iaitu pada tahap kuning bermaksud udara tidak sihat. Berbanding pukul 7.00 pagi hanya sekitar 101 sahaja.

Jika korang nak mendapatkan bacaan semasa indeks kualiti udara di tempat korang boleh la semak di SINI.

Aplikasi di smart phone Zumal juga beri amaran bahawa hari nie tahap pancaran UV juga amat tinggi di Kangar. Kalau nak keluar perlulah pakai pakaian yang dapat melindungi kulit.



Kepada korang semua, kurangkanlah aktiviti di luar bangunan yer. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat korang.

2 Sep 2015

MY NAME IS SNOW

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam sebelum tidur Zumal sempat ambil beberapa gambar Snow beraksi. Nakal Snow nie, panjat sana sini. Gambar nie masa Snow teringin panjat dinding. Awak kucing bukannya cicak atau labah-labah. Mana boleh panjat dinding.