DERITA INI

Derita Ini

Bukan aku tak mahu
Bukan begitu
Tapi aku tak mampu
Tak mampu menahan
Gelora yang melanda
Yang tak ku duga
Tapi
Tapi ia menjelma tiba-tiba

Derita
Kini aku derita
Melalui liku penuh berliku
Menongkah arus yang deras

Derita
Aku terus menderita
Mendaki gunung-gunung kehidupan
Menjalari simpang siur perjalanan

Derita ini
Tak dapat aku elakkan
Tak mampu aku gambarkan
Hanya Dia yang Esa memahaminya...

Nukilan : Dunia Zumal

Comments

  1. BERSABARLAH DGN DUGAAN-NYA INSYAALLAH

    ReplyDelete
  2. Asalam usah sedih2 ya Zul...

    ReplyDelete
  3. Moga derita diganti dengan bahagia

    ReplyDelete
  4. saat kolam derita berkocak
    dengan galau hati beralun
    sulam derita dengan sabar,
    ikhlas rasa menanti rahmat
    kerana derita itu bahagia
    pada jiwa seorang hamba

    ReplyDelete
  5. semoga Allah permudahkan urusan

    ReplyDelete
  6. derita kita, cerita pada sesiapa pun takkan ada yang mengerti. kena balik pada Dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts