28 Jan 2016

DULU

Dulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam masa jadi stalker di facebook sendiri terjumpa beberapa blog lama. Ada yang Zumal klik tapi tak jumpa blog tu. Akhirnya blogger profile dan terpampang list blog Zumal yang dulu bukan yang sekarang. Macam lirik tegar pulak. Kalau korang nak tau Zumal sendiri tak ingat yang Zumal dah ada blogger profile sejak tahun 2010. Seingat Zumal masa Zumal buka cyber cafe dulu tahun 2011 dah. Maknanya masa arwah tok wan ada Zumal dah ada blog. Tapi tak ingat langsung. Macam semua data dalam otak nie hilang kesemuanya. Walaupun korang rasa pelik tapi itulah Zumal. Mungkin faktor umur macam geng Komuniti Blogger Utara duk sebut. Maybe virus tu dah makan beberapa data sehingga tak dapat detect. Bukan virus dalam pc tu tapi dalam otak. 

Tak apa la. Ku tinggalkan bersama kenangan. Sekarang kena pandang ke hadapan dan jaga Dunia Zumal ini elok mungkin boleh perturun kat anak cucu. Eh bila aku kahwin. Yea tak yea kan. Biarlah. Maybe kucing Zumal continue buat blog nie kan. Opps. Sorry la entri hari nie sememangnya merepek je. Entri yang tak ada asas. Hahaha. Terima kasih kerana menyokong Dunia Zumal. Tanpa korang siapalah diri ini. Sekian. 

27 Jan 2016

SEGMEN 1 : PERMATABIRU- JOM FOLLOW BLOG SAYA

Klik Untuk Join


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tengah buat apa ya? Berehat ke? Jom sambil2 tu join segmen anjuran blogger Permata Biru nie. Sehingga 29 Januari je k. Cepat sebelum terlambat k. Nak join, klik banner kat yer...

MENU SIHAT : LEPAT PISANG PROTEIN


Menu Sihat 

LEPAT PISANG PROTEIN DAN SIRAP BANDUNG PROTEIN DENGAN BUAH NAGA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Berjumpa lagi kita dalam ruangan menu sihat hari ini. Menu protein ini dapat kita jadikan sebagai sajian sarapan dan minum petang. Selamat menjamu selera.

Menu mengandungi Protein Nutrilite dan Positrim.

26 Jan 2016

JADUAL KTM KOMUTER SEKTOR UTARA 2016


JADUAL KTM KOMUTER SEKTOR UTARA 2016

Jadual Waktu KTM Komuter Sektor Utara 2016
Jadual Tambang KTM Komuter
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sempena cuti CNY yang bakal menjelma tak lama lagi, hari nie Zumal kongsikan jadual terkini KTM Komuter Sektor Utara iaitu untuk Butterworth ke Padang Besar dan Padang Besar ke Butterworth. Tahun lepas ada perkhidmatan ETS. Sekarang perkhidmatan itu telah diganti dengan Komuter. Sama laju ja.

Apa yang menarik KTMB telah menambah bilangan perjalanan yang mana sebelum nie jika masa ETS dulu hanya 1 trip pagi dan 1 trip petang sahaja kini ianya ditambah lebih banyak untuk hujung minggu serta hari kelepasan am dan acara khas. Untuk anda yang nak berjalan-jalan tanpa jem pada musim perayaan, Komuter adalah pilihan terbaik.

Jadual terkini perjalanan KTM Komuter ini telah bermula sejak 17 Januari 2016. Semua secara kebetulan Zumal ke Stesen KTM Arau untuk semak jadual petang tadi. Ahad nanti Zumal nak ke Penang untuk bersama rakan Komuniti Blogger Utara di Wonderfood Museum Penang. Nantikan review kami yer. Sekian.

21 Jan 2016

BERUBAH ANGIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tahun lepas Zumal buat keputusan paling besar dalam hidup dengan berhenti kerja dan fokus berniaga. Tahun 2016 nie Zumal sekali lagi ambil keputusan gila-gila. 


Mesti ada yang nak tau keputusan apa kan? Tak ada? Takpe dengan tak malunya Zumal nak cerita juga k. Tahun 2016 nie Zumal tak lagi berniaga di kiosk. Fokus untuk memberi peluang kepada orang lain juga. Peluang untuk sama-sama berjaya. Zumal nak masa lebih bebas. Sebelum nie ingat berniaga secara konvensional nie lebih lapang. Lapang juga kerana tiada yang mengarah tapi masa untuk tok di rumah jadi macam kerja dulu juga. Tok tak sihat jadi Zumal kena selalu bersama tok. Siapkan apa yang patut. Keluar rumah bila ada keperluan atau appointment jer.


Alhamdulillah setelah Zumal cuba berubah angin kepada bisnes baru nie, masa lebih memihak kepada Zumal. Zumal hanya peruntukan masa yang panjang di rumah. Cuma pada hari Isnin dan Khamis guna masa diluar lebih sikit. Insha Allah suasana ini masih baru untuk Zumal moga tok pun faham.

Cuma bulan February nanti agak sibuk. Zumal harap sangat tok dikurniakan kesihatan yang baik. Zumal perlu  bergerak jauh dari Perlis untuk membina bisnes baru Zumal. Semoga dipermudahkan urusan bisnes kali ini. 

20 Jan 2016

MENU SIHAT : BEBOLA DONAT PROTIEN


MENU SIHAT

BEBOLA DONAT PROTIEN DAN MINUMAN KOCAK PROTIEN COKLAT PANAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini minggu kedua perkongsian resepi menu sihat untuk panduan pemakanan korang. Semoga perkongsian Zumal membantu korang mengamalkan pemakanan sihat. Selamat menjamu selera.

Menu mengandungi Protein Nutrilite dan Positrim.

18 Jan 2016

ROCKSTARZ BURGER PENANG

Rockstarz Burger 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada hari Ahad yang lalu Zumal bersama Geng Blogger Utara telah berkunjung ke Restoran Rockstarz Burger di Penang. 

Menu Rockstarz Burger 
Kalau anda nak tahu Rockstarz Burger bertemakan rockers tau. Sesuai dengan slogan mereka 'Rock Your Mouth' . Menu di Rockstarz Burger juga berinspirasi daripada nama band terkenal seperti Wings (The Wings) , Search (The Search), Santana (The Santanaz) dan Metallica (The Metallicheeze). Selain tu bila anda masuk je ke dalam restoran ini anda bagai meneroka kembali zaman kegemilangan rock suatu masa dulu bila melihat hiasan-hiasan dinding Rockstarz Burger ini. Teruja sioooot.

Rockstarz Burger 
Kalau anda nak tahu, patty burger ni adalah dibuat sendiri oleh Rockstarz Burger. Kalau sekali anda makan sure dah tak pandang dah burger segera kat luar sana. Pada malam tu Zumal cuba menu The Rockstarz. 
The Rockstarz pilihan Zumal
Gaya ja lebih 
Setelah The Rockstarz masuk ke mulut Zumal nie, tak terucap dek kata-kata beb. Cuma boleh cakap pewiiiiiiiiiit. Sedap tak terungkap! Keenakkan sos istimewa ada manis-manis bergabung dengan patty yang rangup serta cheese sangat menghiburkan perut Zumal nie. Tambahan pula Zumal nie hantu cheese. Sedap sehingga menjilat jari...  

Tengok hidangan kami dah sampai

Pelbagai aksi rakan-rakan Blogger Utara menikmati burger masing-masing tau. Kita dapat gambarkan kesedapannya tau. Menu yang kami pilih berbeza antara satu sama lain. 
The Red Hot Curry Chilleez

The Wings

The Carbonara Romance 

Pha Is menikmati The Red Hot Curry 

Murni pula menikmati The Metallicheeze 

Nak tahu lebih lanjut tentang menu-menu lain yang rakan-rakan Blogger Utara cuba nanti Zumal sertakan link review dari mereka yer. Lagi satu korang kena tahu sebelum order burger di Rockstarz Burger nie korang boleh pilih antara Slow Rock (single), Hard Rock (double) dan Heavy Metal (triple).

Selain burger  anda juga boleh order menu tambahan seperti fries, onion ring, meatballs dan macam-macam lagi tau. Air pun banyak pilihan tau...

Meatballs 

Onion Ring

Restoran Rockstarz Burger nie Zumal bagi 5 bintang tau. 5/5 ok. Dari segi kebersihan restoran nie sangat bersih manakala pemilik dan crew restoran sangat peramah kepada pelanggan. Memang terbaik laa...

Wajib bergambar sebelum balik

Khusyuk memasak brader kita nie 

Crew Rockstarz Burger 

Bergambar bersama tauke pula

Untuk pengetahuan anda, di Restoran Rockstarz Burger nie kadang kala ada band-band yang membuat persembahan tau. Untuk info anda boleh rujuk di laman facebook Rockstarz Burger. Kalau tak ada band pun anda tetap didendang alunan irama rock yang ohsem sepanjang masa menjamu selera di sini. Let's Rock Your Mouth!!!

Rockstarz Burger 
118 Taman Tunas Muda, 
Jalan Dato' Ismail Hashim,
11900 Sungai Ara,
Pulau Pinang
019-429 9309 (Sg. Ara)
016-446 6036 (Ayer Itam/ Greenlane)

Masa Operasi
5.00pm -1.00am 
Isnin hingga Ahad 



Review Rockstarz Burger Dari Geng Blogger Utara

Aisha | Eyda | CP | El | Nina | Alia | Murni | Zafirah | SYM | Pha Is


REAL OR PRANK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam masa tidur nyamuk banyak sangat. Kebetulan ubat nyamuk terlupa nak beli. Bermulalah aksi smash ke sana sini ala Datuk Lee Chong Wei gitu. Akhirnya terlelap juga. 

Tapi dalam jam 3.00 pagi Zumal terjaga disebabkan nyamuk berbisik kat telinga. Hai kacau betul nyamuk nie kan. Pastu mula teringat pernah nampak apps mosquitoes repellent kat Google Play Store. 

Bila Zumal search banyak pula pilihan. Yang ada perkataan prank tu Zumal abaikan je la. Tetiba nampak satu ikon nyamuk yang macam comel jer. Zumal download. Tak sampai 2MB pun. Tak rugi data dan space. 


Inilah aplikasinya. Tak sangka nampak simple tapi berfungsi beb. Telefon Zumal jadi ubat nyamuk. Aplikasi nie keluarkan bunyi. Zumal pilih 10kHz je. Berhasil. Nyamuk takut. Jadi malam ku tenang tanpa nyamuk. Alhamdulillah.

16 Jan 2016

CAPATI KOLA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat menyambut hari Depavali kepada yang beragama Hindu. Kepada yang lain selamat bercuti yer. Dah sarapan ke belum? Belum???

Capati Kola


Kalau korang ada di Kuala Perlis, Zumal nak sarankan korang bersarapan di warung Capati Kola. Warung nie masih baru lagi. Kalau nak cari warung nie, ia terletak di hadapan 7 Eleven Kuala Perlis dan di seberang jalan Taman Bukit Kubu. Kalau dari jeti Kuala Perlis cuma jalan terus saja sehingga hampir ke simpang jalan masuk ke Taman Bukit Kubu sebelum simpang tiga ke Kampung Wai.

Warung Capati Kola

Capati Kola

Capati Kola

Di Warung Capati Kola nie korang boleh pilih kuah daging atau kuah sardin. Masa Zumal pergi pagi semalam Zumal makan kuah daging. Kuahnya memang power. Sedap ooo...

Warung Capati Kola nie, dibuka setiap hari Sabtu hingga Khamis dari jam 7.00 pagi hingga tengah hari.

Selfie bersama tauke Capati Kola
Sebelum balik Zumal sempat berselfie dengan tauke Warung Capati Kola, Encik Rozuli atau nama glamournya Che Li. Ok semua, selamat bersarapan yer...

LOKCHING PALING MURAH DI PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Zumal sejak akhir-akhir nie jatuh cinta dengan makanan segera yang dipanggil lokching yang popular kat negara jiran iaitu Thailand. Kalau nak makan di Thailand mungkin ada keraguan tentang kehalalan produk tu. Tapi sekarang produk keluaran Malaysia pun bercambah di dalam pasaran. Tempat Zumal berniaga juga merupakan pembekal utama barangan frozen seperti sosej, crab finger, nugget, patty burger dan sebagainya. Orang Perlis semua tahu Pasaraya Hafifah. Pasaraya besar milik bumiputera.

Ok sekarang kita masuk pula pasal lokching paling murah di Perlis. Biasanya lokching nie orang jual dari RM1.00 hinggalah ke RM3.00. Tapi bertempat di Taman Sena Indah Kangar, lokching yang dijual pada kadar yang sama iaitu RM1.00 . Jadi korang belilah banyak mana korang suka. Pelbagai pilihan yang dijual semuanya hanya RM1.00. Murah kan?

Dekat mana? Lokching ini dijual di dalam foodtruck yang sentiasa mengambil lokasinya di hadapan Ar Rahnu Perlis iaitu tempat parking yang pada siangnya lokasi jualan air kelapa, rojak, laksa dan lain-lain. Kebiasaannya mereka beroperasi daripada pukul 6.00 petang hingga ke lewat malam. Jadi kalau korang terasa lapar memalam tu jangan lupa terjah foodtruck ini. Pastikan ianya menjadi pilihan korang selalu yer. Selamat menjamu selera.





HOMESTAY MURAH DI PERLIS

HOMESTAY PERLIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cuti hujung tahun dah bermula pasti ramai yang berjalan-jalan, cuti-cuti Malaysia kan. Zumal nak tanya ada tak yang nak bercuti di Perlis??? Dah ada penginapan ke belum??? Kalau belum mai Zumal nak syorkan homestay termurah di Perlis.

LAN HOMESTAY




Lan Homestay adalah pilihan terbaik dan paling jimat jika korang nak menginap di bandar Kangar. Homestay berlatar belakang desa ini dilengkapi 3 bilik tidur, 1 tandas, ruang tamu, dapur, meja makan, televisyen, peti sejuk dan parking berbumbung. Untuk pengetahuan korang, homestay ini sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar kerana bilik utama ada katil bersaiz king manakala 2 bilik lagi dilengkapi 2 katil bujang setiap satu. 





Kedudukan homestay ini adalah 5 minit dari pusat bandar Kangar, 10 minit dari Arau, 10 minit dari Kuala Perlis, 40 minit ke Padang Besar. Selain itu ia juga berdekatan dengan Masjid Tun Abdul Razak, warung dan juga kedai runcit.

Alamat
Lan Homestay
No. 38, Batu 1 1/2 Kampung Repoh
01000 Kangar, Perlis.

Nombor Telefon
019-5961006 / 04-9773864

14 Jan 2016

AISKRIM NYIOQ UTARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama kita tak bersua kan? Maaflah kerana terlalu busy dengan pelbagai projek untuk hidup. Hehe... Insha Allah setiap kunjungan korang akan Zumal balas secara berperingkat yer. Insha Allah settle sebelum tarikh birthday Zumal. 

Aiskrim Nyioq Di Perlis 

Baru-baru ini aiskrim kelapa atau kat Perlis depa sebut aiskrim nyioq makin trending di media sosial. 

Setelah sampai ke pengetahuan Zumal tentang aiskrim nyioq nie, Zumal pun excited nak cuba. Mana tidaknya selama nie lokasi luar Perlis belaka, jauh. Jadi kebetulan ada kenalan facebook Zumal sendiri yang berniaga aiskrim nyioq di Perlis nie jadi Zumal bertekad nak pergi. Hehe...


Aiskrim nyioq saudara Hafsham nie dijual di Persiaran Wawasan berhadapan Taman Rekreasi Gua Cenderawasih atau nama familiar Gua Sami. Bagi orang baru di Perlis, landmarknya berdekatan Taman Budaya LKKN dan Hotel Seri Malaysia Kangar. Ianya berdekatan juga dengan Kompleks ADUN, Kompleks KDN dan JPAM

Kandungan aiskrim ini selain aiskrim berasas nyioq,
dicampur jagung manis, kacang merah, isi nyioq,
roti, emping jagung, serbuk kacang dan chocolate.


Gambar masa repeat makan ais krim
kelapa Rabu lepas


Kalau korang ingin menikmati keenakan aiskrim nyioq ini boleh la terjah di lokasi yang Zumal nyatakan tadi. Saudara Hafsham berniaga dari pukul 2.00 petang hingga 6.30 petang. Untuk maklumat lanjut korang seeloknya ikuti page Aiskrim Nyioq Utara untuk ikuti infomasi perniagaan beliau yer. 

Aiskrim Zumal dah cair masa sampai rumah
sebab terlalu panas hari ni,
berbaloi beli sebab sangat sedap...

13 Jan 2016

MENU SIHAT : SMOOTHIE PROTIEN NANGKA CINCAU


Menu Sihat

SMOOTHIE PROTIEN NANGKA CINCAU DAN APAM PROTIEN PISANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua mulai Rabu ini Zumal ingin kongsikan resepi ringkas yang semua boleh cuba untuk meningkatkan pengambilan protein di kalangan kita. Semoga perkongsian Zumal membantu korang. Selamat mencuba. 

Menu mengandungi Protein Nutrilite dan Positrim.

11 Jan 2016

IPHONE 7 PRO BAKAL DIKELUARKAN 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Para penggemar iPhone pasti ternanti-nanti berita terbaru dari pihak Apple kan? Kini desas desus iPhone 7 bakal keluar semakin boleh dipercayai.



Camne teruja tak tengok kecangihan iPhone 7 Pro tu? IPhone 7 ini hadir bersama 2 layar, tak ubah seperti laptop comel. Selain itu kamera versi ini adalah 20MP. Pasti gambar makin cantik dan jelas kan. Iphone 7 Pro ini dilengkapi 2,8Ghz chipset yang akan menjadikan ianya smooth je. Spesifikasi lain belum ada maklumat yer. Sama-sama kita tunggu.

Sumber DI SINI

AWESOME BLOGGER DISEMBER 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah boleh juga Zumal buat entri nie. Chrome asyik problem tak nak Zumal masukkan gambar.

Seperti selalu Zumal buat entri penghargaan buat para pengomen tegar blog Zumal. Terima kasih atas sokongan korang. Tanpa korang siapalah Dunia Zumal nie. Kepada yang ingin mengenali mereka sila terjah link di sidebar yer. 

Kepada semua pengunjung Dunia Zumal, kalau tidak ada aral melintang Zumal akan membalas kunjungan korang semua. Terima kasih sudi berkunjung ke Dunia Zumal. Salam sayang buat semua...