30 Mar 2016

RE RE SAKIT


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Re Re kucing oren Zumal generasi ketiga. Baru-baru ni Re Re kurang selera makan. Ahad lepas Re Re tak pulang ke rumah. Sebab Re Re tak balik, tok pun muram ja. Re Re selalu tidur dalam bilik tok je kekadang bersama Tehchik.

Semalam Re Re balik dalam keadaan tak bermaya. Risau Zumal dengan tok. Tehchick sampai sekarang belum menonjolkan diri. Zumal rancang nak bawak Re Re ke Klinik Veterinar.

Pagi tadi basuh sangkar hamster nak letak Re Re. Nak letak dalam sangkar dia besar sangat sukar nak bawak dengan motor. Nasib Re Re slim je boleh muat dalam sangkar hamster.


Mujur Re Re tak nakal. Selamat sampai ke klinik dan selamat pulang. Dorang suspect Re Re kena jangkitan hawar. Re Re diberi ubat. Suhu badan Re Re 39℃. Re Re tak banyak songeh hari ni. Re Re memang mudah jaga. Zumal bagi mandi pun senang je. Doakan Re Re Zumal cepat sihat yer.

EMAIL 4.00 PAGI

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Email 4.00 pagi? Siapa yang email Zumal? Ada apa?


Sebenarnya siapa yang email tak la penting, cukup sekadar Zumal beritahu dia terkenal dalam bidang tu. Bidang apa? Affiliate. Yang penting kandungan emailnya. Kali ni diberitahu tentang peluang jana income per klik. Pay per click mudah cerita.

Daftar adalah percuma, setiap klik dapat 5 point. Capai satu point tertentu anda boleh cashout. Mudah kan?

Jadual komisyen


Nak tahu lebih lanjut, klik link dibawah...


http://www.niagaklik.com/hop.php?ref=duniazumal

28 Mar 2016

TEA BOSS PERLIS

TEA BOSS PERLIS


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Panas kan hari ni? Mesti rasa tak selesa nak buat apa-apa pun. Apa kata kita hilangkan panas, dahaga dan stress tu di Tea Boss. Apa itu Tea Boss? Tea Boss adalah menu berasaskan teh yang diinovasikan oleh seorang anak muda yang berpengalaman dalam bidang perhotelan yang berasal dari Sungai Petani. Tea Boss kini mempunyai 10 outlet di seluruh Malaysia.


Fuh terliuq aihh


Semalam Team Blogger Utara buat pertama kalinya berkumpul di Perlis dan kami berkesempatan mengunjungi outlet Tea Boss di Perlis. Istimewa kali ni kami ada rakan blogger jemputan iaitu Sofie yang kebetulan ada di Perlis.

Dari kiri Sofie, Zya, Arz, Pha Is dan Zumal

Apa yang ada kat Tea Boss Perlis? Macam-macam ada tau. Ada pelbagai menu teh seperti Apple Boss, Mango Boss, Strawberry Boss, Green Day, Tea Boss Sling, Ice Milk Coco Boss dan macam-macam lagi yang tak ada di cafe lain.

Menu Tea Boss Perlis 

Selain tu menu makanan pun ada, seperti Chicken Chop, Murtabak Maggi, Laksa, Bihun Soto, Fries dan macam-macam lagi. Kalau sebelah malam ada juga nasi daging bakar, nasi ayam berempah dan lain-lain lagi. Kiranya rambang mata anda nak memilih.







Macam mana ada rasa terliur dan mengidam tak? Hehe. Jangan biar perut berbunyi lama. Terjah la Tea Boss Perlis segera. Semalam Zumal cuba Ice Milk Coco Boss dan Tea Boss Sling. Ice Milk Coco Boss rasa kokonya memang A plus la. Tea Boss Sling pula ada rasa campuran mango dan lime yang sangat mengujakan. Sebelum ni Zumal pernah nikmati Green Tea Vanilla dan rasa macam makan aiskrim vanilla. Sedap sangat!!!


Seronok bila dapat berkumpul macam ni

Sebelum terlupa, bila anda berkunjung ke Tea Boss Perlis, anda akan diberikan kad, setelah anda membeli 10 cawan anda boleh menebus 1 cawan Tea Boss secara percuma. Jadi jangan la kedekut nak belanja kawan yer. Hehe. Ingat, Drink Tea Like A Boss...
Contoh kad yang cukup cop

Bahagian hadapan kad

Terima kasih kepada owner Tea Boss Perlis, Syed Mohd Afiq dan Fadzilah, serta tak lupa juga rakan-rakan blogger yang turut serta dalam review kali ini. Anda juga boleh ikuti review dari rakan-rakan yang lain. SOFIE | ARZ | PHA IS | ZYA


Alamat Tea Boss Perlis
KM 3, Tanjung Gorah, Repoh
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar Perlis
(Selepas Auto Car Wash dan sebelum Aura Steamboat, bertentangan Andaman 2)
017-422 7517/ 017-572 0635 Puan Fadzilah
Facebook : tea boss perlis
Instagram : TEABOSSPERLIS

Masa Beroperasi
12.00 PM - 9.00 PM SETIAP HARI



TERBAKAR

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selamat memulakan minggu baru yer. Semua tahu yang negara kita dilanda fenomena el nino. Cuaca menjadi panas melampau. Dekat Perlis cuaca sampai ke 40℃ tau. Hangat lit lit. Duk rumah panas, duk luar lagi terbakar jawabnya.

Bila panas camni, api mudah sangat menyala. Kalau orang buang puntung rokok kat belukar confirm terbakar belukar tu. Jadi bagi perokok tu jangan buang benda awak hisap rata-rata.

Bagi anda yang duk perumahan pula jangan la terlalu rajin bakar sampah yer. Sampah tu semua tak perlu bakar. Letak dalam plastik nanti E. Idaman ambil. Awak dah bayar cukai pintu jadi biar la dorang yang lupuskan sampah awak tu. Lagi pun kalau awak bakar sampah time camni memang la terbakar, bukan saja tak terkawal tapi awak la yang memanaskan lagi suasana. Penyumbang pencemaran dan pemanasan global.

Sarapan Zumal kejap tadi terbakar gak. Nasib tak hangus. Kalau tak Zumal pelangkung juga Electrolux Oven tu. Tengok la apa jadi...


Eh kalau anda tak nak kulit terbakar boleh pakai lotion yang Zumal jual. WhatsApp je 0125747869. Bukan sekadar elak terbakar, anda boleh elak strok haba dan ia juga berfungsi sebagai first aid tau. Hubungi sementara Zumal tak busy yer.

23 Mar 2016

FAEDAH PANAS

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Panas kan? Rasa tak selesa? Sekali sekala dugaan Allah beri buat kita. Jagalah kesihatan jangan lupa minum air kosong mengikut keperluan badan anda yer.



Alhamdulillah walaupun cuaca kat Perlis ni cecah 40°C tapi ia berfaedah juga. Faedah apa? Zumal boleh basuh baju banyak trip kerana jemur dalam 1 jam memang confirm kering. Basuh, jemur, kutip dan ulang semula. Syukur.

Syukur juga kerana kerja baru Zumal buat Zumal sentiasa ada masa di rumah. Boleh juga tengokkan tok dan anak-anak bulus. Kerja ikut masa sendiri dan bebas. 

BUAT DUIT DENGAN REVENUEHITS



REVENUE HITS

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tetiba je Zumal dikuasai kerajinan berblog sejak 3 hari ni tau. Tiga hari lepas juga terbaca entri rakan blogger Nik Khazami dari group Best Blogger Network tentang buat duit ni. Zumal kalau bab duit mata tetiba keluar simbol $$$$. Tambahan pula diberitahu benda tak perlu modal kan. Memang Zumal akan sambar cuma tak fokus je. Zumal fokus yang dalam entri sebelum ni. Nak tau cer baca yer.

Pernah anda dengar tentang Revenue Hits? Zumal pun belum pernah dengar. Tapi setelah godek website Revenue Hits Zumal jumpa ayat ni

Earn $10 for every new publisher you refer to the RevenueHits Publishers Network that earns $10. Get an additional $40 after a referred publisher earns $50. Cash in an additional $50 bonus after a referred publisher hits $100. Start now and benefit from a trusted referral program that will credit you with extra cash.

Mata pun jadi kaching kaching. Duit tu dalam USD tau. Jadi bayangkan jika anda daftar pastu share kat rakan-rakan blogger yang lain pasti akaun anda beranak pinak kan. Tanpa membuang masa apa kata anda pun grab peluang ni bersama Zumal. Cara daftar semudah 123 je. Untuk mendaftar, anda boleh la klik pada link INI. Selamat menjana income ok. Salam ceria dari Zumal.

22 Mar 2016

PELUANG PERNIAGAAN


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Hari ni Zumal ingin berkongsi tentang peluang. Sebagai seorang business consultant sudah tentu perkongsian Zumal tentang peluang perniagaan.

Sekarang kita tahu ekonomi kita sedang dilanda masalah. Bukan sahaja negara kita tapi hampir satu dunia. Walaupun begitu, negara kita ni keadaannya lebih teruk walau dinafikan pihak tertentu. Zumal tinggal di negeri bersempadan Thailand, jadi perkara ini boleh dirasai jika kita ke Thailand untuk membeli barang, kalau nak tukar RM ke mata wang mereka hampir kebanyakan pengurup wang tidak mahu terima RM. Bayangkan betapa teruknya RM kita. Bukan itu sahaja, barangan Thailand di Padang Besar juga tak semurah dulu.

Ok berbalik kepada peluang perniagaan. Jika ekonomi meleset perniagaan juga menghadapi kemelesetan dan ada yang gulung tikar. Tapi tahukah anda bahawa ada perniagaan yang tidak mengalami kesan keadaan ekonomi sekarang?

Perniagaan yang tidak mengalami kesan kegawatan ekonomi ada tiga berdasar kajian dan pemerhatian Zumal dan kumpulan Zumal. Pertama perniagaan berasaskan tembakau dan hasilnya. Lebih senang cerita rokok la. Suatu masa dulu Zumal pernah berniaga rokok, walaupun cukai dan kempen yang menyebabkan harga rokok makin tinggi ianya tetap laris dan sentiasa Zumal restock. Untungnya juga berbaloi kerana ia antara produk mudah jual sentiasa ada permintaan. Untuk pengetahuan semua jumlah perokok juga bertambah, walaupun kempen kesedaran dijalankan. Betapa tak sedar dirinya perokok ni kan.

Perniagaan kedua yang tidak mengalami kesan dalam kegawatan adalah minuman alkohol. Zumal tak pernah menjual tapi pernah bekerja di kedai serbaneka terkenal di Lembah Klang suatu masa lalu yang menjual arak. Arak ni walaupun mahal pada pandagan umum, sebenarnya ada juga yang murah dengan hanya berharga dibawah RM3.00. Daripada penglihatan mereka yang minum arak ini terdiri dari pelbagai golongan, kaya dan tak kaya. Walaupun kita tengok orang tersebut agak susah akibat kemelaratan hidup tapi tetap membeli arak untuk minum katanya untuk hilangkan tekanan. Bayangkanlah keadaan ekonomi macam mana pun tetap ada permintaan arak yang tinggi. Jika kita tengok di kedai-kedai serbaneka, arak antara yang sentiasa direstock. Laris. Tapi Zumal tak sarankan berniaga arak, sebab tu Zumal sendiri berhenti kerja tersebut.

Peluang perniagaan terakhir yang confirm mendapat permintaan adalah barang keperluan harian. Barang yang Zumal maksudkan seperti gula, kopi, beras, sabun mandi, sabun pencuci, ubat gigi, dan lain-lain. Buktinya, jika gawat macam mana pun kita tetap meneruskan kehidupan seperti biasa dan berbelanja untuk membeli barang keperluan harian yang biasa dibeli. Kita tengok juga gawat macam mana pun kedai menjual barangan keperluan harian ini tidak pun terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang. Contohnya, Tesco, Giant, 7 Eleven dan kedai-kedai runcit masih juga beroperasi dan sentiasa dikunjungi pelanggan. Jadi bagi orang Muslim, perniagaan barang keperluan harian sahaja yang merupakan pilihan anda. Tapi modal untuk bermula semestinya bukan sedikit. Ianya paling sedikit pun RM50, 000. Jika kita ingin mula betapak adakah kita ada RM50k? Sudah pasti tidak.

Justeru itu, Zumal bersama kumpulan Zumal bergerak aktif untuk membantu siapa sahaja tanpa sebarang kos untuk membimbing anda membina perniagaan sendiri tanpa modal yang besar. Kami akan membimbing berterusan sehingga anda berjaya. Kumpulan kami juga aktif di Indonesia, Brunei, Thailand, Taiwan, China, Australia dan Singapura. Berminat boleh setkan temujanji dengan saya di 0125747869.

21 Mar 2016

KESILAPAN

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Entri ni sekadar luahan perasaan. Semalam terbaca entri Cik Nor tentang sikap tuan rumah yang disewanya kat SINI. Hari ni Zumal nak kongsi cerita pasal penyewa serumah pulak, housemates la kisahnyer. 
Ihsan Google 
Kisahnya begini, Zumal tergerak hati nak buat bilik sewa. Disamping boleh buat side income dan boleh gak housemates tu meneman tok bila Zumal ada urusan di luar kawasan. Lain yang kita harap lain pula berlaku.

8 Mac kisah bermula, mereka suami isteri. Mereka adalah orang keempat yang datang nak tengok bilik untuk disewa petang tu. Datang bersama bos tempat kerja mereka. Katanya confirm jadi la. Esok dia datang bawak barang sama. Masa time maghrib lepas mandi dan solat dengar orang panggil kat luar, berdiri suami isteri tu bersama barang2 depan rumah. Fuh, ingat bagus la. Rupanya masuk saja duit tak bayar, sewa bos yang nak bayar katanya esok.

Zumal beri je la masuk, kesian lak berbungkus-bungkus depan rumah. Nanti jiran nampak pelik pulak. Hari nie 21 Mac, sewa tu tak dapat pun lagi. Zumal ni kesian la kalau nak suruh keluar. Simpan dalam hati je la.

Lagi satu, memang Zumal cakap boleh share peralatan yang ada dalam rumah tapi, semua dia nak share. Gula, minyak, beras, ikan, bawang, garam, motor Zumal pun dia asyik pinjam. Nampak bukan kurangkan beban tapi menambah beban. Rasa macam nak nangis kot.

Moga bos dia bagi la duit sewa macam yang dijanjikan yang bertangguh berhari-hari. Itulah kisah tuan rumah yang baik hati. Hahaha...

20 Mar 2016

TERIMA KASIH JM

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Buat apa tu? Jalan-jalan yer. Mungkin ada yang nak pergi makan kenduri kan? Hati-hati di jalan raya yer.

Drpd Jari Manis

Drpd Jari Manis

Petang Khamis yang lalu, sebelum memulakan perjalanan ke Jitra ternampak ada sesuatu di dalam peti surat. Betapa excited nak tengok. Ada sampul surat kecil yang dihantar untuk Zumal. Bila dialih bahagian belakang rupanya dari seseorang yang sangat dikenali ramai. Sis Jari Manis laa siapa lagi. 

Kat depan pintu pagar tu juga Zumal buka sampul surat tu. Ada sinar mentari keluar tau. Tak caye? Cer tengok gambar kat atas tu. Gambar bunga matahari pakai cermin mata tu. Gambar tu atas sekeping fridge magnet. Gambar berlatarkan ladang bunga matahari di Lop Buri, Thailand rasanya. Comel je...

Terima kasih yer sis Jari Manis yang sentiasa ingat kat kite. Hehe... Korang yang belum kenal siapa pemilik nama Jari Manis tu meh la KLIK SINI. Orang kata tak kenal tak cinta kan... Jom kenal-kenal...

18 Mar 2016

TAU TAK?

Instagram duniazumal 

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selamat berhujung minggu yer. Sorry ler kawan-kawan semua. Zumal kurangkan aktiviti berblog sekarang nie. Zumal sedang fokus membina kumpulan. Menuntut ilmu dan berkongsi ilmu. Nak sertai sama boleh WhatsApp Zumal k.

Berbalik kepada tujuan sebenar taip entri nie cuma Zumal nak beritahu akaun instagram zumal84 tu dah diblock. Zumal tak dapat nak aktifkan semula. Ada rakan-rakan yang cakap Zumal unfollow mereka. Sebenarnya bila akaun instagram dah diblock secara automatik semua yang pernah difollow akan hilang tau. Begitu la terjadi pada akaun Zumal. Rugi je follower ribu riban kan. Rasanya sebab suka sangat mengelike yang dianggap spam oleh instagram.

Sekarang akaun instagram baru Zumal boleh disearch dengan nama duniazumal yer. Moga korang follow Zumal semula yer. Nanti Zumal akan follow korang semula. Tapi kali nie Zumal akan kurangkan like tau. Takut akan deactivated lagi. Maaf la yer.

Selamat malam semua...

6 Mar 2016

AWESOME BLOGGER FEBRUARI 2016

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Alhamdulillah masih bernafas hari ini. Sekarang ni blog asyik tak berupdate je. Maklum la busy sikit. Walaupun begitu Zumal tak lupakan anda semua yang menyokong blog ini. Untuk itu, hari ini Zumal ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sentiasa datang ke blog ini dan memberi komen dalam setiap entri Zumal. Especially para top komentar blog ini seperti di bawah...


Kali ini first time rakan dari Indonesia mendahului rakan-rakan blogger Malaysia. Terima kasih Kang Ajay. Terima kasih juga kepada Nor Afidah Bte Che Azmi, Kak Paridah, Emily Tang, Mummy Julia, Fidah Shah, Nurul Shahira, Wardah Aneesa, Cik Itah dan Muhammad Khairuddin Lim. Tak lupa juga terima kasih kepada yang tak tersenarai. Untuk kenali mereka klik pada nama mereka yang tertera di side bar blog ini.

Zumal harap anda semua terus menyokong kewujudan blog ini. Terima kasih semua...