8 May 2016

TAKTIK SCAMMER

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Mesti korang selalu berhadapan dengan scammer dalam media sosial ni kan? Mulanya Zumal ingat biasanya dorang guna taktik nak bagi duit ja tapi rupanya ada yang guna paras rupa. Selalu kalau tak ada mutual friend sukar kita nak approve kat fb tapi taktik dorang sekarang ialah add kawan-kawan kita dulu. Jadi kita lebih mudah nak approve kan. Tambah pula yang add kita tu nampak macam comel je kan...

Contoh conversation scammer yang pernah Zumal jumpa...


Profile kat atas memang nyata berbeza dari scammer yang biasa kita jumpa. Sebab selalu semua straight to the point nak duit. Tapi yang atas ni dia masuk ayat cintan cintun dulu. Memang kita anggap muka orang lain dia pakai kan? Tapi siap ajak video call lagi, memang korang yang akan yakin dengan dia sebab memang muka dia betul tapi korang kena hati-hati la dia guna pendekatan secara halus sampai terjebak dalam sesuatu yang tidak sepatutnya. Kemudian bila berlaku kejadian itu korang akan diugut untuk disebarkan video atau gambar sama ada real atau edit jika korang tak bagi duit k. Dia ni licik sebab tak guna akaun tu untuk sebarkan ugutan. Dia akan guna profail bernama Gianne Mae Smith.


Ini pula jenis scammer yang biasa-biasa kita jumpa la. Tapi tak tahu la korang jumpa ke tak, Zumal selalu sangat sejak bermulanya facebook pada tahun 2008. Dulu pernah terlepas bagi nombor fon lepas tu setiap jam duk call Zumal. Slang dia cakap sepatah haram tak faham. Zaman tu tak tahu block lagi terus tukar nombor fon.

Kenapa Zumal kongsikan semua ni? Semua sekadar peringatan buat korang juga jangan sampai terkena ok. Tapi kalau belum ada yang kena susah juga nak beri nasihat gini kan... Hati-hati dengan mereka yang tidak kita kenali.