27 Aug 2016

DERITA INI

Derita Ini

Bukan aku tak mahu
Bukan begitu
Tapi aku tak mampu
Tak mampu menahan
Gelora yang melanda
Yang tak ku duga
Tapi
Tapi ia menjelma tiba-tiba

Derita
Kini aku derita
Melalui liku penuh berliku
Menongkah arus yang deras

Derita
Aku terus menderita
Mendaki gunung-gunung kehidupan
Menjalari simpang siur perjalanan

Derita ini
Tak dapat aku elakkan
Tak mampu aku gambarkan
Hanya Dia yang Esa memahaminya...

Nukilan : Dunia Zumal

SEMAKIN USANG

SEMAKIN USANG

Kian lama
Kian berdebu
Kian mereput
Kian usang

Bukan sekadar blog ini
Tapi
Tapi diriku jua
Kian lama
Kian usang
Diselimuti parasit
Yang memakan diri
Bakal memusnahkan segalanya
Bakal melenyapkan
Melenyapkan aku dari dunia fana...

Nukilan : Dunia Zumal 

3 Aug 2016

WANG GUNUNG DAY TRIP 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada tanggal 2 Mei 2016 yang lalu Zumal telah menyertai pendakian ke Wang Gunung yang dianjurkan oleh I-Hikers Perlis. Gunung ini setinggi 499.1 meter manakala trek pendakian pergi dan balik sejauh 5km. Trip ini disertai seramai 83 orang. 

Ekspedisi ini adalah kali pertama yang Zumal sertai seumpamanya. Pengalaman Zumal hanya trekking ja. Paling jauh pun 20km dalam sehari tapi nyata berbeza dengan mendaki ni rupanya.

Gambar di atas semasa kami berkumpul di Station 1, masa ni lebih kurang 9.00 pagi kalau Zumal tak silap. Semasa berkumpul kami diberi taklimat ringkas diikuti bacaan doa oleh ketua ekspedisi iaitu Cikgu Hairi.

Sebenarnya masa naik ke station 1 ni pun Zumal dah rasa penat lain macam. Hehe. Selepas selesai taklimat dan doa kami meneruskan perjalanan.

Treknya adalah jalan tanah merah di lereng-lereng gunung. Laluannya kebanyakkan menaik dan hanya sedikit mendatar. Beberapa kali juga Zumal berhenti sampai semua dah potong Zumal. Sampai la jumpa saudara Sobri dan seorang rakannya yang memang ditugaskan jaga di barisan belakang sekali.

Menurut mereka hanya 2 laluan lagi untuk sampai ke pendakian berbatu. Tapi Zumal dah tak boleh teruskan. Bukan masalah kaki Zumal macam dulu tu tapi semput pula. Kerana tak mahu susahkan mereka berdua yang teman Zumal jadi Zumal beritahu nak turun sendiri kerana menurut mereka laluan Zumal berhenti tu agak merbahaya. Selepas berehat dalam 30 minit Zumal pun membatalkan niat untuk meneruskan pendakian.
Muka letih gila
Semasa menuruni lereng baru sedar betapa pentingnya tongkat. Mencabar juga nak menuruni lereng curam. Sorang pula tu. Tersilap langkah jadi lauk agaknya. Haha...

Sampai setengah perjalanan menurun baru teringat nak ambil gambar. Rugi tak ambil masa time berehat kat atas tadi. Sampai satu tempat yang ada lopak air, Zumal rehat situ pula. Masa mendaki tadi dalam lopak tu ada seekor ikan tapi bila Zumal nak ambil gambar ikan tu menyorok pula.


Masa Zumal dah sampai tepi lopak air ni, rasa semput tu dah hilang sepenuhnya. Menyesal pulak turun. Kalau rehat lama lagi mesti boleh naik lagi. Nak WhatsApp En. Sobri suruh tunggu pun tak patut juga. Lain kali naik lagi nampaknya.

Masa kat sini Zumal ambil beberapa gambar pemandangan sekitar Wang Gunung ni tapi tak clear sangat sebab fon Zumal mesra selfie ja.











RINDU KEMBALI BERTAMU

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Lamanya Zumal pergi tanpa sebarang khabar yer. Mulanya Zumal hanya tinggal blog kerana app chrome pada fon Zumal tidak boleh digunakan. Lepas membawa kepada pelbagai situasi yang mengubah hidup ini 360°. Bila tersedar Zumal dah jauh ketinggalan. Sejak tu Zumal hanya aktif di facebook je.

Alhamdulillah pepagi buta ni Allah berikan peluang yang baik untuk Zumal kerana tetiba chrome Zumal boleh akses blog. Syukur sangat. Banyak yang Zumal nak share tapi ada yang mungkin hilang dalam hari-hari berlalu. Terima kasih buat rakan-rakan Blogger Utara yang sentiasa memberi semangat untuk Zumal terus berblog. Insha Allah jika tiada apa aral Zumal akan kembali mencoret kisah-kisah di dada blog ini.