MENAWAN PUNCAK BUKIT LAKA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Minggu lepas semasa berborak dengan Nurul iaitu rakan sekerja zumal mengenai hobi yang semakin hilang semenjak bekerja sekarang. Zumal pun terfikir apa hobi zumal ye? Hobi zumal berblog la masa tak kerja dulu. Lepas tu nak tambah hiking sebagai hobi baru. Tapi selepas dapat kerja ni hanya setempat ja mampu hiking tahun lepas. Tak jadi hobi juga kalau tak lakukan Secara kerap. 

Malam tu tetiba ada lak cik kak sorang ni tetiba ajak hiking. Terkejut zumal. Sebab sebelum ni tak pernah ajak pun. Zumal suka sangat la ada orang ajak tambahan pula dari rakan sekepala zumal tu, Fiza. Tak padan dengan kecik tapi sangat aktif dan lasak orangnya. Zumal memang tak tolak jemputan Fiza tu, maklum ler satgi merajuk. Kebetulan masa tu dah Jumaat malam. Persediaan kena buat untuk nak hiking tu. Nak hiking hari ahad jadi sepetang hari sabtu zumal bersenam kat mini gym di ofis. Memang dah biasa bergym di ofis cuma sabtu tu padat sikit aktiviti yang zumal buat. 

Kerana tak sabar nak hiking, pagi ahad terjaga 3.48 pagi. Terus bersiap. Pukul 5.10 keluar dari rumah untuk solat subuh di masjid berdekatan rumah Fiza.  Sebab rumah dia setengah jam perjalanan dari rumah zumal. Sampai di masjid awal juga. Berehat di situ,  solat. Jam 6.30 pagi bertolak ke rumah Fiza. Sebenarnya takut gak nak bawak anak dara orang  subuh-subuh ni. 

Lepas jemput Fiza, zumal ke Felda Chuping untuk jemput kawan Fiza. Sesat kat situ. Hehe. Dah jumpa tu kami terus bertolak ke tempat perjumpaan di RnR berhadapan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin,  Pauh Perlis. Berkumpul bersama rakan-rakan hiking dari I Hikers. Cikgu Hairil sebagai ketua kumpulan beri sedikit taklimat. Dalam 7.30 pagi kami dah sampai ke lokasi hiking iaitu Bukit Laka atau Bukit Botak. Lokasi bukit ni di sempadan Perlis dan Kedah. Ketinggian cuma 325 meter ja. Treknya lebih 2 km. 

Laluan trek Bukit Laka ni landai juga kalau nak dibandingkan dengan Wang Gunung yang pernah Zumal naik bulan 5 tahun lepas. Alhamdulillah tak penat sangat. Cuma kalau panas bahannya amat terasa sebab bukit ni telah digondolkan untuk penanaman getah. 

100 meter pertama rasanya tak terlalu susah. Tapi masuk ke tahap seterusnya kami perlu gunakan tenaga yang lebih untuk memanjat. Macam selalu zumal antara orang yang terakhir sampai. Sebab ada problem sikit masa dipertengahan jalan tu. Biasalah benda yang kita jarang buat jadi semput la sikit. Cikgu Hairil jangka 45 minit dah boleh tiba di puncak tapi kerana zumal dan geng ni pukul 11 baru sampai atas. 

Dari puncak bukit ni, kita boleh nampak pemandangan bukit bukau lain dan kebun-kebun getah dan kelapa sawit yang ada. Dapat juga tengok UniMap dan Politeknik dari atas. Depa kata kalau naik awal boleh tengok matahari naik dan kalau sebelah senja boleh nampak matahari terbenam dengan cantik. 




Booking.com



Masa naik ambil masa tapi masa turun tu kami ambil masa dalam 1 jam ja. Alhamdulillah zumal berjaya mendaki tanpa guna pam pun. Semput tak kritikal sangat. Sepatutnya pagi ni pun cik kak tu ajak hiking lagi tapi dia pula yang tak sihat. Moga dia cepat sembuh...

Comments

  1. KUAT SUNGGUH TENAGA ZUMAL N KWN2 ENDAKI GUNUNG LAKA TU TAHNIAH SAMPAI KE PUNCAK

    ReplyDelete
  2. nampak tak ramai orang je kat atas tu, lagi best tak bersesak sesak. saya jarang hiking kat bukit2 camni

    ReplyDelete
  3. kalau buat aktiviti ramai2 memang tak rasa penatnya :)

    ReplyDelete
  4. bestnya hiking..sy da lama tak hiking

    ReplyDelete
  5. Bestnya..kalau dapat join hiking..minat tp kekangan masa.cikgu hairil tu cikgu sek kita dlu hehe

    ReplyDelete
  6. best hiking ni....dan bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  7. ada masa boleh la ke sini nanti....ajak zumal sekali hehehe

    ReplyDelete
  8. jom.. kita buat trip blogger utara hiking.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Tahniah abg zumal. berjaya tawan puncak bukit Laka...^^

    ReplyDelete
  10. saya nk tnya... ada runner yg tunjuk track x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik boleh hubungi Cikgu Hairil 019-574 5227

      Delete
  11. ada guide x nak hiking bukit tu ? kalau ada nak no contact ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik boleh hubungi Cikgu Hairil di 019-574 5227

      Delete
    2. assalamualaikum...bole sy tny skit...psl bukit laka

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Waalaikumussalam, sebarang soalan boleh whatsapp 01140793530 sebab saya jarang buka blog

      Delete

Post a Comment

Popular Posts