14 Feb 2017

SIAPA SAFUAN GROUP

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ini adalah pelancaran dan majlis pecah tanah projek mega Kangar City Centre dengan kerjasama PKENPs dan Safuan Group. Sejak ura-ura projek ini bakal dibangunkan, ramai duk berperang dalam laman sosial terutama di group facebook dan fan page berkaitan dengan Negeri Perlis. Zumal ni terbuka hati la kepada mereka-mereka yang duk kondem projek mega ni. Kalau korang nak memperlekeh pun rasanya kena tengok juga projek milik siapa kan? Depa duk kata K-PARK dah bertahun tak siap. Untuk makluman korang, fasa pertama dah buka untuk jualan pun. Dah ada pembeli dan ada yang nak menyewa. Kekadang mentaliti kita tak boleh ubah, duk fikir bab negatif ja. Lagi satu bab kata hilang kehijauan dan kecantikan alam semulajadi, emm tak rasanya, bukan pi gondol bukit pun. Memang kawasan strategik yang digunakan. Sebelum ni tempat-tempat tu hanya semak samun je. Apa pun kawan-kawan kita doakan yang terbaik untuk Negeri Perlis ni. Kalau maju pun untuk generasi masa depan kita juga.

Safuan Group


Dalam entri ni jom kita kenali siapa Safuan Group. Safuan Group telah wujud sejak tahun 1978 berpangkalan di Kuala Lumpur dan juga berdaftar di Singapura, Korea Selatan dan Jakarta. HQ Safuan Group teletak di Penthouse, Menara Safuan, No. 80 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Syarikat ini adalah konglomerat berskala besar dalam bidang hartanah. Pengerusi Safuan Group adalah Dato Sri Matshah Safuan.

Safuan Group juga bergiat dalam bidang hospitaliti dan memiliki beberapa rangkaian francais Regency International Hotel Incorporated. Berikut antara projek-projek oleh Safuan Group.



Oklah bukan nak gebang besar la. Zumal rasa dari segi sejarah dan bidang yang dikuasai oleh Safuan Group kita doakan projek pembangunan Kangar City Centre (KCC) menjadi kenyataan suatu hari nanti. 

gambaran artis Kangar City Centre
info dari www.safuan.com

10 comments:

  1. laju cari info... nak juga tahu sapa safuan group..sbb ada yang kata projek tabung haji punya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, projek TH kat Kuala Perlis. Besar juga projek tu... Kita doakan je agar berjaya...

      Delete
  2. SAFUAN GROUP SYRKT KORPORAT TERNAMA PROJEK BESARNYA PASTI MEMENAFAATKAN PERLIS

    ReplyDelete
  3. safuan group nie dia punya owner melayu ..bukan cina..rmai yg ckp safuan group ni owner dia cina ...insyaALLAH Now KCC dlm proses pmbangunan ..lepas ni dgr ura2 pihak Safuan Group nk ambil tender Bukit Ayer ..harap2 perlis akn majulah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar nak tengok hasilnya nanti

      Delete
  4. woahh! semoga maju dan terus berjaya..

    ReplyDelete
  5. tahun 1978
    baru 2 tahun masa tu...
    lama juga tu

    ReplyDelete