21 Jan 2017

MENAWAN PUNCAK BUKIT LAKA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Minggu lepas semasa berborak dengan Nurul iaitu rakan sekerja zumal mengenai hobi yang semakin hilang semenjak bekerja sekarang. Zumal pun terfikir apa hobi zumal ye? Hobi zumal berblog la masa tak kerja dulu. Lepas tu nak tambah hiking sebagai hobi baru. Tapi selepas dapat kerja ni hanya setempat ja mampu hiking tahun lepas. Tak jadi hobi juga kalau tak lakukan Secara kerap. 

Malam tu tetiba ada lak cik kak sorang ni tetiba ajak hiking. Terkejut zumal. Sebab sebelum ni tak pernah ajak pun. Zumal suka sangat la ada orang ajak tambahan pula dari rakan sekepala zumal tu, Fiza. Tak padan dengan kecik tapi sangat aktif dan lasak orangnya. Zumal memang tak tolak jemputan Fiza tu, maklum ler satgi merajuk. Kebetulan masa tu dah Jumaat malam. Persediaan kena buat untuk nak hiking tu. Nak hiking hari ahad jadi sepetang hari sabtu zumal bersenam kat mini gym di ofis. Memang dah biasa bergym di ofis cuma sabtu tu padat sikit aktiviti yang zumal buat. 

Kerana tak sabar nak hiking, pagi ahad terjaga 3.48 pagi. Terus bersiap. Pukul 5.10 keluar dari rumah untuk solat subuh di masjid berdekatan rumah Fiza.  Sebab rumah dia setengah jam perjalanan dari rumah zumal. Sampai di masjid awal juga. Berehat di situ,  solat. Jam 6.30 pagi bertolak ke rumah Fiza. Sebenarnya takut gak nak bawak anak dara orang  subuh-subuh ni. 

Lepas jemput Fiza, zumal ke Felda Chuping untuk jemput kawan Fiza. Sesat kat situ. Hehe. Dah jumpa tu kami terus bertolak ke tempat perjumpaan di RnR berhadapan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin,  Pauh Perlis. Berkumpul bersama rakan-rakan hiking dari I Hikers. Cikgu Hairil sebagai ketua kumpulan beri sedikit taklimat. Dalam 7.30 pagi kami dah sampai ke lokasi hiking iaitu Bukit Laka atau Bukit Botak. Lokasi bukit ni di sempadan Perlis dan Kedah. Ketinggian cuma 325 meter ja. Treknya lebih 2 km. 

Laluan trek Bukit Laka ni landai juga kalau nak dibandingkan dengan Wang Gunung yang pernah Zumal naik bulan 5 tahun lepas. Alhamdulillah tak penat sangat. Cuma kalau panas bahannya amat terasa sebab bukit ni telah digondolkan untuk penanaman getah. 

100 meter pertama rasanya tak terlalu susah. Tapi masuk ke tahap seterusnya kami perlu gunakan tenaga yang lebih untuk memanjat. Macam selalu zumal antara orang yang terakhir sampai. Sebab ada problem sikit masa dipertengahan jalan tu. Biasalah benda yang kita jarang buat jadi semput la sikit. Cikgu Hairil jangka 45 minit dah boleh tiba di puncak tapi kerana zumal dan geng ni pukul 11 baru sampai atas. 

Dari puncak bukit ni, kita boleh nampak pemandangan bukit bukau lain dan kebun-kebun getah dan kelapa sawit yang ada. Dapat juga tengok UniMap dan Politeknik dari atas. Depa kata kalau naik awal boleh tengok matahari naik dan kalau sebelah senja boleh nampak matahari terbenam dengan cantik. 








Masa naik ambil masa tapi masa turun tu kami ambil masa dalam 1 jam ja. Alhamdulillah zumal berjaya mendaki tanpa guna pam pun. Semput tak kritikal sangat. Sepatutnya pagi ni pun cik kak tu ajak hiking lagi tapi dia pula yang tak sihat. Moga dia cepat sembuh...

18 Jan 2017

TEH HERBA RERAMA



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Baru-baru tempat kerja Zumal telah berjinak-jinak dalam projek tanaman herba Pokok Rerama

Pokok Rerama 


Pokok Rerama atau nama saintifiknya Christia Vespertilionis mula mendapat perhatian dunia apabila para pengamalnya mengalami pelbagai perubahan kesihatan yang menakjubkan. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai Daun Kelawar, Butterfly Wing atau Bian Fu Cao (di China). Ia berasal dari rantau Asia dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional di Thailand.

Hasil daripada pengalaman pengguna herba ini, ia dipercayai mampu merawat kanser dan beberapa penyakit lain seperti angin ahmar (strok), darah tinggi, kencing manis, asma, migrain, resdung, denggi, demam campak, masalah usus serta penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus). Bagus kan herba ni?
pokok rerama

daun rerama kering sedia untuk dijual

Pengguna herba rerama turut melaporkan khasiat teh rerama sebagai mampu merawat:

✔Masalah Berkaitan Darah

✔Masalah Kolesterol/Asid Urik (Gout)

✔Penyakit Kulit (termasuklah ekzema dan psoriasis)

✔Senggugut

✔Thyroid

✔Angin dalam badan

✔Denggi

✔Stroke

✔Darah Tinggi

✔Kencing Manis

✔Masalah Usus (Gastrik/Sembelit)

✔Asma

✔Migrain

✔Resdung

✔Tibi

✔Demam Campak

Beberapa institusi penyelidikan mula membuat kajian terhadap herba rerama ini untuk mengesahkan manfaatnya. Sehingga hari ini, kajian yang dibuat menunjukkan hasil yang positif walaupun masih belum diisytiharkan secara rasmi. Maklumlah, mereka memerlukan bukti-bukti saintifik di samping melibatkan responden yang ramai.

Pasukan penyelidik Universiti Putra Malaysia turut membuat kajian dan menemui ciri-ciri anti barah dan anti keradangan pada pokok rerama ini.

Jika korang berminat untuk mendapatkan Daun Rerama Kering boleh la berhubung dengan Pusat Aktiviti Warga Emas Perlis di talian 04-9765587 atau hubungi zumal di 01140793530 untuk maklumat lanjut. 

3 Jan 2017

PERMULAAN 2017



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Salam tahun baru 2017 yer. Setiap kali bermula tahun baru pasti zumal merasai yang umur zumal bakal bertambah 1 angka pada hari esoknya. Sebabnya birthday zumal 2 Januari. 

Zumal sampai nak merajuk bila orang paling dekat dengan zumal buat tak tahu ja bila jam dah masuk pukul 12.00 pagi. Sedih kot kerana orang yang kita harap keluarnya ucapan tu tak kata apa-apa pun. 

Bila dah selesai prank depa baru zumal tahu depa plan dah 2 minggu. Macam2 Nurul buat benda pelik hari ni. Mulanya ingat dia balik nanti nak bg kejutan rupanya tak de pun. Pastu kata Fiza pi jumpa someone. Zumal rasa jeles kot sebab tak kan dia tak ingat pun kat zumal ni. Rasa nak nangis ja. Lepas zumal dan Nurul balik dari jkm tetiba tengok pintu ofis tak kunci. Masuk2 ja tengok ada orang. Dayah. Zumal tak pernah jumpa dia. Kawan Fiza. Beralih sebelah lagi tengok Fiza pegang brownies dengan lilin birthday. Terkejut. Rasa nak nangis pun ada. 

Terima kasih yer korang. Zumal sayang korang. Tak sangka plan korang sampai tahap tu. Sanggup berhujan utk abang korang ni. Zumal akan ingat samoai bila-bila.

For seseorang tu, zumal memang sayang awak dari dulu. Dan harap sayang tu terus kekal dalam hati ini dan hati awak.