Majlis Raja Sehari Shauqi dan Nurmiati
Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu dan Selamat Hari Malaysia. Hujung minggu ni cuti agak panjang sempena Hari Malaysia ke 50 tanggal 16 September 2013. Semalam zumal ada di Jitra sempena Majlis Raja Sehari sepupu zumal iaitu Shauqi anak kepada Pak Long dengan teman hidupnya Nurmiati dari Tawau, Sabah.
Berkenaan majlis semalam, dapatlah kami sanak-saudara berjumpa. Bukan senang nak jumpa sebab semua jauh-jauh. Zumal sorang je yang kekal di bumi Perlis. Syukurlah dengan berkat keamanan Malaysia kita dapat kita berkumpul dan meraikan majlis bersama.
Semalam zumal dapat mengambil beberapa shoot bersempena majlis. Dapatlah zumal kongsikan di sini. Tema pakaian purple, manakala pelamin mereka ada adaptasi konsep dari Jepun. Maklumlah akak Shauqi belajar di Jepun. Apapun semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Kepada yang terlekat dalam shoot zumal ni mohon maaf yer. Maklumlah ada gambar candid, ada yang dirancang.
Selamat Pengantin Baru Shauqi dan Nurmiati. Tahniah kepada Pak Long dan Mak long yang dah dapat menantu. Sekian, setakat ni aje perkongsian zumal. Wasalam...
Pak Long dan Mak Long menyambut para tetamu yang hadir |
Pak Long dan Mama berbual dengan mantan YB, Cikgu Selamat |
Sibuk menyambut tetamu |
Pengantin tengah santap. :) |
Sibuk Cik Noor ambil gambar yer |
Tunggu pengantin depan pelamin |
Pak Andak berbual dengan sanak-saudara |
Cantik |
Sanak-saudara berkumpul sambil menanti rombongan pengantin tiba |
Bukan senang dapat bergambar dengan Mak Cik |
Ceria |
Pelamin Shauqi dan Nurmiati |
Rombongan pengantin telah pun sampai |
Cantik menawan Raja Sehari |
Senyuman manis Raja Sehari |
Bergambar kenangan |
Pak Cik dan Mak Cik bergambar kenangan bersama pengantin |
Comments
Post a Comment