35 Tahun Menipu
Shah Alam: “Saya sudah menetap di negara ini sejak 35 tahun lalu
dengan hanya menggunakan kad pengenalan rakan yang diimbas,” kata
seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Subramaniam, 59, yang
ditahan dalam Op Kutip dijalankan Jabatan Imigresen Selangor di sekitar
Klang dan Shah Alam, semalam.
Lelaki warga emas terbabit ditahan ketika bertugas di sebuah
kondominium di Taman Bayu Perdana, dekat Klang, mendakwa berasal dari
Singapura dan berkahwin dengan warga tempatan hingga mendapat dua anak
serta empat cucu di negara ini.
“Saya baru bekerja di syarikat keselamatan berkenaan dan ketika
memohon pekerjaan, mereka langsung tidak meminta sebarang dokumen
pengenalan daripada saya.
“Sepanjang berada di negara ini, saya hanya bersedia dengan kad pengenalan yang diimbas milik rakan kalau-kalau ada pemeriksaan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Selangor di sini, semalam.Baca selanjutnya disini

Comments
Post a Comment