Bomoh Alim Larikan Isteri
Muar: “Saya tidak sangka bomoh yang berperwatakan alim itu bukan saja
sanggup menggunakan ilmu hitam untuk melarikan isteri, malah turut
melesapkan RM20,000 hasil perniagaan kami, “ kata seorang peniaga,
Rozman Jamil, 46.
Peniaga buah dari Kampung Jawa, Panchor di sini, mendakwa
isterinya, Zainon Ibrahim, 41, yang menguruskan gerai buah-buahan di
hentian Rawat dan Rehat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan Pagoh, hilang
dipercayai dilarikan seorang lelaki pada jam 3.30 petang, pada 2
November lalu. Rozman berkata, dia percaya kehilangan Zainon
ada kaitan dengan seorang lelaki dikenali Azman yang baru dikenali
ketika mereka bercuti di Pulau Besar, Melaka, Jun lalu. Menurutnya, ketika dia dan isteri sedang makan di sebuah kedai di Pulau
Besar, Azman lingkungan 40-an tiba-tiba menghampiri mereka dan berbual
mesra.
“Lelaki itu kelihatan peramah selain memaklumkan dia
bomoh handal dari negara jiran dan dapat membantu jika ada masalah
berkaitan perniagaan.
“Azman kemudian meminta nombor telefon kami sebelum meminta diri.
Saya sangka ia hanya setakat itu namun tiga minggu kemudian, lelaki
terbabit menemui Zainon secara bersembunyi dan memaklumkan ada beberapa
botol minyak, tasbih serta beberapa barang lain yang kononnya dapat
membantu melariskan jualan,” katanya. Bapa kepada dua anak itu
berkata, dia percaya lelaki itu mengenakan ilmu hitam terhadap isterinya
menyebabkan wanita itu menuruti kata-kata lelaki terbabit. Katanya, selepas beberapa bulan berhubung, Zainon menghilangkan diri tanpa meninggalkan apa-apa pesan.
“Sejak Zainon menghilangkan diri saya ada bertemu dengan beberapa
pengamal perubatan tradisional untuk mengesan isteri, namun semuanya
memberi jawapan sama iaitu isteri dikenakan ilmu hitam.
“Itu mungkin ada benarnya kerana saya dapati isteri memasukkan wang hasil perniagaan kami hampir setiap hari lebih RM20,000 ke beberapa akaun bank berbeza dalam tempoh tiga bulan selepas mengenali lelaki itu,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, November lalu.
Menurut Rozman, dia pernah menasihatkan Zainon menjauhkan diri daripada lelaki itu berikutan curiga dengan kelakuannya. Katanya, sebelum menghilangkan diri, Zainon tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan, malah mereka juga tidak berdepan dengan masalah rumah tangga. Rozman berkata, dia serta anak mereka, Mohd Naim, 15, dan Norhafifi, 14, risau memikirkan keselamatan wanita itu kerana usaha mengesannya sehingga kini menemui jalan buntu.
“Sejak menghilangkan diri, Zainon tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dimatikan.
Saya berusaha mengesan Zainon di rumah saudara di seluruh negara, tetapi tidak berjaya.
“Kehilangan Zainon juga memberi kesan kepada Mohd Naim dan Norhafifi yang demam teruk sejak seminggu lalu kerana terlalu merindui ibu mereka.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Zainon diminta menghubungi saya di talian 010-7196678,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan wanita berkenaan. Sumber

Comments
Post a Comment