Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kira-kira jam 8.00 malam 28 September 2014 zumal telah diminta untuk turut serta bersama Pengarah JKMN Perlis dan pegawai untuk melawat mangsa bencana banjir kilat dan rumah terbakar di RPA Mata Ayer, di Mata Ayer Perlis. Kejadian nie telah berlaku malam sebelumnya dan adalah sedikit kerumitan yang terjadi kepada pegawai terlibat malam tersebut sehingga wujud situasi kurang menyenangkan. Lupakan bab itu, tengok kalau panggil memang zumal akan pergi membantu dengan ikhlas.
Dalam kejadian itu ada 20 keluarga yang terlibat dalam banjir kilat dan 1 keluarga terlibat dalam kebakaran. Tiada kemalangan jiwa tetapi hanya kerosakan harta benda. Banjir kilat berlaku kerana berlaku aliran air bukit yang kini telah tergondol oleh pembangunan Kem Tentera di Oran, Mata Ayer, Perlis. Kawasan pembangunan kem agak tinggi daripada kawasan perumahan jadi itulah masalah kejadian ini. Banjir tersebut membawa lumpur dan menenggelamkan rumah yang berdekatan.
Dalam kejadian malam itu para pegawai JKMN Perlis bersama Sukarelawan Kebajikan bertungkus-lumus membantu memindah mangsa dan membersihkan rumah mangsa. Dan malam tadi zumal bersama Pengarah dan pegawai disertai juga Sukarelawan Kebajikan melawat mangsa dan memberi sedikit bantuan segera kepada mangsa. Semoga mangsa bencana lebih terbela dan mengurangkan beban mereka.
Bersama ini zumal kongsikan gambar yang sempat diambil semasa lawatan tadi. Apa yang zumal harapkan semua mangsa janganlah berduka kerana apa yang berlaku ada hikmahnya.
|
Pengarah (tengah) mendengar penerangan En Shariman (kiri) tentang kejadian yang berlaku |
|
Antara rumah mangsa banjir |
|
Pengerusi JKKK memberi penerangan kepada kami yang hadir |
|
Zumal (kiri) mendengar penerangan JKKK kawasan tersebut |
|
Sukarelawan Kebajikan yang sentiasa ada membantu |
|
Sempat posing En Syaffrey atas kenderaan jabatan |
|
Keadaan rumah mangsa banjir |
|
Rumah mangsa kebakaran |
|
Pengarah melawat ke dalam rumah mangsa |
|
Sumbangan dari JKM kepada mangsa |
|
Sempat minum, sebelum pulang |
Lebih kurang pukul 12.06 pagi kami tiba di ofis JKM. Kemudian zumal pun bergegas balik kerana tok keseorangan di rumah.
Entri ini zumal mula taip jam 1.00 pagi selepas ambil mood berehat. Moga pagi nanti dapat sambung kerja semula. Terasa begitu cepat masa berlalu. Isnin dah muncul kembali. Selamat tidur semua ^_^
Kalau dah on call.... kena gak attend... selamat tidur zumal...
ReplyDeleteberkorban demi agama, bangsa n negara..tahniah zumal!
ReplyDeleteteruk jugak ek.. naseb xde yg cedera kan.. :)
ReplyDeleteTeruk la juga… kesian dorang
ReplyDeleteAssalamualaikum dan singgah pagi Zu Mal...demi membantu mereka yang memerlukan sanggup berkorban...memang terbaik...
ReplyDeletebanjir kilat campur lumpur mmg penat nk membersihkannya...mujur zumal n jkmn menolong mangsa yg terlibat...yg alami kebakaran tu takziah..ujian Allah tetap kena hadapinya.
ReplyDeleteItu antara tugas yg perlu handle d jkm eh x per at least dpt pahala
ReplyDeletegood job bro. turun padang demi masyarakat setempat. bahaya jugak banjir kilat.
ReplyDeleteKesiannya dorangg. :(
ReplyDeleteaah la zumal.. mesti banyak kerugian tuu.. tringat plak rumah lama.. selalu banjir jgk.. rumah kg kan. tp duk kg paling best :)
ReplyDeletekesian dgn semua mangsa2 tu.. nasib baik ada pertolongan JKM
ReplyDeleteAlhamdulillah... satu pekerjaan yg mulia Zumal. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup Zumal... aamiin ya Rabbal alaamiin.
ReplyDeleteBagusnya tolong mangsa banjir dan kebakaran macam ni.. kesian mereka kehilangan tempat tinggal.. Nasib baik semua selamat ^^
ReplyDelete