SEKITAR PERINGKAT AKHIR PESTA PANTUN TERBUKA PERLIS 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pagi tadi zumal turut sama menyaksikan Program Merakyatkan Seni Budaya Pesta Pantun Terbuka Perlis 2014. Program telah dijalankan di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Perlis di Kangar.
Program dianjurkan oleh JKKN Negeri Perlis dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Ia dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran dan kehadiran para peserta dan tetamu. Zumal hadir bersama dua orang pegawai mewakili JKMN Perlis.
Pesta Pantun ini menemukan 4 pasukan. Pasukan tersebut adalah dari Jabatan Pendidikan Perlis, UiTM Perlis, Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis. Pertandingan ini adalah peringkat akhir dan dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi untuk memilih tempat ketiga dan keempat serta sesi pemilihan johan dan tempat kedua.
Sesi pemilihan tempat ketiga dan keempat dijalankan dahulu yang menemukan pasukan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Perlis dan pasukan Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis.
Program diteruskan pula dengan sesi pemilihan johan dan tempat kedua. Sesi ini menemukan pasukan Jabatan Pendidikan Perlis dan UiTM Perlis.
Setelah selesai pertandingan program diteruskan lagi dengan deklamasi puisi oleh Rejab FI dan pertunjukan awang batil.
Program dianjurkan oleh JKKN Negeri Perlis dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Ia dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran dan kehadiran para peserta dan tetamu. Zumal hadir bersama dua orang pegawai mewakili JKMN Perlis.
Pesta Pantun ini menemukan 4 pasukan. Pasukan tersebut adalah dari Jabatan Pendidikan Perlis, UiTM Perlis, Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis. Pertandingan ini adalah peringkat akhir dan dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi untuk memilih tempat ketiga dan keempat serta sesi pemilihan johan dan tempat kedua.
Sesi pemilihan tempat ketiga dan keempat dijalankan dahulu yang menemukan pasukan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Perlis dan pasukan Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis.
Pengacara dan penjaga waktu Pernah tengok tak pengacara nie Beliau zumal panggil Cikgu Yaakob Drama kat utara kalau ada cerita berkaitan cikgu-cikgu. Beliau mesti ada. |
Gelagat peserta dari Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis nie paling lucu dan amat menghiburkan |
Pasukan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Perlis |
Peserta paling cekap membalas pantun dan paling cepat jawab balas. |
Setelah selesai pertandingan program diteruskan lagi dengan deklamasi puisi oleh Rejab FI dan pertunjukan awang batil.
Setelah selesai pertunjukan keputusan yang dinantikan telah diumumkan dan johan pesta pantun adalah Jabatan Pendidikan Perlis manakala Cikgu Manaf iaitu peserta lelaki tunggal dalam pasukan tersebut menang sebagai pemantun terbaik. Majlis selesai dalam jam 12.15 tengah hari.
Inilah kali pertama zumal ke pesta pantun. Memang pengalaman yang menyeronokkan. Terima kasih kepada semua yang sudi baca...
dah lama tak berpantun...
ReplyDeletewah mesti seronok ni.. :)
ReplyDeleteda lme tk dnga org brpantun ~
pantun2 ni teringat jarjit dalam cerita upin ipin...minat betul dia dngan pantun...hehe
ReplyDeleteWahh bagusnya.. memartabatkan budaya warisan bangsa.. :)
ReplyDeletethat's a nice event :)
ReplyDeleteMY-Emily
tetiba teringat sekolah zizie kena sabotaj masa pertandingan pantun...
ReplyDeleteSemua dah ala2 pendekar dah....
ReplyDeletedulu waktu sekolah suka join pesta pantun ni..best pulak berbalas pantus..meang pulak tu :-) kenangan tul
ReplyDeleteBestnya ^^
ReplyDeleteDari kepong ke segambut,
ReplyDeleteDuduk sebentar di atas jambatan,
Salam dihulur salam disambut,
Moga kekal ikatan persahabatan.
Saya berpantun sempena entri ni. hihi