ELAK RASA HEBAT
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam kita dikejutkan kemalangan ngeri di lebuhraya Karak yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
Sebelum ini pernah zumal sentuh pasal elak kemalangan tapi kali ini zumal ingin kongsikan daripada pemerhatian zumal sendiri ketika menggunakan lebuhraya untuk perjalanan jauh. Topik yang zumal ingin ketengahkan adalah elak rasa hebat.
Kekadang ada sesetengah pengguna jalan raya ini merasa hebat dengan kenderaan yang mereka guna di jalan raya dan ada pula rasa hebat kerana skillnya ketika memandu atau menunggang. Kemalangan tidak kenal siapa, pemandu Ferrari pun tetap boleh terlibat dalam kemalangan.
Pengalaman zumal semasa berada di jalan raya pernah dipotong oleh motosikal yang sedang berkonvoi, ada yang potong sebelah kiri dan ada disebelah kanan bersilih ganti. Perkara ini boleh memgundang kemalangan kerana kita tak dapat jangka apa yang berlaku dihadapan. Tambahan lagi jika kita terlalu laju, sukar untuk elak jika terserempak kemalangan di hadapan.
Jalan raya bukan tempat berseronok. Kita harus berhati-hati setiap masa ketika berada di jalan raya. Paling penting ikutlah undang-undang jalan raya kerana undang-undang diwujudkan bukan untuk menyusahkan kita tapi untuk menjaga nyawa kita.
Semoga apa yang zumal kongsikan dapat menjadi panduan kita bersama. Ingatlah orang yang tersayang. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam...
Betul tuh...
ReplyDeleteLebih baik pandu berhati-hati dari berlumba-lumba sehingga membawa padah pada diri dan orang lain..
Ada jugak sesetengah pemandu ni pantang tercabar. Tak boleh ada kenderaan yang potong kereta dia.
ReplyDeleteAlamak..terasa hihi..sy samseng jgak driving..tp time jln sunyi jer..perasan hebat sorang2
ReplyDeleteteruk juga kalau dah sampai kebakaran tu kan zumal..isk..ngeri la
ReplyDeleteZumal pun terkejut tengok berita tu... Moga tak berulang...
ReplyDeleteSedihkaaannn... betullah orang kata, malang tu tak berbau... kadang2 yang cukup berhati2 memandu, penuh hemah... itulah yang disondol kenderaan lain... Allahu Akbar!
ReplyDeleteAssalammualaikum...DZ,
ReplyDeleteapa yang penting kita hendaklah berhati2 di jalan raya.. malang memang tak berbau kan... seram bila tak insiden nie... insaf sekejap.
mselim3
tu la.. saya takut bila berselisih dengan motor even saya ni penumpang dalam kete je pun..
ReplyDeleteharitu pernah menyaksikan sendiri kemalangan motor and kereta depan mata. motor betul2 landing bawah kete kawan.. masha ALLAH.
Suami memang sangat terkesan sebab dia kan baru accident :)
ReplyDeleteTu lah..bahaya tu kalau potong kiri kanan. Kita pun x dapt concentrate.. Confuse di jalan raya.
ReplyDeleteTak pasal-pasal kita pulak yang terlanggar depa nanti.
Dengar berita malam tadi ttg kemalangan ngeri ni....sedih. Husband dok bebel2 sebab dia pun bikers juga. Tapi menurut kata en.suami, bikers sekarang x macam dulu, skrg ni yg jiwa muda kebanyakkannya naik motor2 besar ni tak de rasa tanggungjawab esp di jalan raya. Lagi2 kalau kena potong dengan motor kecik macam EX5 ke, CBR250 ke...mula la dia pun nak 'bakar' org yg naik motor kecik tu...sudahnya tu yg kerap jd kemalangan ngeri macam ni...tp wallahualam la...
ReplyDeleteamat ngeri lihat eksiden tu...takziah...alfatihah..
ReplyDeletekat highway mahupun jalan biasa, yang bawak kereta besar2 ni, mmg berlagak hebat. lg2 kalau yg bawak alphard. zizie selalu perhati. ada sebijik dua aje yg x action. geram. kat tempat parking pun dorg nak berlagak hebat.
ReplyDeletesalam blogwalking..
ReplyDeleteterimakasih atas ingatan..saya pulak atas jalan bawak mcm kura2..hubby slalu marah sbb die kate tu faktor bt jalan jam..haha
pemandu sekarang banyak x berhemah . kdg2 mcm sia2 je diorg belajaa memandu masa mula2 nak memnadu dulu kan . sb diorg buknnya pratikkan pun .
ReplyDeletesetuju.. igtla org tersayang :)
ReplyDeleteKadang2 bila kite berhati2 orang lain pulak yang langgar.
ReplyDeleteYang penting semua kena berhati2, hehe
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteApa pun semoga kita dijauhkan dari perasaan rasa hebat ni.. dah riak tu kan.. astagfirullah..
ReplyDeleteadakalanya kita ok jer . pihak lain lak yg lalai dan melanggar kita ...
ReplyDeletetula terok jugak xcden tu...
ReplyDeletesmpai rentung...
bahye atas jalan ni kite xtau kan
kadang kite dah abis berhati2 dah bawak..
tapi sebabkan knderaan laen yg sllu pntingkan diri..
kite jugak jadi mgsa
smoga kite dijaohkan dr bncana
betul cakap Zumal tu. Org skrg ni suka sangat nak tunjuk hebat kat jalan raya. sebab tu banyak sgt berlaku kemalangan.
ReplyDeletecik fafa cukup rasa menyampah dengan driver2 yang dok perasan hebat bawak kereta besar laju-laju.
ReplyDeleteitu lah. nak hebat boleh tapi jangan kasi orang lain terlibat dengan kemalangan yang orang hebat tu cipta.
ReplyDelete