Resepi Donut Tepung Donut Cucur
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih ingat lagi dalam entri zumal yang terdahulu menceritakan zumal ada membeli Tepung Donat Cucur kat Mudah.my dalam entri INI. Pada kali ini zumal nak kongsikan cara menggunakan Tepung Donut Cucur ini. Untuk memudahkan rujukan korang, zumal buat entri bergambar yer.
Paling penting korang kena dapatkan Tepung Donut Cucur dahulu, mudah saja semua dihujung jari yer. WhatsApp saja Abg Jai di 019-7926193 untuk membuat pembelian. Selain tu korang kena sediakan bahan lain seperti:
-Susu segar (suam) setengah cawan
-Telur 1 biji
-Gula Aising
Bahan-bahan nie kena betul sukatannya yer jangan terlebih atau terkurang yer...
Pertama sekali, masukkan Tepung Donat Cucur dalam bekas dan asingkan.
Kemudian dalam bekas berasingan, campur 1/2 cawan susu segar suam bersama sebiji telur. Pukul hingga sebati dalam 1-2 minit.
Campur bahan tadi ke dalam bekas berisi Tepung Donut Cucur tadi...
Gaulkan hingga sebati semua bahan tadi hingga membentuk doh.
Bila dah sebati biarkan bahan kembang dalam masa 45 minit hingga 60 minit. Zumal biar hingga 60 minit tau.
Bila dah cukup masa tu, zumal bentukkan. Ikut suka korang nak bentukkan macam mana yer. Kalau macam zumal buat nie dapat la 10 biji semuanya. Masa nak bentukkan donat tu korang boleh celup tangan dalam tepung untuk elakkan doh tersebut melekat kat tangan.
Panaskan minyak, kemudian gorengkan donut korang dalam api sederhana. Bila dah kuning boleh la angkat yer. Masa goreng nie kejap jer tak perlu goreng lama-lama nanti donut korang terlebih gelap.
Bila siap, korang boleh la letakkan gula aising dan sedia untuk dimakan. Bagi zumal rasanya memang sedap. Selamat menjamu selera...
Mudah dan senang :) sedap tak donutnya DZ ? :)
ReplyDeleteSedap Cik Mimie.. Nanti order k :)
Deletenak order jugak lahhh. sdapnyaaa donat buat minum petang :D
ReplyDeletesedapnya nampak donut tu. biasa beli je. malas nak buat sendiri. haha
ReplyDeleteLepas ni Ajik boleh beli n buatkan untuk wife.
DeleteMesti dia terkejut nanti.
Surprise...
Menarik..nnti boleh cuba nie..=D
ReplyDeleteelok keombongnya donut tu...best ni...
ReplyDeletewahhh rajin dan sedapnya zumal.....boleh order nie :)
ReplyDeleteJom... Jom...
DeleteBoleh terima order ke Zumal :)
Order tepung boleh la tapi dekat Abg Jai dalam entri tu la ^-^
DeleteFuyoo sempoi... sedap ni.. :)
ReplyDeleteDZ... baru harini tau ada tepung Donat.... mudahnya nak masak... semua serba ada
ReplyDeletemak ai gebunya donat..rajin DZ yer
ReplyDeletenampak senanggg..bagus ni, nak prepare bekal anak2, takde pening2 kalut2 bagai..tq sharing.nnti nak order gak la insyaAllah :)
ReplyDeletepergh.. makin bertambah rajin zumal masak... heheh
ReplyDeletesenang nye...boleh try ni
ReplyDeleteThanks, zumal buat entri ni.
ReplyDeleteWahhh...mmg nmpk gebu donut ni.
Berkembang pesat dlm mgkuk adunan
peh, senangnya..tepung segera yer..boleh try beli ni..
ReplyDeleteMudahnye.. DZ wat sndri?? Tabik springgg..!!!!
ReplyDeleteha'a lah..mudah dan cepat..besarnya size donat Zumal tu..mkn sebijik pun dh kenyang hihhi
ReplyDeletekalau kecil sekali mkn dh habis
ReplyDeleteehh....senang nyer....mcm tak caya lak hihihi
ReplyDeleteehh sngnye tgk zumal buat. boleh try gak nti ni hehe
ReplyDeleteSekarang semuanya dah mudah.
ReplyDeleteAntara malas dengan rajin ja kan