HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH
Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua. Setelah pulang solat tadi zumal mendapat satu risalah dan pengisian amat bermanfaat. Jadi petang ini zumal ingin kongsikan kandungan risalah tersebut.
Sepanjang tahun lepas kita didatangi pelbagai musibah yang melanda negara kita bahkan ada antara kita yang mengalaminya sendiri. Sedarlah bahawa disebalik musibah yang berlaku itu terselit hikmah yang tersembunyi. Antara hikmah yang boleh diambil:
1. Mengangkat darjat
Musibah yang menimpa seseorang merupakan jalan Allah meninggikan darjat. Kisah Nabi Ayub contoh terbaik. Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia disisi Allah, namun masih terbaik sangka. Sudah dirinya ditimpa penyakit. Isteri-isterinya menjauhkan diri. Nabi Ayub tetap bersabar, sehingga Allah mengembalikan kesihatan dan meninggikan darjatnya.
2. Tanda cinta
Musibah adalah tanda cinta Allah, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya besarnya pahala yang kita perolehi bergantung kepada besarnya dugaan, dan Allah apabila mencintai sesuatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. (HR. Ahmad dan Tirmidzi)
3. Mendidik jiwa bersifat sabar
Yakinlah Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupan dan kemampuannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa bersama mereka. Sebagai mana firmannya: Dan ingatlah Allah sent I as a mengasihi orang-orang yang sabar. (Surah Ali I mean:146)
4. Pembersihan dosa
Hikmah ditimpa musibah adalah satu Cara membersihkan jiwa. Ia sesuai dengan had is Rasulullah s.a.w bermaksud: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya. (HR. Bukhari dan Muslim )
5. Keinsafan
Jangan dicela musibah yang menimpa. Hakikatnya Allah sedang memberi perhatian. Bukankah itu satu kemuliaan?
6. Membersih hati
Manusia yang tidak diuji dengan musibah menjadi ujub dan takbur. Musibah dalam bentuk apa pun adalah rahmat Allah. Ia dapat membersihkan jiwa dan menyuci iman. Itu ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah kepada orang yang beriman.
Penutup
Nikmat yang diperolehi ketika ini wajib disyukuri. Jika ditimpa musibah, mohon kesembuhan kepadaNya. Perbanyakkan amal ibadah, dekatkan diri dengan Al Quran kerana di sana ada penawar.
Dipetik dari Risalah Al Izzah Bio 8/2015
bagus pengisian ni ^^
ReplyDeletePengisian yang bermanfaat... selalu kita lupa musibah tu ada hikmah tersembunyi :)
ReplyDeletekadang2 prkara seperti demam, takde elektrik/air pon boleh mndatangkan keinsafan pd mnusia :) time tu la nak ingat orang2 yg hidup betul2 daif
ReplyDeletestiap musibah inshaallah ade hikmahnya. thanks sharing zumal :)
ReplyDeleteNice sharing dan oleh itu kita x perlu mengeluh kerana setiap musibah d sebaliknya yg kita x tahu
ReplyDeletebukan senang utk kita 'menghargai' musibah. Tapi kalau selalu ingat Allah, yg susah pun jadi mudah. *muhasabah*
ReplyDeletetapi lebih ramai yg mengeluh dari menerima musibah itu sebaga ujian dan peringatan ...
ReplyDeleteTerima kasih..Perkongsian yang bermanfaat :)
ReplyDeleteiya, btul3..
ReplyDeleteTQ PERKONGSIAN YG SGT BERMENAFAAT
ReplyDeleteAllah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya :)
ReplyDeleteT kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.
ReplyDeletePengisian yang baik. Semua kejadian ada hikmahnya.
ReplyDeletehidup tanpa ujian bukan hidup namanya
ReplyDeletebetul tu, Allah takkan sengaja bagi kita dugaan melainkan ada hikmah dan kebaikkan di sebaliknya..
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteThanks for sharing, zumal.
Semoga zumal ceria2 selalu.
thanx untuk perkongsian ni :)
ReplyDeletepengisian yang bagus
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ni