Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama zumal tak timbul di blog yer. Ade tak yang perasan kehilangan zumal? Hah, tak! Yer la siapalah diriku ini kaan... Hehe.. Hari nie zumal nak kongsika resepi yang agak ohsem la bagi zumal. Tapi ini bukan resepi zumal cuma recook oleh zumal jer. Zumal jumpa resepi nie masa menonton rancangan Sarapan di TV3.
Ok, resepi yang zumal ingin kongsikan ialah Nasi Goreng Pekasam. Korang pernah buat tak? Simple jer resepi nie. Zumal kongsikan secara bergambar yer.
|
Bahan-bahan: Bawang putih, bawang merah, cili, sayur sawi, belacan, fishcake, pekasam, telur dan nasi putih |
|
Belacan zumal guna sebanyak dalam gambar tu |
|
Mulanya, panaskan sedikit minyak untuk goreng pekasam, pekasam yang best ialah pekasam yang banyak serbuk-serbuk tu. Bila siap ketepikan pekasam tu. |
|
Gunakan minyak gorengan pekasam tadi untuk tumis bawang putih, bawang merah |
|
Kemudian masukkan cili, fishcake, goreng hingga masak |
|
Masukkan pula nasi putih, gaul rata dengan bahan tumisan kita tu |
|
Tuangkan kicap secukup rasa |
|
Nak tambah garam pun boleh juga, gaul rata |
|
Pecahkan telur, ikut korang. zumal masukkan hanya sebiji telur |
|
Kemudian masukkan sayur sawi. Sayur nie last pun takpa sebab kita taknak zatnya hilang ketika menggoreng |
|
Masukkan semula ikan pekasam yang telah digoreng tadi. |
|
Gaul hingga rata, kalau korang rajin nak masukkan isi pekasam pun boleh juga, kalau masukkan sekor-sekor macam dalam gambar kita akan berisiko tulang pekasam tu. Goreng hingga rata dan siap untuk dihidang... |
|
Inilah rupanya nasi goreng pekasam zumal |
Selamat mencuba resepi ini yer. Zumal minta maaf kerana menghilang diri hari tu... Rindu sangat kat blog nie dan korang semua. Nanti zumal berkunjung blog korang yer. Bye-bye...
pehhh sedapnyaaa pekasam. makan pulaj dengan nasi goreng. yumyyy ^^
ReplyDeleteNani tukar profile pic lahhh
DeleteA'ah baru kita perasan ^-^
Deletetak pernah makan nasi goreng pekasam... wah menarik ni, bolehlah akak cuba...
ReplyDeleteHehe nanti cuba yer ^-^
DeletePerghhhh...sedapnya....baru tengok. Nak buat gak lepas ni...tak kira.
ReplyDeletesdapnya..tp cik nor tak makn ikan pekasam..:)
ReplyDeleteSinggah sini
ReplyDeleteAssalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jemput join segmen saya yg terbaru ni ye..
Segmen Mencari Bloglist blogahbar
Terliur tengok nasi goreng pekasam Zumal ni... mmg terbaik!
ReplyDeleteBoleh cuba ni. Terbayang-bayang keenakan ikan pekasam :)
ReplyDeleteSalam singgah petang zumal...wahh...nampak sedaplah zumal...ada masa nak cuba ni resepi ni...
ReplyDeleteoh my, memang thorbaek! ikan pekasam kot..mmg sedap!
ReplyDeletewahhh best ni . kirim la . hehee
ReplyDeleteNanti zumal send dalam mimpi, boleh?
Deletewahh. mesti satu rumah bau perkasam.. . harap zumal tak tercekik tulang ikan bila makan nasi goreng tu ye. hehehehe, gurau :P
ReplyDeleteHuuyyooo! Chef Zumal memasak di dapur :) Nampak menyelerakan :)
ReplyDeletemestilah peraan...bila datang sii sunyi je..hari2 datang skodeng manalah tahu ada entri baru :-)
ReplyDeletedalam senarai bahan-bahan tu tak letak pun dau sawi (warna hijau tu) hikss...pastu x nampak pun bawang putih :-)
ReplyDeleteMemang xde bawang putih tu JM, untuk panduan bagi sesiapa nak try resepi tu... Hehe ^-^
Deleteoh..itu caranya..kalau JM...tak kan campak ikan pekasam tu dalam kuali biar je dalam piring tu..nanti nasi goreng dah siap mkn bersama ikan pekasam..kalau gaul sekali risa tulang masuk ke dalam nasi..alahai..terliur lah pulak..kalau ca,
ReplyDeleteCamtu lebih baik kan JM ^-^
DeleteSEDAPNYA..IKAN PEKASAM DH MMG SEDAP PUN...
ReplyDeletekecur ayak liuk tengok nasi goreng tu. haha. kena cuba ni. macam senang je nak buat.
ReplyDeletetu lah , dah berapa kali buka , x de entry baru ... alhamdulillah dan comeback ... perahkan limau pun sedap tu ... terliur lah sudah .
ReplyDeletewaduhhhh....kecuq sy...da la lama mengidam ikan pekasam niiii
ReplyDeletelama x makan ikan pekasam. senang nak cari ea kt perlis. hehe
ReplyDeletePehh.. pehhh... pehhh... saya mmg tak tahan ni.. tak boleh nk cakap dah nak komen pe hehee... menyelerakan sgt2!!!.. :)
ReplyDeletexberapa gemar makan perkasam..tp secubit ja boleh la masuk perut..hehe...
ReplyDeleteNampak sedapnyaaa
ReplyDeletemak oi, sedapnya tengok nasi pekasam ni!!!!
ReplyDeletewow DZ msk...nyum...nyum...ade plak ikan pekasam aih terliuq..@-@
ReplyDeletewow..terbau2 dah kat idung dah ni..lapor weiiii
ReplyDelete