MINGGU SEDIH
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu ini banyak meninggalkan kenangan kerana seramai 4 orang di ofis Zumal akan bertukar ke tempat lain disebabkan kenaikan pangkat dan perpindahan untuk pulang ke kampung halaman. Khamis lepas ofis Zumal buat majlis perpisahan buat mereka berempat. Jumaat lepas adalah hari terakhir buat dua orang pegawai JKM bertugas di JKM Perlis. Timbalan Pengarah 1 akan ke Putrajaya dan Penolong Pegawai Tadbir bakal ke Sungai Petani.
Perpindahan Penolong Pegawai Tadbir di JKM tu paling dirasai kerana beliau bertugas di unit yang sama dengan Zumal. Lagi pun beliau adalah pegawai atasan Zumal. Selain tu beliau agak rapat dengan Zumal sejak tok dimasukkan ke hospital pada tahun 2013 lalu kerana jatuh. Beliau selalu keluar dengan Zumal semasa tok di hospital hampir setiap malam. Masa tu Zumal tidur di wad jadi pada awalnya beliau akan teman Zumal keluar makan malam. Pada waktu petang beliau akan berkunjung menziarah tok di hospital.
Kejadian paling beliau ingat mungkin semasa kehilangan kunci motor beliau semasa menziarah tok. Semasa kami sampai di wad tetiba beliau sedar kunci tertinggal di motor. Tapi bila sampai di parking kunci tersebut dah tiada. Mungkin terjatuh dan mungkin ada yang mengambilnya. Untuk keselamatan motornya kami terpaksa mengunci motor dengan kunci tambahan. Risau kekalau yang jumpa kunci tu berniat untuk mencuri motor beliau. Kami mendapat pertolongan pengawal keselamatan di hospital untuk mencari kunci tersebut tapi tak berhasil. Jadi pada hari ketiga beliau terpaksa memanggil orang untuk menukarkan kunci motor tersebut. Kesian pada beliau. Kerana menziarah tok beliau terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk baiki motor.
Jumaat lalu beliau belanja Domino's pizza untuk kami di unit pentadbiran. Unit pentadbiran juga adakan makan-makan di ofis. Sebelum pulang dapat Zumal mengambil gambar beliau kali terakhir untuk thumbprint di ofis.
Selamat maju jaya buat Encik Muhamad Ikhram di tempat baru. Terima kasih atas tunjuk ajar buat Zumal di JKM. Moga kita jumpa lagi...
Semoga mereka berjaya si tempat baru.
ReplyDeleteDan semoga zumal dapat rakan sekerja yang komited juga afterwards.
ohh..ingatkan sedih sbb apa tadi heeee..
ReplyDeleteminggu sedih? bukan Zumal yg sedih hihhihi
semoga mereka yg naik pangkat dan berpindah tu dpt menjalankan tugas dgn sempurna di tempat baru..doakan yg terbaik buat mereka..jgn sedih2 nanti cepat tuo hehehe
patah tumbuh hilang berganti.. semoga dapat pengganti yg lebih baik...
ReplyDeletejangan sedih2, nanti dapat kawan baru, bos baru pulak k.good luck.
ReplyDelete4 orang bertukar memang sedih.
ReplyDeletewpun dah tak bersua lagi , masih ada media sosial sbg penghubung ...
ReplyDeletetakpe zumal.. skang byk sgt cara utk berkomunikasi.. jgn sedih2 :)
ReplyDeletesemoga beliau lebih maju lepas ni :)
ReplyDeletePatah tumbuh hilang berganti. InshaaAllah, Allah akan gantikan dengan yang lain :)
ReplyDeleteSemoga mereka yg berpindah akan lebih sukses ditempat baru. Dan semoga zumal bertambah sukses juga dengan kehadiran bos baru :)
Bagus ye zumal Encik Ikhram tu. susah nak cari seorang ketua yang baik macam tu.
ReplyDeleteMmg sayu bila ada keadaan mcm ni.. semoga segalanya dipermudahkan & mudah2an mereka terus sukses di tempat baru... aamiin.
ReplyDeletebaiknya pegawai atasan u
ReplyDeletevery kind hearted and helpful
we need more such people in society :)
semoga mereka berjaya di tempat baru.
ReplyDeletesetiap pertemuan ada perpisahan
semoga mereka berjaya di tempat masing2..
ReplyDeleteAssalam zumal,
ReplyDeletebertemu dan berpisah adalah lumrah dunia kan3
Bertemu dan berpisah perkara biasa..tapi kalau hubungan yang baik tu takkan berpisah..akan tetap keep in touch gitu
ReplyDelete