NOR KFC 5TH PERLIS OPEN REGATTA
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie kalau Zumal cadang nak ke Timah Tasoh kalau tiada apa-apa aral yang melintang. Mulai 27 hingga 29 Mac 2015, ada acara Nor FC 5th Perlis Open Regatta. Hari nie Zumal ada sedikit kelapangan untuk berkunjung ke sana. Insha Allah Zumal tak akan lepaskan peluang nie. Moga cuaca baik.
Apa itu Nor FC 5th Perlis Open Regatta? Ianya bukanlah seperti regatta di Sarawak yang mempertandingkan perlawanan perahu panjang. Di Perlis, regattanya adalah pertandingan perahu layar. Lebih kurang macam Moonsun Cup yang dianjurkan di Terengganu dan Johor tu.
Bagi korang yang berminat nak tengok tu ini alamatnya Pusat Sukan Air, Empangan Timah Tasoh, Jalan Kaki Bukit. Jalan ini adalah yang menghala ke Padang Besar.
Hujung minggu depan pula Zumal rancang nak tengok AAM Malaysian Rally Championship di Chuping, Perlis pada 4 dan 5 April 2015. Acara nie Zumal lebih minat berbanding perahu layar tu. Kalau masa Zumal tinggal di Kampung Repoh dulu, kereta-kereta rally nie akan melalui jalan depan rumah Zumal untuk ke Chuping. Rumah sekarang menghadap jalan lain jadi terlepas la peluang nak tengok. Jadi untuk lebih puas hati Zumal akan ke Chuping.
Kita hanya merancang tapi Allah yang menetukan segalanya. Apa pun moga ada kesempatan Zumal hadiri acara-acara tersebut. Entri nie Zumal taip pada petang Jumaat semalam sebelum pulang kerja. Jadi kepada korang yang berkunjung ke blog Zumal nie, Zumal balas kunjungan korang pada hari Isnin yer.
Rajinnyee nk berjalan sana sini.. hihi
ReplyDeleteboleh la nanti share aktiviti tu kat sini ya ...
ReplyDeletewah ada regatta kat timah tasoh ya best acara sukan air ni...mmg cntik tmpat ni ..pernah ke sana thn lps.
ReplyDeletewah baru tau... kalau tak boleh pergi semalam.. hari ni ada agenda lain pulak.. esok keje... huhuhu...
ReplyDeleteSalam singgah sabtu zumal...wahhh..bestnya klu dpt pergi....sayang jauh lah pula...hihi
ReplyDeleteoh..baru tahu...mst best dpt tgk...tp panas lah...hihih
ReplyDeletex pernah pergi timah tasoh lagi setakat ni walaupun dlu aku belajar kat perlis.
ReplyDeletepernah tengok regatta kat Sarawak ke..?
ReplyDeleteRegatta Sarawak tu zumal tengok dalam tv jer ^^
DeletePemandangan kat Tasik Timah Tasoh ni mmg cantik. Rindu betul nak jejak balik ke sana.
ReplyDeleteSeronoknya klu dpt pergi ni.. bestlah..
ReplyDeleteingat share nanti event yg u bersempat pergi tu
ReplyDeletenak juga tau how fun the event was
MY-Emily
Nanti Zumal share yer ^^
DeleteRajin betul Zumal berjalan ye. Tapi, yang bestnya, ada banyak aktiviti. :)
ReplyDeletedah ada ke entri chuping tu? tak saba nak tahu :)
ReplyDeleteEvent kat Chuping tu hujung minggu nie ^^
Deleteada entry fee ke?
ReplyDeleteFree aje... Boleh terjah di tepi tasik...
Deletebestnya tengok perahu layar depan mata. saya tengok dekat tv je. haha
ReplyDeletebestnya klu dpt tgk dpn mata..
ReplyDeletebestnye...
ReplyDeletemesti seronok kan kalau dapat g sane
lama xlepak kt tasik timah tasoh
ReplyDeleteohhh ada buat kat empangan Timah Tasoh ya.. member yang keja kat situ tak bagitau pun..
ReplyDelete