NAT SENI BUDAYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semasa Program Merakyatkan Seni Budaya Karnival Memancing pada Sabtu lalu, turut diadakan juga Nat Seni Budaya. Korang yang tak berasal dari Perlis atau Kedah mesti tak tahu apa itu 'nat'. Nat yang dimaksudkan adalah pasar hari seperti pasar tani. Nat Seni Budaya yang dianjurkan oleh JKKN Negeri Perlis ini bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk tempatan dan tradisional.
Antara produk yang dipamer dan dijual adalah golok (sejenis pisau atau parang bersarung), keris, hiasan meja, senduk tempurung kelapa, tabung buluh, tudung saji, bakul, lukisan kanvas, aksesori wanita, pakaian dan makanan
Sebahagian produk yang dipamerkan ini memang amat sukar kita perolehi di dalam pasaran biasa atau pasar pagi dan pasar malam. Nat Seni Budaya ini memang sesuai seperti namanya. Moga pihak JKKN dapat menganjurkan nat seperti ini dilain kali. Disamping membantu memasarkan produk tempatan, ia juga dapat memberikan info berguna buat generasi baru. Sekian, wassalam...
wah ada nat seni budaya pula..mesti ramai yg berminat mndptkan hasil tangan yg dijual di situ.
ReplyDeletebagus bila ada prog macam ni. memperkenalakn warisan kita
ReplyDeletesenduk dari tempurung kelapa tu menarik
ReplyDeletewahh bnyak barang2 lama
ReplyDeletesaya suka seni kraf malaysia mcm ni. hasil dia mmng bermutu
ReplyDeleteSaya baru tahu maksud Nat tu Zumal hihii.. T kasih atas perkongsian.. :)
ReplyDeleterambang mata kalau dapat pi nat.
ReplyDeleteNat simpang 4, Nat pokok asam...lamanya tak pi nat
i suka juga lepak kat pasar seni macam ni
ReplyDeleteMY-Emily
dulu2, kalo balik kg suami kt arau, blur je bila dgr org sebut 'nat' hehe..skrang dah tau dah..hehe
ReplyDeletebagus nat seni budaya ni, lain dari yg lain :)
bagus buat macam nih.. boleh juga anak muda sekarang menegnai peralatan atau produk yang sukar dijumpai nih..
ReplyDeleteBaru tau NAT tu ape. Selama ni dok perlis tak pernah dgr lagi perkataan nat tu.
ReplyDeletebagusnya ada karnival cmnie.. :)
ReplyDeleteCik Mimie suka kalau ada event2 macam ni :)
ReplyDelete