TIPS MENGESAN TOYOL
Toyol |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malam nie malam Jumaat kan? Orang dulu-dulu membayangkan malam Jumaat adalah malam di mana hantu jembalang berkeliaran. Jangan percaya kepada fahaman ini yer sebab ianya boleh menyebabkan kita syirik.
Entri kali ini sekadar berkongsi dan bukan menyebarkan fahaman atau apa-apa kepercayaan. Toyol. Itu yang Zumal ingin ceritakan. Ianya tidak ada kena mengena dengan isu semasa. Toyol adalah lembaga yang dibela oleh seseorang. Orang tua-tua menceritakan toyol ini adalah bayi yang mati dan dipuja sehingga ianya hidup. Seram tak? Tak seram? Tengok gambar nie...
Saya toyol, seram tak tengok saya? sumber: Google |
Tuan kepada toyol nie membela toyol untuk tujuan mencuri. Curi apa? Hah, curi duit la... Sebab toyol nie bayi lagi jadi dia tak boleh disuruh curi Ferrari. Dia tak tau drive lagi dan jpj pun tak bagi lesen untuk hantu jembalang.
Semasa melakukan tugas mencuri, toyol nie akan mencuri sebahagian jer duit yang dia jumpa. Baik gak toyol nie kan? Lagi pun dia budak-budak lagi dan budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak.
TIPS MENGESAN TOYOL
Disebabkan toyol tu bayi a.k.a kanak-kanak, cara untuk mengesannya cukup mudah. Orang tua-tua kata budak-budak suka main. Jadi perangkap untuk memerangkap toyol nie senang aje, letakkan besen yang diisi tepung dihadapan pintu rumah korang. Toyol suka main tepung. Bila dia jumpa tepung dia akan bergelumang dengan tepung. Bila dah bersalut tepung, sifat halimunan toyol akan hilang. Korang akan nampak toyol tu, jadi kalau berani korang tangkap la. Ada berani? Jika korang tangkap toyol tu, korang dah menyelesaikan kes kecurian. Selamat mencuba.
ish. x berani den nak tangkap nya ha kalau jumpa depan mata. mau pengsan dl.
ReplyDeleteteringat kisah kat kg sis . klu sesiapa beli emas di pekan , keluar dr kedai emas , duit akan hilang . tak atu la betul ke idak ... nape toyol tak nak curi duit kat bank ya ... heeee
ReplyDeletebetul2 berani baru buat , klau tak demam memanjang x pasal . huhuu
ReplyDeleteTips yg bgus.. Tapi berani ke?
ReplyDeleteBila dah tangkap tu tak tau pulak apa nak dibuatnya.. nak masuk kat lokap takut polis pulak tak terima huhu.. :) :)
ReplyDeleteahakss...menjadi x tips nih
ReplyDeleteAssalam zumal,
ReplyDeletescary hokeyh
haish, memang tak la nak cuba tips ni..seremmm meyh!
ReplyDeleteSeram ehh. Mcm tak brani lh pula. Haha
ReplyDeletehaha! ada lagi ptua letak kacang hijau eh, nanti dia main2 pastu lupa niat dia yg nk mencuri tu..hihi..
ReplyDeleteRumah saya juga advkhilangan duit sikit aikit. Bila cek balik mmg mcm dia ulang dtg mencuri byk kali.geram sgt. Nk report polis tak ada bukti. Mcmna nknhalang toyol ni masuk rumah ya?
ReplyDeleteKita mohon kepada Allah agar hindari hal ni ya Zumal.Allah itu maha hebat penyayang dan pengasihan hambaNya yang memohon
ReplyDeleteCall me 0164348910
ReplyDeleteCall 0164348901
ReplyDeleteBakyacar
ReplyDelete, a dynamic online platform, has redefined the way we engage with content. It goes beyond the conventional realms of commenting, offering users a sophisticated and user-friendly interface to express thoughts, opinions, and emotions.