BUKAN SEBAB TU
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ramai yang salah faham kenapa Zumal berhenti kerja. Dorang nampak Zumal buat bisnes dan fikir Zumal dah banyak duit. Bisnes dah maju sangat. Bukan sebab tu. Jauh panggang dari api. Zumal masih merangkak dalam bisnes nie. Bukan buat skim cepat kaya.
Hari nie Zumal kongsikan kenapa berhenti. Pertamanya masalah kesihatan. Zumal memang tak ambil ubat doktor tapi Zumal berusaha cara lain. Berubat secara sunnah. Sunnah itu adalah cara Rasulullah. Kalau kita yakin, Insha Allah boleh sembuh. Itu sedang Zumal usahakan. Zumal tak nak bergantung pada ubat. Ubat bukan penyembuh, kuasa Allah yang menyembuh.
Keduanya masa. Kerana kesihatan, Zumal sukar nak ikut time ofis. Zumal bangun awal tapi kekadang tak boleh nak mandi awal. Pepagi mudah kejang kaki. Lagi satu masa untuk keluarga boleh kita adjust sendiri tanpa fikirkan arahan orang.
Ketiga arahan. Zumal sukar diarah-arah. Sebab kekadang bila kita tak dapat buat, kita kena marah pula. Kekadang dengan arahan tertentu boleh buat Zumal rasa nak marah.
Keempat biar orang lain rasa peluang kerja pula. Bukan semua orang tahu berniaga dan bukan semua nak berniaga. Bila Zumal selalu cuti sebab tak sihat jadi biarlah ada orang lain yang lebih sesuai kat situ. Beri peluang untuk dia bekerja. Kita tak boleh la tamak semua benda nak buat. Kita manusia biasa jer bukan transformers.
Kelimanya soal jiwa. Jiwa Zumal dengan perniagaan nie lebih dekat. Bisnes dah sebati dalam jiwa raga nie. Kalau kerja pun tetap cari peluang nak bisnes juga sebab itu dah minat kita.
Kesimpulannya buat apa pun kena fokus. Kerja nak berjaya kena fokus. Begitu juga dalam bisnes, kita fokus betul-betul Insha Allah kejayaan milik kita.
Kita tak tahu apa dihujung sana, buat aje dan jangan lupa Allah Insha Allah kejayaan menanti... |
Biasalah tu zumal, orang lain tak kan senang bila lihat kita nak buat sesuatu. Teruskan aje apa yg zumal nak.
ReplyDeleteKipidap zumal, all the best! :)
ReplyDeletebekerja makan gaji dapat 1/10 rezekinya tetapi berniaga boleh dapat 9/10 rezeki..orang bisnes memang faham konsep ini..
ReplyDeletetahniah dan semoga terus sukses
TIDAK SIAPA TAHU APA MASALAH KITA N KEINGINAN KITA KAN...SEMOGA TERUS SUKSES DLM BIDANG YG DIPILIH...
ReplyDeletesemoga semua dipermudahkan oleh Allah. ;)
ReplyDeleteMinda org kita terbalik.. bila berniaga dikatanya dah kaya.. apalah.. kalau dah kaya takpayahlah berniaga, baik melabur mana2 perniagaan dan main golf melobi je ye tak.. hhmm...
ReplyDeleteApa pun, tetapkan niat, tebalkan telinga & semoga Zumal terus berjaya.. aamiin. :)
Assalammualaikum Zumal,
ReplyDeletemoga uols murah rezeki AMIN
pssttt : moga zumal dilindungi & dikurniakan kesihatan oleh Allah AMIN
teruskan berusaha DZ ..insyaAllah, rezeki Allah ada dimana2 :) tak kisah la DZ kerja opid or berniaga :) yg penting usaha :)
ReplyDeleteapa2 pun jangan berhenti berusaha...
ReplyDeletesemangat terus mas :)
ReplyDeletefully support
ReplyDeletefocus on your business
and success is on the way
MY-Emily
rezeki tu semua Allah yang bagi. yang penting, usaha. good luck ngan business. aku paham situasi hang. aku pun bisnes gak. cuma part time je.
ReplyDeleteperniagaan itu lebih baik zumal....teruskan berusaha, jangan lupa berdoa, rezeki ada dimana-mana
ReplyDeleteTeruskan usaha ya Zumal..semoga perniagaan zumal bertambah maju dan berjaya..aamin aamin
ReplyDeleteketepikan org cakap apa Zumal..
ReplyDeletekita tahu diri kita dari org lain..
you can do it !! bisness ada jaminan pintu rezeki..
semoga makin maju ya..
abaikan kata2 orang lain, hanya kita yang tahu diri kita sendiri.. semoga Zumal berjaya dalam bidang yang Zumal pilih..
ReplyDeleteharap lepas ni x de lagi yg salah faham ke...semoga Zumal cepat sembuh ye...sentiasa mohon kepada Allah di kurniakan kesihatan yang baik terutama di bulan Ramadhan ni aminnn
ReplyDelete