PILIH UNTUK BAHAGIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pilih untuk bahagia. Bahagia di sini bukan pasal pilih pasangan tapi pilihan jalan hidup kita. Zumal juga bukan nak mengumpat atau mengata tapi sekadar perkongsian apa yang terlintas di fikiran Zumal hasil perbualan dengan tok pukul 1 pagi tadi. 12 jam yang lalu.
Bahagia atau derita itu kita yang memilih. Bukan kerana ia ditakdirkan kepada kita. Setiap sesuatu ada jawapan dan ada penyelesaian. Dari pengalaman Zumal sendiri sejak kecil. Boleh dibuat pengajaran.
Kisah keluarga pertama, punya hanya dua orang cahaya mata, gajinya cukup kerana keduanya bekerja. Tapi mereka pilih hidup yang selesa. Bahagia pada mereka. Sentiasa pilih makanan segera, makanan mewah saban hari. Anak tak kenal nasi, tak kenal gulai. Hanya pizza dan ayam goreng pilihan menu. Kekadang donut berjenama. Bahagia. Cukup umur bersara hanya duit pencen yang ada. Tak bahagia macam dulu. Sekadar cukup sahaja. Tiada yang disimpan.
Kisah keluarga kedua, punya tiga cahaya mata. Kerjaya yang sama seperti keluarga pertama. Berdua bergaji. Tanggung untuk tiga anak. Mereka pilih hidup sederhana. Walaupun mampu makan mewah, mampu melaram sakan. Tapi sentiasa makan di rumah hanya kekadang makan yang segera dan yang mewah. Kenal dapur, tahu makan nasi, gulai juga petai. Bahagia juga. Cukup umur bersara, ada pencen, ada perniagaan keluarga. Kekal juga bahagia bahkan lebih selesa dari dahulu. Simpan pun ada.
Nampak bezanya, cara kita menjaminkan bagaimana masa depan kita. Bagaimana kita pilih jalan untuk bahagia. Tepuklah dada tanyalah selera. Anda berhak tentukannya, selebihnya kuasa Yang Esa...
Betul..ada baiknya sentiasa besederhana..tak rugi pun..bila ada yang lupa ingat ketika tiada..
ReplyDeletepilihlah untuk bahagia kerna kita mmpu mengubahnya...
ReplyDeletebetul tu zumal.. apa2 pun, saya suka dengan cara keluarga no.2 tu.. biar hidup tak mewah, janji cukup makan pakai & ada simpanan untuk hari tua kelak
ReplyDeletesaya pilih bhgia!
ReplyDeletePilih bahagia..biar hidup penuh dengan kesederhanan yang penting bahagia di dunia dan akhirat..
ReplyDeleteBetul tu...biar bersederhana asalkan bahgia...
ReplyDeletePILIH BHGIA YG SEBENAR...
ReplyDeletesaya pilih bahagia
ReplyDeletekebahagiaan pilihan saya.
ReplyDeletesetuju dengan zumal...kebahagiaan tu letaknya di tangan kita.
ReplyDeletesaya pilih utk bahagia..hiduplah bersederhana & membuat perancanngan utk masa depan..pastikan ada simpanan utk hari tua..tanpa wang, kebahagian pasti akan hilang hehe
ReplyDeletemmg betul , bahagia atau derita , kitayg pilih . itulah yg saya katakan pd seseorang sama ada utk terus kekal bersama pasangan atau berpisah shaja kerana sudah tiada kepercayaan dan kasih sayang . yg ada cuma tanggungjwb pada anak2 ...
ReplyDeletelagi2 dgn ekonomi skarang.. dah kena bijak pilih bahagia jenis mcm mna kita nak.. :)
ReplyDeleteJalan kehidupan ini kita yang pilih nak bahagia atau tidak
ReplyDeleteJanji kita bahagia cukup..jgn pkr org lain..hehe
ReplyDeleteBersederhana lebih baik..masa depan walaupun tak tahu apa kejadiannya..tapi kena sedia payung sebelum hujan :-))
ReplyDeletebersederhana lbh baik
ReplyDeleteKita yang memilih jalan hidup kita, begitu juga nak pilih bahagia atau derita. We always have a choice
ReplyDeleteSederhana dan bahagia..janji selesa dalam kehidupan tu yang penting
ReplyDeletekebahagiaan adalah pilihan terbaik.
ReplyDeletekena rancang kehidupan dari muda.. bila da berkeluarga lagi bnyak cabaran..
ReplyDeleteuse wisely and spend moderately
ReplyDeletesure we will live easily without worry later
saya mahu bahagia dan bersederhana
ReplyDeleteSetuju..bahagia itu kita yang tentukan dan pilih..
ReplyDeletebiar duit x banyak janji bahagia
ReplyDeleteAssalam zumal,
ReplyDeletebahagia dunia akhirat yang paling baik :)