TIPS SHOPPING YANG PERLU ANDA TAHU
Ihsan Pak Cik Google |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Shopping. Pasti semua akan berpengalaman bershopping. Suka? Dah tentu yang suka shopping adalah para wanita kan??? Zumal pun suka shopping. Oleh itu Zumal nak share tips shopping untuk korang.
1. Tawar menawar
Kalau korang ke tempat peranginan atau mana-mana destinasi yang banyak peniaga macam kat Rantau Panjang, Bukit Kayu Hitam, Langkawi, Padang Besar dan lain-lain, mulalah beramah mesra dengan penjual kat situ. Harga bukan harga tetap selalunya, mintalah diskaun. Sure dapat. Jangan cuba tips nie di Tesco yer.
2. Beli banyak
Kalau korang nak murah belilah secara pukal. Borong la ceritanya. Kekadang walaupun korang beli barang berlainan tapi banyak jenis kat penjual yang sama sure dapat diskaun.
3. Berpakat dengan rakan
Kekadang kita pergi ke sesuatu tempat dengan rombongan. Masa nie berbincang la dengan rakan-rakan korang mana yang nak beli barang yang sama macam korang tu, beli dalam kuantiti banyak mesti murah.
4. Beli masa kedai nak tutup
Tips nie sesuai bagi korang nak beli kuih, ikan dan apa-apa makanan di pasar tani, nat, pasar malam dan seumpamanya je. Dorang yang jual tu memang nak habiskan barang yang dijual. Jadi berbaloi korang pergi masa dekat dorang nak balik atau nak tutup kedai.
5. Cuaca
Kalau korang seorang yang cekal korang boleh cuba tips nie, beli di pasar harian, nat, pasar tani atau pasar malam semasa hujan. Masa nie pelanggan pun tak ramai. Mungkin peniaga akan lelong je jualan mereka. Itu pun kalau ada yang menjual masa tu.
Itu saja tips yang dapat Zumal kongsikan untuk korang. Selamat bershopping yer.
tawar menawar tu mesti.. Hehehe..
ReplyDeletebagusnya zumal kongsi tips macam ni. nice entry...
ReplyDeletenak membeli ni kena rajin tawar menawar sbb harga sebenar randah jer tapi terpksa diletak tinggi utk dikurangkan kpd pelanggan yg suka menawar ni..
ReplyDeletetq for the tips zumal ^_^
ReplyDeleteNo 1 wajib...huhu..kalau pandai tawar ..dapat harga yang tersangat berbaloi..
ReplyDeletezaman belajar dulu, zizie suka berpakat dengan kawan.. selalu fail tawar menawar :(
ReplyDeleteya..yang paling penting kena survey dlu..
ReplyDeletebetul tu.
ReplyDeleteCP tak pandai tawar menawar..
ReplyDeleteYang no 5 tu ada betulnya zumal terutama pasar malam yang menjual makanan atau minuman..
ReplyDeleteTips no 4 n no 5 tu kot..
ReplyDeleteBeli makanan dalam hujan kat pasar malam. Kompem dapat murah, hehe
ReplyDeletenice share
ReplyDeletesokong semua tips zumal, macam biasa buat je kannnnnn kihkihkih
ReplyDeletedari dulu x reti nk tawar menawar ni ;-)
ReplyDeleteye beli masa kedai nak dekat tutup.. teringat masa bulan posa hari tu, suka pergi bazar lewat2 nanti diorang akan lelong..:p
ReplyDeleteBab tawar menawar harus la ada hihihihi
ReplyDeleteBerpakat dengan rakat tu..memang selalu buat.
ReplyDeleteAssalam zumal,
ReplyDeletehaaaaaaaaaaaa
hat no 4 & 5 tu kena good timing la kan3 he3
perkongsian tips menarik ni zumal...diana paling suka bab tawar menawar ni...hihi
ReplyDeletebab tawar menawar memang fail la Zumal.. CT tak reti..
ReplyDeletetapi kalo bawak kawan2 yg terer mmg CT hulur diorang dulu..
kalau balik kg , kami biasa beli ikan waktu petang . masa tu memang dah lelong wpun baru naik dr perahu . kalau nampak mendung aka nak hujan pun sama ... ikan besar pun murah beb !
ReplyDeleteSuka guna tips no4 tu..tp skrg da x mcm dulu..
ReplyDeletex reti tawar menawar T_T
ReplyDelete